i serve nuff nang

Friday, July 29, 2011

Conference Orang Islam kaya yang nak fikirkan harta mereka jadi halal je, wth?!





Assalamualaikum w.b.t


Ferh, lame gua tak tulis pasal ehwal ekonomi kat sini. Lame dah gua tak tempelak orang melayu dan islam dalam blog nie. Lame gila  gua fikir ape lagi gua boleh tempelak orang melayu dan islam sekarang. Anyway, ade orang tanya, kenapa gua suke cakap melayu nie kuat perkauman, tak mau hentam itu cina sama india yang buat adverttise ment kerja nak orang melayu dan india je? jawapan gua mudah, depa tue minoriti, kita nie majoriti, kita majoriti, kita start dulu, tunjukkan contoh yang baik la, bagi peluang orang cina dan india kenal melayu dan islam, bagi mereka faham yang kita nie sama marhein nya dan boleh guna tabula rasa yang sama.kan?

Back to topic, aku hari rabu hari tu hadiri satu seminar yang dipanggil 
'World Conference on Riba Free Economy (RIFCON). Pergi sebab boss kesayangan gua suruh dan aku memang minat nak tau mengenai kewangan islam, sejauh mana magiknya kewangan islam ni akan rapatkan jurang orang miskin dan kaya. Anyway, maybe aku silap tempat, diorang tak kisah taik nak cite pasal orang miskin yang makin ramai. Yang diorang tahu dinar and dirham.


Ade sheikh imran mohsein, ada orang besar, ada dari pelbagai negara islam dan negara bukan islam. 
Raffly, mereka nie bercerita komen mengenai sistem duit kertas nie. 
Aku kongsi dulu lah resolusi aku untuk conference nie :-
1. Bank Islam Malaysia Are totally shit using 'ISLAM'
2. Sistem yang dikatan islamik nie masih belum ada dan wujud
3. Duit kertas memang suatu yang tak boleh pakai, macam entry aku before nie, duit kertas nie duit persepsi, nilai persepsi diletakkan atas sehelai kertas, dari persepsi mewujudkan nilai ke atas nya, macam kau tengok kucing, tapi orang sekeliling sume cakap itu tikus atau anjing, dan kau akan ikut sama.
4. Perlaburan kepada sesuatu yang kita tak tau kemana duit akan dilaburkan adalah tak boleh sebab ada keraguan.
5. Perlaburan ni tak mengkayakan kau pon, sebab kau sebenarnya bagi duit pada entiti tu, ko bagi kekayaan kat entiti tue sebenarnya,.
6. Dalam Islam, konsep yang sebenar adalah perlaburan dan simpanan, konsep pinjaman nie belum tentu betul sebab tu kita tak digalak meminta hutang.
7. Seminar nie seminar orang kaya, mereka tak bagi kisah untuk orang miskin


Aku akan eleborate point 7.
Yap, seminar nie pasal orang kaya. Mereka melabon pasal duit nie akan jatuh nie sebab percetakkannya sekarang tengah berleluasa secara tak terkawal. Jadi, mereka kene fikir cara macam mana nak kekal kan kekayaan kesenangan mereka sekarang bila zaman gunakan dinar dan dirham balik. Diorang yang islam ni sebok melabon kebagusan guna dirham itu dan ini. Aku tak nafikan memang bagus. Tapi bila guna dinar dan dirham nie, rasanya akan terjamin terus masa depan orang miskin? Kalau pemerintah Malaysia sekarang guna dirham dan dinar, rasanya terubat ke masalah kebocoran dan pembaziran? 


Diorang nie tak pernah kisah ada orang miskin yang tidur tepi jalan siang malam kat malaysia nie. Walahal pusat zakat catat untung kat akaun dia. Jabatan kebajikan? i bet it will be the same! Mana institusi yang cakap kehebatan islam nie? Institusi nie patutnya yang jaga kebajikan hari nie mula dah berkira2 nak buat untung? wa de pak?
Tue la bagi aku, sebenarnya sistem tak silap, silap sistem adalah melahirkan golongan yang gila nak memonopoli sesuatu barangan atau industri. Orang yang lahir dari sistem nie ade pernah kesah ke golongan miskin makin ramai nie?


So, pandangan aku, before talk about nak tukar sistem dari duit kertas ke dinar dan dirham, please be amend dulu lah, ganti dulu orang dalam sistem nie dengan orang yang lebih cool dan hot dude and chick.  Orang orang yang memonopoli kekayaan nie patut nya rasa macam mana susah kehidupan orang miskin. Aku sangat sokong kata pak samad, masalah kita di malaysia ni bukannya diperintah melayu atau islam, masalahnya sebenar ialah kita diperintah bangsawan, bangsawan yang tak sedar diri gunakan rakyat yang marhein nie kayakan diri sendiri


Bagi aku, jumpa yahudi?christian?islam?hindu?budha? ular? ketuk kepala orang kaya dulu!



Sekian
AnakMudaDiary @ P.M.A.C

Friday, July 15, 2011

::Apa Yang Dipelajari dari bersih 2.0 ::


Assalamualaikum

Yah, aku dah hampir sihat sepenuhnya kini, Kembali menulis di sini. Tulisan kali ini aku dah lama nak tulis tapi tak berkesempatan dan tak da idea. Mengenai ise sekitar tragedi bersih 2.0 709 dan menjawab persoalan persoalan si bahalol mengenai Ambiga dan jasa kepada negara. Anyway, fist thing is, aku pergi berdemo, aku jalan sebelah ambiga, aku hayati sosok nie, tapi aku tak masuk kapir pon, aku tak da rasa nak pergi kristian pon, instead, aku naik menyampah dengan perangai orang yang bajet kuat solat, yang bajet bercerita dia je bagus, at alst, dia lah yang rembat sana sini, at last dia gak yang pergi ngentot ngentot dengan dolly kat hotel mahal supaya Jabatan Agama tak leh serbu. Fak U

Pertamanya, aku dapat lihat how Melayu India dan Cina bergerak bersama. Ini suatu yang pasti, dalam ramai ramai tue, aku lebih suka menghayati dari bersorak semangat. Kau tengok sekeliling, bukan cari abang badan tegap muka bajet bengeis, tapi tak pakai baju polis, tapi aku dapat rasakan susahnya waktu itu aku nak bezakan antara cina india dan melayu. Semua duk sekali, semua laungkan Allahuakbar, semua laungkan bersih, semua laungkan 'semangat rakyat'. Macam player dari kelab beza2, macam player dari man.u + Arsenal + chelsea sendiri yang kutuk JOhn Terry sebab berlaku curang kat wife dia. Kau pernah tengok tak keadaan mana, cina india melayu pegang tangan sama2? ini bukan projek dapat duit pon, ini bukan untuk iklan komersial dalam TV konon cerita perpaduan, tapi pegang tangan sama2 tue tanda kesatuan hati menuntut hak rakyat, hak yang sama. Anyway, its my lucky, nampak sorang brother india, gemuk dan sasa, tapi pegang bahu sorang sosok tua melayu dihadapannya, dan sama2 laungkan 'Allahuakabar', then aku start senyum sendiri.


Perlu  clear la, Bersih 2.0 ni tuntutan dia bukan nak menjatuhkan kerajaan barisan nasional lah. Bersih nie sikit pon tak da sebut kes rasuah kerajaan, tak da sebut kat atas baju kes billion duit hilang, Bersih 2.0 nie meminta SPR supaya lebih telus. Kau paham tak? Sepatutnya keraajaan nie rasakan mereka ini adalah orang gaji rakyat, supaya mereka takut untuk pegang amanah, supaya mereka ada rasa, setiap kali pilihanraya tak semestinya mereka menang, nie da konfirm menang, memang akan buat rembatan berterusan lah meh. Sepatutnya rakjat je boleh persoal apa kerajaan dah buat untuk diorang, now kerajaan dah berani persoal balik, apa rakyat dah bagi sumbangan pada negara? ini gila, sangat gila. Kerajaan bukan dimiliki Najib RAzak macam Chelsea dibeli Roman Abramovich la, korang semua MP dilantik dari undi, dan korang nak buat apape perlu kelulusan kami, kalau nak bg ic kat mamak mapley yang mentekedarah tu perlu kelukusan kami, nak buat stadium runtuh kene ada kelulusan kami, nak buat lynas radioaktif perlu ada cop Sirim 'diluluskan rakyat', nak buat Jambantan 1 Malaysia pon kene kelulusan kami, ini negara bukan lu olang punya weh.

For those yang benci gila kat bersih demonstran nie,
1. Ekonomi malaysia tak menarik pelabur la kalau buat demo jangka huru hara
Hey man, please, tak tau ekonomi jangan cuba nak buat cipta fitnah ekonomi. Aper citer index saham mencatat kenaikan postitive pada 8 Julai sebelum hari perhimpunan 9 Julai? Ke tak tau menda nih? weh nie pemikiran orang ekonomilah, mereka lebih tahu macam mana pelaburan kat Malaysia sebelum nie adalah berbahaya sebab banyak projek2 yang runtuh dan bocor fizikalnya. Belum cerita kebocoran duit, kos yang melambung. Bila kos melambung, nie akan membuatkan pulangan yang dinantikan pelabur nie rendah. Dengan reform yang diminta demostran nie, pelabur akan menjangkakan ekonomi yang lebih telus akan dilaksanakan dalam sektor kewangan di Malaysia termasuk sektor perlancongan semua. Bila telus, tau tuan director syarikat tak boleh guna duit syarikat sesuka hati, dah tau pinjaman 6 billion patut boleh jana untung lebih dari 1 billion, tak macam kat felda, pinjam duit rakyat(KWSP) 6 billion, report profit hanya 1 billion, wadapak?


2. Bersyukur lah dengan keamanan yang dikecapi. tak payah buat huru hara
One thing la aku nak tanya, ko join demo tue tak? ko tengook tak siapa yang mencetuskan huru hara? Hishamudin hussein pon kata nak keluar video tunjuk bukan polis mulakan keganasan, now tak publish apapa video pon kan? ko tengok berlambak video kat youtube yang lebih berkualiti dari video sex anwar ibrahim, bukti terang jelas dan nyata lah.


3. hantar memorandum buat apa nak ramai2?
Tue 1 je, nak tunjukkan sokongan rakyat. Pastu korang pon persoalkan, kenapa tak serah waktu perwakilan bersih jumpa YDP Agong? Let me ask you back, kenapa YDP Agong tak mintak terus kat perwakilan bersih waktu tu mengenai memorandum nie? Takkan Agong tak tau nak hantar memorandum nie? takkan Agong takut dengan perwakilan bersih 2.0?

4. Demo adalah jalan yang salah, gunalah jalan bertul kat parlimen ke hape
Woit, ko tau sistem Negara Malaysia macam mana? Speaker dewan kerajaan lantik, spr kerajaan lantik, hakim kerajaan lantik, polis kerajaan lantik. tau apa maksudnya? mereka ni kerja makan gaji dengan kerajaan lah weh! Bawak ke parlimen pon jumpe orang kerajaan jugak. Macam kes Palestin boleh bawa kes ke PBB sebagai badan bebas jaga keamanan dunia kononnya, tapi tau tak siapa bayar gaji PBB nie? siapa yang tentukan kelayakan masuk menganggotai PBB? Seems, kalau Palestin buat report, tak gunalah. Samalah macam kes nie.


5. Ini perhimpuanan nak lagakan orang melayu dan islam
Lalu berderaulah darah si tukang silat mengasah parang untuk turun padang. Kata seorang mahagurus, dia tak mampu kawal emosi anak muridnya. Shit, kalau tak leh kawal anak murid, sesuai layak ke kau jadi mahaguru lame arse? Better ko letak jawatan lah bagi orang lain pegang, Macam felipe scolari tinggalkan Chelsea sebab dia tak bleh kawal orang macam Drogba@DOGba. Barking around. At last, entah mana mahaguru dan anakmuridnya turun? orang cina and india still banyak lagi turun, siap peluk sama2 dengan orang melayu marhein. Maybe guna ilmu halimunan yang orang tak nampak sebenarnya ada 15,000 ahli silat waktu perhimpunan haritu.

