i serve nuff nang

Wednesday, March 31, 2010

Demokrasi Kita;;;Part 2



Bila bercerita pasal demokrasi idea yang ad tidak akan habis,keranakita bebas berfikir sekiranya kita membatrevolusi dalampemikiran. Harini kitatengok berapa ramai orangislam yang takmahulagi dikongkong oleh kuasa pemimpin,kerana merekasedar untuk berdemokrasi, bukan saje mengenai mendahulukan kata2 pemimpin, bukan sahaja mengikut apa yang termaktub di dalam perlembagaan, tetapi cerita mengenai demokrasi juga adalh cerita mengenai keadilan dan kesaksamaan.

Demokrasi.... lebih suka anakmuda pandang dari tiga sudut, iaitu, KEBEBASAN, KEADILAN,PENGHORMATAN,.Seperti yang telah diulas mengenai pilihanray dalam post yang lepas, demokrasi bukan sahaja mengenai kebebasan mengundi dan menang dan berhak buat apa saja, demokrasi juga bereerti menghoramati dan bertindak sama adil kepada semua umat manusia. Jom kita melangkah ke gerbang yang suka anakmuda bicarakan, iaitu, MELAYU CINA DAN INDIA. Anakmuda pernah mengulas mengenai melayu didalam post yang lepas yang diselit bagaimana orang melayu ditipu dan terhakisnya budaya yang diagungkan. Apabila berbicara pasal demokrasi, tak kurang yang menyebut mengenai ketuanan melayu. What is ketuanan melayu??kenapa Khairy jamaludin dan PM yg cuba sikit2 menghakis ketuanan MElayu seperti ditikam oelh rakan didalam UMNO sendiri?Demokrasi adalah bicara mengenai ketuanan rakyat,demokrasi tidak berbicara mengenai ketuanan melayu cina atau india, demokrasi tdak berbicara mengenai tuan punya tanah,demokrasi berbicara mengenai hak dan suara orang ramai yang berada di bawah tuan punya tanah itu.Kenapa masih ramai yang tak nampak bahawa kita hanya diura urakan demokrasi palsu, dengan menyatakan akan ketuanan sebelah pihak sahaja, itu bukan lah demokrasi tulen.


Apabila rakyat sudah bernaung 'ketuanan rakyat' barulah sibuk para pemerintah menggunakan term seperti 'duit rakyat','tanah rakyat', 'minyak rakyat', tapi syg ade yang hanya menyebutnya sekadar mengambil hati, walhal dibelakang lebih banyak harta rakyat yang dirembat, sedangkan rakyat itu masih hanyutkerna disangkakan diberi peluang untuk berjayaa,tgok saja rancangan DEB yang bersaskan ketuanan melayu, sehingga hari ini penguasaan ekonomi 30% itu masih tak dapat dicapai malah duit lagi banyak lenyap, dan kaum yang itu menjadi semakin malas tetapi bongkak dengan ayat 'ketuanan melayu'.



Demokrasi yang tidak tulen juga dapat dilihat di Malaysia dimana, rakyat tidak dibenarkan mengkritik penmerintah.Rakyat diajar bahawa pemerintah selalu betul, walhal dalam konsep perniagaan sekalipun customer always right. Siapa yang mengkritik kerajaan, yang cuba membocorkan skandal2 kerajaan akan ditangkap,dituduh meliwat,dituduh perasuah. Kerja kerja yang dilakukan badan berkuasa menjadi berat sebelah. Inikah DEMOKRASI?fuck that!. Dalam islam sendiri menyatakan berhaknya rakyatmenegur pemerintah,berhaknya rakyat menggulingkan pemerintah yang mengamalkan dasar kronisme dan rasuahisme. Kerana pemerintah bukan lah Tuhan seperti yang diangap pada zaman firaun, tapi sayang kita seakan akan diajar ke arah itu,macam cerita p.ramlee..pernah sebut pasal demokrasi,


'ini demokrasi terpimpin namenya, demokrasi terpimpin kepala hotak kau''

sekian..demokrasi atau mati..

anakmudadiary

Tuesday, March 30, 2010

Dari Sudut Pandangan Anakmudadiary ;;;;What is Demokrasi?;;;


Assalamualaikum w.b.t...

Anakmuda kembali lagi..setelah penat aritu fikir mengenai tulisan pasal bangsa melayu. Beminat untuk anakmuda hari ni berkonsi fikiran mengenai Demokrasi. yang mana perkataan ini sering dieksploitAssalamualaikum w.b.t...

