i serve nuff nang

Saturday, December 22, 2012

Kiamat, Melayu dan Mayan



Pada ketika saya tengah menaip wording semua ini, saya yakin saya masih hidup. Keyakinan hidup yang menebal membuatkan bangkai seperti saya masih hidup dalam hina. Namun begitu, hina saya membuatkan saya amat susah untuk menghina orang lain, walaupun saya rasa ramai kita sebenarnya bangkai bertopengkan manusia. Mahu dikira ikut ugama, manusia adalah dari ciptaan tanah. Dan tanah tu mengikut sains nya adalah terbentuk selepas kehancuran sisa2 bangkai dan tumbuhan yang dipecahkan oleh ejen seperti nyamuk bangkai. Okay, Melampau

Tajuknya mudah, Melayu, Mayan dan Kiamat. Walaupun susunannya agak berbeza dengan tajuk, namun itu tak penting. Kerana kita mahu lihat isi penulisan sebenarnya bukan. 

Merujuk kepada peristiwa 2012 dan kalender Puak Maya. Ramai kita yang dengan selamba gelakkan orang maya apabila Apokalips yang menggegarkan eluruh dunia tak menjadi. Ada yang kata bodh bangang dan bahalol tanpa sebarang pengetahuan sejarah pun mengenai kelander maya. Sebelum pergi lebih jauh, saya selalu bertanya, kenapa umat kita berhempas pulas gelakkan prediction yang gagal? Adakah itu bukti kebenaran agama yang kamu anuti? Membenarkan agama yang dianuti dengan menyalahkan agama lain adalah sangat lame arse. atau dengan lain kata, nampak sangat agama kamu dalam IC semata mata. Okay, macam dikatakan dalam Life Of Pi, sekiranya ugama adalah satu pilihan, maka sains adalah proses pembuktian akan sesuatu yang kamu pilih. Berbeza dengan kita, kita tak tahu jadah haram pun mengenai proses kelander maya yang dibahagikan kepada 13 penggal. Faktanya, Orang Mayan tidak pernah bercakap mengenai kehancuran dunia, kepupusan spesis manusia, ia hanya berakhir kalendar 13 penggal mereka, dan tiada siapa yang masih dapat buktikan sahih apa yang dijangkakan oleh kaum mayan.


Sorakan dari hasil kurang ambil tahu menyebabkan saya menulis perkara ini. Kita bersorak tanpa kita ambil tahu kenapa dan kenapa. Bahkan kita tak tahu pon asal dari mana orang Maya ini sebenarnya. Dari amareka ke tanah melayu sendiri. Walhal mereka sebenarnya dari georgia. Dan jangan pelik, orang islam pun pernah mengatakan akan datang bunyi kuat pada 15 ramadhan 2012 yang jatuh pada hari jumaat hari itu, dan ironically, nothing happen. Nampak? prediction ini lagi teruk apabila dijual atas nama agama. 

Jangan lupa, kalau korang pernah hadap zaman sekolah dulu, ada prediction kehancuran dunia dan kita dimintak untuk bekal banyak2 barang2 dan diakhir surat tu, 'Minta sebarkan kepada 10 orang' dan kita akan dapat pahala kebajikan yang wadafak? Tapi korang ignore, sebab itu agama korang sendiri, dan gelakkan orang lain memang rasa lagi sedap dari gelak kat diri sendiri kan? 

Secara serius saya tak takut dunia ini akan berakhir. Saya cuma takut apabila dunia yang masih tidak berubah. Apabila hilang humanity, kemanusiaan yang hilang dari manusia sendiri. Itu lah kiamat bagi saya. Anda tak perasan suhu keliling anda yang meningkat hari ke hari? and tak perasan rumah makin banyak berkadar terus dengan orang tepi jalan makin byk? Kecurian, rompakan, pembunuhan dimana2 saja anda akan terdengar beritanya. Itu bukan tanda bumi dah sampai klimaksi nya? Bila bumi mengehemburkan balik tanah2 yang bunuh umat. Apabila angin menjadi marah diamukkannya ke arah manusia? Kamu tak anggap itu sebagai kiamat kiamat kecil ke?

Orang melayu kita hanya tahu gelak, cerca durja, apa kamu tak pernah nampak bala yang tuhan turunkan, segala isi bumi yang dimuntahkan? Segala kerosakan bumi yang manusia lakukan? Atas dasar kemanusiaan? Perpecahan, perkauman, kenegaraan, pembunuhan, penindasan, rompakan? Kamu tak nampak itu semua bahawa bongkah bumi yang besar ini akan jadi kecil2 batu?


p/s : Ada baiknya kalau berlaku banjir besar film 2012, supaya manusia ni belajar balik berpautan.

Sekian
AnakMudaDiary
21.12.12

Friday, December 7, 2012

Mengenai LGBT




Entry Ringkas
Lesbian Gay Biseksual dan Transeksual adalah antara isu kononnya menarik akan jadi pada pilihanraya kali ini. Jika tanya pada aku, aku memang tak sokong, tapi aku akan tentang mereka yang menentang orang yang nafikan orang macam ni untuk terus hidup atas muka bumi.

Ramai dah tau mengenai LGBT movement. Bagi aku yang pernah dengar diorang bercerita mengenai kehicupan yang bertentangan dengan kehendak diorang untuk bertukar jantina, aku rasa semua itu ada pro dan kontranya. Yang penting balik kepada kehidupan kita selaku manusia.

Bercakap mulut memang senang, ingat agama ingat tuhan, diciptakan laki dan perempuan sahaja atas dunia jangan mengubah susunan tuhan. Lagi sekali aku bagitahu ini adalah mengenai keinginan. Apabila kau mempunyai keinginan, kau akan ketepikan pertimbangan. Dasarnya, penganut LGBT ini ada yang telah dicorak dari kecil oleh ibu bapa mereka. Sehingga membawa ke konfliks kerja dan sebagainya. Aku malas nak terangkan cerita panjang. KAu pasti pernah juma seorang nama Shahril yang ingin dipanggil Sherril. Nampak tak logik, tapi ini lah manusia kan.

Nak cakap penganut LGBT ini supaya ingat tuhan ikut kaulah. Tapi jangan lupa anak2 meleis yang merempit yang tonggang arak itu semua kau ingat mereka tak ingat tuhan. Pasangan terlajur dalam kereta depan mata ada Sticker 'Allah' itu tak ingat tuhannya? Dipejabat2 kerajaan yang dimulakan dengan bacaan doa, tapi kerja malas, kuat tido tu tak baca doa awal pagi tadi? Asasnya semua ini sama, iaitu keinginan. Kau sanggup berbelanja besar beli barang LV dan Coach, tanpa fikir orang tak makan dan suruhan tuhan supaya berkasih sayang dengan hulurkan bantuan, aku yakin waktu tu kau masih ingat tuhan kan?

Pendek kata, cua LGBT tu tak sebulu dengan kau punya dosa je, sebab tu kau menentang setentangnya. Penyakit nya sama. Keinginan. 

Bagi aku yang bersifat litaralist yang berkawan dengan pelbagai orang, aku bukan menyokong orang orang macam nie. Tapi aku jugak tak kan nafikan hak dia untuk hidup atas muka bumi ni. Asalkan dia belum berjaya ganggu anu aku atau mengurangkan hak aku untuk hidup dan bebas atas muka bumi. Beza itu dosa dia dengan tuhan alam ni, bukan dosa dengan kau itu wahai wali. Dosa dengan tuhan adalah penyakit yang perlu diberi perubatan. Bukan kita cabut mesin talian hayat untuk orang nyawa2 ikan. Mereka masih mampu dipulihkan.

Dosa dengan manusia macam merogol, merompak, mencabuli hak orang itu adalah lebih teruk dan bawak bahana. Seperti aku tau yang kita tak boleh cabul hak orang bukan muslim sesuka hati, seperti juga kamu tak boleh cabul hak orang LGBT, selagi dia tak menjejaskan kau periuk nasik.

LGBT itu penyakit
Sakit mereka, kita lah doktor
Doktor menyembuh penyakit
Bukan cari jalan singkat
hapuskan si sakit.


Sekian
AnakMudaDiary.


Thursday, November 29, 2012

Mengenai Kehidupan

24 tahun bukanlah satu jangka masa pendek untuk dikirakan. Diri yang bagaikan musaffir mungkin sudah boleh membilang untuk hari hari terakhir. Sebelum itu, telah kau capai apa yang kau mahu dalam kehidupan, atau kau pernah atau tak memahami maksud kehidupan tu sendiri? adakah sekadar bersejadah malam kesiang semata mata? atau ia lebih besar dari itu? Asas nya, kehidupan adalah Politik, Ekonomi dan Sosial.

-Ahmad Chin, 2012-

Selesai sesi pencarian kerja yang pertama aku. Sesi yang berlalu selama 5 jam lebih kurang tu sebenarnya sedikit sebanyak mengajar aku pertamanya mengenai Karma. Sebelum ini yang aku duk sebuk menentang penyenaraian felda global Venture dalam Listing Bursa, company tu jugak yang memanggil aku untuk ke sesi intervew yang pertama. Yang aku risaukan company yang akan melesapkan aset2 peneroka Felda ini. Nak memberi aku percubaan untuk mendapatkan masa depan lebih baik,dari segi wang atau pun pengalaman. Kau umat yang duduk dalam dunia kapitalis, masalah yang harus dipikirkan adalah duit yang datang dari pekerjaan kita. Manusia spesis homosapiens yang bergerak satu ke satu tempat lain untuk tarah hutan demi kehidupan yang lebih postif. Kalau di zaman batu dulu, manusia akan berpuak berpindah randah. Zaman ekonomi hari ini, kita berlumba menonjolkan pengetahuan, membunuh puak lain dengan menampilkan ciri kita yang lebih baik sehingga wujud budaya bodek membodek. Yaa, ini semua mengenai duit untuk teruskan kehidupan. Kalau lah tanya aku apa yang paling murtad, ia adalah duit. Hidup sekarang, kau mahu beribadah juga perlukan duit, nak kahwen kena lalu proses berduit, nak beli kereta, rumah, beras and so on. Beli (Duit)

Justeru, adalah agama aku selalu letakkan disampingnya untuk mengawal haloba. Itu yang terbaik aku boleh cadangkan.

Politik bukannya sesimple politik Anwar Ibrahim dan Najib Razak. Atau politik Islam bak kata Nik Aziz. Tapi kau kena sedar, hidup kau adalah sentiasa berpolitik. Dari mula belajar hingga peringkat bekerja. Kau akan berpolitik untuk mendapat markah tinggi dengan duduk depan di meja kelas. Kau akan berpolitik dalam mencari geng2 sekepala dan alasan untuk membenci pihak yang tak sekutu kau. Politik kau untuk pikat boss kasi naik gaji, even kau tau kau tak seproduktif mana dalam company tu. Tapi kau rasa kau layak dapat lebih atas kelayakan yang kau ada. itu politik. Lama aku renung, aku rasa politik ni bukan lagi satu dosa. Balik kepada asas manusia, sememangnya hidup berpuak, dicipta berlainan, dan alami masalah keagamaan dan perkauman. Untuk terus maju dan hidup dengan baik dalam kapitalism, kau wajib untuk berpolitik. Wajib kau sampaikan janji janji yang kau belum tentu dapat tepati, wajib kau taburkan kata kata indah nak pikat satu hati. 

Efek dari politik individu, kau akan bawa kepada kesan sosial. Kat sinilah bagi politik kehidupan tu dah kau canang dengan baik atau tak. Apa perasaan kau lihat bangsa lain yang sangat lain dari kau dari segi warna kulit dan iris mata? Apa perasaan kau bila melihat ada bangsa yang menangguk menjual maruah ditepi jalan?. Apa perasaan kau apabila jiran sebelah rumah bakar colok hingga timbul bau yang kurang menyenangkan.?Atau dapat tak kau gerakkan masyarakat secara bersama untuk jalani kehidupan yang sama dengan kau? Atau kau sekadar freeloader menjadi ketua agama pada masa sama beparti bersama keluarga, instead rakyat kau masih ramai fikir pasal mahu murtad kerana tiada duit?