Lastly, perhimpunan nie sebenarnya mengenai rakyat marhein. Mengenai golongan yang dah muak dengan perangai orang kaya yang cuba tanam cita cita kat orang Miskin supaya kerja rajin dapat duit banyak boleh beli barang GUCCi, PRADA dan Ralph Lauren. sedangkan orang miskin tue berusaha sekuat mana pon tak mampu jugak nak dapatkan barangbarang berjenama hi- Class kononnya nie. Nie sebab golongan bangsawan yang perintah kat atas dah terlalu selesa sampai ada rasa 'Pilihanraya depan confirm kita menang' 
Itu yang buat golongan bangsawan nie mentadbir macma bapak dia punya harta. Nie lah masalah sebenarnya. Masalahnya bukan orang cina atau melayu yang memerintah tanah melayu nie. Kuasa politik kata orang milik melayu. Tapi kenapa what the ball in this world, orang melayu jugak paling mundur dalam Malaysia nie? yang ada selalu disebut pon Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary je? dah la kaya, dapat projek banyak pulak. Memang dia soranglah kaya. Nie bukan sebab Melayu malas, tak rebut peluang, tapi melayu dah duduk sangat senang dalam ayat 'tolong melayu', 'ketuanan melayu', Dan diapikan kononnya cina nie nak merembat semua harta yang ada. Ko tengok bila orang Bangsawan melayu nie jadi PM, sape kaya? b4 dia turun, tengok anak2 diaorang camna sorang2 ada company masing2, kalau company kecik takpe, nie yang besar beasr macam CIMB, ade company anak nak bungkus pun boleh dapat projek.

Kita nie dah dimanipulasi sistem lah bai. Kau ingat kalau ada undang undang pemain skuasy negara kenalah orang melayu menjadi wakil, player badminton kene ambil melayu, ko rasa malaysia akan ada terus peluang macam sekarang tak dapat gelaran no. 1 dunia? Nak pilih nie ikut performance lah bai, dan inilah contoh sekular, bangsawan memerintah malaysia sekarang takut sekular sebab ini, sebab mereka tahu, kalau tak rakyat jadi sekular, habislah parti2 berteraskan kaum nie!.

P/s :When Malaysia want to stop their paranoid chicken head ambitious minded?

Sekian
Panglima Muda Ahmad Chin

                       

Monday, July 11, 2011

Catatan Bersih 2.0(Stuck in the Tunnel) : Diselamat si warga iran. (part 2)

The rally were goes on, people are been faktub, we has been lied, especially me, i dont expected they are shooting in the tunnel and let us trap inside that hell tunnel. This time i continue run, after suffered, and after i see a pakcik@brother has been kick at his stomach as he dont have any kudrat anymore and merangkak. Yap, we have been chased, macam pergi sekolah, masuk padang tempat anjing tido, and been chased, have u ever feel that? but this time it is even worse, we are breathless, even Pak Samad cool mention

" Compare to PPSMI, this time smoke they use are even SUGARY"

Continue from first part
Aku paut pada dinding, disebalik gelap itu, aku terdengar jeritan sayup orang meminta pertolongan. Ada yang meratap
Ya Allah Pedihnya
Ya Allah Selamatkan lah kami
Tiada yang mampu untuk berjalan, kerana ketika itu, group aku adalah yang dihadapan, yang paling teruk merenangi aroma amonia belerang itu. Tengik dan busuk, makan salutan mata, it is worse,  for sure. 
How s about her?nurul hana? then my mom just cross my mind, 
'mom, please pray for your son.', 


i know we are in debt of oxygen, no advance of oxygen. We have to pay for oxygen, the payment is by taking a deep breath but take also the pieces arome of amonia.a toxic. Our bodies were burn faster, we are loosing earlier coz take  the risk of that emergence gasp. I know i shouldn't breath anymore. It was Inhumane. Believe me.- Panglima muda Ahmad Chin @ AnakMudaDiary.


Apabila aku lihat keaadaan reda, aku rasakan, asap amonia dan belerang itu sudah bersebati, kesannya masih ada, dan ianya tidak menjadi semakin teruk kerana, aku memang sudah teruk dan merasakan malaikat maut sedang bermain di ibu jari kaki. Kalau aku terlelap, aku pasti, pengsan/mati. So, nak tak nak, gagahkan mata, buka buka buka dan terus buka. Sangat teruk, aku dah tak mampu berdiri, ini kali pertama hiduan asap ini menusuk, aku rebah dalam merangkak. Nurul Hana dan Wan Azizah hilang di pandangan, bedebah! i can't stare at you anymore hanah. At that time, aku telah dipaut dan dibawa ke sebelah, kawasan private construction.


Aku mula segar tapi perit mata masih terasa, hiduan oksigen seakan nikmat yang sangat besar buat aku, Aku mengikut mamat ini, 'Come, 'follow me', aku tak tau macam mana dia boleh bawak aku, dia mata tengah merah lagi. Sampai ke surau mini, ada paip, bersyukur, pergghhhhh, aku happy gila kot, aku mendekati paip,


'Hey bro, dont use that, come over me, u got a light?
Dia bawak keluar tissue dan bakar, dia halakan asap itu kemuka dia, yah, he is getting better, nie teknik magik marang kerapu mana dibikin nie, aku takut untuk mencuba entah tissue ilmu hitam kot, tapi aku tak pedulik, aku tak tahan, aku terus hidu asap tisu terbakar tu, halakan ke arah mata aku, yah, seriusly, aku rasa macam nikmat mata baru aku dapat, dada aku bertambah baik. Macam popeye baru dapat spinach. Macam rakyat dijanji dengan projek itu ini untuk mengundi sesebuah parti, segar dan aku rasa tenaga kembali. 
'Hey bro, come here, have a picture with me', aku cakap
'okay,'dia balas
'How u know all this technic
Dia bagi tau,
"i'm used to it while we were in iran. We have family and a girl whose been raped by the police. We have brothers who been beaten by policeman. We are used to demo!

Dia bagi tips lagi, waktu berdemo, jika berdekatan dengan paip air jangan guna air paip berdekatan, its maybe been asid or poison, sebab bomba pon guna air dari paip itu jugak untuk buat water canon yang dikatakan berasid.

'Thx bro', aku hadiahkan dia sebatang rokok dunhill, sebab dia mintak.


We are moving, dan aku nampak banyak lagi demonstran yang diselamatkan warga construction. Pekerja bangla yang aku tak pasti ada permit ke tak bawa demonstran kat dalam kawasan construction supaya dapat hirup angin. Damn! i miss her! dia selamat tak? dia kene tangkap polis ke? 
SUCKthenly, got a news, anwar ibrahim and whole family been caught@arrested. Pak Samad yang cool hilang, aku teringin lihat dia berpuisi di dalam tunnel, puisi unggun api dan ludah warna, membakar jiwa, jiwa anakmuda. Aku pasti!!!


