i serve nuff nang

Tuesday, August 16, 2011

::Menghayati Peristiwa Nuzul Al Quran::


Assalamualaikum w.b.t

Buat post sekalian kalinya, post ini berkaitan dengan peristiwa 17 Ramadhan yang mana kita semua sekian maklum dengan ayat Al Quran sebagai hujahnya
Yang mana Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Ini membawa makna Al Quran sebenarnya meliputi kesemua aspek kehidupan. Dari segi politik, ekonomi, dan sosialisasi. Ia menjelaskan perbezaan yang benar dan yang salah yang mana bukan sahaja meliputi aspek ketuhanan dan manusia, tetapi juga manusia dengan manusia itu sendiri. Lantas ada 2 jenis ayat yang membuktikan bahawa Al Quran juga menjadi panduan hubungan diantara si anu dan si polan.

1. 'Wahai orang yang beriman....' 
Ayat ini khas ditujukan buat umat yang mempercayai akan rukun iman dan pengamalannya.  

2. 'Wahai sekalian manusia....'

Ayat ini pula diturunkan untuk sekalian manusia sama ada orang islam ataupun tidak. Yang mana menceritakan pentingnya kita menjaga hubungan sesama manusia dan menunjukkan skop agama islam itu sendiri bukan lah tertakhluk kepada ibadah seperti solat, puasa zakat dan haji sahaja. Antara perkara ibadah yang lain seperti kata2 yang memudahkan dan menggembirakan hati orang lain walupun mereka bukan islam @ bahasa yang orang melayu kita suka guna orang kafir. Disebabkan itu, pengkaji Al Quran ini bukan shaja orang islam, tetapi golongan bukan islam juga menggunakannya sebagai bahan kajian. Lalu mereka juga tergolong dalam golongan yang mendapat petunjuk dari penggunaan 
Al Quran sebagai panduan dalam aspek kehidupan mereka. Tapi sayangnya kita orang islam di Malaysia masih ditakuk Al Quran ini suatu yang hanya perlu dibaca dengan irama merdu sahaja tanpa memahami akan isi dan bait didalamnya.

Lagi sekali, ini pendapat saya. Kita sekalian umat tahu, Al Quran diturunkan secara berperingkat peringkat kepada Nabi Muhammad S.A.W. Ini tercatat dalam sejarah dan Hadith yang sahih. Kenapa diturunkan berperingkat ketika itu? kerana ketika itu masyarakat makkah dan madinah masih dalam zaman jahiliah yang mana mabuk2, main perempuan dan membunuh anak sendiri adalah perkara yang amat kebiasaan. Cuba bayangkan, jika al Quran diturunkan sedebuk dan wajib diikuti secara terus oleh orang makkah, pasti akan lebih teruk cacian terhadap umat islam pada masa itu, dan proses penerimaan islam akan menjadi lebih sukar. 

Jadi diturunkan berperingkat supaya mudah sekalian bani ketika itu faham akan kebenaran dan keadilan yang dicanangkan dalam Al Quran karim. Ini bukanlah memberi alasan untuk bani dulu meneruskan amalan jahil itu, tapi apabila dikatakan 'menjadi kebiasaan' itu yang menyebabkan mereka sukar untuk menerima islam walaupun mengakui hakikatnya. Di ketika itu juga masih tiada golongan yang menafsirkan Al Quran secara membuta tuli seperti hari ini, tiada badan penguatkuasa mewajibkan semua untuk menerima secara membuta isi kandungan Al Quran melainkan memahaminya terlebih dahulu. Contohnya dalam perperangan badar, hanya 313 orang islam yang turun berperang berlawan 1000, walhal boleh dikerahkan sekalian umat untuk turun bersama. Dan kebenarannya, 313 orang ini adalah mereka yang memahami Al Quran sepenuhnya, mereka yakin akan janji Allah s.w.t akan kemenangan yang dijanjikan. Itu lah mereka yang dijanjikan syurga.
(Rintih Rasulullah s.a.w pada Allah : ' jika 313 orang ini tewas, nescaya tiada lagi yang akan memperjuangkan agama islam dimuka bumi ini.')

Kita balik kepada konteks kehidupan kita sekarang. Saya faham mengenai perjuangan sesetengah golongan yang cuba mengetengahkan hukum islam dan penggunaan islam secara menyeluruh. Namun begitu, kita juga harus faham, kita kini terikat dalam satu sistem yang mana ada badan2 yang ditubuh dengan alasan memberi panduan, tetapi sebenarnya gaya mereka seperti memonopoli kebenaran islam. Apa maksud monopoli? maknanya apabila mereka mula berkata, meraka seperti tidak memberi ruang kepada orang islam sendiri untuk berfikir terlebih dahulu, yang mereka tahu hanya mewajibkan dan mengharamkan tanpa pernjelasan yang lebih gitu. Ini bermakna kini, umat islam dalam suatu proses makan suap. Dan makan suap ini amat berbahaya kerana mereka akan tiada pendirian yang teguh sekiranya berhujah dengan orang lain fahaman. Sedangkan mazhab asas dalam islam pon ada 4 yang ada tafsiran tersendiri, apatah kita ini umat diakhir zaman. Tanpa memahami sistem dan corak kehidupan manusia sekarang, penguasa ini dengan cepat menghukum. Ada pun golongan yang berkata guna sistem islam ini bagus, tahukah mereka yang akan gunakan sistem ini ialah manusia juga? dan masalah kita sebenarnya kita kekurangan manusia yang bersifat, jujur,telus dan amanah. Lack of accountability honesity.