The main point thing dalam kehidupan adalah ekonomi. Hari ini dari segala pasir, beras, ubi, itu semua perlukan duit, Kau nak bercucuk tanam sendiri jugak kau perlukan sekangkang tanah dan duit, dan perlu register di pejabat tanah. Dan paling gila adalah ada badan boleh meluluskan kau kahwen atau tak. Nak lulus, kena bayar yuran kursus lagi. Mampu tak kita hidup untuk tidak mematuhi sistem kewangan yang menjurus kepada beban hutang sekarang? Apape yang kau nak buat kau perlukan duit. Unless, kehidupan kau bak bidadari bidadara yang lahir bersama sama emas dicelah ketiak. Itu pun kalau kau untung.
 Seperti kau akan berpindah kerja dari satu tempat ke tempat lain, adakah tu kehidupan yang kau cari, better life. Okay kau boleh guna hujah, dulu Zaman Nabi orang kaya lagi untung sebab dapat buat amal lebih banyak dengan harta dia. Tapi dalam sistem ekonomi kita yang tanah dah direzab dan berdaftar, kau rasa boleh pakai lagi? Duit gaji kau, hutang kau semua ditentukan orang lain. Gagalnya kau menentu kewangan sendiri. Gagal lagi kau nak atur kehidupan ini.


Sekian
AnakMudaDiary


Monday, November 19, 2012

Yahudi dan Boleh Jadi



Hari ini
Yahudi secara rambang meroketkan palestin
Boleh Jadi,
Ini adalah konspirasi untuk menutup cerita perperangan saudara Syiah dan Sunni di Syria

Yahudi secara rambang meroketkan palestin
Boleh Jadi
Ini adalah konspirasi untuk menjatuhkan umat islam
Perang ideologi, ada yang suruh boikot
Ada juga berkenapa untuk tidak memboikot

Yahudi secara rambang meroketkan palestin
Boleh Jadi
Ini kerana menjelang pilihanraya israel yang kian dekat kini

Yahudi secara rambang meroketkan palestin
Boleh Jadi
Untuk mengumpan umat islam supaya sebarang keganasan
Seperti runtuh WTC,
Dilakukan Muslim sendiri
kerana sedang marah dan benci

Yahudi secara rambang meroketkan palestin
Boleh Jadi
Untuk memberi kamu terus dihasut dengki
Benci sama sendiri. Membentuk ruang Anti Semiti

Yahudi secara rambang meroketkan palestin
Boleh Jadi
Supaya kita terus membenci bangsa yahudi
Ibarat kita ini tak mampu berpaut pada 1 tali
Lihat, di Tel Aviv sendiri berdemo memberontak keganasan ini

Yahudi secara rambang meroketkan palestin
Boleh Jadi
Untuk tutup kisah kisah raja Saudi
Yang mengimport petroleum ke sana sini
Tak bantu pun umat ini.

Yahudi secara rambang meroketkan palestin
Boleh Jadi
Supaya umat islam, caknanya terus mati
Sebarkan berita kesana sini
Tanpa kira kesahihan, hanya menunggu suapan
Dan sebarkan

Yahudi secara rambang meroketkan palestin
Boleh Jadi
Untuk tutup penularan kuasa rakyat di semenanjung arab
Rakyat sedang menggulingkan raja di Jordan
Baur2 ini sedang dirisaukan Raja Saudi sendiri

Yahudi secara rambang meroketkan palestin
Boleh Jadi
Rambang ini menjadikan perang keagamaan.
Jangan lihat pada jaguh perang seperti Zionist dan Hamas
Lihat rakyat tel aviv, lihat rakyat gaza, lihat rakan kamu, lihat rakyat barat, rakyat amereka
Lihat semua sedang bersolidariti


Aku boleh senaraikan berpuluh lagi kemungkinan yang aku nampak dari pelbagai sudut mengenai keganasan ini. Tapi aku yakin pada teori

Awalnya, Zionist menyerang kubu tentera Hamas, membunuh pegawai.
Hamas membedil roket ke arah Tel Aviv. Itu kawasan awam
Pegawai perang. Dan Penduduk Awam itu berbeza.
Dan Zionist membalas perkara sama.
Lihat?
Mangsanya adalah rakyat ditengahnya
Kanak kanak dan wanita yang suci tidak kira palestin atau yahudi
Ini cerita mengenai kuasa
Siapa lagi berkuasa?
Aku ke Dia?
Sampai akhir dunia.

Mood bersama John Lennon.
Imagine.

Sekian
AnakMudaDiary
20 November 2012

Friday, November 16, 2012

Mengenai Zionis, Palestin dan Boycott Part 1



Assalamualaikum

Ini adalah artikel aku dan aku bertangggungjawab sepenuhnya ke atas artikel ini. Aku tak melarang sebarang kopi pes atau ape, silakan, aku berbesar hati, tapi jangan lah kepalang marahkan aku yang berlaku jujur.

Lahir di Hospital Kuala Lumpur. Aku dibesarkan di Gombak. Ya, hidup di sempadan Kuala Lumpur ini orang kata seperti budak bandar. Aku pernah nak jadi Hip hop, pernah nak jadi grunge skinny n so on. Terlalu banyak nak menjadi hingga aku lupa diri aku sendiri.

Dari darjah satu hingga tamat ijazah aku gunakansistem pendidikan British(okay British not Amereka). DAri UPSR aku guna kertas, menjawab PMR dan habiskan SPM. Sistem skema yang aku sering dengar kondem cikgu dan ustazah mengenai pengaruh barat dan haram masuk Israel punya negara. Pendek kata, sesiapa yang apabila menceritakan masalah sosial, cakap sahaja pengaruh barat, dia akan mendapat pujian dan markah yang baik dalam peperiksaan. Dalam peperiksaan karangan. siapa tak tahu skema seperti kurang didikan agama, salah pilih kawan dan sebagainya.

Merasa makanan asrama adalah satu pengalaman indah. Ikan jaket yang keras gile babi, nasi kerak dan sup air. Tu adalah satu kebiasaan. Maklumlah duk asrama tajaan kerajaan, pasti serba kekurangan. Makanan special kami waktu kecik adalah A&W pantai batu burok diterengganu. For the first time aku makan Mekdi aku tak ingat bila, cuma Starbak aku belum pernah cuba. Entah tak tau kenapa. Ketika Universiti aku diperkenalkan dengan sistem Bank. Iaitu saluran pinjaman/biasiswa pelajaran. Bank pertama aku guna bank BSN. Biasiswa waktu sekolah yang aku buat beli simkad RM50. Yang aku yakin korang semua dah pun jalani perkara yang sama. Yang tanpa korang sedar, itu semua basis adalah dari barat seperti yang korang canangkan.

Aku mengaku, aku bukanlah sekuat mana untuk boycott mekdi n so on. Produk ape korang nak boycott lagi? aku tak sekuat korang aku mengaku. Tapi aku tahu Nasi masakan melayu itu lebih sedap dari Burger RM 7 yang membuatkan obesiti dan tak sehat. Oen more point, aku tak memenatkan diri aku untuk boycott secara bermusim. Katakan hari ini korang boycott, lepas 2 minggu semua reda, korang akan pergi jugak ke MEkdi untuk penuhi citarasa temujanji korang kan? nak nak lagi bila anak korang nampak logo senyum tu. Tu belum cerita bab korang guna Nokia, blekberi, iphone n so on. Sebab tu aku jadi pelik, korang punya status 'Boycott US/Israeli Produk' -Via iphone.teett

Belum aku bercerita mengenai sistem satelit yang maxis/celcom gunakan. Belum cerita mark zukenberg berketurunan yahudi membuat fesbuk. Korang kata duit tak keluar, tapi setiap kali korang klik tulah akan jana pendapatan bloger atau websiter nie. Tu pun tak dapat tangkap. Nak post boycott memang senang, tapi korang tetap tipu diri sendiri, boleh senarai kat aku produk Malaysia yang tak guna barang import lansung selain M-Life dato' Ac Mizal? Kereta proton? kereta Perodua? LG? Yang menjadi spoil kepada agenda boycott nie, bila korang boycott apa yang korang tak suka je, tapi bab korang suka, korang pura2 tak tahu. Ingat tutup kilang Mekdi, NEstle, Canon, and kilang dari barat yang lain tu akan rugikan pihak sana? Diorang boleh bukak branch dinegara lain.

Silap-silap kita sendiri merana pasal peluang pekerjaan yang makin berkurang yang bawak kepada aktiviti jenayah dan sebagainya.

Pada pendapat aku, dari duk melabon labon bermusim nak boycott hitu dan hini,
Jadi lah korang pekerja yang rajin dan produktif, bina ekonomi masyarakat dan negara.Tunjang hidup itu ekonomi. Takda ekonomi korang akan hidup melarat. Menulis takdir dan menunggu terima takdir itu 2 perkara berbeza. Tok sah lah nak bakar bendera israel tunjuk emosi tu, aku percaya diorang tak kisah sikit pun.

Trust me. Aku rasa ini konspirasi.
Zionis serang Hamas punya pangkalan tentera. Hamas serang balik dikawasan berdekatan civilian. Kemudian Zionis membalas dan nak hantar tentera darat. Yang jadi mangsa adalah rakyat tak berdosa ditengah2. Budak budak kecik tu semua dan wanita wanita penyayang.  Dari episod Mesir Syria Libya dan episod Palestin dah beribu episod ini. Cerita sama, peluru berpandu, suicide bomb and Nuclear impact.
Ini adalah perang ekonomi. Bila manusia dah terlalu banyak, perlu ada kerja kerja 'pembersihan' untuk kurangkan bumi dari terus melarat tanggung kelahiran manusia. 

Dekat Syria dah berapa banyak terbunuh/ rohingya? Palestin yang dah makan beratus tahun? Sampai bila. Bila orang orang kaya tengok orang miskin kat bawah terlalu meluat dipandangan mata, maka ada yang perlu dihapuskan. Tak percaya? tengok orang Tel Aviv sendiri berdemo menentang serangan ke atas GAZA.

#Sebab itu aku menghalalkan hari Berkasih Sayang 14 Februari. Hari untuk beraman damai.

Sekian
AnakMudaDiary



Wednesday, October 31, 2012

Islam, God and Disaster

Disasters fall in Malaysia too. So, Want others to trust and follow you should set a good eg. If not then every good religion go to waste. Where in the world does a religion teach people to go against each other ? Only idiot preacher preaching for political and personal agenda damage the humankind's Peace Not War as we are not animals !

God bless you American!

#AhmadChin

Azam Seperti Biasa

Hari ini aku lalui hidupku seperti biasa. Bangun pagi meruntun kerja yang masih tak berapa menjadi. Kalau tak tidur sehari tak sah namenya. Radikally, aku seorang yang tidak senang duduk kalau tak de benda nak buat. Ya, aku mampu termenung, layan bukumuka kau ber rejam2 lamanya sampai naik muntah dan muak. Macam advantage kan dengan company yang tak blok laman sosial nie. Anyway, apape kerja aku kan cuba siapkan ontime. Aku cuba! maknanya susah dan mungkin tak pernah pon on time, sebab tu aku guna 'aku cuba'.

Satu point yang aku mula sedar sejak aku menjadi penegar bukumuka kau ni, aku rasa idea nak menulis makin jauh. Makin lari entah kemana. Aku rasa macam dah tiba masanya aku kena offkan kejap kot dan tumpukan betul betul pada penulisan kalau aku nak langkah lagi satu tapak maju. Aku pernah jumpa ustajah nie awal2 cakap tak boleh nak upload gambar dia, maksiat aurat dan wadepak. In the end skarang makin galak dia upload gambar dia sendiri dengan alasan 'bagi family tengok, tak risau kesihatan dia'. Kamon beb, bab family kau privatekan lah, skype ada, fb video ada, bukan?
Dan aku pulak, risau kalau aku cakap nak off fesbuk nie,  tapi nanti tak jadi. Kan da makan kepala sendiri? Sakit beb.

Seperti biasa, aku nie kuat berazam banyak azam aku canang, waktu hari raya, hari raya haji, waktu sambut tahun baru masihi, tahun baru hijrah, 24tahun x 5 = 120 azam dah aku canang. Tapi entah kemana. Gelap gulita.

Azam aku kali tak seperti biasa, aku berazam, at list dalam hidup aku, ada satu azam yang aku capaikan.

#AhmadChin
30/10/12

Tuesday, October 30, 2012

Persis Mak dan Pak

Seringkali aku bertanya, 'kenapa kita berwajah emak atau pak kita?'. Ya. aku tahu ada logik sains yang cuba menerangkan dari segi empirikalnya ia adalah mengenai gen gen yang mengalir dalam tubuh manusia. Jika begitu, pasti rupa kita semua persis wajah Nabi Adam dan Hawa memandangkan itu lah asalnya Gen kita. Tapi akan timbul persoalan, ada putih hitam, yang sawo matang, dan berlainan dari kantonesean nya apabila berbicara.Jadi, mana satu gen Adam dan Hawa?

Mengaitkan kisah ini dengan orang yang pertama menginjak ke dunia aku rasa adalah susah. Aku terfikir, wajah mak pak ayang aku bawk ni, aku bawak pergi buat dating, mengorat perempuan, mencuri dan sebagainya. Aku bawak dan bila kantoi. aku memalit tahi pada wajah mereka. Malang, walaupun tahi, mereka masih sayang. Justeru, aku temui sebab iras ini adalah untuk kita berjaga dalam setiap langkah, supaya bila berkerja, jangan malas2, nanti bos ko tengok muka mak pak ko pun jadi nyampah, tunggu di kaunter kaunter bank atau LHDN jangan buat muka najis, bila doa pelanggang tu supaya kau dianiaya, samalah macam mak pak kita didoa untuk dianiaya.

Kasihan, kau jaja wajah mereka kemana mana. Kalau tahi juga kau bawa bersama.

#AhmadChin

Friday, September 28, 2012

Hidup adalah mengenai persepsi



Minggu ni aku ke pejabat macam biasa. Ya, jadi poletariat adalah sesuatu yang membosankan. Berbaju kolar lengan panjang dan bertie memperlihatkan keskemaan dan paksaan untuk menurut perintah. Anyway, company still bayar gaji dan aku bersyukur. Tapi di sebabkan ketidakstabilan dan pergaduhan dua orang boss aku tu, aku naik menyampah kadang2 nak stay situ lama2. Tapi aku jiwa sentimental, nak tinggalkan benda yang kita dah biasa dan sayang bukan perkara mudah. Merujuk kepada kawan2, bukan situasi pejabat itu sendiri

Traffik jem skarang makin pelik,lepas raya nie makin kerap pulak jem kat hiway mrr2 gombak hala ke wangsa melawati tuh. Ada lori yang nampak gengster, kereta yang mencelah celah mencari ruang. Okay, kebanyakan aku dan diorang adalah kaum poletariat. Makan gaji dan kena datang office awal bai. Tapi melihatkan kereta yang makin banyak atas jalan raya, aku tertanya, relevan ke offer pakatan rakyat nak kurangkan harga kereta? Nak tambah kepalang jem lagi? nah!

Bagi aku hidup nie adalah mengenai persepsi. Dari cara kau berpakaian, bersosial dan berpolitik. Ia mengenai persepsi. Dari hujung rambut, celah ketiak, seluar dalam dan bra juga memainkan corak persepsi. Kita memang mampu bina persepsi hidup kita sendiri. Cuba untuk buat orang lihat kita dengan pandangan yang kita nak. Macam kat tengah jem tadi, pakai kereta mahal itu adalah penemuan satu persepsi menunjukkan kemampuan seseorang dalam hidup. Akan timbul persepsi tentang kekayaan, wanita2 yang dah berselimut dalam kereta tu.

Macam tu jugak perkara lain. Persepsi kesegakan seseorang bertie ke tempat kerja dan tampak segak. Di tengah hari panas akan kelihatan cool. Tapi demi persepsi tu, dia akan langkaui logik yang tengah panas tu kau nak bertie memang suatu kerja gille dan kurang molek. Tapi. siapa kesah, persepsikan?

Agen terbaik kepada pembentukan persepsi bagi aku adalah mainstream media. Tengok ape je mainstream dah buat. Bila kata mengenai hidup aku lagi suka sandarkan dekat hiburan yang menghuni pelosok masyarakat sekarang. Dari justin bieber, ke kpop, ke cinta muka buku sampai ke gangnam style. Apa persepsi disini? 'saya adalah orang yang mengikuti peredaran zaman dan trendy'. Yang buruknya mengenai persepsi adalah timbul rasa individualistik yang tinggi. Ada orang akan dianggap tak cool kerana tidak sekepala dengan kamu. Seperti kamu meminati gangnam style dan sebagainya, radio2 telah mengenepikan lagu tempatan sendiri sehingga ada carta Kpop setiap sabtu yang aku yakin berapa kecil peratusan sangat yang paham apa orang kpop tu carutkan. Saya tak tahu kemana peranan presiden seniman zed zaidi.?


Seperti dalam politik, parti parti akan cuba menonjolkan persepsi yang buruk kepada parti lawan. Cerita mengenai altantuya, saiful bukhari, rafidah rafek, gay dan sebagainya lagi. Mengenai ketotokan sebuah parti dalam amalkan agama. Persepsi ni dah jadi implikasi negatif kepada rakyat sendiri. But wait, kenapa before kita berkata pasal politik tak check betul betul?? Pakatan mainkan isu altantuya, bukan sebenarnya sebab altantuya, ia adalah mengenai bicara kes rasuah scorpene dengan negara perancis. Isu gay, ramai dah tahu anwar ibrahim bukan gay dari mahkamah, tapi disebabkan isu nie dah dimainkan 2 kali dan kerapa ditayang dimana mana, dengan cd diedarkan, parti itu sedang membina satu persepsi 'Ee, gaylah anuar tu.' Ya, anuar seorang yang kacak tapi saya bukan seorang yang fan gila pada orang zaman2 mahathir. Seperti APCO Worldwide, pakatan rakyat cuba bermain dengan sentimen anti yahudi. Tapi sebenarnya ia adalah mengenai pembaziran yang dibuat untuk upah organisasi in order nak tingkatkan public relation kerajaan.

Kecelaruan yang dibawa 'persepsi' ni telah gelapkan hati umat. Kita akan buat judgement secara membuta tuli tanpa mengangkat fakta pertama. Macam kau berjalan kau tengok orang mintak sedekah. Ada yang kata orang mintak sedekah kaya hasil kutipan hari2, tapi orang mintak sedekah juga akan cerita pasal kesusahan nak tampung hidup dan mereka yang menjual maruah untuk meraih sedikit kegembiraan. Dengan kata lain, tak semua peminta sedekah macamtu. Macam kita, tak kat office kita pernah curi masa tido? tak buat ape, just punch card, tak jual maruah tepi jalan dapat duit free, ibaratnya

Macam tulah jugak dalam kehidupan harian. Ada yang cuba timbulkan persepsi best dbagi dia dengan main gitar dan menyanyi lagu sedih sambil tersenyum. Ada yang berhutang ribu2 untuk tunjuk kat awek dia dia adalah seorang yang 'mampu', ada yang cuba berjinak dengan kucing bila depan awek awek. Ada awek awek menunjukkan kemesraan dia ngan budak2 bila depan lelaki.

So, bagi aku bila berkata mengenai kehidupan adalah persepsi, aku tak percaya bulat2 pada apa yang orang buat. Aku tak percaya jiwa rakyat najib atau lim guang eng yang hanya letak satu bata dan disusuli tepukan dan dikatakan berjiwa rakyat. Itu gila.  Persepsi benar benar ajar aku mengenai kehidupan untuk jadi lebih berhati hati dengan orang sekeliling. Ya. Persepsi.


Sekian
AnakMudaDiary

Friday, September 21, 2012

Innocence of Muslim : Persepsi Dan Ekonomi



'Jika ditanya apa kamu lakukan ketika Rasul kamu dihina, katakan lah mungkin kamu tak boleh henti guna fesbuk, gugel, atau utiub, atau mengeshare, tapi kamu telah cuba mencari ilmu yang lebih baik dan mengelak dari memainkan api sentimen, memahami persekitaran dengan kesabaran, itu juga mungkin jawapan yang bernas, lalu ada berkata
'bersabar pon jangan jadi macam orang bodoh sampai kena pijak'

kalau lah sifat sabar itu bodoh dan boleh dipijak, bagaimana ia boleh ada tempat di syurga kelak?

Pencerahan!



 Ya, saya bertanggungjawab atas setiap penyataan yang saya ajukan. Ada yang bertanya waktu demonstrasi bersih dan Palestin, anda benar2 pergi dan ceritakan pengalaman? kenapa kali ini himpunan menentang 'innocence of Muslim' anda buat tak tahu dan menganggap ia serba tak kena?

Okay saya sedia jawab.

Ini adalah pandangan peribadi dari saya, anda bebas menyatakan saya apa sahaja. Seperti saya bebas menyatakan pendapat saya

1. Berkaitan demonstrasi, kita dapat lihat berita TV3 sebentar tadi orang islam berkumpul selepas solat maghrib dan berhimpun berarak ke Kedutaan U.S. Lalu Tantawi menyatakan dukacitanya mengenai tak dapat jumpa wakil kedutaan. Terlihat juga video video beberapa pemimpin politik dan Ngo Melayu yang kelihatan sangat tegar dan bersemangat pahlawan. Tapi kemana semangat itu apabila mereka pergi makan di mekdogal dan kentaki freak chiken?

2. Saya tak bersetuju apa bila pandangan yang menyatakan penerbit filem tersebut dihalalkan darahnya untuk dibunuh. Bagaimana dengan pelakon? dengan penyumbang dana kepada film tersebut?

3. Kemana kesabaran kamu semua yang berdemonstrasi yang menyebabkan trafik jem? yang suka menyatakan Allah bersama sama orang yang sabar? Dulu Rasulullah sendiri dilempar tahi pasir dan batu, kenapa tidak dilancarkan perang pada masa itu? kenapa sahabat masih boleh bersabar?

4. Jikalah demonstrasi ini hidangan yang tepat, cakap pada jemaah2 di masjid dan surau yang mendengar kuliah yang sering mengutuk tuhan agama budha, hindu dan yahudi. Tak ingatkah kamu ketika kamu mengutuk dan memakan limau2 di tempat ibadat mereka?  Adakah kamu mahu dikategorikan sebagai rasis scum dan MCA dan DAP sama2 berdemo dihadapan rumah kamu?

Bagi saya ini adalah permainan persepsi. Adakah pengarah berbangsa Amerika itu tidak sedar akan kesensitifan umat islam? Adakah dia terlupa mengenai karikatur yang dikecam dulu? Perjalanan persepsi ini menorobong jauh. Ya, persepsi terhadap agama islam. Ingat, orang yang paling senang dipermainkan adalah orang yang sensitif.  Hari ini kamu berdemo, menunjukkan kemarahan kamu, dengan mudah peristiwa 11/9 akan berulang dan dituduh orang islam sebagai pencetus keganasan. 

