i serve nuff nang
Tuesday, August 9, 2011
Jawapan Mengenai keadilan dalam Pembahagian Harta Pusaka Mengikut Islam
Assalamualaikum w.b.t
Salam ramadhan bagi hari yang ke sepuluh. Ini tulisan saya yang ke 112. Insyaallah saya akan terus menulis dan menulis hingga ww.blogger.com nie menjadi siamang punya website yang dah lupus, sehingga tangan ini menjadi bebal tak mampu menulis, sehingga akal ini berhenti berfungsi, sehingga juga hentinya aliran darah dalam badan yang akan mematikan setiap anggota tubuh dan sosok ini.
Harta Faraid, atau pun pembahagian harta menurut Islam @ Harta pusaka. Iaitu harta yang ditinggalkan oleh si Mati kepada warisnya. Biasa kita dengar isu ni menjelang ramadhan, again, saya juga sebelum ini berfikir mana keadilannya apabila perempuan hanya mendapat 1/3 dari harta pusaka dan lelaki mendapat 2/3 dari harta tersebut. Bagi saya, islam datang dengan pemahaman, sebab itu diturunkan ayat yang berperingkat ke atas muka bumi ini. Dan ia meliputi semua, tulisan harta faraid ini penting kerana ia melibatkan perhubungan kita sesama manusia, apabila sesama manusia, pentinglah untuk kita memahami akan logik dan hikmah disebalik apa yang syariah tetapkan
Antara yang biasa rakan islam dan bukan islam tertanya mengenai pembahagian ini adalah
1.Itu islam adil ke apabila selalu bagi lelaki lebih, sampai harta pusaka si mati pon si lelaki dapat lebih.?
Itu tak adil meh, perempuan jugak perlu duit nak berbelanja. kan kan?
Aku pun pernah termati akal bila orang tanya macam tu. Tapi hari ini, aku bersyukur, sebab ada ustad kat surau tadi tell the logic behind this harta pusaka dan pembahagiannya untuk menjawab persoalan macam tadi.
Seperti yang kita tahu, dalam islam, lelaki perlu dijadikan role model dalam institusi kekeluargaan. Sebagai pemimpin, wajib si lelaki memenuhi keperluan keluarganya, wajib si lelaki memberi nafkah kepada isterinya. Peranan seorang lelaki dalam islam amat besar. Tapi islam juga amat meninggikan martabat wanita apabila diturunkan surah An nisa'.(Surah perempuan). and there no such thing as surah lelaki kan?
Berbalik kepada isu lelaki menurut islam, sememangnya tanggungjawab mereka besar, sebelum isteri bersedia keluarkan duit untuk menyara keluarganya, si lelaki wajib terlebih dahulu mengeluarkan duitnya untuk menjaga kebajikan institusi kekeluargannya. Peranan lelaki sebagai pelindung(fizikal yang umumnya lebih kuat berbanding wanita), kemampuan akalnya( 9 akal yang creative), dan 1 nafsunya( lebih kepada syahwat) yang mana lelaki ni tak pentingkan barang barang yang mahal sangat bila mereka ada duit lebih, yang penting isteri mereka cun dan pandai menjaga dan menerima lelaki itu dalam apa jua keadaan sekali pun. Tak percaya, tanya your bf, mereka ada hobi perabis duit pada hanya 1 perkara, kalau suka kereta, hanya kereta, kalau teknnologi, dia akan tumpu pada teknologi dan tak kisah barang2 atau baju dan seluar dari renoma dan ralph lauren. Ini bezanya dengan kehendak wanita yang pelbagai keperluannya. Ini fikrah, namun xdinafikan ada juga yang tidak seperti saya nyatakan di atas, namun, ini hakikat bagi sejumlah lelaki dan perempuan. tak percaya? ask your guys and gurlz :)
Apabila diberi lelaki 2/3 dari harta pusaka(lebih banyak dari wanita, harta yang diperoleh lelaki tersebut menjadikanya wajib untuk digunakan bagi menanggun keperluan kekeluargaannya. Memberi makanan, membeli pakaian, pampers, dompet dan sediakan tempat tinggal yang selesa untuk keluarga. Balik kepada perempuan yang mendapat 1/3 itu, 1/3 adalah hak mutlak untuk mereka. Suami tidak boleh ambil tanpa kebenaran isteri, tetapi bagi si lelaki wajib memberi nafkah pada si isteri.
Can you see? Wanita mendapat mutlak yang mana 1/3 boleh dibelanjakan untuk dirinya sahaja kalau dia rasa patut, bagi bahagian 2/3 lelaki, lelaki itu wajib untuk menggunakannya untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Role Model dalam institusi kekeluargaan. Sebab itu, kadang anugerah lelaki ialah rasa ego yang ingin membawa isteri hidup berasingan dari keluarga untuk berdikari dengan niat dia mampu menjaga kebajikan keluarganya nanti.
Nampakkan? how fair islam does, then u may wonder, there some men tend to feel that the asset of arwah belongs to him as totaled, ooppss,, its now mistake made by that mens. not whats been teach by Islam using al Quran and As sunnah. :)
Dalam Ringkas, pembahagian ini diberi lebih kepada lelaki atas dasar tanggungjawab lelaki tersebut dalam sesebuah institusi kekeluarggaan. Jika lelaki itu tak mampu menguruskan dan mentadbir institusi itu dengan baik, ranap lah, pembahagian harta pusaka yang diajar dalam Islam pon akan nampak berat sebelah dan cipta perserpsi, so, be a nice son, nice husband and understandble slavery to Allah comands.
p/s ; Antara ilmu yang pertama sekali akan hilang apabila menjelang qiamat adalah ilmu pembahagian harta pusaka(Hadith). Saya berharap, perkongsian ini akan menambah minat kita dalam mempelajarinya supaya mudah urusan kita bertemu Allah tanpa sebarang hutang dengan waris dan manusia lain sebelum mati nanti :)
Sekian
AnakMudaDiay @ Ahmad Shazwan Aziz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment