i serve nuff nang

Monday, August 1, 2011

Perspektif Saya mengenai Islam : Ikhlas dariku

Assalamualaikum w.b.t




Selamat Menyambut Ramadhan, hari ni hari pertama kita berpuasa. Pasti semua orang gusar dan resah. Ketidakselesaan menyelubungi hari yang pertama kan, seperti mempelai menanti tragedi malam pertama. Tapi bila dah tahu dan faham itu yang diimpikan dan diwajibkan, semuanya akan menjadi senang.

Ramai persoalkan mengenai penggunaan akal logik saya. bukanlah saya kata akal logik saya sentiasa dan saya sahaja betul. Tapi setakat ini masih tiada yang mempersoalkan saya punya logik, bahkan, slow2 mereka mengakuinya. Mengunakan akal, fikrah dan tabula rasa ini juga adalah suatu nikmat, bukan kah nikmat itu kurniaan allah dan perlu digunakan pada jalan yang betul? Jadi, saya cuba gunakannya dengan keadilan untuk sekian manusia menjadi panduan.

Saya bersumpah, sesungguhnya lemahlah diri ini apabila bercerita mengenai Islam seperti yang ramai saudara kita sangkakan. Pada mereka, Islam adalah untuk bersolat, berzakat, mengucap, berpuasa dan menunaikan haji. Saya juga pernah dalam keadaan begitu, dan kini saya meningkat besar, dan bagi saya islam itu sebenarnya semakain dan sangat luas dipandangan mata. Ia bukan saja berkisar zina, dan masalah sosial remaja, Islam juga bercerita mengenai kepentingan berkebajikan dan diperkenalkan melaui konsep zakat. Anyway, masih ramai taktahu, zakat bukan wajib dibayar pada bulan puasa, malah boleh dibayar pada bulan2 sebelumnya. Hematnya, mereka akui islam ini meliputi segala aspek kehidupan, tapi apakah aspeknya? adakah sekadar, bersolat?menjaga mulut, menutup aurat? berpuasa? berzina? cara bercinta menurut islam? tidak boleh main alat muzik itu dan ini? Namun mereka jarang sebut mengenai jihad ataupun kesungguhan. Jihad juga meliputi kesulurahan aspek kehidupan, bila kita berjihad untuk memahami islam, pasti kita sedar, islam sangat luas, dan sememangnya sangat benar, ia merangkumi keseluruhan kehidupan.

Islam juga meliputi politik dan ekonomi. SAya mungkin kurang berkata mengenai kewajipan bersolat, menutupi aurat, dan menjauhi zina, tapi saya cukup banyak berbicara mengenai masalah kemiskinan umat dunia. Yap, kemiskinan sememangnya suatu masalah. Al Quran meliputi keseluruhannya, ia bercerita mengenai penindasan yang dilarang dalam islam. (Al mutaffiifin)AlQuran ada juga menyebut balasan mengenai mereka yang menipu dalam timbangan dan amanah. Jadi ia juga bercerita mengenai mamak dan kedai makan yang ambil untung lebih banding dengan service yang diberikan.  Adakah ia bukan ciri keislaman?

Ramai bercerita mengenai cinta dalam islam. Panduan bercinta dalam islam. Bagi saya mudah, banyaknya JAWI yang menangkap anakmuda berdua duaan, kenapa mereka tidak menyerang hotel2 besar yang diduduk dato2 dan menteri? Jangan menipu cakap menteri dan dato' ini mulia tiada nafsu, pergi tanya rakan yang terlibat politik, pasti akan ada jawab, banyak perempuan ini dijaga dan melayan dato'2. Mereka berkata mengenai anakmuda suka berzina. Tapi taukah kita masalah kemiskinan menjadi penghalang kepada perkahwinan? Anda takkan dapat mengahwini seseorang sekarang jika tiada duit banyak untuk memenuhi hantaran. Adakah dalam Islam berkata mengenai sahnya perkahwinan adalah dengan memenuhi wang hantaran yang diminta? Adakah kita ambil tahu, orang orang kaya tidak akan memberikan anak perempuan mereka kepada lelaki yang tak berduit tanpa pertimbangan bahawa si lelaki itu telah berusaha, namun dia sering ditindas golongan kaya? Dan bagi saya islam menyediakan jalan kemudahan supaya kita digalakkan berbuat kebajikan, memberi zakat, sedekah, membantu golongan susah, bukankah ia juga sangat islamik? Bila semua orang dapat keluar dari kepompong kesempitan, barulah islam dapat dilaksanakan dengan mulia oleh semua orang, barulah bila bersolat, dapat menghindarkan berfikir bagaimana untuk mengahwini perempuan dan fikir keluar dari kepompong kesempitan.