Jadi untuk kata pengarah dan konspirator itu sedang takut dengan perhimpunan kamu, itu tipu. Benarnya, saya rasa dia sedang berdekah2 ketawa memikirkan peluh2 umat islam yang di atas jalan, memorandum yang dikoyak di tongsampah Malaysia tanpa sempat pergi ke negara Amerika pon. Sebaliknya kini kamu harus bersedia dengan tomahan tomahan yang bakal melanda sekiranya berlaku pengulangan peristiwa 11/9. 
Alasannya senang 'ini adalah dilakukan umat islam, cuba lihat mereka baru butthurt atas filem tersebut haritu'. 

Pandangan saya, saya syorkan supaya jadikan proses pengumpulan ilmu itu lebih mantap. tinggalkan sifat sensitif dan jadikan kesamarataan lembaran baru dalam hidup. Ambillah sebenar benar sabar  sebagai suatu amalan dalam kehidupan. Film itu tidak menggugah akidah kamu pon, bahkan tidak halang kamu bersolat, bukan? jadi tiada hak kamu satu pun yang telah dicabuli bukan? 

Jadi, bagi saya ini adalah permainan persepsi ke atas umat islam itu sendiri. Kamu mungkin lebih selesa untuk umat islam ditakuti, namun saya berpegang islam itu harus dihormati.

Apakah kaitannya dengan ekonomi? adakah orang barat tidak takut pemboikotan yang akan dirancang ke atas google dan youtube seperti 5 hari yang kamu rancang? adakah mereka tidak tahu? sebagai negara barat yang lebih fasih mengenai ekonomi, mereka tahu kerenah ekonomi dunia. 5minit atau sekadar 5 hari yang kamu rancang itu adakah berkesan? bagi saya ia lebih terkesan sekiranya menggunakan google dan carian carian lain sebagai port kamu mencari ilmu dan dapatkan pencerahan mengenai bagaiman berdepan dengan paranoia terhadap golongan muslim.

Jangan lupa, apabila umat islam sensitif  dan akan menyalahkan kristian dan yahudi, itu lah masa terbaik untuk anjurkan perang dengan membuat provokasi dan fake bomb dimana mana tempat yang akan jadi kesukaan umat islam. Perang adalah suatu produk ekonomi. Kenapa? kerana apabila berlaku perperangan akan berlaku penggunaan dan peralihan senjata, peluru dan bomb.

Mengikut kajian senjata dunia yang tidak digunakan sudah terlalu lama, apalagi dapat dilakukan? orang akan menjualkan kepada gerila bawah tanah, dan yang tentera atas tanah akan membuat research and development nucleaer dan senjata baru untuk menjana pengaliran mata wang. Seterusnya mengaut untung. Dengan untung dan duit, maruah manusia dan negara dapat dibeli. Jangan tanya kenapa mengenai Amerika syarikat yang sedang merancang kerjasama latihan dengan tentera malaysia yang akan berpengkalan di Johor baharu. Makin banyak tanah akan tergadai. Itu adalah akidah keuntungan dalam sistem ekonomi kapitalis. 

Sekian
Ahmadchin#

Thursday, September 13, 2012

Apakah itu Kebudayaan?

Aku dah berpuluh kali bersoal pada diri. Dari semenjak aku sekolah. Aku selalu gagal bezakan budaya dan peraturan. Okay anutan aku dapat bezakan pada satu tahap yang lain

Budaya itu adalah cara hidup dan kepercayaan sesebuah masyarakat. Setiap masyarakat mempunyai kebudayaan masing-masing. Ia amat penting kerana itu adalah sumber gaya hidup kita. Contohnya pakaian orang melayu yang sopan santun, bahasa yang lemah-lembut dan juga saling hormat-menghormati satu sama lain. Bergotong-royong adalah salah satu dari budaya melayu. Ia selalu diamalkan apabila mengadakan majlis perkahwinan, masyuarat 

Itu baru aku bercerita budaya orang melayu. Belum tokok cerita pasal lebih 21 kaum lain yang ada kat malaysia. Okay. Aku tak tau budaya nie dari mana datangnya. Budaya itu adalah norma kehidupan yang dicipta sendiri atau menjadi ikutan?

Aku pernah pergi ke tempat tempat shoping kompleks macam KLCC, Pavilion dan Jaya Jusco. Sebenarnya ikut ciri geografi, tempat ini tak da beza, ia just menggambarkan golongan kelas2 yang membawa agenda tersendiri ke sana. Dengan budaya hedonisme bersuka ria, dan menjadi pendokong kepada golongan kapitalist. Adakah budaya masyarakat terletak didalam nya? jika dipisahkan secara geografi, budaya di Malaysia adalah kepelbagaian dan jamak.

DAri orang orang si pelosok kampong hingga ke tengah bandar, budaya yang dicipta adalah berbeza beza. Kalau kat kampung ada bercerita mengenai hantu kopek, hantu di tengah bandar pula adalah fasal duit dan cinta. Ini serius, penghijrahan telah membuktikan gadis2 kampung yang berpindah ke bandar menjadi penyanyi walaupun entah pahape. Tapi orang bandar yang mahu dimainstreamkan diri pulak menyanyi lagu yang klise dan tak enak bunyinya. Kenapa pembudayaan begini berlaku?
Kenapa budaya budaya dari luar dapat singgah dan meranapkan budaya2 asal tanah kita ini dulu? Dan adakah aku menyatakan penghijarahan budaya luar kedalam malaysia adalah sesuatu yang salah? Tak, aku jugak hipster mendengar lagu yang kurang mainstream seperti radiohead, dan linkin park yang dulu satu kemain mainstream lagi, siapa tak tahu zaman aku dulu di corong radio lagu seperti Crawling, in he end, dan video clip One Step Closer yang selalu ditayangkan di klip2 NTV7? ITu belum cerita lagu lagu yang aku selalu menyi sambil percik air siram bunga dengan adik aku, lagu lagu dari Blink182, dan red hot chili paper?

But for sure, lagu tu dengan lagu californication, yang aku baru je dengar dan hayati balik lirik2 dia. Ia mengenai jiwa dan kefahaman pada dunia.
Kalau alek2 nak dengar lagu yang kau hanya faham 'Nobody nobody but You? sampai budak budak laki  jatuh cinta pada penari penari dan bajet buat gaya cute dengan menari kpop itu adalah satu kelakian. Ini sangat pelik

Aku ingat lagi zaman aku sekolah dulu, perempuan carik mat mat jambu. Mat mat yang senyum2 lepak ngan pempuan memanjang. Sebab bagi aku time tu sifat laki nie kasar dan ganas. Maknya yang lebih kasar ganas itu adalah pilihan perempuan. Pembudayaan bab korea nie bukan je masuk ke tahap citara sa lagu, tapi bahay hingga awek awek melayu demam tak boleh tengok running men. Sampai nak balak diorang feseyn2 macam mat korea jugak? Sekurangnya waktu zzaman dulu, adek aku taklah mintak lelaki rambut pacak kaler putih dan garang macam chester. 

Mana lelaki yang tak pernah tulis surat then letak butir wangi dengan harapan awek yang baca tu akan cium2 surat tu? Mana lagi laki yang berak dalam seluar waktu sekolah rendah? Mana lagi lelaki yang dulu sangat gay apabila sangat takut duduk sebelah perempuan?

Jika kebudayaan celup dianggap sebagai budaya, tidak kisahlah bila adanya oppa kampung style lah, raya style lah. Sebab ia adalah celup. Dan barang celup bebas digunakan sesiapa je. Tapi cuba bayang kan, ia macam touch n go. Kau takkan sempat menghayati apa cuba disampaikan,  dah lah tak faham lirik selain nobody nobody but you, ni tibba2 nak gila oppa oppa? fish? 
Okay, untuk cakap pembawakan yahudi lah, cubaan nasrani dan yahudi untuk rusakkan negara Malaysia yang pernah jadi tuan rumah OIC bagi aku adalah tak da makna. Kenapa tak cakap kau makan limau di tahun baru cina itu adalah cubaan mengkafirkan kamu? Justeru, alasan dengan menggunakan yahudi dan nasrani penarian oppa membentuk lambang salib. Opah kau!
oops.

Apa nak buat, takkan nak layan video cikgu youtube yang menyanyi depan komputer style miming yang sangat cute tu? 

Jawapan kepada kecelaruan budaya ini
Adalah kita sebuah negara tenga cuba membangun.
Kita mencari cari identiti tersendiri, yang mana patut kita miliki lama dah. Akibat dari pemimpin politik yang hanya berpolitik tiap masa, rusak masyarakat malaysia yang semasa.
Dalam percubaan cari identiti, macam macam kita akan cuba, daripada barat sampai ke timur, dan yang mana cute kita ambil, yang hodoh dan hina, tinggal.

Sekian
AnakMudaDiary


Tuesday, September 4, 2012

Pencuri Kesakitan

Aku terus berjalan. Walau sedikit mana dan makin susut aku jumlah penulisan aku, berjalan adalah suatu kewajiban untuk setiap umat pelosok dunia. Semua orang mampu berjalan, dan bagi aku tanpa berjalan kau takkan jumpa diri kau yang sebenar. Atau berjalan ini sendiri membuatkan kau menghadapi kontradiksi dalam diri sendiri.

Penulisan ini bukan mati, cuma banyak simpan dalam hati. Sedang dalam jamban pon aku boleh terfikir apa tulisan seterusnya yang aku bakal tuliskan. Tapi entah, lepas lega semua lepas dan melepaskan, macam tu jugak idea idea tu pergi. Mungkin lepas ni aku akan bawak lettop bersama masuk jamban. Dan tulisan tu aku akan menusuk hati macam bau itu jugak.kah kah kah

Apapun, bukan ni yang aku nak kisahkan.
Cerita aku, aku kini hidup, antara cita cita yang aku kekal kan dari kecik adalah 'hidup untuk menggembirakan hati orang lain'. Yap, aku yakin mungkin ramai yang korang sendiri pernah ada rasa, kalau tak rasa pon tu akan jadi jawapan popular korang kan? bila umur makin meningkat, lebih kolonial, aku lebih suka gelarkan diri aku sebagai pencuri kesakitan. Terutama sekali orang orang yang aku sayang dan rapat dengan aku.


Hidup sebagai pencuri kesakitan bukan senang, kadang kadang kau perlu berkontradiksi dengan masalah yang kau pendam sendiri.  Orang yang kau sayang tu tengah muram, kau akan rasa tak selesa dan sebagai pencuri kesakitan, aku akan cuba satu per satu, Dari acting yang lebih romantik dari Rosyam nor memujuk Vanidah imran, dari Abg jalal yang cuba mengkasihkan neelofa, lagi lawak dari Mr. Bean yang bagi awek dia penyangkut frame yang disangka cincin. Tapi sampai satu point, kau tak tau kenapa kau perlu buat semua nie. Sedangkan orang yang kau sayang tu sangat kurang respon dia. Kalau ada pun, respon dia sikit. Tapi sebagai pencuri kesakitan, aku akan bergembira dari orang yang berwajah kusam, kini mengukir senyuman dari pipi dia yang tembam dan gebu.

Biar aku surahkan satu cerita, moga di hadam jadi pengajaran, pada suatu malam aku masuk menerobos ke bilik seseorang yang aku minati. Aku dapati dia sedang tidur sambil mata pulak terbuka, mungkin dia sedang tidur lena. Untuk mengenali sosok ini, aku perhatikan dulu fizikalnya, dari uraian rambutnya, lenggokan badan dan iris mata yang coklat menawan.Indah, sempurna dan menyempurnakan untuk seorang penerobos rumah macam aku. Sebelum ni, aku jugak pernah terobos rumah orang lain, tapi sayang tiada satu pun yang menarik minat aku, bukan pada fizikal je, tapi dari susunan barang dalam bilik sendiri. Ada yang bersepah, ada yang bersusun, ada yang dah siap2 tido awal sambil seksi cuba menggoda aku
Tapi kali ini lain. Iris mata coklat menunjukkan dia gadis biasa yang suka bermenung. Mungkin tercari cari macam aku.
Lenggokan badan yang tak lena menggambarkan diri dia juga sedang meronta. Meronta bukan untuk menggoda. Tapi meronta mencari keperibadian yang sebenar. Sama ada untuk terus menjadi rare dengan memminati berita berita sukan, atau menjerumuskan diri dalam kancah kontemporari borak mengenai berita top macam Baskinrobeen dan Harimau Muda, tapi buat tak kisah pasal atlit paralimpik yang dapat tempat kedua acara memanah. Nak kata dia seorang bandwagon pon bukan, cuma dalam kebiasaan dia, dia berjaya buat sedikit kelainan.
Pencuri kesakitan ini perlahan lahan amati bilik itu, gelap dan sugul. Barang nya terkemas, Terkunci rapi. Semua yang sulit dan wallet disimpan dalam laci rapat2. Ya, gadis ini nampak bukan senang didekati seperti sebelum ini. Tapi dalam sukar didekati, entah kenapa terdetik dihati pencuri ini, 'aku mahu kembalikan senyuman itu'. Seperti pencuri ini dah terbiasa melihat senyuman sosok gadis yang sedang khusyuk berkhayal.

Lalu aku sebagai pencuri kesakitan mendekati dia, perlahan lahan aku dekat bibir pada telinga, mata belum bertentang mata, aku sudah gundah gulana. Aku cuba membisikkan kata kata pujangga dengan alunan irama sempurna, termanggu dan termenung dengan tekun lagi susuk ini. Aku cuba cara lain. Kini mata menghadap mata, aku dekati dia. Ya, siapa tak tergoda bibirnya itu. Cuma disebabkan aku lebih prihatin kepada aksinya yang bermenung khusyuk, aku berlakon macam tawadhu'.

'aku lihat aku kini macam ada dalam kamu
Namun kenapa cinta kita belum pernah bersatu
dari linang kaca mata hingga tegang bulu roma
Tidak pun terucap kata benar kata dusta
Kini terlihat dua jasad yang dekat dan terbiar
Kau tidak tersedar
Namun aku masih mencuba dalam hambar'

 Aku menggeletar, bingung. Aku tidak tahu kenapa perlu rasa ini datang. Ada masa, aku rasa kau seperti senyum sendiri dekat aku. Tenang dan senang. Aku dapat rasa suatu rasa yang aku amat rindu. Yang aku pasti telah mati bertahun dulu. Lalu aku pun cuba menyanyi.

'Selamat malam sayang, tidurlah sayangku..
Siangkan tiba bercahaya, bermula baru semua untukmu...'

Terlelap. Kau tertidur. Tanpa ucapan selamat malam pun.
Aku tiidak ukur rupa parasmu, ya aku berharap, tapi bukan suaramu yang aku dambakan, jika pertemuan malam ini ditakdir sebagai suatu hubungan, hadiahi aku dengan kejujuran. hadiahi aku dengan keikhlasan.


_____________________________________________________________________________

Beberapa kemudian kita bertemu bawah sinar bulan
Aku bawa kau kesuatu tempat yang dipanggil lapangan
Putih keseluruhan yang ada hanya graviti tiada bersempadan
Disitu kita berlari berkejaran
Pegang pegang tangan
disitu kau dan aku
Kini aku bukan lagi pencuri kesakitan
Kau kata aku penawar segala kedukaan.


Sekian
Ahmadchin#

Tuesday, August 28, 2012

Persoalan kehidupan

Hari ini aku terus kan kehidupan

Setelah berapa lama aku tak menulis dalam blog nie. Aku mentirikan dia. Sehingga terbawa kemimpi blog ini sedang menyepak dan menghempap aku. Mula mula dia kata rindu akan kelembutan jari jemari aku, rindu usapan aku, belaian aku. Waktu dia luahkan semua tu, aku diam, aku tak tahu nak balas apa, bukan aku tak mahu menulis. cuma tiada inspirasi.

Kalau dulu aku suke komplen situ sini, tapi sekarang aku lebih banyak ceritakan cerita aku sendiri, impian dan imaginasi yang entah dari mana datang. AKu cuba bongkar beribu persoalan yang belum terjawab dalam hidup. Dari empayar ke suatu empayar, aku bergerak, cari jawapan kalau berjumpa. Takda.!

Aku penat. Aku malas. Aku rasa mungkin betul

Tuhan tu dah tetapkan keperlbagaian dalam hidup, ada suatu perkara atau persoalan yang kita sebenarnya patu biarkan dia macam tu, tertutup terkunci, rapat dan padat. Nanti bila nak terjawab, terjawab lah sendiri.

#Celaka. Ini quote orang malas

 

Wednesday, August 1, 2012

Revolusi Seni Islamik 1







24 tahun. Aku dah menongkah arus dalam kehidupan. Taku yakin belum 24% warga dunia aku dah jumpa. Duduk terperuk dalam negara Malaysia yang sedang membangun aku rasa sangat malang. Kenapa aku lahir dalam negara membangun yang rakyatnya sangat suka akan sentimen agama dan bangsa? Kenapa aku lahir dalam negara 'islam' tapi pengaruh kristian tu dikatakan sangat kuat dalamnya sampai banyak bahan bacaan kena sekat? kenapa dalam Malaysia subjek Agama Islam ada, tapi tiada agama Buddha atau Kristian? Kan tak adil? Kenapa ada terjemahan Al Quran dalam bahasa ruji orang Malaysia, tapi bukan kitab lain? tu kan akan jadi penghalang kepada pemahaman antara ugama? 


Seni Islamik.
Seikhlasnya. Aku tidak tahu apa dia ciri benar untuk unsur islamik nie. Adakah sekadar berjubah arab berkopiah dan bersongkok kemudian menyanyikan lagu2 yang memuji tuhan. Seni islamik yang digambarkan di Malaysia sekarang adalah serita cinta yang konon islamik, hiburan sekadar nasyid dan artis yang berhijrah masuk Pas. Paling tak cool orang cakap yang artis ini artis islamik. Apa kaitan unsur seni dan islamik bila join pas? kenapa jubah arab menjadi branding kepada unsur islamik?

Dalam senia. Macam maca revolusi aku dah tengok. Dari zaman aku lahir dengar lagu raihan. Lagu puji pujian, senyum senyuman. Mengenai kiamat dan haji. Adakah bila disebut islamik, ia adalah homogen yang berkaitan dengan pujian pujian terhadap ilahi serta seruan untuk mentaati rukun iman dan rukun islam sahaja? Ya, jika nak diikut, ia memang seteru dengan pemahaman kita bahawasanya Islam adalah mengenai duduk di tikar sejadah semata mata. Sebab itu punca aku tengok orang tua yang muka melayu lebih byk cepat stroke dan tak lagi gagah. Sebab bila nak bertaubat, sangkaan kebanyakan segala kerja akan tinggal untuk beribadah kepada Allah.

Then datang kepada konklusi, no wonder orang di fesbuk sangat sibuk bikin cerita mengenai pakai tudung, tutup aurat, dan cinta islamik semata mata. Sedangkan ada benda lagi penting tentang kejirananan dan konomi yang patut dirisaukan. Untuk aku katakan salah kerajaan. Ya betul. Apabila wujud nya homogen kumpulan nasyid dan program program islamik macam imam muda dan ustazah harapan. Apa yang dipaparkan oleh perkara ini, islamik adalah mereka yang semua hidup kerana Allah tidak kuat melawan, memerli, dan perlu sentiasa bersyukur. Tak pernah terfikir ke, y they keep tell us to bersyukur? bersabar jangan cabar? bersyukur jangan lupa?

Tapi taklah aku nafikan aku ni jugak penggemar nasyid raihan, rabbani sampai penah satu masa aku jadi jelek dengan in-team sebab buat nasyid cinta islamik. Time tu aku boleh dikira gay pasal geli tengok laki perempuan berkepit sana sini. YA, mereka ada sumbangan setiap perkara dalam masyarakat. Nasyid nasyid kontemporari, cuma kenapa ditekankan mengenai amal ibadah semata mata. Jika imbas balik syair syair rabiatul adawiyah sekalipun tidak banyak menyebut mengenai ketuhanan atau 'Allah'.

Bagi aku, apabila menyebut seni berbentuk islamik. Lagu lagu rock yang menentang kezaliman dan kerakusan manusia jugak adalah satu bentuk seni yang islamik. Belum cerita mengenai lagu lagu rock kapak yang bagi aku sebenarnya cinta adalah perkara yang paling islamik dalam dunia. Tapi macam zikir. kalau over dan luar kawalan, kau akan jadi hilang arah. rite?
So, karya buku yang aku banyak baca macam kitab terfaktab nakal tapi halal, itu juga satu seni yang islamik.  Cuma aku tak faham, dah 3 tahun lebih pakatan rakyat pegang negeri terbabit, tapi takda lah sangat perkembangan yang memberansangkan. Kalau seni islamik tu masih diterapkan melalui pemakaian jubah dan puji pujian kepada Allah semata mata.kan?


Sekian
AnakMudaDiary

Friday, July 27, 2012

Pak Mat, Samad dan Persatuan Cegah Maksiat

Pada satu hari, pak mat pergi join Persatuan Pencegah MAksiat Kampung Lembah Beringin. Disebabkan dibayar komisen untuk di atas setiap tangkapan dilakukan, pak mat menjadi semakin berahi untuk mencegah maksiat yang mana dalam satu masa Pak Mat rasa dia dapat pahala, dan tentunya dapat komisen.

Pak Mat teruskan aktiviti seperti biasa, dari susuk menusuk, secara diam diam, merangkak rangkak, untuk pergi mengintai, mendengar ura ura orang berdua duaan, sehinggalah Pak Mat dengan selambe merosakkan pintu pintu rumah dan memecahkan tingkap untuk menangkap pasangan yang dikatakan berkhalwat itu.
Untung persatuan ni ada lelaki macam pak mat. Matanya yang tajam seakan mata harimau akan dapat menangkap bayang bayang lelaki perempuan yang hinggap sebalik tingkap. Telinga yang bercuping comel mampu mendengar bunyi bunyian yang mencipta kesangsian,

Namun sebagai manusia biasa, dalam keheroannya pon Pak Mat pernah tersilap, dia pernah tertangkap suami isteri yang sedang mandi, Ijat tengah lepak dengan Chery(bukan nama sebenar, Shahril). Namun begitu Pak Mat merasa tanggungjawabnya adalah amat besar, disamping mengejar komisen yang ditawarkan oleh kelab tersebut,

Samad, seorang budak 23 tahun yang pernah ditangkap Pak Mat begitu panas hati. Mana taknya, setiap kali Pak Mat pergi pecah rumah habis semua tingkap dan pintu pecah. Sampai ada kes kematian. Yang peliknya, serbanitas macam Pak Mat tak kisah nak bayar ganti rugi tersebut dan bila ditanya Pak Mat jawab ; 'Kerena agama pon kau nak berkira?'

Pada hemat si Samad, dia tidak pernah mendengar disurahkan ditelinga dia yang Pencegah Maksiat boleh merosakkan harta awam kerana perjuangan ugama. Namun, apakan daya, nak tegur persatuan ni pun da terlambat, sebab Samad pernah kene tangkap maksiat

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Al-Hujuraat ayat 12


Sekian
AnakMudaDiary

Thursday, July 26, 2012

Delusia dan Impian




Lama dah aku tak menulis style ni rasanya. DAri 1 tulisan ke 1 penulisan, aku cuba reka cara penulisan hasil dari inspirasi baca banyak novel dan cerpen yang menguatkan semangat untuk menulis.  Biar aku surahkan lagi dari mula, aku hanyalah manusia biasa seorang lelaki yang tak berapa nak molek penampilannnya. Aku telah melalui macam macam peringkat kehidupan. Dari seorang hipster politik sokong pembangkang terbawak bawak konon petah hujah dan berdebat demi cari impian yang lebih baik. Sampai ke tahap reka puisi 'Disini' di satu lagi penulisan blog Dari Penjara Maya. Aku penat. Betul. Impian aku sedang tidur. Bukan tidur lena. Tidur terpaksa. Aku paksa dia tidur. Sebab bagi aku impian tu sekarang makin teruk, makin menjadi delusi yang akhirnya makan usia aku sendiri dengan sia sia. Sedangkan impian tu tak kemana, langkah pulak berat tak berkembang.