Anakmuda kembali lagi..setelah penat aritu fikir mengenai tulisan pasal bangsa melayu. Beminat untuk anakmuda hari ni berkonsi fikiran mengenai Demokrasi. yang mana perkataan ini sering dieksploitasikan oleh ahli2 politik untuk mendapat sokongan rakyat malaysia. No matter lah kalau masih ramai yang terkeliru dan tersalah tafsir mengenai demokrasi di Malaysia. Untuk anakmudadiary, makna perkataan demokrasi meliputi satu konsep yang luas dan perlu dihayati. Membaca tulisan di Wikipedia dan pendapat mereka yang gemar menyebut demokrasi adalah salah satu car untuk kita mendapat ilmu dan mengonsepkan perkataan ‘Demokrasi’.

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

Perkataan ini berasal dari Yunani δημοκρατíα dari δημος bermaksud "rakyat", ditambah pula dengan κρατειν bermaksud "memerintah", dengan kata hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrim boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat).
Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut:

• Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, samada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki dotrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.

• Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil

• Rakyat diberi hak mengundi
• Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya)
• Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain
• Kebebasan persatuan
• Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-undang. Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang Rule of Law
• Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik


Bagi kita yang khususnya rakyat Malaysia, adakah benar kita memili sepenuhnya ciri dan konsep demokrasi yang dimaksudkan? Ramai politikus politikus yang berkata, kita di Malaysia mempunya demokrasi yang tulen, yang tak dapat disangkal. Lalu muncul lah tikus tikus yang menyokong pendapat politikus ini tadi tanpa sebarang hujah dan pemikiran menyatakan adan menyokong akan pernyataan politikus tadi. Anakmuda muda berminat untuk menyatakan disini, adakah dengan kita mempunyai demokrasi berparlimen adalah demokrasi yang tulen? Penyataan yang menyatakan raja berpelembagaan adakah ia menunjukkan cirri demokrasi yang tulin?adakah sekadar pilihan raya dalam 4 tahun sekali dan rakyat dikatakan ‘bebas’ mengundi adalah demokrasi yang tulen dan sejati?



Sekarang kita pergi through the election first. Perlu difahami demokrasi dalam pilihanraya tidak hanya mengenai memenangi pilihan raya tersebut. Konsep didalam pilihan raya haruslah free and fair. Ramai hanya orang lihat dan faham konsep free, tapi terlepas pandang konsep ‘fair’ atau adil. Contohnya seperti Saddam Hussein dan Hitler. Mereka dahulu memenangi pilihan raya tatapi rakyat mereka tidak bebas mengudi. Sekiranya mengundi menentang mereka, hilang dan lenyap mereka di keesokan harinya.

Adakah ini kita boleh namakan sebagai Negara yang berdemokrasi, apabila puar kurds yang menentang pemerintahan Saaddam Hussein dibunuh beramai2 kerana menentang cara Saddam Hussein,dibunuh, adakh ini namanya demokrasi? Perlu difahami dalam politik Malaysia, Jauh sekai perkataan fair. TV2 dikawal dan perlu berlesen, tv menjadi hak milik yang memerintah, dan sebarang percetakan yang menentang kerajaan sudah pasti tidak akan diluluskan,meskipun ramai yang sudah beralih ke media alternative seperti Internet and specifically blog, ia tetap tidak mampu mengatasi penduduk yang pastinya 90% akan menjengah TV setiap hari.

Tanpa sebarang intisari mengenai pihak pembangkang, pastinya tiada lagi adil, sebelum memasuki perang pilihan raya, pembangkang pasti kelihatan lumpuh kerana gagal menguasai media ini.
Di Indonesia, jangan terkejut kerana pembangkang dan kerajaan diberi peluang 50 -50 untuk mengusai media. Media menjadi badan bebas yang tidak dikawal kerajaan. Sebab tu, tiap kali pilihanraya di Indonesia, menjadi isu keperingkat dunia, isu yang besar kerana kemenangan begitu sukar dilihat.

Pilihanraya di Malaysia berbeza dengan Negara lain seperti Amerika Syarikat. Di sana, rakyat yang akan mengundi individu yang akan memasuki pejabat perdana menteri. Bukannya perwakilan seperti sekarang, perwakilan yang kecil ini mudah disogok untuk mempengaruhi undi mereka. Di Malaysia, perdana menteri secara asanya adalah presiden UMNO, siapa presiden UMNO dialah PM. Is t really fair?


Dalam pilihanraya lalu,60% masih mengundi barisan nasional, tapi adakah 60% ni yang melambangkan perlunya Dato sri najib menjadi PM?sedangkan ada baki lagi 12 juta rakyat Malaysia. Adakah 60% ini mengatakan ‘YA!!saya mahu Najib!!’,who dare to say yes?Untuk pengundi di luar Negara, mereka tak dibenarkan mengundi di kedutaan Malaysia di Negara luar, tak seperti pelajar Negara Indonesia yang hanya perlu mengundi di kedutaan mereka. Ini adalah tidak adil bagi rakyat Malaysia diluar sana yang merupakan lebih 500,000 orang.Sedangkan orang gaji indon di Malaysia boleh pergi mengudi dikedutaan,tatapi rakyah Malysia yang ditaja oleh pihak yang tak berkaitan kerajaan atau pun tajaan sendiri tidak dibenarkan. Fikirkan bila pihak opposition ingin membuat himpun beramai2, ceramah, perlu meminta permit dan kebenaran pihak berkuasa, sedangkan apabila pihak yang berkaitan kerajaan ingin membuat ceramah atau perhimpunan, tiada permit perlu diminta dan prosedur yang ada terlalu longgar.

SPRM yang mempunyai kuasa juga membuat soal siasat terhadap kerajaan dengan begitu mudah yang melibatkan rm 200,000 dalam masa setengah jam. Apabila tiba dipihak pembangkang soal siasat memakan masa 2 hingga ke 3 jam,ada kes kene ketuk ketampi dimalukan, dan ada yang sampai terbunuh seperti mendiang Teoh Beng Hock hanya kerana kes yang melibatkan rm 2000. Is it the true fair?
Dan yang terakhir, suara PM adakah ia melambangkan suara rakyat. Dengan menaikkan harga petrol dan member kata2 bohong untuk menipu rakyat adakah ini suatu demokrasi, adakah PM berhak menindas rakyat walaupun mendapat mejoriti 100% di dalam parlimen? Minoriti juga mempunyai hak dalam suatu pemerintahan, jangankan kerana mereka tidak mengundi anda, anda berkuasa maka anda boleh menindas melmparkan sebarang tuduhan terhadap mereka,itu fikiran demokrasi yang sempit sebenarnya.

sekiaan...DEMOKRASI atau MATI...anakmudadiary

Monday, March 22, 2010

BErhent Dan Fikirkan sebentar

MELAYU



Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya "Kerajaan Melayu" sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. [9] Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi.

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.

Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:

1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.
Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.

3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.

4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.

Untuk mengetahui sejarah mengenai Melayu sememangnya perlu dkaji dengan lebih terperinci. Banyak tafsiran sejarah dari ilmuwan ilmuwan dunia mentafsirkan dari mana hadrnya dan asal usul melayu.

Selepas 50 tahun kemerdekan, tak banyak perubahan yang boleh diulas dari segi nilai kemelayuan. Sememangnya, kita banyak mendengar kata kata politikus politikus di mata dunia mengatakan melayu adalah bangsa yang penuh dengan nilai ketimuran, walaupun setelah memasuki dunia dan alaf baru, benarkah pernyataan ini boleh digunakan lagi? benarkah kemelayuan seorang melayu tidak hlang ditelan zaman? Memang benar kenyataan politikus politikus ini, Melayu dahulu adalah sebuah bangsa yang teguh, walaupun diulit dengan budaya budaya yang banyak dan mengekang, tak pernah pula dijadikan alasan untuk bangkit berjuang, pada masa dahulu rakyat bebas menjatuhkan raja raja, sistem ekonomi yang dulu adalah menurut kehendak raja tetapi dengan perkenan rakyat jelata. Dengan itu barulah seorang raja dipandang mulia dan itulah lambang seorang raja yang berjiwa rakyat.

Setelah tanah melayu bebas dari cengkaman penjajah, minda melayu sedikit sebanyak telah tertanam dengan kewesternan yang para penjajah cuba sebarkan. Ketahuilah, penjajahan minda melayu bukan lah bermula dari zaman penjajahan portugis, tapi ia bermula apabla pemimpin2 yang menerima syarat kemerdekaan untuk tanah melayu. Syarat itu tidak dinamakan syarat, tapi dinamakan pertolongan. Tanah melayu menyerap sistem pentadbiran barat yang mana menghapuskan kuasa raja raja sehingga ke hari ini. dan sememangnya, kemerdekaan membawa perubahan dari seorang melayu yang asalnya bertani mula menyara hidup dengan bernaga, kehidupan kampong yang aman damai berubah kepada haruk pikuk di bandar.Seterusnya membawa revolusi dalam tamadun melayu tetapi masih dinadikan oleh politikus politikus bahawa melayu masih berpegang dengan adat yang ketat, adat yang meraikan semangat juang pahlawan.

Jika dilihat secara lebih terperinci, dulu, apabila berlaku majlis keramaian seperti perkahwinan, pastinya sekampung akan turun untuk membuat kenduri bergotong royong atau glemer dgn panggilan rewang. hari ni, semua berlumba lumba untuk mendapat kontraktor bagi tender majlis perkahwinan, jika dulu orang bersusah mencari kawasan berangin,kini tdak perlu lagi palitan air cond sentiasa ada di sebuah majlis perkahwinan.Ini tandanya pemikiran melayu telah berubah, campur aduk budaya menghapus kan kemelayuan tulen yang ada. Jadi, mampukah kata kata politikus itu dipertahankan lagi? Mampukah sebuah parti atau pertubahan memperkatakan akan membela hak dan mengekalkan hak melayu yang ada?

Zaman Dulu mengamalkan sistem ekonomi feudal yang mana mementingkan haknya suara ramai. Suatu harata atau tanah yang ada dikongsikan beramai ramai, samada anda melayu atau cina atau sesiapa,hari ini penaplikasian sisem ekonomi kapitalis mengubah segalanya. Individu berebut mengejar harta tanpa memikirkan kepentingan masyarakat. Kekayaan individu diukur, dan sesiapa yang tidak memiliki harta pendirian, akan dianggap gagal dan tidak berkemampuan dalam hidup. Sebab itulah, sebanyak mana kenderaan awam dicipta, mentaliti perkongsina yang cuba dianjurkan ini tidak akan berubah,tiada guna, perkongsian kenderaan tidak diamalkan kerana pemikiran indivduality menybabkan semua memikirkan hak dan kepentingan sendiri.

Pemikiran didalam sistem ekonomi kapitalis sekaligus melahirkan rasa sangsi dengan indvidu lain. Melahirkan rasa hasad terhdap orang yang tidak sebulu, sewarna kulit. Masyarakat yang lebih kaya dikatakan menindas masyarakat bawahan, masyarakat yang lebih miskin dipandang sebagai malas berusaha dan kurang ilmu. Sebagai masyarakat melayu yang berada diantara Cina dan india, kedua dua sifatnya ada pada orang Melayu. Tercetus lah individu dan katak yang melaungkan hak orang melayu sedangkan tdak memahaminya. Pemikiran yang merasakan Melayu adalah bangsa terbak didunia dan dipuji oleh orang politik yang sekadar ingin mengambil hati. Laungan suara rakyat sudah dilupakan, kini hanya laungan hidup melayu sedangkan melayu tiada beza dengan kaum lain seperti cina dan india. Kaum melayu yang dahulu pada zaman feudalisme tanah melayu tidakmempersoalkan kehadiran orang cina dikampung mereka, namun setelah diinjit dengan bius oleh penjajah british, lahir pemikran tanah melayu hanya untuk melayu, yang menyebabkan orang melayu hanya taat setia terhadap kata pentadbir tanpa bangkit membuat revolusi.

Hidup melayu kini lebih mudah dirobek, hidupnya lebih mudah diubah dengan janji janji manis seorang pemimpin. Asalkan pemimpn melaungkan Hidup Melayu dan ayat 'TOLONG MELAYU' digunakan, mudahnya orang melayu hatinya tertawan dan tertipu. Rasuah dikatakan menolong dan membangunkan, walhal rasuah itu suatu pembaziran. Dan inilah propaganda barat yang sebenar dibina mahukan semua ikut suara orang atasan tanpa persoalkan sebarang tindakan mereka.

Hakikatnya nilai majoriti manusia Melayu hari ini amat kacau. Kejujuran, budi bahasa and tulus ikhlas semakin berkurangan. Ampu bodek dan bermuka muka menjadi budaya harian. Kalau dahulu : Kata akan di kota sebagai pegangan budaya Melayu. Kini kata wajib disadur dengan ringgit dan dolar. Semua ini adalah nilai-nilai yang dilahirkan oleh budaya sistem ekonomi kapitalis.


Pada awal tahun 2010 ini krisis nilai manusia Melayu telah sampai ke satu kemuncak persimpangan. Manusia Melayu di Malaysia pada thun 2010 ini sedang di uji sama ada dalam roh kemelayuan mereka ada atau tidak lagi tersimpan nilai-nilai kejujuran. Apakah manusia Melayu boleh bercakap benar. Apakah manusia Melayu itu akan tahu apa yang hak dan apa yang batil. Mampukah melayu membebaskan minda dari cengkaman penjajah, mampukah melayu mengatakan orang cina dan india adalah kawan mereka? Atau adakah orang melayu masih bebal untuk terus diperbodohkan sehingga ke akhir hayat.