Sedangkan penurunan Al Quran kemuka bumi ini kepada mereka yang level iman mereka jauh lebih tinggi dari umat akhir zaman adalah secara berperingkat, bagaimana kita boleh menganggap dengan mudah untuk memastikan umat islam kini menerima islam sepenuhnya dengan begitu cepat? Sebab itu, saya amat suka apabila parti PAS menggunakan dasar negara berkebajikan terlebih dahulu. Yang mana apabila berkebajikan , ia meliputi sekalian manusia, pembahagian harta secara adil dan saksama. Bukankah ini yang dituntut dalam surah Mutaffifin? Tidak menipu dan pecah amanah. Apabila islam dah dibuktikan mampu menjaga kebajikan manusia sejagat dengan pemimpin yang berkredibiliti, saya yakin, tiada yang akan menentang perlaksanaan hukum islam dalam aspek kehidupan mereka secara menyeluruh. Dan ini perlu dimulakan dengan pembebasan berfikir secara kritis. Ulama'dan ustaz kini harus bersedia untuk dikritis oleh rakyat marhein yang kadang tidak memahami islam, dan penjelasannya amat penting. 

Umum wajib tahu, kita kini dalam satu sistem yang amat menitikberatkan si kaya dan si miskin. Apabila miskin dan papa, masalah untuk solat, untuk berkahwin juga akan menjadi perkara yang tak dapat diselesaikan. Bagaimana si miskin ingin berpuasa juga jika mereka tiada mampu untuk bersahur dan menikmati juadah berbuka?  Bagaimana si miskin boleh elak berzina sedangkan ia adalah fitrah manusia untuk menikmati hubungan dalam perkahwinan? Jadi bagi saya, islam yang diperjuangkan kini sepatutnya menitikberatkan bagaimana untuk mengatasi masalah kemiskinan dan kesusahan ini. Kerana apabila sudah hidup dalam keadaan yang ada kemampuan, pasti kita dapat menjalankan suatu ibadah dengan lebih baik dan sempurna. Kerana itu, ada kisah Rasulullah memberi suapan roti kepada si buta yahudi yang amat membencinya walaupun tak pernah melihat wajah baginda, namun dia terharu akan lemah lembutnya baginda menggumpal dan menyuap roti ke dalam mulutnya sehingga dia sendiri menangisi pemergian apabia Baginda wafat. Itu bermakna, pengamal islam seharusnya mempermudahkan ekonomi umat sekelilingnya tanpa mengira bangsa dahulu, barulah kebenaran dan kebajikan yang Al Quran titikberatkan selama ini terlihat.



Dalam surah Al Qasas ayat 4
Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta dia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Dia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah dia dari golongan yang membuat kerosakan. (4) 

Ia berkisar mengenai pemimpin yang bernama firaun yang memecahbelahkan penduduknya menjadi berpuak puak. Bagi saya, ayat ini bukan lah mengingatkan kita mengenai firaun sahaja, tetapi pemimpin masa kini. Tanpa kita sedar, dengan kehadiran arrival, teori konspirasi dan pelbagai lagi, yang melihatkan umat islam saja,atau  umat kristian atau yahudi sahaja yang mulia dimuka bumi ini yang akan menimbulkan persepsi negatif kepada orang lain tanpa sedar memecahbelah dan memuakkan kehidupan manusia. Seperti kita tahu, British meninggalkan dasar pecah dan perintah untuk memudahkan pentadbirandan kaut keuntungan. Dan ini adalah sifat pemimpin seperti firaun. Tapi bagaimana pula jika pemimpin Islam yang extremis melaungkan semangat islam sehingga menimbulkan persepsi negatif dikalangan umat islam, yang membuatkan mereka menjauhi islam lalu menimbulkan perpecahan dikalangan umat manusia? adakah disebabkan dia islam jadi dia tak boleh disamakan seperti firaun kerana memecah belahkan manusia? sedangkan dalam ayat tersebut tak menyatakan mengenai pengikut Nabi Musa a.s dan bukan pengikut Nabi Musa secara khususnya? Ketidaknyataan ini pada pendapat saya memberi makna, kita walaupun islam tidak boleh berpuak2 dengan orang bukan islam, kita tak boleh dengan terang merendahkan martabat agama orang lain yang menimbulkan ketidaksefahaman dan pergeseran ego antara penganut agama. Jadi, pemain sentimen agama ini bagi saya tidak kurang lebihnya berbanding firaun yang membawa kepada pecah belahnya umat manusia yang mewujudkan puak itu dan puak ini.

Dan firaun adalah simbolik kepada orang kaya, orang kaya yang memecahbelahkan kehidupan orang miskin. Seperti sejarah Qarun jua yang mana yahudi miskin berdoa semoga Qarun bertambah kaya supaya dapat menderma dengan lebih banyak, namun diketika kayanya Qarun dia menjadi tamak dan halwa dan membiarkan rakyatnya terus miskin dan papa. Inilah yang sering saya ajukan, peranan orang kaya dalam memecah belahkan dengan mewujudkan golongan miskin dan papa di muka bumi ini, lepas tu menimbulkan sentimen kalangan orang miskin kerana orang miskin ini lebih cepat butthurt dan sensitif.