Mengharapkan keamanan, tiada sifat perkauman sentimen keagamaan, hasil bumi dibahagi sama rata sekarang macam mengharap sampah digilap2 menjadi berlian. Tak guna dan buang masa. Apa guna bila kita sorang je melaungkan lagu lagu john lennon macam imagine sedangkan orang lain sibuk nak mencipta neraka dan membeli tiket ke syurga? Apa guna lagu lagu nirvana smell of teen spirit kalau orang lain sedang sibuk membuka fesbuk ustad azhar dan lagu lagu kpop yang merosakkan akidah? takda guna. Pergi mampus pada lagu John Lennon. Persetankan. Lebih mudah kalau aku menjadi hipster dan douchebag yang tampak poyo dan segak. Walaupun dihina oleh hipster2 yang kononnya bersifat 'sayangi dan jadi diri sendiri', akhirnya hippster yang menghina hipster tu lahir dari teori konspirasi copycat doll mengikut surah surah yang diorang dah baca sebalum menghina hipster yang diorang nampak.. Bukan tapak kaki sendiri. Bencikan kapitalisma sayangkan socialis? fak. Itu semua menipu, kau pun akan tiru pemikiran adam smith dan pengemuka teori ekonomi yang lain jugakkan? bukannya diri sendiri pun. Pity U!


Kadang kadang betul kata 'dia', dalam tak sedar, impian kau tu shazwan hanya delusi yang memakan kehidupan kau sendiri. Tak pernah kau maju pun dalam mengejar impian kau. Sepoyo poyo orang yang kata duit tak penting kat dunia, at last kerja carik duit kejar untung nak carik makan gak? sama jugak. Mungkin kita lahir untuk jadi hipster dan ditemani duit.


Mengikut perkiraan sekarang, impian yang tengah tidur tu sedang menggemuk. Kuat makan dan malas. Sepatut impian tu sesuatu yang boleh dicapai, tapi merenungkan balik dan masukkan dalam persekitaran dan peredaran zaman impian itu hanyalah suatu delusi. Delusi ni macam bermimpi sesuatu yang mustahil. Macam aku mengharapkan kereta aku dengan wajah baru dia nampak macam Mitsubishi Lancer. Mustahil. Sebab asalanya dia tetap keluaran proton. Buatlah macam mana pon. So stop mimpi2 dengan impian bangang tu, duk dalam paksi realiti. Belajar sikap individualistik dan memprovokasi masyarakat setempat. Kalau kau benci tengok orang shopping membeli belah dimasjid sogo dan pavilion, hilangkan sikap tu. Belajar jadi macam diorang. Memuaskan hati dengan kekayaan yang boleh bawak keyakinan untuk dapat perempuan. tak susah.


Impian yang lama sangat kita tanam adalah sia2. Macam waktu kecik kecik, kau kata nak jadi arkitek lah akauntan lah, doktor nak jaga mak bapak lah kononnya, at last cuba tanya diorang yang dah jadi tu, betul ke diorang kecik2 bila cikgu tanya jawab benda yang sama apa diorang jadi sekarang? Atau diorang sekadar memobrokkan diri dalam sistem pendidikan yang korup dan kononnya membentuk kehidupan diorang sekarang? Jawabnya. Hidup lagi senang bila ada sesuatu yang dah tentukan kehidupan kau. Hidup dalam sistem kapitalisma, duit lah penentu kehidupan kau, sembang lah sampai bimbang, akhirnya kau akan mati jugak kalau tak da duit, nak beli rokok kena ada duit.  Nak beli makanan ambik air sembahyang semua tu perlukan duit.


#Impian tengah tidur?Lena? Pergi mampus. Biar dia jadi delusia.


AnakMudaDiary

Wednesday, July 18, 2012

Review Novel : Cekik - Ridhwan Saidi




First novel yang aku baca penuh setiap muka dalam hidup aku. Dari 5 bintang, aku boleh bagi 4 setengah bintang. Setengah bintang hilang pasal babak babak yang aku terpaksa ulang balik baca sebab kepetahan i/q aku yang masih slow kurang flow.

Cerita mengenai kompleksiti penghijrahan seorang lelaki dari kampung ke pusat bandar. Kalau selama ni kita dengar cerita perempuan pergi bandar jadi tak tentu hala. Dalam novel ni, akan becerita mengenai budak lelaki yang jumpa hidayah dari tuhan di bandar metropolitan itu sendiri. Mengenai gadis tari bernama suria yang berumur berapa puluhtahun menjadi awek kepada budak lelaki berumur 14 tahun. Ayat keramat budak laki ni yang paling gagah

'saya berumur 41 tahun, terperangkap dalam jasad bersaiz 14 tahun'. ringkas dan padat.

Sebenarnya sesuai untuk bacaan mana mana golongan. Tapi terpulang kepada penerimaan, kalau yang bajet bajet akan cakap ini novel lucah, sebab beberapa scene yang akan buat kau menyenggama minda didalamnya.. Tapi akibat rasa ingin tahu seterus terusnya, kau akan lupakan babak lucah tersebut. Terdapat juga unsur persoalan ingin tahu dan kesedapan mcdonald didalamnya yang boleh dijadikan rasuah waktu zaman sekolah dulu.

Bila aku baca buku nie, aku jadi rasa, ridhwan saidi ni tulis pasal diri dia sendiri. Sebab penghayatan watak yang dibawak tu sangat hebat. 

Penutup kalam 'bila hidayah sampai, kau takkan dapat tepis bai'

Novel Wajib Baca.


Sekian
AnakmudaDiary






Monday, July 16, 2012

1 Majlis Pengebumian dan 10 Pertemuan



Pinn Pinnn!!Tubuh busuk yang baru selesai mandi terjaga dari mati dihadapan komputer. Matinya dengan fesbuk. Dalam keadaan bertuala dan sedikit terkejut,  dia mengintai ke luar melaui sliding door tinted yang memang terang2 dari luar orang boleh saksikan badannya yang sedikit seksi itu. Denton milihat Abad diluar. Ohhh!! malam ini ada temujanji di ulang40hari majlis tahlil arwah tokei kedai yang mereka selalu lepak. Kedai itu namanya Man Sayo. Kedai yang hidangan istimewanya adalah nasi ayam namun Denton dan kawan kawan kebiasaan sekadar melepak untuk minum tehtarik dan teh 'o ais. Nikmat terbesar bagi lelaki lelaki selain berdating dengan teman wanita.


Mereka menuju ke suatu majlis kenduri tahlil arwah yang 3km dari rumah Denton. Setibanya mereka di majlis tersebut. Tak sangka, pertama kali dalam hidup Denton dia melihat  Majlis Tahlil Arwah dihadiri oleh begitu ramai tetamu seperti majlis kahwin pula! Tipikalnya, orang tidak berkenan nak hadi majlis begini kerana acara membaca yaasin seperti malam khamis yang dilakukan disurau surau dan disusuli dengan majlis makan. Namun kali ini sedikit berbeza. Denton naik ragu.. Mula permainan logik gobok pemikirannya. Dari mana dan sebab apa? adakah sebab kambing golek? daging rusa? atau ayam panggangnya yang bau sungguh menawan hati? Atau proses islamisasi telah mencapai tahap maksimum sehingga membawa manusia kepada proses bertaubat secara beramai ramai? Tak mustahil juga ini adalah kawasan kuat orang Pas!. Beribu persoalan muncul. Denton tenang. Selaku seorang lelaki yang single, dia yakin disini mungkin akan bertemu jodoh seperti muslimah bernama julie. Dalam ramai, Denton sedikit kecewa kerana majlis ini mungkin juga dijadikan oleh para hipster untuk memakai gaun2 menawan yang menyenggama minda mereka yang melihat. 


Bacaan Yaasin dimulakan, dikelilingi oleh anak kecil berjubah serba putih yang khabarnya dari Rumah Anak Yatim, Denton rasa nyaman, walaupun ada beberapa telatah anak kecil itu yang buat Denton rasa berbulu dan panas hati, muka muka kerek yang biasa Denton lihat dizaman persekolahannya dulu. Denton tegarkan hatinya untuk menghabiskan bacaan Yaasin dengan tenang.'Yaaasiinnnn, walkur a nil hakim...' Terdengar suara seorang tua yang mulakan bacaan namun diselangi semput dan lelah.


Didalam majlis penuh ramai itu, Denton memerhatikan gerak manusia. Dari pakcik pakcik bermisai A. Galak hingga ke gadis gadis ala najwa Latif. Tak lepas dari pandangan. Lantas, Denton merumuskan mereka kepada beberapa kumpulan


1. Dalam meja pertama, ada sekumpulan lelaki tua yang usia lanjut berbicara sesama sendiri. Sambil berkasut hitam, dan berkaca mata 'oakley', gaya makan yang penuh budi dan berbahasa. Mereka sedang berborak borak 'bisnes' Dari cara pakai seluar slack yang digosok rapi hingga gaya gelak tawa mereka. Denton biasa melihat telatah orang begitu di Kuala Lumpur


2. Disuatu sudut pintu keluar rumah, ada segolongan 'abg abg' sedang rehat. Dari awal sehingga akhir, mereka duduk disana. Dari Denton cecah kaki ke pintu masuk, sehingga mahu bali, mereka masih disitu. 'Abg abg' ini adalah yang Denton selalu nampak ketika lepak dikedai. Mereka duduk disuatu bilik lama yang pada belah malam asap2 berkepul keluar pada malamnya. Mereka suka bercerita sesama sendiri dan bergelak tawa. Tapi dimalam ini, Gaya mereka macho. Semacam


3. Perjumpaan ibu ibu.yang penuh begaya dengan rantai2 emas dileher. Duduk dan bersahaja. Teliti mendengar cerita sesama sendiri. Dah tahap ibu, mereka takkan nak bincang pasal cinta cinta macam muda zaman sekarang atau post2 mengenai haram cinta itu ini, mereka bercerita mengenai kehebatan rantai magis dilengan dan kehebatan batu azimat tergantung dileher.'Anak i study di u.k taw!'


4.Ada pula kelibat beberapa gadis duduk dihalaman rumah tersebut. Dihalaman itu terdapat kerusi yang sangat sesuai dijadikan port melepak. Gaya gadis gadis ini sungguh pelik. Tidak pernah Denton melihat gadis gadis bergambar sakan di majlis tahlil atau pengebumian. Denton membayangkan, dengan 'wajah wajah comel mereka itu, kemudian di'upload' ke fbook. Dan dijadikan album 'tahlil arwah si anu bin sipolan', Sangat counter culture. penularan budaya bergambar. Mungkin satu hari nanti, orang akan menangkap gambar bersama mayat sambil buat mata bulat atau 'babyface' atau 'duckface' dan upload di fesbuk dengan tag 'alolololol, cian dia...'. 


5. Disuatu sudut, sekeluarga sedang menjamah makanan dengan penuh berselera. Dari satu ke satu pinggan. Dari kambing ke rusa hingga ke kepak ayam. Sangat berselera!. Sementara anakgadis bermain bbm dan anak lelaki mata yang meliar, ibunya sekali sekali mennegur 'makanlah tu ti'. Kelluarga ni seakan rapat dengaan tuan rumah, gaya borak bual dan senyum manis mereka sungguh mesra dan sihat.