Mereka berkata kita wajib berpegang pada kepimpinan islam. Yap memang betul, tapi kita tengok hari ini, pemimpin Islam bagaimana? Semua negara islam ada rakyat miskin dan majoritinya besarr, Arab Saudi yang kaya tapi beli kelab man.city, rakyat dia macam mana? Kat mesir yang baru bergolak, ehud mubarak dan Suzanne yang kaya, tetapi rakyat mereka hidup dalam kesempitan? Di Libya itu, Muammar gaddafi di awal kenaikannya berlabon mengenai Islam dan sistem khilafah, now apa yang rakyat dia dapat? miskin dan papa, Presidennya pula kaya dan alpa. Menentang sesuatu yang berbentuk kezaliman!, bukankah ia juga sangat islamik? Bangun berdemo menentang penindasan, bukankah itu sangat islamik? Bila kebajikan iaitu perbezaan golongan miskin dan kaya dapat dikurangkan, saya rasa barulah waktu itu  timing yang terbaik untuk kita bertukar kepada sistem islam sepenuhnya. So, Kebajikan first, tanpa kebajikan dan ekonomi yang adil, anda tak dapat mandi dan bersolat, anda tidak boleh bergerak ke tempat kerja, anda tak boleh ambil air sembahyang, anda akan solat dalam gelap, ini adalah kebajikan yang diajar dalam islam, tidakkah ia berciri islamik?

Seperti bulan puasa, Ia bukan lah hanya bulan kita menahan lapar dan dahaga disiang hari, bagi saya ia juga adalah bulan memandang orang miskin. Bila kita pandang dan hayati, kita akan faham kesempitan hidup mereka. Wajarkah manusia dihukum, jika tiada ijazah atau diploma, mereka tak leh dapat kerja? wajarkah hukuman ini diberi kepada mereka yang tidak dapat sambung belajar? bila tak dapat kerja, mereka akan kesempitan dalam ekonomi, bila sempit, ada yang mencuri, merompak, ada yang tak boleh nak kahwin, lalu berzina, tidakkah kemiskinan juga adalah puncaya? Jadi, kita amat digalakkan untuk bersedekah dan berzakat dibulan puasa. Tidak perlu pergi bayar ke kaunter zakat, hari jumaat anda pergilah ke jalan sentul dan berdekatan vistana hotel, anda akan lihat mereka yang kesempitan ekonomi. Berilah bantuan secara terus dalam rupa apappun pada mereka, nescaya senyuman mereka terukir. Tidak perlu bayar di kaunter zakat, kerana zakat pejabat kini mengira untung, ramai lagi masih miskin, tetapi beratus ribu masih tersimpan didalam pusat zakat. 

Bila bercerita mengenai islam, saya tahu saya tidak hebat untuk merekrut ayat Al Quran dalam perbicaraan saya. Saya tahu bahasa saya dalam artikel sebelum ini berbaur kasar. tapi tahukan anda ia datangnya dari mereka yang menjual beli agama, cakap pada orang miskin supaya bersyukur kerana kat palestin ada yang lebih susah, dan mereka pula memaki mercedes dan hyundai. Saya hanya gunakan kudrat yang ada untuk berbicara


Tidak perlu rasanya untuk saya berbicara mengenai hal dalam selimut berkaitan saya dan Allah s.w.t. tidak perlu rasanya saya bercerita saya cukup solat lima waktu atau tak, puasa sentiasa penuh atau ada yang tertinggal, tak perlu meletakkan 'haji' dinama saya sekiranya saya sudah pergi ke tanah suci untuk membuat haji. Tidak perlu juga saya sentiasa melaungkan di status saya 'aku bangga aku orang islam', 'aku akui Allah itu tuhanku', kerana hanya Dia saja tahu apa yang saya kerjakan. dan inilah yang dikatakan lebih baik berdiam dari banyak berkata, kerana takut dalam kata2 kita itu kita menjadi bongkak pada pandangan orang lain. Tidakkah ia sangat islamik dimana Islam mengajar kita supaya merendah diri dan bercakap sesuatu yang menyenangkan?( Surah Luqman)


Dan apabila saya menyuarakan mengenai ekonomi yang menekan orang miskin akibat orang kaya yang ingin menambahkan kekayaanya, tidakkah ia menyenangkan orang miskin apabila mengetahui ada jjua yang masih memberi perhatian kepada mereka? tidakkah ini jua satu yang dituntut dalam islam?. END.


P/s : You know well of love in islam, solah, fasting and else, 
        I have something regarding economic that can be shared and help poor
        It show no different. Does it at the point of islam, both is islamic too?


Sekian
AnakMudaDiary @ P.M.A.C


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...