Aku tak bertanya nama warga iran itu, aku terlupa. Maafkan aku, aku hanya ada sekeping gambar ini dengan dia sebagai bukti cerita ini. Ini bukan cerita rekaan. Ramai tidak percaya, bila aku pulang, aku bercerita tanpa emosi, jadi ramai sangka ianya tipu. Tapi inilah kenyataan, aku senyap dan tidak banyak berkata, sekarang hidung aku pun rasa terkesan dengan asap tu. Aku rasa pedih. Anda takkan mempercayainya, selagi anda tak bersama, jika anda benci bersih sekalipon, tapi rasailah penderitaan jiwa demonstran. Stuck In the Tunnel. Itu tajuk yang terbaik aku boleh bagi. Aku rasai, aku hayati, aku dengar, tanyalah batu batu itu jika mereka boleh berkata2, tanyalah jalan tar, andai dia mampu bangun, pasti jalan tar tue menutupi pandangan si pemegang pistol. Tanyalah bilik yang sempit, pasti ia akan perluas sendiri jika ia hidup dan simpati akan golongan demonstran ketika itu. 


-The End-
 

p/s : Keseraman, kengerian, kesusahan, penderitaan inilah kehidupan si miskin diperintah bangsawan - Bong Samad Said


Sekian
AnakMudaDiary @ P.m.A.c

Sunday, July 10, 2011

Catatan Bersih2.0 : TerowongTunggu Bas KL Sentral

Assalamualaikum.
Ini adalah kesh aku, kesah aku anakmuda yang dapat ilham pada pukul 1230 ptg untuk turun bersama rakyat marhein. Aku ada jemputan dari rakan seperti ejam, rakan ofis dan Che'Gu Bard untuk turunm tapi aku tak ikut sebab aku malas nk turun awal pagi.

Perjalan aku mula dengan parking kereta dekat taman melati. Sebab aku tau kereta kesayangan aku  dah mati tarikh roadtax dia. Kesian, aku pon lesen belum renew, anyway aku tak lah minat nak drive kat dalam kawasan kuala lumpur yang jem tuh. Melepak lepak di rumah dan kawan adalah keputusan yang paling cool setakat ni. 1230 aku gerak, aku dress up pakaian ofis, kemeja dan seluar hitam berkasut putih dengn beg yang ada dokumen, naik ke stesen LRT, aku ditahan oleh polis janggut, polis janggut tengok ic kot kot ic aku adalah ic tiruan dan bila ditanya aku jawab nak pergi ofis di Sri Rampai.

Masjid Jamek? 'Tutup'
Pasar Seni? 'Tutup'
 Find, aku turun ke KL Sentral.

Dalam train tu, tiada orang berlagak macam penyokong kumpulan bersih. Semua pak cik dan makcik yang bawak keluarga nak bershoping kot, ada juga liputan TV8, aku buat tak endah,tujuan aku nak melihat dengan mata kepala sendiri dari dengar bullshit utama dan Romen Television Malaysia, they are bullshittig the people. Dalam train, gua tengok jalan lengang, KTM kosong,tak macam kl yang selalu dipenuhi asap kereta, Ada yang bersolat di atas jalan raya dalam hujan lebat, ada juga berbaju putih dan biru gelap yang sedang relax relax menanti ombak rakyat.Aku kecewa, aku rasa rakyat akan jadi mandul lepas 2 kali imam khutbah baca text yang bosan.Aku ingat imam dan pembaca khutbah nie marhein yang bercakap atas pengetahuan dia, tapi jadi pak turut ekonomi juga. akidahnya juga adalah duit.Lame Arse.

Tiba d Kl sentral.
Macam biasa ramai orang, mungkin ramai berteduh sebab hujan diluar. Then aku dengar laungan
'Hidup rakyat','Takbir','Bersih'. Aku bertambah stim, aku bergegas, tunggu orang turun dari Hilton Hotel, di situ, aku nampak gadis2 cool, abg2 kacak, dan mereka adalah anwar ibrahim, nurul izzah, wan azizah, Tian Chua, Lim Kit Siang,Tok guru haji hadi, Abg Mat Sabu yang cool, Mb perak Nizar Jamaludin, dan siti aishah srikandi keadilan, paling cool ialah seorang tua berjanggut panjang, sekali tengok macam mat salleh, ow, its him, Abg SamadSaid, Orang yang berumur, tapi masih cool. Aku pandang ke arah Anwar, dia perasan kehadiran ku, senyuman dan isyarat tangan dibalas,  aku pandang nizar, senyum dia juga untuk aku. Cuma anak anak anwar aku tak sempat lemparkan senyuman. Mereka lebih cool dari gadis kaya nak duit je kerja, yang nak enjoy, mereka turun berdemo bersama, ini barulah wanita, wanita yang menggerakkan dunia!

Turun rombongan YB, aku ikut sama, aku lihat, dan aku hampir menanges terharu, orang India Cina dan Melayu bersatu. Kesemua melaungkan 'Allahuakbar, hidup rakyat, bersama sama laungkan. Aku menyelit, wlaupon terpegun dengan kehadiran anwar ibrahim dan anaknya Nurul Hana, sebab dia single lagi, aku makin stim, paling buat aku stim bila, ramai pula orang di Kl sentral secara tiba2 masuk sama ke dalam kumpulan ini. Sungguh cool, Ade terdengar pula polis menjerit' turun ke bawah untuk ke jalan raya', aku ingat polis ni akan membantu kami ke jalan raya, aku tiada sangsi pada mereka. Time tue, aku tengok ada india,cina moy, gadis, macha,awek melayu semua turut serta, bukan yang bertudung labuh sahaja, malah yang seksi juga, tapi ini demo, bila kau ada didalamnya, kau takkan kesah di sebelah kau fahrin ahmad atau wardina safiyah.

Kami mula menuruni tangga, aku terdengar suara perempuan india di belakang, aku toleh, yes, thats her, mrs ambiga. a lawyer. She is not poyo. Exactly, dia tak sepoyo shahrizat jalil, dia tak perlukan bodyguard nak jaga dia, dia jalan sendiri dengan Tshirt Bersih.Dia cakap, 

'kita ikut cakap polis',
ikut laluan mereka.
Menuruni tangga,  sampai ke Terowong pendek tu,aku tak sikit pon takot, sebab orang tengah ramai, aku bertambah semangat, tapi aku lebih banyak diam, sebab aku suka memerhati gelagat orang, benarkah ada bawak parang, pistol, atau melatove cocktail macam di gembar gembur, jawapannya takda. Semua marhein, senjata hanyalah tuala dan air mineral sebotol.  Aku berjalan 4 line dari hadapan(takpasti) aku nampak srikandi keadilan, wanita Pas, gadis marhein, amoy n minachi. Nobody cares, i bet u. Tak da orang kesah itu islam ke melayu ke cina atau apa, sama sama bertepuk bahu, bila terpijak kain, sama sama memaafkan, aku tak pernah nampak dan rasa begitu, hilang rasa berlagak satu sama lain, semua cool, tak payah tajuk duit untuk jadi bahan berbual.Bilangan? Melayu memang lagi ramai, tapi cina dan india juga ada, ramai, semua banyak bawa kamera. Nak menangkap sejarah, gambar mereka dapat akan jadi bahan sejarah Malaysia satu hari nanti.

Aku ingat, anakmuda hanya tahu melaung dalam facebook cakap perhimpunan menyusahkan orang, ada juga yang marah sebab tak boleh dating pada hari sabtu ini, ada juga cakap lambat masuk kl, susah, trafik jem, yang paling bodoh ialah ada yang cakap demonstrasi ini adalah budaya barat. FAK u. Ada yang cakap tak reti bersyukur dengan keamanan yang ada, tapi bila tanya balik, diorang nie sokong tak rusuhan rkyat Libya dan mesir? semua jawab sokong, sebab demi islam. Fak u again, u do not know any, kalau jutawan arab konon islam mulia boleh beli kelab man.city waktu rakyat kesusahan tu apa?  Qatar bid untuk FIFA tue ape? Rakyat libya dibunuh tu ape? Kristian pakistan di halau tue ape? itu semua kerja orang islam yang dah memerintah kat atas tue lah. Sejarah mesir nak turunkan ehud barak dah lama la weh, tapi tiap kali pilhanraya dia menang, pa cita? Gaddafi si islam pon tak letak jawatan lagi bila rakyat dah buat rusuhan sebab dasar kuku besi kebanyakan pemimpin islam, rakyat terseksa, rakyat bangun dan bangkit tentanglah. yap, jangkaan aku meleset, ada lagi awek comel hadir masuk dari yang berisi, berair, besar kecik, semua ada, semua bawa semangat.

Sampai Dihujung Terowong, FRU sudah menanti, tak seperti jeritan awal aku dengar tadi. Di barisan 4 ini, aku dapat lihat jelas, aku kagum lihat mereka pegang pistol yang canggih itu, peluru kapur dan bom asap. Itu aku dah tahu. Yang aku tak pasti, adakah mereka akan tembak? itu tak pasti sebab aku belum pernah rasa, aku sangkakan mereka hanya akan buat blocking sahaja.
Terdengar pula suara Tian Chua,

'jerit 1,2,3 kita lari melepasi polis okay? '

dan disambut dengan laungan 'takbir'!! Dalam kesempatan tu, aku cuba lihat sesiapa ada bawa senjata, dan jangkaan aku memang xda, sebab Saudari ambiga dan para pemimpin sudah arahkan demonstran jangan bawa sebarang senjata, kita akan 'hepy dan enjoy.'aku lihat kebelakang, aku mula terfikir, kalau mereka tembak, aku akan lari kebelakang dan naik ke atas, atau terus kejalan raya ikuti jalan belakang. Tapi, aku tak pernah sangka ianya adalah satu perangkap.

Kini di penghujung terowong ,kelihatan si gagah bertopi merah memakai baju kalis peluru. Memegang pistol canggih,  menghadap, bilangannya dalam 15oarng, dan bagi aku memang sudah sedia merempuh memandang kan bilangan mereka yang sedikit, jika dipijak pasti dah tiada hayat.  Aku masih di barisan ke 4, aku nampak jelas, perwatakan ego mereka, para demonstran sudah semakin bersemangat, 'kami mahu aman' 'kami mahu bersih', ada juga mat mat india menjerit 'takbir' menyemarakkan semangat.
Abg Tian Chua memulakan kiraan 
1,2 ,3.... Lari...
-Lari yang dimaksudkan bukan merempuh, tpi melepasi di celah2 polis itu, kami masih berpegang supaya tidak membuat kacau, kami tidak mahu menghancurkan periuk nasi abg bertopi merah ini. 

Dasssssss...
Aku lihat, satu keronsong bersais penumbuk aku dilepaskan, ke arah bumbung yang dibawahnya demonstran, owh, inilah asap yang mereka selalu kata, ini bukanlah asap rokok dunhill atau surya, ini asap tengik, aku agak ianya adalah sebatian amonia dan belerang. Tian chua bergegas kebelakang, semua bergegas pusing ke belakang. Aku dah tidak nampak abg mat di mana, anwar dimana, dan pak samad baca puisi dimana, aku hanya nampak nurul hana dan wan azizah, aku pesan supaya 'pusing cepat',tapi  aku masih tak dapat senyuman nurul hana. Cis!

DAsssssss...
Ini das kedua, yah, kali ini, aku terasa seperti dalam game counter strike, tapi lagi vebat dari versi HD, aku nampak kelonsong itu lalu disebelah aku. Aku dapat mencium asapnya, bedebah, asap apa nie, aku lebih rela 10 batang rokok dicucuk kemulut dan hidung ini dari bau asap ini. Aku nampak kelongsog tu terkena seorang pakcik, ia terpantul betul sibelah aku, memang celaka, tembakan itu sekarang ke arah demonstran, bukan tembakan menjunjung langit

Masa seakan perlahan, aku rasa sudah pantas berlari, tapi aku tau aku bergerak amat perlahan. Aku tolong seorang brother cina, aku menyuruh dia lekas bangun, tak sanggup aku memijak saudara maraku yang turun hari ini, mereka ini rakyat marhein, tak layak dipijak, mereka ini kaum tertindas dek ekonomi. Aku tersadung, ada tangan hitam memaut bahu, supaya lekas aku bangun, owh, ini brother yang laungkan takbir tadi, 'terima kasih, kau lagi mulia dari orang islam kat depan tuh'. Semoga kau mendapat hidayah dari Tuhan Allah. Aku terus berlari, ramai sudah terjatuh, pakcik dan makcik, adakala aku terdengar tangisan budak kecik yang ketakutan, maafkan aku, tak mampu menolong, mata aku sayup, dada semakin tersekat.

Aku bersumpah, sekali kau menghembus gas itu, dada kau akan menjadi sesak nya, Malek noor pon aku yakin tak mampu bertahan untuk hidu asap tu. Mata kau akan terasa pedih, tak payah tunggu stim hisap ganja, mata kau akan automatik jadi stim. Dada kau akan rasa keperitan yang amat, dan aku rasakan itulah hari pengakhiran aku. Dadaku bertambah teruk,  aku ambil masa berehat, ku nampak ramai yang cuba selit dibilik2 kecik dalam terowong, aku sangka ada jalan keluar, rupanya bilik semata2, aku tak mahu masuk, pasti sesak, pasti makin seksa.  Aku ambil kesempatan bersandar ditepi dinding,  ramai bersama aku, nurul hana masih bersama, dan aku nampak wajah tua wan azizah yang kesemputan, tapi masih memegang tangan anaknya, mulianya hati ibu.  Aku si muda ini pon bersandar dan telangkupkan muka didinding, untuk elak menghidu asap, shit, its nothing, makin teruk, dalam terowong ini, asap takkan pergi, ia berkepul.

'Ya Allah, tolonglah hamba mu ini',
'Ya Allah, sesaknya'
 tangisan demi tangisan pakcik2 kedengaran, semua berpegangan, disebelahku wan azizah, dia turut sama telangkupkan kepala ke dinding, tapi tangannya memegang dan menutup hidung anak anaknya. Aku dah tak terfikir lagi, sama ada untuk mencuri senyuman Nurul hana, atau terfikir cuba approach untuk berbaik dengan WAn Azizah, mana tahu, dia akan jadi ibu mertuaku. 
Yang pastinya ada kat segenap pancaindera diri ini,
''Ya Allah, menyesal aku datang sini''
''Ya Allah, bantulah hambamu ini''
kalau boleh aku mahu pergi melutut dan lepaskan aku keluar. Air yang ada seperti tiada efek, aku bagi kepada Wan Azizah tak pun makcik lain air botolku, ego sebagai anakmudaku ini mengajar belas terhadap mereka yang tua.

'teruskan kebelakang' terdengar jeritan, aku dah tiada kudrat agi, asap itu benar menyiksa, tapi aku kene teruskan, barisan FRU semakin dekat, mereka gantang dan kuat, kami pula yang menghidu asap ini hilang kudrat dan semangat,. ''Teruskan berlari''. Dan kali ini aku rasa demonstran benar2 terfaktub, terperangkap, tertipu, kali ini, kami dihambat pula anggota polis dari belakang, yang membawa cotar dan kayu keras hitam tu,  ku nampak ada yang disebat.Ketika berlari,aku tak teruskan larian, aku hanya cari orang ramai untuk bersama, lantas aku pergi bersama geng yang menghadap dinding, terdengar lagi dass dass dass, dalam 10 lagi kelonsong sampai, ada sibelah ku, ada di tengah2, yang pastinya, kami lemas, kami memang tidak bertali, lemas ini kau tak boleh renangi, lemas yang kau kene bertahan dengan semangat, mengharapkan keajaiban tuhan. Di dalam terowong pendek dan gelap ini, aku jadi saksi, batu batu menjadi saksi, ketiadaan cahaya menjadi saksi, tangga dan exclarator jadi saksi, bertapa deritanya kami didalamnya yang mengharapkan belas tuhan. yang mengharap asap itu dilenyapkan oleh anggota atau presiden silat cekak malaysia yang katanya sudah mengasah parang untuk selamatkan orang melayu. Aku harap mereka gunakan ilmu halimunan untuk menghalimunankan asap tersebut.

Aku tak berdaya, kaki semakin loose,badan semakin sejuk efek dari terkena asap tersebut, ia membuat tenaga hilang,  hanya tak sampai 5 minit, dan larian aku pula hanya beberapa langkah, aku terkejut, bagaimana anakmuda seperti aku begitu lemah, bagimana dengan pak samad? bagaimana dengan pakcik yang mengendong anaknya tadi? bagaimana dengan si wanita yang bernama nurul hana

Dan dalam rangkakanku ini,aku dapat lihat, aku toleh ke arah belakang, aku risau jika FRU datang untuk menangkap, aku bersumpah akan gunakan kudrat yang ada untuk melawan, atau terus berlari kehadapan.dalam keadaan berasap itu,  Aku ternampak ada susuk tua yang tak larat sedang merangkak ditengah jalan, dia tak mampu berdiri, lalu datang seseorang berlari, dengan topi merah, berperisai lutsinar dan bertopeng, berlari dan...
PANGGG!!!!, sepakan padu tepat kearah susuk yang merangkak itu.Ya Allah, inikah kebenarannya? sepakan padu kearah perut laki yang membuatkan dia terus terbaring. Lebih teruk dari keadaan atau tackle yang ganas bila kau cakap nemanja Vidic menackle didier drogba atau Kevin Doyle.

P/s : What I tell Is real happen
I Never Regret to join,  i can See Malay, indian and Chinese were really reunited!!

Sekian
AnakMudaDiary @ P.M.A.C

Tuesday, July 5, 2011

Yap, 2012 memang suatu kiamat!huh!


Assalamualaikum w.b.t
Okay, kita tinggalkan compang camping politikal ekonomi buat sementara, Anyway, tulisan nie tetap juga berkaitan ekonomi, cerita yang ada perkataan yang paling digemari disebut orang islam dan Melayu. Ramai tertipu. thats all. Kiamat yang dimaksudkan bukan macam dalam cerita 2012 yang ceritakan pengakhiran dunia, anyway, dunia pon tak berakhir lagi time tue sebab habitat manusia akan berterusan hidup lagi. Cerita itu menunjukkan manusia mengatasi kuasa tuhan. Anyway, you have to understand, behind the 2012, its about economy, dalam kristian dan yahudi, mereka juga tahu hari pengakhiran dunia, hari pengakhiran yang tiada manusia lagi atas muka bumi ini, ini juga hasil logik sains, yang menunjukkan bumi semakin tandus. 

2012 nie adalah cerita yang dah dijangka oleh pereka sistem. aku nak tanya dengan adik aku, dia belajar actuary, ekonomi hari ni, ekonomi prediction, prediction masa depan, dan ini memg kerja probability. dan akan tiba masanya, memang sistem ini akan runtuh akhirnya. Sistem yang membentukkan kehidupan sebahagian bani manusia hari ini, tak kisah islam yahudi atau lain2, sistem ini membentuk. Dan ini bukan ajaran freemason cakap hari nak kiamat untuk sesatkan islam dan kristian, perceive yourself in reality, it is economy, noe matter what.