6. Sementara yang lain sibuk berborak sesama sendiri, Denton memerhatikan gelagat anak2 kecil yang diberi penghormatan dan penghargaan untuk memenuhi majlis ini. Gaya comel dan kadangkala mintak penyepak itu sangat menenangkan. Sesekali nampak peranan seorang ketua budak pada salah seorang dari mereka. Yang mana ketuanya akan lebih masam dan muram. Hari ni, mereka diberi layanan istimewa, pergi dan pulang naiki kereta seperti Alphard dan Mercedes Benz. Mungkin lebih banyak pahala. Diwajah mereka jelas, mereka sendiri seperti tidak mengerti mengenai majlis tahlil arwah ini. Mungkin kerna tidak merasa perasaan kehilangan orang tua mereka pada suatu ketika.


7. Disebuah sudut, pertemuan anak anak muda yang sudah lama tak bertemu. Nampak gaya skema mereka sudah tahu mereka adalah pelajar universiti. Diselangi dengan ayat seperti 'kau belajar kos ape?' 'ada peluang kerja ke kos tu?' yang berlagak dengan kos 'perakaunan,doktor jurutera dan arkitektur' pon tidak kurangnya. Namun hari ini mereka bertemu, dalam mereka ada yang tersipu sipu malu, barangkali tidak sempat menghabiskan matrix atau sesi persekolahan pun. 


8. Disebuah meja bulat, ada pakcik pakcik yang mungkin dari kariah surau berdekatan berborak sesama mereka. Dengan kopiah besar, baju melayu lusuh dan kain pelekat yang tidak beberapa molek diikat, mereka bercerita perihal surau yang kini merasai bahang politik. Dari imam umno sehingga bilal pas mereka berbicara. Mengenai penceramah jemputan yang banyak habiskan masa mempromosi politik di pentas, sehingga lah longkang longkang yang kotor dan tidak diuruskan sekarang. Bagi Denton, itulah buruknya bila segalanya mahu bercerita mengenai politik. Termasuk disurau surau. Mereka ini terlalu sebuk salahkan orang yang berkuasa atas surau sekarang, sampai terlupa rasa untuk buat program gotong royong dan kerjasama bersihkan surau yang boleh diselesaikan dari pagi sampai tengahari je. 


9. Ada juga meja meja yang duduk secara bercampur laki dan perempuan dan ada juga gaulan orang tua dan muda. Ironi, cerita mereka adalah berkenaan bila nak kawen?dah kerja? buat apa sekarang? Mak pula asyik melayan seorang lelaki lembut yang dikhabarkan bergaduh dengan rakannya lagi dua orang kat dalam rumah. Mak memang cool, tak pilih dalam berkawan, Denton tahu mak ada agendanya tersendiri apabila merapati golongan macam tu.


10. Disuatu sudut, ada seorang lelaki tengah duduk senyap memerhatikan kesemua orang dan kumpulan itu, walaupun hatinya tertaut pada gadis yang dia terlihat pada majlis tersebut. Dia lebih berminat membongkar mereka yang datang dimajlis tersebut sama ada bertaubat atau ambil pengajaran dari kematian simati, atau sekadar membuat 'Majlis Reunion dan Membaca Yaasin?'

Friday, July 13, 2012

Impian yang terus berjalan




Ahmad Impian

Seorang budak lelaki berusia 24 tahun yang selalu diulit angan angan dan kisah silam. Bagi dia angan angan itu satu penderitaan, sebab kena menunggu benda yang tak pasti, angan angan yang bergantung kepada keadaan dunia luar untuk dikabulkan. Kisah silam pula satu keperitan. Kerana perit kisah silam itu tertinggal kat belakang. Sebab itu kisah 'silam'. Kisah yang lebih gelap dan gagal menggembirakan mereka yang merasai kisah 'silam' tersebut. Ahmad Impian @ Pian. Jadi, untuk terus melangkah kehadapan Pian perlu ada satu pemangkin yang dipanggil 'angan-angan'. Biasalah nak langkah longkang mesti ada anjing kejar kat belakang bak kata pepatah melayu. Bila ada anjing yang membawa unsur keganasan, gigitan, penindasan, barulah kita sedar yang longkang besar pon boleh dilangkah. Jadi memang sesuai, mengejar angan angan adalah berlari dari kesakitan.

Kekuatan Impian.

Pian adalah seorang budak lelaki yang mengalami proses perubahan alam remaja. Dari dia menjadi bilal muda disurau surau tanpa mendapat bayaran atau tajaan, hingga jadi exco dakwah yang tak bertauliah disebuah Maktab Rendah kerana tidak pernah bersekolah agama, sampai menjadi hipster kasanova diperingkat universiti. Dalam proses menjadi bilal, pendakwah dan kasanova, itu adalah impian biasa untuk umat manusia. Mengikut fakta, umunya manusia ingin menjadi baik dan berbuat baik kepada orang lain. Namun, kerana dari pengaruh sekeliling dan dipupuk untuk belajar secara 'mengikut kapur putih dan papan hitam' impian manusia juga berubah rubah. Seperti Pian. Menjadi bilal untuk menggembirakan ibu. Menjadi pendakwah kerana yakin, dan menjadi hipster kasanova kerana malu dengan kawan2. Pian memang kuat, dia telah beberapa kali mencapai impian, dan dengan kekuatan impiannya itu, dia telah mengalami konflik besar pada usia 24tahun iaitu tidak tahu apa yang dikehendaki oleh dirinya. Apakah tujuan hidup, apakah arah? kemana? darimana? Sampai mana? Jadi apa? Idola? Isteri? cucu? mertua? mak? bapak?


Pian berjalan atas impian

Pada suatu hari pian memasuki sebuah kawasan putih. Kawasan putih ini sangat kosong. Seakan tiada penghujung. Dengan tarikan graviti yang lebih lemah dari biasa. Pian merasa sedikit senang dan ringan untuk berjalan. Sejurus untuk berangan angan. Hebat, setiap apa perkara yang Pian bayangkan menjadi kenyataan. Dari kereta Toyota Camry 2.0 hingga ke rumah banglo besar bernilai 4 juta di Petaling Jaya, dibayangkan dan keluar kepada alam putih itu. Pian berasa gembira. Pian pun masuk dan berehat dirumah itu. Sebelum dia menyenggama minda, dia terbayangkan untuk memandu kereta Toyota Camry tersebut dijalan yang kosong, tidak jem dan penuh dengan manusia yang suka melemparkan senyuman. Pian lantas mengambil kunci kereta yang keretanya adalah persis milik bosnya di ofis, lalu mulakan pemanduan. Di tepi tepi jalan, Pian ternampak gelagat Neelofa, Anzalna dan Tasha Shila sedang gembira bermesej bersama. Berjalan dan ketawa sama2. Tiada orang pun pedulikan mereka. Mereka bertiga juga tidak nampak terlalu desperate mencari duit dengan membuat gosip hitu dan hini, atau mencari Datuk2 mewah untuk menjelma jadi pisau duit. Pian terkesima. Neelofa itu telah melemparkan senyuman manis kepadanya. Pian tidak berkelip, suasana jalan yang tidak jem tadi membuatkannya memalin 90 darjah untuk memastikan keadaan tersebut. Setelah agak pasti senyuman itu adalah miliknya, Pian terus berpatah balik dan cuba untuk menjemput Neelofa menaiki keretanya.

Rambut lurus dihujungnya keringting, bercolour 'Blonde' dan kecik kecik molek, Pian terliur.  'Tak Tak TAk' Pian mengetuk lututnya untuk menjaga kehenseman dan kegantengannya. Neelofa datang ke arah Seat sebelah Pian membuka pintu dengan senyuman. 'Assalamualaikum'
'Waalaikumsalam'. Senyum. Tersipu malu. Pian terkelu.

Pian meneruskan perjalanan bersama pacuan Camry nya dan seorang gadis iaitu 'Neelofa'!. Pian terasa sangat cool. Malu jika Neelofa tahu dia adalah lahir dari jalanan dan keluarga yang susah. Kesenangan nya ini adalah anugerah secara tiba2. Yang tidak dijangkakannnya. Pian memandu, meninggalkan makcik2 ditepi jalan yang pernah satu ketika menjadi teman Pian meluahkan rasa kasihan. Khairul yang tempang juga dilupakan memandangkan kakinya yang busuk itu pasti akan menyengat Neelofa dan membuat Neelofa tidak mahu terus menaiki kereta dengannya.


'Monumen ini besarkan?' tanya pian.
'Ya. Seperti kita.....ooppss.. Cinta kita...' Jawab lofa lemah gemalai
Betulkah kita sedang bercinta sekarang'? tanya pian dalam bentak dan kedu
Apa sahaja pian. Jawab lofa tenang.

Mengimbas kembali keadaan dalam kereta. Pian lebih bersikap berdiam diri. Sikap semulajadinya. Bermonolog dalam diri. Nak tanya apa? apa? dan apa? kalau dia tak suka macam mana? kalau dia tak suka topic bualan itu macam mana? Soalan critical ini membunuh cinta pian sendiri sebenarnya. Kadang Neelofa cuba untuk mulakan perbualan. Pian gagal untuk mengolah jawapannya dengan baik. Gadis lebih sukakan jawapan yang disusuli dengan lawak dan penerangan. Kerana pemikiran mereka yang sangat kritikal dan logikal. Sedang Pian asalnya lelaki sememangnya kuat dengan bermimpi dan berdiri dalam alam mayanya sendiri.

Setibanya Pian disebuah pelosok bandar yang diimaginasikan oleh dirinya sendiri. Pian menurunkan Lofa di sebuah hotel untuk berehat. Mungkin untuk Lofa beristikharah sama ada Pian adalah bakal calon suaminya atau tidak. Pian sangant memerlukan masa bersendirian. Ketika menaiki kereta tadi, Pian terbayangkan wajah Tasha Shila yang pernah menjadi Ex Girlfren di zaman Universitinya ketika dulu. Ex Girlfren yang 5 tahun bersabar dengan kerenah Pian. Namun meninggalkan Pian kerana lelaki yang bernama Zed. Zed adalah cinta pertama Tasha waktu zaman sekolah yang telah meragut cinta Pian.

Waktu dalam kereta bersama neelofa pon tadi, Pian seperti ternampak dan terbayang wajah Neelofa betukar menjadi wajah Tasha. Takut Pian dibuatnya, Namun itu bukan faktor besar untuk Pian menghentikan Lofa di sebuah hentian. Hotel itu supaya Lofa tak rasa susah atau kesempitan, Pian telah menguruskan segala hal supaya Lofa tak keluar duit dan tenang di hotel tersebut. Semuanya Free!. Namun kerana Pian takut bayangan Tasha yang mengikutinya, Pian tidak mahu memberi harapan kepada Lofa. Walaupun Pian sendiri tak tahu bagaimana Lofa bergitu cepat tangkap cinta dengannaya tika sesi luahan di Monumen berkembar tadi. Seperti dalam cerita cerita di TV3 dan bollywood, cinta pandang pertama yang bagi Pian hanya menipu. Tapi kali ini menjadi!
Bagi Pian, Lofa adalah Awek Yang Original dicarinya selama ini. Namun dia tinggalkan bukan kerana ada page bangang difacebook namanya 'Haram Couple Sebelum kawen' atau ucapan poyo seperti 'Bercinta lepas nikah lebih hebat', tapi kerana sayang.
PIAN SAYANG LOFA.
 _____________________________________________________________________________
Babak Lofa di Hotel Mewah

Jauh di sebuah ruang yang indah. Pokok bungan yang sentiasa menghembuskan udara segar. AirCond yang Super nyaman. Segala dapur automatik. Kerusi super empok yang boleh merasai keempokan yang sesuai dengan tuan yang duduk diatasnya. Seorang gadis sedang termenung. Memikirkan segala yang berlaku hari ini, dari perbualan kosong dan bosan. Tapi memputikkan senyuman. Bayangan aksi berpegangan tangan didepan monumen yang sangat membahagiakan. Jelingan yang pernuh rasa melindungi diri gadis tersebut.
Dia bertanya 'Kenapa Pian buat macam nie?' Lofa merintih sendirian.