Ini boleh dilihat melaui semakin banyak penyelongkaran dan keberanian oleh ketua audit negara melaporkan penyelewangan yang bukan melibatkan 2 3 ring, tapi 12 ke 13 bllion. Adakh mereka masih percaya kepada bumbung yang dipercayai melindungi mereka, tetapi dalam diam membogelkan mereka. Teduhan melindungi air hujan dari langit, tetapi teduahn itu mengalirkan air dikaki kaki mereka sehingga Melayu tak sedar mereka sudah dibasahi kerana hanya memandang kepada bumbung yang dipercayai itu.

sekian...anakmudadiary

Sunday, March 21, 2010

AnakmudaDiary dAh Tension SangaT tapi Hidup tetAp diteruskan

Assalamualaikum w.b.t..

Anakmudadiary kembalil lagi. Posting kali ni tak lebih dari hanya bercerita megenai perkembangan semasa anakmuda semenjak 2 3 menjak nie,

Alhamdulillah sedar tak sedar dah nak masuk bulan April dah untuk tahun 2010, lajunya mase berlalu,ingatkan tahun 2010 adalah tahun relax bertuah, tapi tak rupanya, anakmuda lagi byk menmepa tekanan pada suku pertama awal tahun ni,dengan pelajaran yang entah ke mana, assignment yang bertimbun timbun dan perbentangan menanti, pastinya sentiasa menjadi kegelisahan dalam hati anakmuda

Selaku seorang pelajar dan seorang anak, anakmuda membawa harapan tinggi dari keluarga. sEringkali anakmuda mengecewakan mereka dengan prestasi pelajaran yang merosot dan memalukan, insyaallah anakmuda pada kali ini akan berjuang dengan sejuang jjuangnya dan akui mengharapkan balasan setimpal atas usaha yang di usahakan.

Yang pastinya 2 minggu nie banyak perkara baru yang anakmuda temui, dengan mengharapkan kematangan dan kepimpinan menguasai diri, kadang ada pujian menerpa anakmuda, dan logik lah untuk kata kita akan rase sedikit embira atas pujian itu, nak nak lagi dr seorang pensyarah. Anakmuda sebenarnya berbalik kepada diri yang lama, yang mana di dalam kelas lebih aktif, tidak kira salah atau betul, dan study di tempat2 yg sunyi, bukan tempat yang berkompang kamping bunyinya.

Melayan kehendak diri yang ingin kan kesenangan pasti membawa padah. Seperti pesanan abang sulung anakmuda, anakmuda perlu rasakan diri dalam kesusahn, letakkan diri dalam kesusahan, dan faham lah apa erti kehidupan sebenar. paling tak tahannya, apabila anakmuda pernah meninggikan suara kepada kawan rapat anakmuda dalam minggu nie, tiada sebab dan mungkin anakmuda dalam kehilangan arah pada waktu itu. Mintak maaf pada kawan baik tu, diorang dah banyak tolong anakmuda tak sangka anakmuda balas dengan sedemikian rupa.

Dalam kesusahn dan tekanan yang sebegini, tergamak anamkmuda terlupa pada suruhan Allah S.W.T. Anakmuda terlupa ibu di rumah yang sentiasa merindui kejayaan anakmuda. Anakmuda terlupa keluarganya sentiasa mendoakan kebaikkannya. rupa rupanya banyak lagi perubahan yang perlu anakmuda alami, banyak lagi revolusi yang perlu anak muda jalani.

Mungkin setakat nie je kot untuk kali ini, luapa nak g tau, ada orang aritu komen di post anakmuda

' Bagus, anakmuda da bangkit berjuang, sedar dari tidor, sedar dari kehidupan yang sentiasa ditipu'

thx to him/her. at least words represent that supported and belief in me. The important thing in my life is to be someone full of kindness, at in my life, the most important thing is SUPPORT...SUPPorT... in any matters. Thx buddy

Sincerely from

AnakMudaDiary

Friday, March 19, 2010

PanTun D Pagi hARI

Salam..anakmuda datang lagi...2,3 hari nie best sgt...masuk kat FAn club DSAI..membahan pencacai dalm tue...kah kah kah...sampai Panglima muda ahmad chin dah ad jolokan PMAC. Sian, ada org yang ade master, tapi tak tau nak tgok laporan audit negara kat mane, nie memg auta keling.kah kah kah....asek nak menipoo jer geng2 gerombolan nie,nek boring dah hamba,,,jadi di pagi hari yang santai nak berpantun ket,,keh keh keh

Makan Cili terasa pedas
Minum kordal terasa manis
melayu di tipu berdas das
'tolong melayu jadi ayat pelaris'

Orang master di sangka bijak
Budak2 dipijak pijak
Cukup cukuplah be end nak merompak
entot entot korang dah banyak katak

Lompat lompat si zahrain lompat
sebab sedih projek golf tak dapat
Masuk Be end projek da konfem dapat
malulah sikit kalu da katak lompat

Terentot entot katak mengentot
May I fuCk u ayat nak entot
JangaN lah korang nak sedekah bontot
malu nant bile kembung perot

anakmuda gatal berpantun
Nak ayat awek tergagap gagap
Orang depa duk kuat menipu menipon
auta keling jugak yang rentap

kah kah kah...pantun di pagi hari...
Jom berbals pantun..
saper ade pantun ley post kat sinie...
sekian...AnakMudaDiary

Ingatkan MElayu JEr yang Ditpu;;;tAPi cina Pun Dikencingkan JugaK;;;kah kah kah




ZAMBRY DIGESA HENTIKAN PERBODOHKAN CINA - mkini

Ahli parlimen Beruas yang juga ketua DAP Perak, Datuk Seri Ngeh Koo Ham mencabar Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan ahli exconya supaya menghentikan 'sandiwara' mereka 'memperbodohkan' masyarakat Cina.

Beliau membuat bidasan itu hari ini dan mendakwa Barisan Nasional tidak cekap dalam mentadbirkan Perak.

"Jika mereka ingin kembali ke sekolah, sila kembali ke sekolah dan biarkan orang lain yang cekap mentadbirkan negeri,” katanya di Parlimen lobi, hari ini.

Ngeh (kiri) mengulas laporan di akhbar harian Sin Chew Jit Poh yang memaparkan gambar Zambry dan anggota exconya menghadiri kelas bahasa Mandarin.

"Peristiwa itu diberikan liputan meluas oleh Sin Chew tetapi ia hanya membuktikan bahawa exco BN adalah orang yang tidak cekap,” katanya.


Beliau juga mahukan Zambry (bawah) supaya menghentikan lakonan kononnya BN mengutamakan bahasa Mandarin dan Inggeris, sedangkan hakikatnya tindakan itu hanya 'sandiwara' dan tidak ikhlas.

hahahaha...ni sudah bagus...mat nie nak tau 3 bahse....bahsa melayu...bahsa TAMIL dgn bahse MANDARIn....agaknya bape lame nak belajar bahsa mandarin???sekali je???2 kali??masuk surat khabar skali,,,skali je...dah leh ckp dgn tokey cina...kah kah kah

janganlah nak tipoo cina...cina bukan melayu...kah kah kah....yg penting jgn tipoo islam..kah kah kah...nie ijazah brape kilo??ade sebut harga ijazah???kah kah kah...

Jangan tak tau mane laporan audit sudah...kah kah akh

Monday, March 15, 2010

7 reason why i wanna be bloggers


Assalamualaikum w.b.t....

AMD kembali lagi...tapi bukan dengan topik2 hangat yg menimbulkan ketidakpuasan hati sesiapa..tapi sekadar untuk berkongsi maklumat yang kita ada...kenapa di mana...mengapa...apa dia...persoalan mudah kenapa Anakmudadiary berminat nak menjadi bloggers????orang kate blogger ibarat baling batu sorok tgn belakang... Kalo ya pon ape salahnya kalo baling batu tue tepat pada orang atau objeknya??hihi

This The Reason why i like to be blogers

1. To be a blogers not only to sharing live experience, but its also share our toughts on something....

2. To be blogers not mean you are scare or moron, but it shows your character, the truth of your heart,its about what you believe in....




3. To be blogers is to make revolution of mind, freely shout our heart poem show us our true identity,show us why we need to change.,..why we need reformation...

4. to be a bloggers to show we are the next world generation are not stupid to be cheat of the system,system ask us to obey on them, but actually our MINd should control on what we do



5. To be a bloggers with such a comedy on the issue not to show that i'm stupid, but to show that 'how stupid they think they can control and cheat me over and over again'




6.to show them that i'm in their life...

7. to make the readers think out of the box...when i see the coment around to take me down, its bring me to smile as it means they are still hearing my opinion, and till so, my opinion are still relevant,,,

thats all from anakmudadiary...insyaallah i will come with new post later on


thx for supporting

Sunday, March 7, 2010

Seniman DA RaMai;;;TApi MelayU TEtAp Malas MemBaCa

ARAH BUDAYA SENIMAN KITA

Kita sering terbaca berita yang mengatakan warga dalam negara kita ini kurang membaca. Dari kajian dan pukul rata seorang warga Malaysia dikatakan hanya membaca dua muka surat sahaja untuk satu tahun. Berbanding dengan 40 ke 50 buah buku untuk seorang warga Sweden atau Finland.

Hasilnya buku buku yang dicetak tidak terjual. Penulis kita agak susah untuk mencari makan. Budaya buku dan budaya ilmu tidak berkembang. Warga dalam negara kita ini tidak ambil pot tentang buku dan tulisan. Jauh sekali mereka hendak merapati buka sastera, buku falsafah atau buku budaya, pamiran lukisan, pementasan sandiwara atau teater.

Megapa ini berlaku? Apakah warga Malaysia ini – terutama manusia Melayu - amat culas dalam hal baca membaca dan berbudaya? Apakah manusia Melayu ini tidak ada keingian untuk tahu apa yang sedang berlaku di alam sekelilingnya. Atau apakah manusia Melayu ini telah menjadi bagitu mandul sehinggakan dia tidak dapat lagi melihat apa yang sedang berlaku terhadap keluarga, anak dan dirinya sendiri.

Memang betul pada ketika ini proses pembodohan orang-orang Melayu sedang berjalan dengan ligat. Proses ini tidak akan berjaya jika para seniman , para penulis dan para sasaterawan Melayu bangun dan menentang dan melawan proses pembodohan ini.

Disini peranan penulis/seniman/sasterawan cukup penting dalam memperkasa kembali fikrah yang selama ini telah diperbodohkan melalui budaya yang disebar luas oleh United Malays National Organisation.



Selama lebih dari 50 tahun hegemoni budaya United Malays National Organistaion telah melakar dan mengkonstruk cara warga Malaysia terutama manusia Melayu berfikir dan bergerak. Dengan bantuan lembaga - seperti lembaga feudal, lembaga keagamaan, lembaga tradisional Melayu – United Malays National Organisation telah berjaya memagar dan mengikat cara manusia Melayu befikir dan bergerak.




Apabila kita terbaca berita yang mengatakan kita semua ini kurang membaca maka kita menerima hakikat ini tanpa kita berfikir panjang atau menimbulkan pelbagai persoalan. Sikap ini adalah sikap yang salah. Inilah sikap hasil dari hegemoni budaya United Malays National Organisation. Budaya ini memalaskan kita untuk berfikit. Seharusnya - kita menimbulkan persoalan demi persoalan ke atas kenyataan tadi.

Kenapa agaknya manusia Melayu tidak suka membaca ?

Jika manusia Melayu tidak mahu atau tidak suka membaca buku maka mari kita selidiki apa sebenarnya isi buku itu. Jika manusia Melayu tidak ingin membaca sebuah nobel maka mari kita selidiki apa yang cuba dipaparkan oleh si penulis dalam didalam nobel itu. Jika manusia Melayu gagal untuk menghayati sebuah puisi – maka mari kita lihat dan selidiki apa isinya pusi itu. Jika mansia Melayu tidak menghayati sebuah lukisan maka mari kita selami apa dia yang telah dilukis.

Selama lebih dari 20 tahun ini – buku-buku dari tulisan sasterawan kita, buku-buku yang cuba membawa hal ehwal semasa , buku buku yang dikatakan cuba membuka mata dan hati warga Malaysia – kebanyakan bergenre bodek. Puisi, teater dan sandiwara yang dipentaskan ke hadapan penonton banyak juga yang membawa unsur-unsur budaya bodek. Budaya bodek ini telah menjadi salah satu ciri yang amat penting dalam proses pembodohan manusia Melayu.

Cara untuk memahami budaya bodek ini berkembang dan bergerak cukup senang. Contohnya, ketika di zaman Islam Hadari dahulu banyak buku yang ditulis tentang Islam Hadari. Banyak seminar-seminar akdemik dianjurkan tentang Islam Hadari. Ada tetaer dipentaskan tentang Islam Hadari. Ada kajian-kajian di jalankan tentang Islam Hadari. Ada lagu, ada puisi, ada musik, ada pamiran lukisan tentang Islam Hadari.

Seorang penulis puisi yang bercita cita ingin melihat puisinya diterbitkan dalam akhbar tidak dapat tidak akan melakar Islam Hadari sebagai tema puisinya. Seorang pensyarah yang ingin membuat kajian ilmiah pasti akan membuat kajian tentang Islam Hadari. Ini untuk memastiikan kajian ini akan diluluskan oleh universiti dan akan mendapat dana. Di sekolah pula akan ada pertandingan menulis karangan dan essei tentang Islam Hadari. Akan diadakan pertanding berbahas atau berbalas pantun tentang Islam Hadari.

Sebuah pereka desin papan tanda juga akan meletakan logo Islam Hadari - agar logo ini akan mendapat kelulusan pihak yang berkuasa sebelum di sebarkan ditepi tepi jalan. Iklan-iklan di akhbar, radio atau tv juga akan menayangkan Islam Hadari. Drama tv juga mula berkisar dengan Islam Hadari.

Apabila pencadang Islam Hadari ini tidak ada kuasa lagi maka semua beralih kepada satu Malaysia. Proses yang sama akan berulang lagi. Proses membodek tetap berlaku. Justeru inilah caranya hegemoni budaya bodek bergerak dan menyerapi jauh ke dalam masyarakat kita.

Sebenarnya orang ramai tahu – semua yang terpampang ini adalah bodek. Malah si penulis , si penyaer, si pengkaji, si pembuat teater, si pembuat lagu, si pereka – semua tahu – apa yang mereka buat adalah membodek orang yang berkuasa pada ketika itu. Justeru kerja bodek mereka tidak membawa apa-apa yang menakjubkan.


Kerja kerja bodek – tidak menarik. Kerja kerja seni bodek tidak akan membuka pandangan orang ramai. Tulisan-tulisan bodek tidakkan mengancam untuk mengelodakkan fikrah yang beku. Kerja kerja seni membodek tidak akan mengusik jiwa. Nobel-nobel, cerpen-cerpen, puisi-puisi yang muncul hasil dari peraduan membodek tidak akan ada sesiapa yang akan membeli atau membacanya. Malah jika buku buku bodek ini ini di beri percuma besar kemungkinan buku ini akan menjadi penyelak pintu atau pengalas cerek panas. Inilah hakikatnya hasil kerja seni bodek.

Justeru kita tidak boleh menyalahkan manusia Melayu sebagai manusia yang malas membaca. Mereka malas membaca buku buku yang tidak ada kaitan dengan kehidupan mereka. Mereka culas membaca kerana mereka merasakan buku-buku ini tidak memberikan apa apa manafaat kepada kehidupan mereka.

Bayangkan jika buku-buku atau kerja kerja seni ini ada berkaitan – ada hubungan dengan kehidupan mereka - pasti manusia Melayu ini akan berhenti, melihat dan cuba mendengar apa yang cuba disampaikan oleh buku buku ini. Jika sebuah puisi ini indah dan ada hubungan dengan perjuangan kehidupan manusia Melayu – pasti puisi ini akan dihayati.

Apa yang diinginkan oleh warga Malaysia khasnya manusia Melayu hari ini adalah buku-buku dan kerja-kerja seni yang temanya memaparkan perlawanan. Buku-buku yang mengajukan tema perlawan terhadap penindasan. Perlawaan ini adalah perlawanan manusia Melayu yang tertindas dalam kehidupan harian mereka. Kehidupan harian yang mereka lalui dan alami. Justeru dengan sendirinya mereka akan dapat memahami dan menghayatinya kerja seni ini. Bukan buku buku yang berkhayal tentang kehidupan orang-orang kaya yang tidak ada talian dengan manjoriti manusia Melayu.

Puisi-puisi yang mengajukan tema penentangan terhadap kezaliman. Atau lagu lagu yang menggerakkan nadi dan jiwa mereka untuk bangun melawan. Atau shaer dan sajak yang melakar kehidupan mereka yang saban hari bertempuran dengan kezaliman dan penindasan. Jika tema ini yang digarap oleh para seniman pasti kerja seni mereka merebak luas.

Contoh terbaik – hari ini - tema besar yang sedang terpampang dalam dunia Melayu hari ini ialah konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Inilah tema besar yang tidak mungkin dapat disorok-sorok. Tema ini sedang menunggu penulis, penyaer, pemusik, pelukis – untuk digarap seseni mungkin.

Jika para penulis/ seniman/saterawan/pelukis/ pengiat teater gagal untuk melihat tema yang besar ini maka jangan marah kepada manusia Melayu. Jangan marah apabila buku tidak ada orang beli. Jangan marah apabila lagu tidak ada sesiapa mendengar. Jangan kecewa apabila pamiran lukisan hanya dilihat sebagai pamiran syiok sendiri. Jangan marah jika tak ada sesiapa ambil pot terhadap buku puisi bodek yang tidak ada siapa ingin membeli.

Hakikatnya manusia Melayu hari ini mahu mendengar bunyi dan suara laungan perjuangan. Manusia Melayu mahu mendengar pekikkan perlawanan. Manusia Melayu telah jelak dengan pusi bodek dan cinta. Manusia Melayu telah jelak dengan irama ampu dan cium tangan. Seniman yang melakar dan menggarap tema perjuangan adalah seniman yang akan dinobatkan oleh manusia Melayu. TT

nota:
boleh diambil untuk
membuat kebaikan


CREDIT TO tUKARTIUB @ hISHAMUDIN RAIS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...