ITULAH KERUNTUHAN SISTEM KAPITALISMA yang berakidahkan keuntungan. Memperhambakan orang lain, memperhambakan negara lain, mereka kata2, ' siapa berusaha dia berjaya', tp still gak ada orang yang berusaha, tapi tak dapat tempat dalam sistem nie. Harus faham, 2012 adalah prediction kejatuhan nielai wang kertas. Wang kertas? tak kisah ringgit, dolar, rupee, dll, nilainya akan hilang sebab percetakan wang yang secara melampau. Harus faham, duit ini, nilainya adalah persepsi manusia terhadap sehelai kertas. Mencipta persepsi dengan letak gambar Tunku abdul rahman, piramid, bangunan mercu tanda, dan nombor nilai sebagai mencipta persepsi terhadap sekeping kertas tersebut. Ia berbeza dengan emas dan dinar yang nilainya tak runtuh, nilainya kekal sebab emas secara logiknya dibakar tempa akan tetap bentuk nilai yang sama, tak sama dengan kertas yang bila dibakar, hilang persepsi dia. 

Tak percaya? try cari maklumat bahawa orang yahudi juga dah mula menyimpan emas, bukan orang peniaga dimalaysia je. Kat UK, people tend to drawn their money from banks sebab amerika dan united kingdom dalam proses mencetak duit secara berlebihan untuk tanggung hutang besar. Kalau bukan sebab ketenteraan yang maju, surely american now is worses than burma.and indonesia. Dan kekuatan amerika sememangnya kuat sebab almost 80% of world are really bergantung dengan ekonomi amerika. Kiamat ini adalah kiamat ekonomi, kiamat yang buatkan manusia yang bergantung hidup wang ringgit akan menderita. penyimpan dan pelabur yang lambat akan menderita. Sedang orang uk dan amerika mula takut untuk bagi wang pada institusi, rakyat malaysia pulak dipoyokan dengan pelaburan kat bank dan unit trust. Yap memang kau melabur 100000 hari kau boleh dapat 120000 at the end of ten years, but, can they tell you how much it worth of additional 20000 in the next ten years? Dulu mak kita belanja 5 sen untuk pergi sekolah, sekarang, anak anda perlu at least 2 ke 3 ringgit untuk siap belanja makan, itu dalam tempoh 20 ke 30 tahun. Dan masa itu, orang masih tak gunakan bank untuk kembangkan duit.

                                                Jom Belajar
Dulu 1969. Rm 0.05 = Nasi lemak + air sirap + kuih karipap ( tanya mak kau)

then 2000 Rm 2 = Air Sirap + nasi lemak + kuih karipap mini ( kalau cukup lah)(bank Belum jadi tempat perlaburan orang ramai
sekarang 2011 = Rm 3  = air sirap, + Nasi lemak

2011------>seterusnya, cuba presdict harga masa depan, + bank semakin banyak hasilkan duit dari pinjaman dan perlaburan orang buat. Itu juga maksudnya, your investment now means nothing. faham?

Intitusi macam bank peranan besar dalam sesebuah negara. SAtu kronologi mudah, Aku bagi bank(simpanan), dari simpanan, bank akan buat perlaburan dengan duit kau kat projek berpotensi, dan bukan malaysia je,bank juga involve dengan projek luar negara, bank tempatan akan bergantung dengan bank negara, dan bank negara bergantung pada bank dunia. Duit yang aku simpan kat bank tadi, ada hasil dari perlaburan, dan hasil kebergantungan bank tempatan pada bank negara, dan sama kronos nya pada bank dunia, can u see? walau macam manapon, duit tetap akan tercipta. Wang kertas akan tetap dikeluarkan, macam mana dia cakap nak freeze duit negara, akkhirnya tetap production duit akan berlaku, dan ini akan mengurangkan nilai persepsi pada sekeping kertas tu. Sebab tu, bila menteri konon pakar ekonomi labon kata nilai ringgit takkan cecah 2.90 dollar, tapi sekarang nilai dia dah 2.99 ringgit bagi setiap dollar.

Kiamatnya sistem sekarang bukan sebab ketandusan duit, tapi terlalu banyak duit, Tragedi duit daun pisang jepun akan berulang lagi, dan aku? aku akan bersorak gembira. Padan muka pengejar kekayaan, padan muka pakar labon yang kaki rembat harta orang lain, padan muka Ronald Keagen dan mamakhathir yang melabonkan ketuanan duit dan ketuanan penswastaan. Sistem ni akan runtuh, sebab manusia dah mula berfikir. Fikrah manusia yang mula bersatu, pernyatuan umat manusia nie menyebabkan pembentukan persepsi yang lain, persepsi itu adalah, ketidak mampuan membentuk persepsi yang konkrit lagi di mata manusia.i bet.

Maybe inilah sebab ada kawan aku tidak menyimpan duit di bank lagi. orang orang kaya sekarang tengah sibuk mengira duit untuk beli emas dan tanah, sebab ia berbentuk kekal dan menjamin, kata orang, ini juga akan memulakan kehidupan sistem ekonomi menggunakan dinar@emas. Yang mana ia bersifat kekal dan tidak mudah dicipta dikeluar. 

Balik ke cerita 2012, manusia akan terus hidup juga, hidup dengan sistem baru, begitu juga kesinambungan kiamat economic ini, sama da ekonomi sosialis akan bangkit, atau sistem kapitalis masih mengusai kepala otak kita?

Tapi lagi sekali, ia berbalik kepada manusia, jika kaki labon dan kaki kedekut, kaki rembat, kaki penguasa, kalau dia bajet sultan yang cakap emas nie milik dia milik kerajaan, milik bank emas dunia, sistem ini akan tetap collapse!

p/s : come 2012 come 2012, i want to see the kiamat of economi!

Sekian
AnakMudaDiary @ P.M.A.C


Sunday, July 3, 2011

Komunis.islam.

Faggot malay head will said islam for everyone, but he just doing like islam are for haram haram only, when its come to time, he will judge others such christian and jews to be an enemy of islam. don't they know that islam teach him to fight just to defend yourself? dont he know, its not just about defend of gun and knife, but it also a words, if that so, poor him!
The things is, its good for them to said patung cina buncit, bau orang india busuk,  but indian chinese or anyone cant ever be question on credibility of Hang Tuah. You know what. Hang Tuih..!
-P.M.A.C-

K. gua sekarang baru abes waktu ofis, ambik masa sikit nak menulis, topik aku hari ni komunis dan islam. Cukup aku melabon pasal kapitalist, economic and politik.
Lets go to my point, orang Parti sosialis malaysia ditahan sebab dikatakan bawa agenda komunis. Actually aku rasa macam jengkel gila, polis nie tak membaca agenda komunis yang soleh ke? kenapa baca cerita komunis tak bertuhan je? tak baca sistem ekonomi komunis dan islam? please, communist perkataan yang datang dari word community.Masyarakat. Menolak dasar individual. Ia bukan dasar menindas, dan kena ingat, cerita mengenai system dan kerpercayaan, please, islam pon ada yang sesat, macam selalu korang cakap syiah, wahabi dan lain macam ayah pin semua tue korang cakap sesat, so there same goes to communist. Ada komunis sesat, ada kristian sesat, ada yahudi sesat, ada ISLAM yang sesat jugak, what the faggot in your mack up mind yang poyo anti komunis

Les take a look some on islam. Islam adalah Ad Din untuk difahami, bukanlah untuk diterima secara membuta tuli. Bagi aku, ia adalah satu dosa untuk aku terima tanpa memahami even sesuatu itu disampai oleh seorang ulamak atau ustaz macam Azhar Idrus. Problem is, kita dah terikut pemikiran yang dilukiskan atas dunia. We tend to think that we are the best among others, bet, ada orang tak nak cakap agama kita sama dekat orang cina dan india? woit, ni dari pandangan hormat dan hormat sesama manusia lah,, pandangan fikrah, cerita kau dengan tuhan Allah adalah cerita tersirat, kalau kau lafaz tuhan kau itu Allah sekalipun, tak bermakna kau dah betul2 akur dengan kehendaknya. Islam pon ada masalah extremis. Take look on syiah kat Iran iraq, tengok macam mana gadis dalam penjara dirogol oleh pegawai yang jaga kat iran, tengok macam mana raja arab guna duit melabur di kelab Man City. Please, nie bukan cerita Raja Arab dah kene dakyah freemason, tapi nie cerita akidah orang kapitalis adalah mencari keuntungan. 

Gunakanlah fikrah kau. Gunakan ilmu sains logikal untuk membuat kau lebih faham sesuatu.


'Tapi chin, kan kita kene ikut perintah Al Quran untuk buat sesuatu?'

Okay, fine, itu aku admit, tapi macam mana kau nak ikut kata kata Al Quran kalau kau belum dapat memahami? kau takkan dapat ke kuala terengganu kalau tak tau LPT tu jalan dia boleh bawa ke sana atau tak,  kalau lah logik akal ni sesuatu yang dilarang guna dalam mencorakkan pemikiran, macam mana kita nak dibezakan dengan binatang? Akal suatu nak digunakan lah beb, jangan melabon tak boleh guna logik akal lagi.

Di malaysia, pengganas terrorist dioutlawed kan supaya tidak berkembang. Kalau macam tu, islam terrorist juga patut dioutlawed kan, si extrimis yang guna 'memimpin sebab mewakili tuhan' untuk merembat harta disini sana, untuk pukul rakyat, mereka ini juga kind of people yang patut dioutlawed kan even kat Tv1 tunjuk gambar dia solat jumaat kat masjid negara.

Untuk faktor economic, islam mengajurkan zakat. Iaitu unjuran wang yang perlu dibayar oleh si kaya kepada mereka yang kurang bernasib baik macam dalam rancangan bersamamu. Ini untuk menjaga kebajikan mereka yang kurang bernasib baik, ini juga adalah teori dalam sosialisme and comunist yang menjaga kepentingan kelas bawahan.

Islam menganjurkan kita supaya berdoa untuk kepentingan orang ramai dan bukan hanya untuk diri sendiri. Siapa sahaja yang berdoa untuk orang ramai, akan diberikan ganjaran pahala. Budak sekolah pon boleh beritahu ini.Kalau kita makan juga secara berkomuniti, kita juga akan mendapat pahala tambahan.

Weh chin, ko duk dalam malaysia negara islam, kau islamlah tu, apsal ko nak bangga sangat dengan komunis dan sosialis?

Komunis,atau pon masyarakat@ummah tidak menentang ajaran islam,sebaliknya,ia sangat islamik berbanding orang islam di Malaysia.Jadi, jangan terkeliru dengn communist terorist, ia adalah sama kepada kumpulan pelampau islam di tanah arab, dan kalau benar kumpulan militan wujud kat malaysia, ia juga sama seperti komunist terrorist. Bagi aku macam nie, kau outlowed syiah, adakah kau out lawed islam? dan kau outlawed comunist terroris, adakah kau perlu outlawed komunis keseluruhannya?

Islam melarang riba. Kita semua tahu bagaimana kapitalisme barat yang merosakkan, dalam sistem tertentu kewangan-perbankan. Negara dan berjuta-juta orang adalah tertakluk kepada perhambaan ekonomi kerana ini. Kewangan negara kukuh menguasai negara-negara yang lemah. Ini adalah satu bentuk perhambaan bentuk yang paling teruk dan islam sangat menentang sebarang bentuk perhambaan. Again,ini juga propaganda komunis and sosialis macam che' guevarra pejuangkan.

Islam menentang pemerintahan berbentuk monarki. TAk percaya? kau boleh pergi bacasejarah imam malik. Democracy adalah sesuatu yang dianjurkan oleh islam. It is really islamic. Dan upholding komunis atau sosialis, sebenarnya membuatkan kita lebih islamik. Tapi, orang malaysia lagi suka duduk dalam sistem pecah perintah monarki nie, yang mana menteri dan pm boleh decide sesuka hati sebarang projek yang nak dijalan kan.

 Sosialisme @ komunis adalah bertentangan dengan konsep yang kuat mendominasi yang lemah, yang kaya pembudakan orang miskin, yang minoriti menindas majoriti, dan Islam telah mempopularkan konsep ummah (atau kelompok) menentukan nasibnya sendiri. Bukan si minoriti menentukan nasib  masa depan negara.
Kita dah terbiasa dan berbangga dengan corak pemerintahan sistem kapitalis nie. Kita tak amik tahu dalam bank islam pon ada riba' yang dah ditukar nama, kita tak pernah nak ambl tahu, duit kita dah dilabur kemana dan kemana, yang kita tahu ikut dan ikut, terus mengikut, yang suka berhutang bank, nanti bila dia mati nanti roh dia tergantung kat langit tak? sila jawab!

P/S : Aku harap aku juga adalah sosialis, dan aku akan berbangga dengannya.

Sekian
AnakMudaDiary @ P.M.A.C
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...