_______________________________________________________________________________
 Babak Pian dalam ToyotaCamry


Pian menjawab. Sebab PIAN SAYANG LOFA.
Pian tak mahu menyiksa Lofa selaku gadis impian Pian suatu tika dahulu. Senyuman Lofa dan babak kita berpegangan tangan tadi Pian takkan lupakan. Lofa percayalah. Sampai satu masa. apabila Pian dah menemui impian yang utama. Pian akan datang pada Lofa.
_______________________________________________________________________________
Babak Lofa di hotel mewah

Lofa terasa semua melalui telepati yang menyampaikan maklumat dengan sempurna.
Terima kasih PIAN!. Lofa akan tunggu. Tanda Lofa hargai pengorbanan Pian yang tak mahu mengecewakan lofa. Lofa janji takkan balik kepada Dato' Sabri untuk menyapu duitnya lagi. Lofa hidup untuk cinta. bukan untuk duit.

'Piaannnn.... apa impian pian?'...Bisik Lofa sendiri.
_______________________________________________________________________________
 Babak Pian dalam ToyotaCamry
 
Impian adalah untuk cari dulu diri Pian sendiri.Mencari haluan sendiri. Dalam Imaginasi nie, Pian telah tunjuk sifat tamak Pian. DAri rumah besar ke kereta Camry persis milik bos pian, sampai ke Tasha Shila pun Pian nak kebas. Tanda Pian tak bersyukur. Kemudia Pian bayang Pian jadi CEO di tempat kerja Pian, Pian bayangkan jalan tak jem hidup tanpa tekanan. Tapi tanpa tekanan yang Pian maksudkan bukanlah dari kerana Pian dah mencapai tahap 'God of money' atau 'Financial Freedom'. ia lebih dari tu.
Pian maksudkan ialah kenapa kita perlu kejar sesuatu untuk dapatkan senagan. bukan kah hidup ini milik kita dan kita sendiri yang cipta kesengangan dalam ruang dan masa diri kita? kan lofa?.....

_______________________________________________________________________________

Lofa terus termenung panjang. Jawapannya ringkas dan padat
'Lofa tunggu Pian....'

                                                                       **********

#Babak imaginasi yang dibayangkan Pian
Jangan tanya kenapa itu ini, kerana imaginasi ialah milik asasi semua manusia
Tiada siapa mampu untuk berhentikan
Tiada siapa mampu corakkan.
Itulah satu satunya hak manusia. Yang asasi.
Dan ada.


Sekian.
AnakMudaDiary

Friday, June 29, 2012

Bandaraya Rindu Bersatu

Abas meneruskan perjalanannya. Dari satu bandar ke satu bandar. Dari Street Kuala Lumpur, ke kampung Pung Pang Jaya ke Kuala Lumpur Bandar Bersejarah. Kini. dalam 50 Km dari Bandar Rindu Bersatu tersebut, Abas telah menjejakkan kaki di bandar yang amat ganjil penduduk dan corak bangunannya. Senibina di bandar ini penuh dengan unsur kemanusiaan. Walaupun ada kala ternampak bandar ini ada sturktur bangunan berbentuk organisma bumi yang sedang berorgasm, namun ia adalah sebuah bandar yang sugul penuh dengan kemurungan dan kurang cahaya. Entah dari mana bandar ini wujud. Dan bagi Abas, bandar ini lah paling rare di dunia. Kerana tiada bangunan yang dibina tinggi tinggi melambangkan kekayaan, ada pun struktur monumen yang melambangkan perasaan rindu seperti nukilan tulisa, pejabat berbentuk 'I miss U', dan palaing hebat monumen bersejarah pahlawan Merdeka telah diwarnakan dengan warna tersendiri. Setiap bulan bertukar dari cerita lebai lebai didalam itu. Ini adalah untuk mengingati parajurit yang dahulu. Untuk menyedarkan generasi dari ke generasi bahawa Bandaraya Rindu Bersatu ini telah diilhamkan dari rasa rindu terhadap kebebasan dan bebas dari sebarang cengkaman yang mengganggu norma kebebasan manusia.

"Hebat2". Bisik Abas.
 Dalam hidupnya, tidak dia sangka ada bandar yang sebegini. Kerana dilema rindu rakyatnya kepada kebebasan, kepada tuhan, dan kepada kekasih yang berhijrah pergi ke bandaraya bersejarah mengejar wawasan 2020, bandar ini dikira sebagai membangun. ARtistantnya arkitek mereka. Sesuai dengan hidup Abas yang serba kekuranngan, dia cuba mendalami kehidupan dibandar ini.


Dan Penceritaannya bermula....


Bermula satu dengan satu kita menyatu
Tiada irama dan retak lain selain lagu bila rindu
Pabila berdekatan dalam cinta kita dakap ketenangan
Dalam kajauhan kesibukan, kita sibuk menggenggam bara kerinduan


'Perfect for me'. abas mengucap.


Itulah kata yang dapat diucap abas sebaik tiba di bandar ini. Walaupun belum berjalan kepada pecahan lain dibandar ini. Di kawasan maju di bandar ini, abas lihat warga sepertinya bekerja dengan penuh semangat. Mereka bebas memilih pakaian. Tidak berskema dengan ber'tie' dan kemeja pun untuk ke tempat kerja. Pada hemat Abas, penduduk disini mungkin dapat melahirkan produktiviti dan membina monumen seni rindu yang baik adalah dari rindu kepada kasih sayang. Beberapa papan tanda jalan juga menunjukkan galakan untuk berkasih sayang

 Contohnya ada papan tanda biasa kita lihat

'Ke Pusat Bandaraya, belok kiri'
Disini 'Ke Pusat Bandaraya, Belok kiri - Sayangmu'

Lalu tidak hairan terlihat ramai yang begitu baik dalam pemanduan. Tidak mengambil masa dan makan angin ketika memandu. Lalu dapat mengelakkan trafik jem. Polis yang menjaga juga ditemani oleh gadis2 yang cantik dan menawan. Ketika membuat 'Road Block' ditengah jalan, tiada muka ketat, warga sentiasa senyum tidak perlu bunyi hon. Apabila perempuan bawak kereta ditengah jalan, perempuan juga tak besar kepala, warga perempuan ini apabila mahu horn kereta lain, bunyinya 'mmmuaahh'.
Ya, hilang tekanan dari hasil kerja insan.
Sekali sekala apabila abas didalam teksi dan di'mmmuuaahh', Abas jadi segan2 kerana pemandu kereta tersebut adalah lelaki.

Abas tersenyum Terjuih sikit giginya yang jongang jongan sweet tu.
 
'Ke kiri kita pergi hati hati sayang'
'Bila jalan mati kita pusing kanan lupakan maki dan sembang'
'Dalam hidup di dunia rindu berindu durja'
'Jadikan ia semangat penawar muram muka.' 

Dibandar ini, abas telah berkenalan dengan Amir. Amir ini diberikan nama sangkakala Rindu. Mana taknya, dah semua benda lama lama yang dia ada, dari bantal buruk(busuk) yang dah 5 tahun, sampai ke kereta usang tak pernah di touch up karatnya lagi, tercetak di setiap alatan usang nya itu, 'Aku memilih simpan barang ini kerna aku rindu kamu'. Walaupun gaya luahan rindunya unik, Abas pasti, Amir ini adalah seorang yang setia. Setia menanti kekasihnya bertaubat dari duduk terlalu lama di Bandaraya Bersejarah. Dalam rindu, Amir tersenyum. Sedangkan dia tak tahu, mungkin Jamilah yang dirinduinya itu telah ke sana dan menukar nama Jame, untuk menunjukkan kebandarannya lalu berselingkuh dengan lelaki lelaki kolateral yang bermasjidkan Pavilion dan bertuhan duit.

Dalam ketidak kesahan Amir, beberapa fakta menarik di Bandaraya Rindu Bersatu ini dapat diambil pengajaran, dari Perdana Menteri, sehingga ke Alim Ulamak, semua nikmati perasaan rindu. Kerana rindu, Perdana menteri berjanji tak mahu pegang jawatan lama lama kerana ingin berselingkuh dengan isterinya. Kerana rindu, para Alim Ulamak telah membelai isteri mereka dengan baik tanpa rasa 'Aku lelaki, ada akal 9, aku lagi Power'. 

Abas masih ingat lagi ayat Amir sebelum kali terakhir mereka berjumpa,

Amir kata, "awek awek disini juga awek yang dalam rindu, kerana rindu, mereka simpan mahkota mereka".

Antara ciri lain dibandar ini yang dianggap mempunyai pengaruh artistik dan semiotik yang baik, warga lelakinya berambut panjang, kata Amir, "makin panjang makin rindu". Abas tersipu gelak, jika di Bandaraya Bersejarah dan warganya yang berkelas, itu seperti ayat lucah. Monumen tanda rindu yang sering dilihat adalah monumen 'Hujan dan Lelaki dalam kebasahan', 'Gadis menangis menggenggam blekberi,' monumen 'Lisa Surihani berskype dengan Yusri', dan ayat ayat grafiti di dinding 'Tanya sama hati, apa makna rindu, ingat masa lena apa mimpimu?'

Suatu hari, Abas terserempak dengan seorang gadis yang dia tak sangka mungkin akan mengubah keselurahan nasib malang dalam hidupnya. Sebagai rekod, gadis itu dalam keadaaan tidak sehat dan kurus kering. Rambut kerinting menjelaskan dia dalam keaadaan tanpa keruan, dalam tangisan, betapa dia tonjolkan rasa kerinduan. Gadis ini adalah gadis jalanan yang akan terus menyemai rasa rindu.

Abas datang dari belakang gadis dan bertegur
'Siapa nama awak?' Abas terlupa bagi salam
"Rania". Jawabnya manis

Sebaik sahaja gadis itu berpaling kearah Abas.
Abas ternampak satu tulisan jelas dan nyata pada kadbod yang tergantung pada Gadis tersebut

'Senyuman itu pengubat rindu'

Lantas Abas tersenyum.
'Hai Rania, my name is Abas, and i'm not a terorist'
Abas dengan lawak bangang turun temurun

'Spoil2'. Burung Perindu disekeliling mereka berkicau. 

 Rania tersenyum manis.
Bibit perkenalan yang bersahaja bermula...

Abas mengeluarkan Tisu yang entah magis berada dalam poketnya.
Abas mengesat air mata Rania. 
'Saya dah beri senyuman, cukup tak untuk Rania hentikan tangisan?'
Rania tersipu malu.

Disaat itulah, babak sebuah kereta lalu ditepi mereka ketika mereka terpaku menghadap satu lawan satu, kereta tersebut dibawa oleh orang berserban, ketika bibit detik perasaan mahu berkenalan
'mmmuuahh'. Hon berbunyi. 

Dalam hati abas 'Bangang2'

Walaupun kedua jasad ini sebenarnya merindu sesuatu telah menjadi memori, Abas tekad, dia akan buat Rania berhentikan tangisan itu. Dan saksinya adalah 'Bandaraya Rindu Bersatu'.

Walaupun tiada kereta, senyuman mesti dengan gaya
Dalam 2 rindu berbeza mula berkenal dua dunia
Walau ada cerita 'kau teristimewa tapi dia yang sempurna'
Mari aku cerita bagai kan cerita sang pujangga
Itulah detik rindu lama aku berganti rindu Rania
Bermula saat kita bahagia cantik hensem bermadu berasmara
Kini ceritanya
Kau yang dulu hanyalah bisa. kerna maduku kini Rania.


 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...