Konspirasi yang sebenar hanylah kosnpirasi si kaya membutakan harta simiskin, yang mencipta golongan miskin. Dan sikaya ini wujud dalam orang yahudi, orang nasrani, bahkan orang islam itu sendiri.

Peristiwa Nuzul Al Quran ini saya cuba membawa penghayatanya ke suatu skop yang lebih besar. bukan sekadar kita memenangi pertandingan tilawah peringkat internationale, tapi juga penghayatan isi Al Quran itu sendiri. Bukan sekadar kita cuba mengkhatamkan Al Quran dalam bertadarus, tapi memahi isi kandungan Al Quran juga secara bertadarus. Bezanya kecil , tetapi impaknya pasti besar. Al Quran bukanlah diturunkan untuk umat islam sahaja, tetapi umat dunia sekaliannya. Jika hanya untuk orang islam sahaja, bagaimanakah pula orang yang bukan islam yang mengkaji Al Quran itu mampu meniti suatu dan mengecapi nikmat besar dari penghayatan mereka mendalami isi kandungan al Quran itu sendirikan?

P/s : Semoga memberi manfaat dan pemahaman secara bertadarus(tegur jika salah) dalam menghayati isi Al Quran. :)
Sekian
AnakMudaDiary @ Ahmad Shazwan Aziz

Tuesday, August 9, 2011

Jawapan Mengenai keadilan dalam Pembahagian Harta Pusaka Mengikut Islam



Assalamualaikum w.b.t

Salam ramadhan bagi hari yang ke sepuluh. Ini tulisan saya yang ke 112. Insyaallah saya akan terus menulis dan menulis hingga ww.blogger.com nie menjadi siamang punya website yang dah lupus, sehingga tangan ini menjadi bebal tak mampu menulis, sehingga akal ini berhenti berfungsi, sehingga juga hentinya aliran darah dalam badan yang akan mematikan setiap anggota tubuh dan sosok ini.

Harta Faraid, atau pun pembahagian harta menurut Islam @ Harta pusaka. Iaitu harta yang ditinggalkan oleh si Mati kepada warisnya. Biasa kita dengar isu ni menjelang ramadhan, again, saya juga sebelum ini berfikir mana keadilannya apabila perempuan hanya mendapat 1/3 dari harta pusaka dan lelaki mendapat 2/3 dari harta tersebut. Bagi saya, islam datang dengan pemahaman, sebab itu diturunkan ayat yang berperingkat ke atas muka bumi ini. Dan ia meliputi semua, tulisan harta faraid ini penting kerana ia melibatkan perhubungan kita sesama manusia, apabila sesama manusia, pentinglah untuk kita memahami akan logik dan hikmah disebalik apa yang syariah tetapkan

Antara yang biasa rakan islam dan bukan islam tertanya mengenai pembahagian ini adalah

1.Itu islam adil ke apabila selalu bagi lelaki lebih, sampai harta pusaka si mati pon si lelaki dapat lebih.?
Itu tak adil meh, perempuan jugak perlu duit nak berbelanja. kan kan?
Aku pun pernah termati akal bila orang tanya macam tu. Tapi hari ini, aku bersyukur, sebab ada ustad kat surau tadi tell the logic behind this harta pusaka dan pembahagiannya untuk menjawab persoalan macam tadi.

Seperti yang kita tahu, dalam islam, lelaki perlu dijadikan role model dalam institusi kekeluargaan. Sebagai pemimpin, wajib si lelaki memenuhi keperluan keluarganya, wajib si lelaki memberi nafkah kepada isterinya. Peranan seorang lelaki dalam islam amat besar. Tapi islam juga amat meninggikan martabat wanita apabila diturunkan surah An nisa'.(Surah perempuan). and there no such thing as surah lelaki kan? 
Berbalik kepada isu lelaki menurut islam, sememangnya tanggungjawab mereka besar, sebelum isteri bersedia keluarkan duit untuk menyara keluarganya, si lelaki wajib terlebih dahulu mengeluarkan duitnya untuk menjaga kebajikan institusi kekeluargannya. Peranan lelaki sebagai pelindung(fizikal yang umumnya lebih kuat berbanding wanita), kemampuan akalnya( 9 akal yang creative), dan 1 nafsunya( lebih kepada syahwat) yang mana lelaki ni tak pentingkan barang barang yang mahal sangat bila mereka ada duit lebih, yang penting isteri mereka cun dan pandai menjaga dan menerima lelaki itu dalam apa jua keadaan sekali pun. Tak percaya, tanya your bf, mereka ada hobi perabis duit pada hanya 1 perkara, kalau suka kereta, hanya kereta, kalau teknnologi, dia akan tumpu pada teknologi dan tak kisah barang2 atau baju dan seluar dari renoma dan ralph lauren. Ini bezanya dengan kehendak wanita yang pelbagai keperluannya. Ini fikrah, namun xdinafikan ada juga yang tidak seperti saya nyatakan di atas, namun, ini hakikat bagi sejumlah lelaki dan perempuan. tak percaya? ask your guys and gurlz :)

Apabila diberi lelaki 2/3 dari harta pusaka(lebih banyak dari wanita, harta yang diperoleh lelaki tersebut menjadikanya wajib untuk digunakan bagi menanggun keperluan kekeluargaannya. Memberi makanan, membeli pakaian, pampers, dompet dan sediakan tempat tinggal yang selesa untuk keluarga. Balik kepada perempuan yang mendapat 1/3 itu, 1/3 adalah hak mutlak untuk mereka. Suami tidak boleh ambil tanpa kebenaran isteri, tetapi bagi si lelaki wajib memberi nafkah pada si isteri. 

Can you see? Wanita mendapat mutlak yang mana 1/3 boleh dibelanjakan untuk dirinya sahaja kalau dia rasa patut, bagi bahagian 2/3 lelaki, lelaki itu wajib untuk menggunakannya untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Role Model dalam institusi kekeluargaan. Sebab itu, kadang anugerah lelaki ialah rasa ego yang ingin membawa isteri hidup berasingan dari keluarga untuk berdikari dengan niat dia mampu menjaga kebajikan keluarganya nanti.

Nampakkan? how fair islam does, then u may wonder, there some men tend to feel that the asset of arwah belongs to him as totaled, ooppss,, its now mistake made by that mens. not whats been teach by Islam using al Quran and As sunnah. :)

 Dalam Ringkas, pembahagian ini diberi lebih kepada lelaki atas dasar tanggungjawab lelaki tersebut dalam sesebuah institusi kekeluarggaan. Jika lelaki itu tak mampu menguruskan dan mentadbir institusi itu dengan baik, ranap lah, pembahagian harta pusaka yang diajar dalam Islam pon akan nampak berat sebelah dan cipta perserpsi, so, be a nice son, nice husband and understandble slavery to Allah comands.


p/s ; Antara ilmu yang pertama sekali akan hilang apabila menjelang qiamat adalah ilmu pembahagian harta pusaka(Hadith). Saya berharap, perkongsian ini akan menambah minat kita dalam mempelajarinya supaya mudah urusan kita bertemu Allah tanpa sebarang hutang dengan waris dan manusia lain sebelum mati nanti :)




Sekian
AnakMudaDiay @ Ahmad Shazwan Aziz


Sunday, August 7, 2011

Bani Islam Yang Karam

 



Assalamualaikum w.b.t

Helo2, sebagai pembuka, aku just nak ajak readers ingat kembali dah 7hari kita berpuasa nie. Apa lu olang dapat?Setakat dapat tau orang islam yang berbuka puasa kat gereja punya kes je ke?? Setakat menahan lapar dan dahaga untuk kurus dan hensem/cun je ke? Setakat berterawikh sebab time nie ramai orang g surau je ke? Setakat duk kat umah, goyang kaki, siang tidur malam g lepak je ke, tak pun, lu orang dapat rasa dah keperitan si miskin? tak pun lu olang dapat rasa dah yang puasa nie sebenarnya buat lu orang di taraf yang sangat rendah bersama sifakir sebab lu olang ada duit banyak pun tak leh makan banyak waktu siang? unless, lu olang nie tak kisah, time bazar ramadhan lu orang bedal je ape2 pelut lu olang kepingin?
Oh pada orang2 di bazar ramadhan, bulan nie memang bulan rezeki, tapi kenapa harga mahal nak mampos? dulu kuih Rm1 = 3, sekarang Rm2 = 5
Dulu Air tebu rm 2.50
Sekarang Rm. 3.50, pa cita nie? puasa nie takat lu olang peniaga tahan lapar then curi duit pembeli ke? bukan puasa nie ajar untuk tahan nafsu ke, bila lu puasa patut lu tau lanafsu ni bukan nafsu makan je, tapi lagi besar, islam nie suatu keimanan yang melengkapi segala, bila kata bersolat, bukan bertunggeng aje, ada hikmah lain, bila puasa, bukan tahan lapar je, tapi ada banyak lagi perlu ditahan dan diinsafkan. Karam.


Karam islam semua akibat kuasa daulah. Apa itu daulah? daulah ni macam daulat, sesuatu yang diadakan untuk menakutkan rakyat kepada suatu 'kuasa @ pengaruh'. Dulu zaman sultan guna daulat, jadi rakyat pun akan menyujud sultan membuta dan percaya sultan nie bagi tempat tidur. Walhal, sultan nie jugak yang kutip cukai, beza ngan british, british datang pakai tie, sultan kutip cukai dengan baju bewarna kuning. Napa tak da orang nak cakap tanah nie tanah tuhan?

Daulah. suatu yang memaksa untuk kau menerima suatu perkara sama da benar atau tak. kau tak berkesempatan untuk fikir rasional, kau tak diberi peluang untuk memahami, tapi kena dan wajib terima. Samalah macam orang yahudi sangat suka tengok orang islam hafaz Al Quran, menang peringkat Tilawah, tapi sebenarnya orang islam tengah karam, macam kapal titanic, tak da orang sedar kapal tue tengah karam, sebab yakin yang kapal tu boleh bertahan sebab ikut spesifikasi dan standard. Nak cari orang yang hafal alQuran tue ramailah, tapi berapa ramai yang faham isi kandungan dia? berapa ramai yang ambik pot pasal surah cerita pasal orang menipu dalam timbangan? berapa ramai ambil kisah yang duit kita ada nie sebahagiannya adalah hak milik orang miskin? yang  tau, bayar zakat sebab takut berdosa. Tapi tak ambik pot duit zakat kat pusat zakat ni da salur betul ke tak. Again, Karam.

