i serve nuff nang
Sunday, August 7, 2011
Bani Islam Yang Karam
Assalamualaikum w.b.t
Helo2, sebagai pembuka, aku just nak ajak readers ingat kembali dah 7hari kita berpuasa nie. Apa lu olang dapat?Setakat dapat tau orang islam yang berbuka puasa kat gereja punya kes je ke?? Setakat menahan lapar dan dahaga untuk kurus dan hensem/cun je ke? Setakat berterawikh sebab time nie ramai orang g surau je ke? Setakat duk kat umah, goyang kaki, siang tidur malam g lepak je ke, tak pun, lu orang dapat rasa dah keperitan si miskin? tak pun lu olang dapat rasa dah yang puasa nie sebenarnya buat lu orang di taraf yang sangat rendah bersama sifakir sebab lu olang ada duit banyak pun tak leh makan banyak waktu siang? unless, lu olang nie tak kisah, time bazar ramadhan lu orang bedal je ape2 pelut lu olang kepingin?
Oh pada orang2 di bazar ramadhan, bulan nie memang bulan rezeki, tapi kenapa harga mahal nak mampos? dulu kuih Rm1 = 3, sekarang Rm2 = 5
Dulu Air tebu rm 2.50
Sekarang Rm. 3.50, pa cita nie? puasa nie takat lu olang peniaga tahan lapar then curi duit pembeli ke? bukan puasa nie ajar untuk tahan nafsu ke, bila lu puasa patut lu tau lanafsu ni bukan nafsu makan je, tapi lagi besar, islam nie suatu keimanan yang melengkapi segala, bila kata bersolat, bukan bertunggeng aje, ada hikmah lain, bila puasa, bukan tahan lapar je, tapi ada banyak lagi perlu ditahan dan diinsafkan. Karam.
Karam islam semua akibat kuasa daulah. Apa itu daulah? daulah ni macam daulat, sesuatu yang diadakan untuk menakutkan rakyat kepada suatu 'kuasa @ pengaruh'. Dulu zaman sultan guna daulat, jadi rakyat pun akan menyujud sultan membuta dan percaya sultan nie bagi tempat tidur. Walhal, sultan nie jugak yang kutip cukai, beza ngan british, british datang pakai tie, sultan kutip cukai dengan baju bewarna kuning. Napa tak da orang nak cakap tanah nie tanah tuhan?
Daulah. suatu yang memaksa untuk kau menerima suatu perkara sama da benar atau tak. kau tak berkesempatan untuk fikir rasional, kau tak diberi peluang untuk memahami, tapi kena dan wajib terima. Samalah macam orang yahudi sangat suka tengok orang islam hafaz Al Quran, menang peringkat Tilawah, tapi sebenarnya orang islam tengah karam, macam kapal titanic, tak da orang sedar kapal tue tengah karam, sebab yakin yang kapal tu boleh bertahan sebab ikut spesifikasi dan standard. Nak cari orang yang hafal alQuran tue ramailah, tapi berapa ramai yang faham isi kandungan dia? berapa ramai yang ambik pot pasal surah cerita pasal orang menipu dalam timbangan? berapa ramai ambil kisah yang duit kita ada nie sebahagiannya adalah hak milik orang miskin? yang tau, bayar zakat sebab takut berdosa. Tapi tak ambik pot duit zakat kat pusat zakat ni da salur betul ke tak. Again, Karam.
Daulah bukan suatu konsep baru, nie konsep lama yang diperkenalkan. konon nak sediakan panduan. Actually memaksa orang. Kau tak faham kau solat kenapa, kau tak tahu apa kau tahankan lapar siang dan malam, sebab daulah nie just cakap umat islam wajib puasa dan bersolat, tak bagi tau kenapa, kuasa daulah ini hanya cerita halal dan haram. Walhal, islam nie bukan pasal halal dan haram je, islam juga pasal politik, ekonomi dan keadilan dalam kehidupan harian.So, karam.
Daulah diperkenalkan jambantan jambantan yang konon sangat arif pasal islam. At last, mufti tak sepakat ngan majlis fatwa. Nampak? sebab masing masing nak tunjuk kuasa daulah masing2, masing nak rasa dia je betul dan orang kat bawah nie selalu salah sebab bodoh. Ada kata poco2 haram, ada kata babrican haram, ada jugak kata 2 2 tu halal. Ada kata pakai tshirt tak sesuai, pakai baju melayu bagus, tapi tau tak diorang yang baju melayu ada kolar tu, pengaruh kolar tu datang dari kolar baju santa claus waktu british datang jajah? Yang huruf a,b,c, bla bla nie pon asalannya bukan huruf orang islam pon. Tapi lu orang guna jugak, tak berani nak cakap haram? atau lu orang nie just cakap ikut sedap hati tak pun ikut cakap pendaulah yang melantik lu orang jadi majlis fatwa dan mufti? Lu orang apasal tak cakap kat bank islam tu haram ada riba', cuma dah tukar nama je. Yang ditekannya orang islam jugak. Again. Karam.