Daulah bukan suatu konsep baru, nie konsep lama yang diperkenalkan. konon nak sediakan panduan. Actually memaksa orang. Kau tak faham kau solat kenapa, kau tak tahu  apa kau tahankan lapar siang dan malam, sebab daulah nie just cakap umat islam wajib puasa dan bersolat, tak bagi tau kenapa, kuasa daulah ini hanya cerita halal dan haram. Walhal, islam nie bukan pasal halal dan haram je, islam juga pasal politik, ekonomi dan keadilan dalam kehidupan harian.So, karam.

Daulah diperkenalkan jambantan jambantan yang konon sangat arif pasal islam. At last, mufti tak sepakat ngan majlis fatwa. Nampak? sebab masing masing nak tunjuk kuasa daulah masing2, masing nak rasa dia je betul dan orang kat bawah nie selalu salah sebab bodoh. Ada kata poco2 haram, ada kata babrican haram, ada jugak kata 2 2 tu halal. Ada kata pakai tshirt tak sesuai, pakai baju melayu bagus, tapi tau tak diorang yang baju melayu ada kolar tu, pengaruh kolar tu datang dari kolar baju santa claus waktu british datang jajah? Yang huruf a,b,c, bla bla nie pon asalannya bukan huruf orang islam pon. Tapi lu orang guna jugak, tak berani nak cakap haram? atau lu orang nie just cakap ikut sedap hati tak pun ikut cakap pendaulah yang melantik lu orang jadi majlis fatwa dan mufti? Lu orang apasal tak cakap kat bank islam tu haram ada riba', cuma dah tukar nama je. Yang ditekannya orang islam jugak. Again. Karam.


Lu daulah punya orang banyak suka tangkap anak anak muda tengah berpacaran tepi pantai dalam hutan dalam kereta. Apsal lu tak pergi hotel 5 bintang pergi tangkap dato' entot2? Dato' nie bukan mulia tak bernafsu pon, tak tangkap boss boss besar yang main dengan china doll? Padahal, lu orang gak cakap, pemimpin mempengaruhi perwatakan rakyat.  Apsal lu orang nie? aku tak faham. Lu orang suka tangkap orang berdating, tapi lu orang pernah usahakan tak untuk mansuhkan undang2 kahwin yang mengarut nie? Lu pernah bagi fatwa  tak pasal ibu bapa tak payah letak hantaran tinggi2, tak perlu majlis besar2 yang wajib, supaya mudah anakmuda nak berkahwin? Untuk kurangkan aktiviti zina yang tak sihat nie? Lu orang marah orang kahwen kat sempadan, kenapa lu orang nie tak pertahankan kahwin nie cukup syarat islam, sah, dan perlu kita sokong?  ni lu pergi cakap kahwen kat sempada tak sah, sebab tak ikut undang mesia? aik, nie nak kahwen nie ikut undang2 malaysia ke undang2 islam nie? Lu orang nak tau, lu orang punya kerja nie lah buat orang susah nak kahwen, lu orang tak buat kerja nie lah pasalnya orang asek nak check in hotel tanpa nikah, lu orang nya pasal lah, orang2 miskin nie terpaksa pergi kat sempadan untuk bernikah. Benda kahwen boleh buat free, nape nak tax itu ini, pastu lu wujudkan daulah konon nya duit nie sebagai tanda ' pengorbanan mempelai pengantin', de pak? Again. Lu daulah buat islam KARAm.


Meleis islam ada satu sindrom. Sindrom nya mereka sangat suka akan kisah2 peribadi orang lain. Peribadi yang patut jadi hal antara orang tu dengan Allah dia nak sibuk.  Sindrom yang dia rasa, dia sorang betul. Sindrom yang rasa, bila dah belajar tinggi sampai Al Azhar, balik malaysia boleh paksa itu ini. Suka2 nak jatuhkan hukum haram dan tak hormat rumah ibadat orang lain. Kau marah bila orang christian buat christianisasi, kenapa kau susah sangat nak buat proses islamisasi? Orang christian nak tolong orang yang susah pon lu orang bising, tapi lu orang tak pernah bising kat pengetua bank islam? presiden jais, mais, jakim? luorang tak pernah nak suruh menteri2 beragama islam nie guna duit duit dan harta belambak diorang ada untuk tolong orang islam yang susah ke? 'Orang islam tak mintak tolong tak dapat dikesan'? then u should tell me kenapa lah agaknya orang christian pulak boleh kesan orang yang perlukan bantuan nie? 

Nape lu orang tak pernah tegur si berbaju kuning supaya infakkan emas2 yang dia ada berlambak, kereta banyak dalam garage tu pergi jual untuk tolong orang miskin dan fakir? duhh, sebab dia kaya, dia presiden islam semalaysia, dia boleh kumpul kekayaan ikut suka dia lah? Lu orang sebuk nak salahkan orang christian buat christianisasi, tapi lu orang pernah fikir nak buat islamisasi? ini pun akibat sindrom yang lu orang cipta, bagitau orang islam tak sesuai politik dan ekonomi, lu bagi tau tempat orang islam hanya kat masjid, lu bagitau orangislam kerja dia kejar akhirat dengan bersolat dan puasa then pergi haji, tapi lu tak cakap pulak keadilan kebajikan yang banyak dicerita dalam islam, gua tak faham, lu orang boleh suka2 gunakan ayat Al Quran dan tafsirkan sampai buat islam nie nampak sempit, Please, sindrom macam nie buat orang islam karam.

Tolonglah, aku orang muda, tolong jangan nak sekat aku dengan fatwa2 yang buat orang islam nie makin karam. Kau boleh tuliskan karangan khutbah untuk khatib baca, kenapa kau tak bagi kebebasan kat khatib tu berbicara atas suatu tajuk, ikut pemahaman mereka? Kau suruh khatib cerita pasal hramnya bersih dan orang berdemo, kenapa tak tulis haramnya orang menipu dalam tinmbangan, haramnya orang jual teh o ais Rm1.80 tapi guna pewarna macam kodial je? 

Labon2 lu cerita pasal negara islam suatu yang bagus, negara kita dipenuhi umat islam negara yang diberkati. Tapi kat sungai gombak tu lu bleh cakap kita diberkati ke? aT list sungai kat Canada di tengah bandar air dia jernih boleh buat ambik air wudhu' dan minum lagi, kerbesihan tu kan ajaran Islam, tapi lu orang tak pernah berani nak sound2 company company yang buat buang sisa semua nie, yang lu orang bengang bila jumpe seluar dalam dan bra saja, don't u see anything else huh?

Lastly. Paranoid Android. Android adalah sejenis robot yang ikut cakap tuan. Paranoid ni suatu sikap yang kau pandang orang lain secara negatif, orang tu tak sebulu kau pandang negatif dan kau arahkan dia ikut cakap kau. Tolong rakyat, jangan ingat kami ini paranoid android lah. Kamu semua orang kaya dan berduit senang cakap lah pada orang miskin suruh bersabar dan bersyukur, at last lu orang naik merce bmw kopiah pon yang beratus punya, belum cerita jubah. 


P/s :Yang orang miskin nie lu cakap tak berusaha, lu cakap akibat kesalahan dan Allah tengah menghukum, don't he/her deserve a chance?

Sekian
AnakMudaDiary @ Ahmad Shazwan Abdul Aziz



Thursday, August 4, 2011

Offical Video-2 : Perspectif saya mengenai ramadhan

video 
Video Ramadhan ke-2. Maaf jika ada yang saya katakan salah. Ini cuma cara saya untuk berkongsi ilmu. Harap2 mendapat pedoman dan ilham kita semua jadinya. Salam Ramadhan

Ramadhan Be Loved
Ahmad shazwan Abdul Aziz

Wednesday, August 3, 2011

Kataku buat si fakir

Fakir
Hidupmu dilanda kesusahan
Hidupmu dilanda ribut dan taufan
Aku terkilan
Dalam kesusahan, kau mengukir senyuman
Kau lahirkan rasa syukur dengan pendapatan
Yang tak seberapa

Fakir
Aku dombakan sifat mu itu
Kau tidak bertuhankan duit
Akidah mu bukanlah berkaya kayan
Kau tersepit, terhimpit, tersempit
Di celah kemajuan kota
Dicelah baju batik berperut buncit
Kau pula Tulang belulang
Yang dilembagai kemiskinan

Demi Allah
Kehidupanmu itu sebenarnya
bukanlah kerana kau tidak berusaha, 
kau tidak berputus asa
Kehidupan direka oleh sistem orang kaya
Kau dicipta supaya mengamppu mereka yang kaya
Kau dicipta supaya mereka yang kaya
Nampak mulia Di media apabila membuat sedekah

Fakir
Aku takut jika berada ditempatmu
Aku tahu, aku tidak akan dipandang warga kota
Kata mereka itu takdirmu
Tapi bagiku, adakah mereka akan berkata
takdir orang palestin hidup dalam peperangan?
Aku bersamamu fakir, aku akan selalu
Mendoa dan mengingatimu
Doakanlah jua aku
Supaya tidak gagal dek ujian si kaya

Fakir
kau masih tersenyum,aku terlihat
Kau tidur disimpang jalan ditengah mentari terik
AKu tahu kau pernah dihalau
kerana cuba mencari rezeki di depan hotel besar
Aku tahu hidupmu diselubungi kepahitan
Namun, bagi mu, pemberian kami
Yang tak seberapa
Membuatkan kau terasa akan kemanisan
Yang melenyapkan rasa kepahitan
Biarpun sementara

Fakir
Mereka menyalahkan mu 
Katanya
Kau tidak mencari pusat zakat dan
Jabatan kebajikan
Tapi tahukah mereka
Yang kau tidak pernah tahu
Adakah jabatan dan divisyen seperti itu
Tidakkah mereka tahu duit yang diperoleh
di pusat zakat dan jabatan kebajikan adalah satu amanah
Mereka tidak melaksanakan amanah
Barangkali mereka lupa
TAnggungjawab mereka untuk membantu golongan sepertimu
Tanpa perlu menunggu kau untuk meminta minta

Fakir,
Jika inilah kemajuan diidam,sungguh
Aku amat membenci kemajuan ini
Jika inilah kemajuan yang diidam,sungguh
Aku amat meratapi sedih kemajuan ini
Jika inilah kekayaan yang mereka idam
Sungguh akan aku membenci mereka ini
demi mu
Si fakir

Fakir
Lalu kau berkata
'Hidup kami tersempit, kami terhimpit'
'kami sukakan orang kaya bersedekah'
'Kami sukakan bulan puasa kerana ada zakat dan sedekah'
'Jalan itu rumah kami'
'hujan itu minuman kami'
'Asap ini tanda rezeki kami'
Tapi diakhirnya usiamu
kau masih disitu

Fakir
Dicelah kota ini, mereka masih mencemuhmu
Katanya kau ada sendiket
Tapi tahukah mereka,
Ada pun mu bersendiket
Adalah untuk menjadi kuli batak
Bagi perolehi rasa sesuap nasi

P/s :
 Fakir
'Maafkan aku'


Sekian
AnakMudaDiary @ P.M.A.C

Monday, August 1, 2011

Perspektif Saya mengenai Islam : Ikhlas dariku

Assalamualaikum w.b.t




Selamat Menyambut Ramadhan, hari ni hari pertama kita berpuasa. Pasti semua orang gusar dan resah. Ketidakselesaan menyelubungi hari yang pertama kan, seperti mempelai menanti tragedi malam pertama. Tapi bila dah tahu dan faham itu yang diimpikan dan diwajibkan, semuanya akan menjadi senang.

Ramai persoalkan mengenai penggunaan akal logik saya. bukanlah saya kata akal logik saya sentiasa dan saya sahaja betul. Tapi setakat ini masih tiada yang mempersoalkan saya punya logik, bahkan, slow2 mereka mengakuinya. Mengunakan akal, fikrah dan tabula rasa ini juga adalah suatu nikmat, bukan kah nikmat itu kurniaan allah dan perlu digunakan pada jalan yang betul? Jadi, saya cuba gunakannya dengan keadilan untuk sekian manusia menjadi panduan.

Saya bersumpah, sesungguhnya lemahlah diri ini apabila bercerita mengenai Islam seperti yang ramai saudara kita sangkakan. Pada mereka, Islam adalah untuk bersolat, berzakat, mengucap, berpuasa dan menunaikan haji. Saya juga pernah dalam keadaan begitu, dan kini saya meningkat besar, dan bagi saya islam itu sebenarnya semakain dan sangat luas dipandangan mata. Ia bukan saja berkisar zina, dan masalah sosial remaja, Islam juga bercerita mengenai kepentingan berkebajikan dan diperkenalkan melaui konsep zakat. Anyway, masih ramai taktahu, zakat bukan wajib dibayar pada bulan puasa, malah boleh dibayar pada bulan2 sebelumnya. Hematnya, mereka akui islam ini meliputi segala aspek kehidupan, tapi apakah aspeknya? adakah sekadar, bersolat?menjaga mulut, menutup aurat? berpuasa? berzina? cara bercinta menurut islam? tidak boleh main alat muzik itu dan ini? Namun mereka jarang sebut mengenai jihad ataupun kesungguhan. Jihad juga meliputi kesulurahan aspek kehidupan, bila kita berjihad untuk memahami islam, pasti kita sedar, islam sangat luas, dan sememangnya sangat benar, ia merangkumi keseluruhan kehidupan.

Islam juga meliputi politik dan ekonomi. SAya mungkin kurang berkata mengenai kewajipan bersolat, menutupi aurat, dan menjauhi zina, tapi saya cukup banyak berbicara mengenai masalah kemiskinan umat dunia. Yap, kemiskinan sememangnya suatu masalah. Al Quran meliputi keseluruhannya, ia bercerita mengenai penindasan yang dilarang dalam islam. (Al mutaffiifin)AlQuran ada juga menyebut balasan mengenai mereka yang menipu dalam timbangan dan amanah. Jadi ia juga bercerita mengenai mamak dan kedai makan yang ambil untung lebih banding dengan service yang diberikan.  Adakah ia bukan ciri keislaman?

Ramai bercerita mengenai cinta dalam islam. Panduan bercinta dalam islam. Bagi saya mudah, banyaknya JAWI yang menangkap anakmuda berdua duaan, kenapa mereka tidak menyerang hotel2 besar yang diduduk dato2 dan menteri? Jangan menipu cakap menteri dan dato' ini mulia tiada nafsu, pergi tanya rakan yang terlibat politik, pasti akan ada jawab, banyak perempuan ini dijaga dan melayan dato'2. Mereka berkata mengenai anakmuda suka berzina. Tapi taukah kita masalah kemiskinan menjadi penghalang kepada perkahwinan? Anda takkan dapat mengahwini seseorang sekarang jika tiada duit banyak untuk memenuhi hantaran. Adakah dalam Islam berkata mengenai sahnya perkahwinan adalah dengan memenuhi wang hantaran yang diminta? Adakah kita ambil tahu, orang orang kaya tidak akan memberikan anak perempuan mereka kepada lelaki yang tak berduit tanpa pertimbangan bahawa si lelaki itu telah berusaha, namun dia sering ditindas golongan kaya? Dan bagi saya islam menyediakan jalan kemudahan supaya kita digalakkan berbuat kebajikan, memberi zakat, sedekah, membantu golongan susah, bukankah ia juga sangat islamik? Bila semua orang dapat keluar dari kepompong kesempitan, barulah islam dapat dilaksanakan dengan mulia oleh semua orang, barulah bila bersolat, dapat menghindarkan berfikir bagaimana untuk mengahwini perempuan dan fikir keluar dari kepompong kesempitan.

Mereka berkata kita wajib berpegang pada kepimpinan islam. Yap memang betul, tapi kita tengok hari ini, pemimpin Islam bagaimana? Semua negara islam ada rakyat miskin dan majoritinya besarr, Arab Saudi yang kaya tapi beli kelab man.city, rakyat dia macam mana? Kat mesir yang baru bergolak, ehud mubarak dan Suzanne yang kaya, tetapi rakyat mereka hidup dalam kesempitan? Di Libya itu, Muammar gaddafi di awal kenaikannya berlabon mengenai Islam dan sistem khilafah, now apa yang rakyat dia dapat? miskin dan papa, Presidennya pula kaya dan alpa. Menentang sesuatu yang berbentuk kezaliman!, bukankah ia juga sangat islamik? Bangun berdemo menentang penindasan, bukankah itu sangat islamik? Bila kebajikan iaitu perbezaan golongan miskin dan kaya dapat dikurangkan, saya rasa barulah waktu itu  timing yang terbaik untuk kita bertukar kepada sistem islam sepenuhnya. So, Kebajikan first, tanpa kebajikan dan ekonomi yang adil, anda tak dapat mandi dan bersolat, anda tidak boleh bergerak ke tempat kerja, anda tak boleh ambil air sembahyang, anda akan solat dalam gelap, ini adalah kebajikan yang diajar dalam islam, tidakkah ia berciri islamik?

Seperti bulan puasa, Ia bukan lah hanya bulan kita menahan lapar dan dahaga disiang hari, bagi saya ia juga adalah bulan memandang orang miskin. Bila kita pandang dan hayati, kita akan faham kesempitan hidup mereka. Wajarkah manusia dihukum, jika tiada ijazah atau diploma, mereka tak leh dapat kerja? wajarkah hukuman ini diberi kepada mereka yang tidak dapat sambung belajar? bila tak dapat kerja, mereka akan kesempitan dalam ekonomi, bila sempit, ada yang mencuri, merompak, ada yang tak boleh nak kahwin, lalu berzina, tidakkah kemiskinan juga adalah puncaya? Jadi, kita amat digalakkan untuk bersedekah dan berzakat dibulan puasa. Tidak perlu pergi bayar ke kaunter zakat, hari jumaat anda pergilah ke jalan sentul dan berdekatan vistana hotel, anda akan lihat mereka yang kesempitan ekonomi. Berilah bantuan secara terus dalam rupa apappun pada mereka, nescaya senyuman mereka terukir. Tidak perlu bayar di kaunter zakat, kerana zakat pejabat kini mengira untung, ramai lagi masih miskin, tetapi beratus ribu masih tersimpan didalam pusat zakat. 

Bila bercerita mengenai islam, saya tahu saya tidak hebat untuk merekrut ayat Al Quran dalam perbicaraan saya. Saya tahu bahasa saya dalam artikel sebelum ini berbaur kasar. tapi tahukan anda ia datangnya dari mereka yang menjual beli agama, cakap pada orang miskin supaya bersyukur kerana kat palestin ada yang lebih susah, dan mereka pula memaki mercedes dan hyundai. Saya hanya gunakan kudrat yang ada untuk berbicara


Tidak perlu rasanya untuk saya berbicara mengenai hal dalam selimut berkaitan saya dan Allah s.w.t. tidak perlu rasanya saya bercerita saya cukup solat lima waktu atau tak, puasa sentiasa penuh atau ada yang tertinggal, tak perlu meletakkan 'haji' dinama saya sekiranya saya sudah pergi ke tanah suci untuk membuat haji. Tidak perlu juga saya sentiasa melaungkan di status saya 'aku bangga aku orang islam', 'aku akui Allah itu tuhanku', kerana hanya Dia saja tahu apa yang saya kerjakan. dan inilah yang dikatakan lebih baik berdiam dari banyak berkata, kerana takut dalam kata2 kita itu kita menjadi bongkak pada pandangan orang lain. Tidakkah ia sangat islamik dimana Islam mengajar kita supaya merendah diri dan bercakap sesuatu yang menyenangkan?( Surah Luqman)


Dan apabila saya menyuarakan mengenai ekonomi yang menekan orang miskin akibat orang kaya yang ingin menambahkan kekayaanya, tidakkah ia menyenangkan orang miskin apabila mengetahui ada jjua yang masih memberi perhatian kepada mereka? tidakkah ini jua satu yang dituntut dalam islam?. END.


P/s : You know well of love in islam, solah, fasting and else, 
        I have something regarding economic that can be shared and help poor
        It show no different. Does it at the point of islam, both is islamic too?


Sekian
AnakMudaDiary @ P.M.A.C


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...