Lu daulah punya orang banyak suka tangkap anak anak muda tengah berpacaran tepi pantai dalam hutan dalam kereta. Apsal lu tak pergi hotel 5 bintang pergi tangkap dato' entot2? Dato' nie bukan mulia tak bernafsu pon, tak tangkap boss boss besar yang main dengan china doll? Padahal, lu orang gak cakap, pemimpin mempengaruhi perwatakan rakyat. Apsal lu orang nie? aku tak faham. Lu orang suka tangkap orang berdating, tapi lu orang pernah usahakan tak untuk mansuhkan undang2 kahwin yang mengarut nie? Lu pernah bagi fatwa tak pasal ibu bapa tak payah letak hantaran tinggi2, tak perlu majlis besar2 yang wajib, supaya mudah anakmuda nak berkahwin? Untuk kurangkan aktiviti zina yang tak sihat nie? Lu orang marah orang kahwen kat sempadan, kenapa lu orang nie tak pertahankan kahwin nie cukup syarat islam, sah, dan perlu kita sokong? ni lu pergi cakap kahwen kat sempada tak sah, sebab tak ikut undang mesia? aik, nie nak kahwen nie ikut undang2 malaysia ke undang2 islam nie? Lu orang nak tau, lu orang punya kerja nie lah buat orang susah nak kahwen, lu orang tak buat kerja nie lah pasalnya orang asek nak check in hotel tanpa nikah, lu orang nya pasal lah, orang2 miskin nie terpaksa pergi kat sempadan untuk bernikah. Benda kahwen boleh buat free, nape nak tax itu ini, pastu lu wujudkan daulah konon nya duit nie sebagai tanda ' pengorbanan mempelai pengantin', de pak? Again. Lu daulah buat islam KARAm.
Meleis islam ada satu sindrom. Sindrom nya mereka sangat suka akan kisah2 peribadi orang lain. Peribadi yang patut jadi hal antara orang tu dengan Allah dia nak sibuk. Sindrom yang dia rasa, dia sorang betul. Sindrom yang rasa, bila dah belajar tinggi sampai Al Azhar, balik malaysia boleh paksa itu ini. Suka2 nak jatuhkan hukum haram dan tak hormat rumah ibadat orang lain. Kau marah bila orang christian buat christianisasi, kenapa kau susah sangat nak buat proses islamisasi? Orang christian nak tolong orang yang susah pon lu orang bising, tapi lu orang tak pernah bising kat pengetua bank islam? presiden jais, mais, jakim? luorang tak pernah nak suruh menteri2 beragama islam nie guna duit duit dan harta belambak diorang ada untuk tolong orang islam yang susah ke? 'Orang islam tak mintak tolong tak dapat dikesan'? then u should tell me kenapa lah agaknya orang christian pulak boleh kesan orang yang perlukan bantuan nie?
Nape lu orang tak pernah tegur si berbaju kuning supaya infakkan emas2 yang dia ada berlambak, kereta banyak dalam garage tu pergi jual untuk tolong orang miskin dan fakir? duhh, sebab dia kaya, dia presiden islam semalaysia, dia boleh kumpul kekayaan ikut suka dia lah? Lu orang sebuk nak salahkan orang christian buat christianisasi, tapi lu orang pernah fikir nak buat islamisasi? ini pun akibat sindrom yang lu orang cipta, bagitau orang islam tak sesuai politik dan ekonomi, lu bagi tau tempat orang islam hanya kat masjid, lu bagitau orangislam kerja dia kejar akhirat dengan bersolat dan puasa then pergi haji, tapi lu tak cakap pulak keadilan kebajikan yang banyak dicerita dalam islam, gua tak faham, lu orang boleh suka2 gunakan ayat Al Quran dan tafsirkan sampai buat islam nie nampak sempit, Please, sindrom macam nie buat orang islam karam.
Tolonglah, aku orang muda, tolong jangan nak sekat aku dengan fatwa2 yang buat orang islam nie makin karam. Kau boleh tuliskan karangan khutbah untuk khatib baca, kenapa kau tak bagi kebebasan kat khatib tu berbicara atas suatu tajuk, ikut pemahaman mereka? Kau suruh khatib cerita pasal hramnya bersih dan orang berdemo, kenapa tak tulis haramnya orang menipu dalam tinmbangan, haramnya orang jual teh o ais Rm1.80 tapi guna pewarna macam kodial je?
Labon2 lu cerita pasal negara islam suatu yang bagus, negara kita dipenuhi umat islam negara yang diberkati. Tapi kat sungai gombak tu lu bleh cakap kita diberkati ke? aT list sungai kat Canada di tengah bandar air dia jernih boleh buat ambik air wudhu' dan minum lagi, kerbesihan tu kan ajaran Islam, tapi lu orang tak pernah berani nak sound2 company company yang buat buang sisa semua nie, yang lu orang bengang bila jumpe seluar dalam dan bra saja, don't u see anything else huh?
Lastly. Paranoid Android. Android adalah sejenis robot yang ikut cakap tuan. Paranoid ni suatu sikap yang kau pandang orang lain secara negatif, orang tu tak sebulu kau pandang negatif dan kau arahkan dia ikut cakap kau. Tolong rakyat, jangan ingat kami ini paranoid android lah. Kamu semua orang kaya dan berduit senang cakap lah pada orang miskin suruh bersabar dan bersyukur, at last lu orang naik merce bmw kopiah pon yang beratus punya, belum cerita jubah.
P/s :Yang orang miskin nie lu cakap tak berusaha, lu cakap akibat kesalahan dan Allah tengah menghukum, don't he/her deserve a chance?
Sekian
AnakMudaDiary @ Ahmad Shazwan Abdul Aziz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment