i serve nuff nang

Showing posts with label Poolichicks. Show all posts
Showing posts with label Poolichicks. Show all posts

Friday, March 23, 2012

Dunia Tanpa Sempadan Agama - Bahagian Satu-



Sejahtera ke atas kamu yang membaca

Okay, lets move on, aku rasa banyak sangat telah aku tulis pasal perasaan dan cinta kat blog ini. Dan aku rasa sangat rare untuk orang seperti aku sangat sibuk mengenai cinta semata mata. Dari memikirkan cari pasangan mahu kahwin, buat pinjaman bagi tahi duit kepada badan daulah kayakan board of director mereka, menjarakkan pendapatan si kaya dan si miskin, aku kena move on.

Lama aku tak menulis mengenai pandangan aku mengenai isu perkauman di Malaysia ini. Kamu boleh kata tulisan aku ni adalah politik atau aku ini penentang kerajaan BN, walhal aku menentang sesiapa pon tak kenal dia cina melayu india, islam yahudi kristian sekalipun. Yang merobek kuasa sesuka hati, mengamalkan rasuah mengeksploitasi tenaga manusia demi keuntungan sendiri tanpa berpandukan teori ekonomi yang dikemukan Plato adalah manusia yang patut dibuang ke loji nuclear. itulah hudud yang sesuai untuk mereka.

Malaysia, masalah 54 tahun mengenai perkauman. Tak pernah luput. Namun sejak aku join bersih 2.0 aku dapat benar rasakan. ruang kesepakatan bani melayu cina dan india di malaysia masih ada ruang untuk bersatu. Typically, melayu suka ditipu kaum sendiri, orang cina itu pula mementingkan kesenangan dunia, orang india selalu hadir dengan suara kuat dan tubuh besar mereka. Make sense? generally, tapi specificaly sebenarnya kita semua sama. Tokeh cina juga menipu kaum mereka sendiri, orang melayu pun sibuk nak ada bonzer2 besar 3 line jati dan pape jadah lagi, tipulah kalau orang india itu tak pernah kena tipu dengan Sami vellu. So, bagi aku nak melabel sesuatu kaum generally hanya akan buat perkara lebih buruk.

Tapi kalau kamu orang perasaan, isu kini bukan lagi cina india atau melayu. Sesiapa yang masih bergayut dengan isu itu, dia adalah orang yang lahir di tahun 1969. Sekarang kita tengah mengalami konflik agama. Islam, kristian, yahudi, buddha, hindu. Sebenarnya semua agama sensitivinya datang dari manusia sendiri yang masih memetakan agama dia saja yang layak ke syurga dan dicanang secara awam. itu masalahnya. lalu akan muncul ustad ustad express yang gagal memberi kefahaman agama dengan lebih baik. Ustad express ini hanya boleh mencanang zina masuk neraka, curi potong tangan, yahudi itu musuh dan halal darah mereka untuk ditaburkan, kristian pula tujuannya adalah untuk menyesatkan umat islam. Seriusly things are get worse, dengan pemikiran kita yang terlalu bergantung kepada Anwar ibrahim dan Najib Razak terlalu lalu. tanpa fikir dan sedar, kita juga berkudrat untuk menurunkan regim2 ini yang suka memainkan isu agama dengan turun ke jalan raya!

Seperti aku percaya, orang malaysia sedang melalui proses zaman gelap seperti di eropah beratus tahun dahulu. Suatu ketika dahulu, disurahkan dalam buku sejarah mengenai orang orang sains dan ilmuwan fizik telah dihumbankan ke neraka oelh paderi katolik yang menolak pemahaman manusia yang melawan cakap mereka. Manusia dizaman itu mengibaratkan paderi ini seperti tuhan yang wajib diikut katanya. Lalu apabila paderi berfatwa untuk mengeluarkan 'Surat Indulgence'(Penghapusan Dosa) percayalah mereka dengan mengisi surat dan memberi 'hadiah' kepada para paderi tersebut, dosa dosa mereka akan diampunkan. Dunia gelap ini dipanggil zaman gelap kerana manusia yang berfikir menggunakan sains dan fizik ditolak mentah mentah. Manakala paderi pula menjual kalimah2 agama mereka demi kepentingan mereka selaku pemerintah ketika itu. 

ya, kita sedang melalui zaman itu. Lihat saja orang putus cinta, bagi aku kegagalan mereka yang kedua selepas putus cinta ialah dengan mengatakan 'kita dah tiada jodoh dan sebagainya'. Contohnya Si Ali sudah berkahwin dengan aminah, dan selepas akad nikah, naiklah statusnya 'dia adalah jodoh terbaik untukku'. lalu setelah setahun berlalu, mereka mengalami krisis dan bercerai meninggalkan anak kecil terpinga pinga tiada masa depan dengan mak bapak yang sibuk mahu bercerai berai. Di akhir penceraian itu, mereka menzahirkan pula ' mungkin sudah tertulis ini bukan jodoh kami'. Question to ponder, adakah takdir dan jodoh yang kamu percayai selama itu adalah berubah rubah dan dengki pada kebahagiaan kamu?  Kenapa salahkan Tuhan? kenapa tak salahkan dirimu yang sibuk kerja terlampau? kenapa tidak bertanyakan dirimu yang gagal menjadi cantik di rumah memikat hati suami? kenapa tidak salahkan dirimu yang gagal untuk bersepakat hidup senang bersama?

Justeru, itu baru bab kahwin. Belum bab mengundi Pas dapat pahala dan mengundi Bn dapat dosa. Aku tidak tahu jika manusia ini ada kelebihan untuk mendosa dan memahalakan orang. bukankah seruan undi dapat pahala dan dosa ini sama seperti apa yang berlaku di Eropah di Zaman Gelap suatu ketika dahulu? 

Dunia tanpa sempadan agama. Kita telah memecahkan sepadan bangsa. Paling kurang pon 70%. kini sempadan agama pula. Namun, ia bukan senang, selagi ada yang ustad ustad masih terlalu sibuk siang dan malam membuat research semata mata mahu mendosa dan memahalakan orang lain. Bagi aku, dihantar kamu belajar di Mesir, Jordan, Arab yang membekalkan minyak kepada yahudi adalah untuk membaiki ekonomi di negara Malaysia ini. Menjadi ustad bukanlah untuk menyatakan orang itu haram dimuka bumi ini, kehidupan ini harus disepakati dengan sifat faham dan memahami. Lalu aku pernah terdengar kisah mengenai seorang selebriti ini, bertanya rakyat kepadanya :

Ya selebriti, 'haramkah jika kita menggunakan perisian microsoft yang cetak rompak dan sebagainya?'

Selebriti bersurah, 'Haram jika produk itu adalah buatan orang islam, tapi jika ia buatan dan keluaran orang kafir, tidaklah ia menjadi haram, demi kebaaikan umat islam'

Kau lihat itu? perkara inilah yang aku rasa sangat perlu diatasi. Yang aku rasakan memburukkan pandangan terhadap kepercayaan dan agama. Kepercayaan itu adalah hak peribadi, kau boleh membencinya, tapi kau tiada kuasa menghalangnya. Aku tidak gemar dengan hijabster yang bercita cita mahu pegang gitar nyanyi lagu sedih namun masih tersenyum dalam youtube, tapi adakah aku layak untuk bakar hijab mereka suruh mereka pakai tudung bawal dan tinggalkan gitar tersebut? sama sekali tidak!

-akan bersambung mengenai ciri ciri dunia tanpa sempadan agama dalam bahagian 2 dan nantikan-

P/s : Tafsir surah AL - Kafirun :

[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!
[2]
“Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
[3]
“Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
[4]
“Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
[5]
“Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
[6]
Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.


Sekian
AnakMudaDiary

Friday, March 9, 2012

23 tahun, 8 bulan, 18 hari



hello

Hari ni entry ringkas, memandangkan aku hanya curi masa sikit di ofis untuk menaip post kali ini

23 Tahun 8 Bulan dan 18 hari
itu lah usia aku di bumi ini sekarang. Ada yang tegur sudah sampai masa untuk kahwin. Aku pula sudah jemu dengan orang orang kat fbook yang post mengenai kawen awal, sembang kelebihan kahwen awal. Tapi tak da sorang proposed untuk suruh taraf gaji dan ekonomi manusia dinaikkan supaya dapat duit untuk menyara kehidupan dengan lebih baik.

Hari ni, aku dengar petronas declare bonus 4-6 bulan. yap, orang akan cakap untunglah mereka yang kerja petronas, untunglah itu ini, dan mula berangan untuk kerja kat sana. the fact is, sedar lah, tak semua orang boleh kerja di petronas, tak semua orang akan merasa bonus macam tu. Letakkan diri di realiti, bukan dengan fantasi semata mata macam mengarap jejaka macam aaron aziz ombak rindu jadi boyfren ko

Hari ini, banyak movie movie malaysia aku tengok cuba dilariskan menggunakan pelaris artis. Paling kesian shahizey sam, dia ni hanya digunakan untuk filem yang tak bermakna, kalau bukan sebab adnan sempit, aku yakin dia tak kemana. Dalam sebuah film, pentingnya genre realiti kehidupan. cerita malaysia masih cuba paparkan penagih dan pengedar dadah ini terdiri dari rakyat biasa dan mereka sahaja dihukum. Walhal, pada pengedar dadah ni, ada back up besar polis, ada orang2 kaya yang taja mereka untuk mengedar, dan orang kaya ini selalu akan terlepas. tak percaya? tengok cerita fass furious 5 tu,  tengoklah cerita wall street journal, cerita orang kaya smebunyikan harta untuk elak tax, yang rakyat biasa pulak pening kepala nak bayar cukai kerajaan.

Di kehidupan ini, aku ingat lagi gaji mak aku waktu kerja di jabatan kerajaan dulu Rm 700.00 waktu aku sekolah rendah. hingga hari ini gaji bagi jawatan mcam mak aku, selepas 15 tahun, hanya pada kadar Rm1000.00 sahaja dan masih ada. Sedangkan harga barang asas macam minyak dah meningkat dari rm1.10 waktu mahathir 2001 sampai Najib 2012 rm 1.90. Nampak beza peningkatan dia? hampir satu kali ganda, tapi taraf gaji? Then kita akan dimomokkan supaya belajar bersyukur bagai. So, bagi aku bila pembangkang kata nak turunkan harga minyak bukanlah suatu perkara yang realistik, banyak lagi harga barang lain yang naik, beras, gula, garam, rumah, kereta yang nak guna. Tapi tak da lagi takat ni pembangkang aku tengok perjuangkan taraf gaji yang lebih baik.

Di kehidupan ini, aku tengok kononnya ada ramai cuba jadi pejuang agama islam. Ramai bersungguh post cerita ustad jahar, ustad dedon, dan macam macam lagi. Tapi aku betul tak faham, mereka ini sangka mereka buat sesuatu demi islam, sampai membenarkan mencarut demi membenarkan islam. Apa itu? tengok kat masjid masjid, dalam khutbah, kuliah masih mention 'yahudi' sebagai musuh agama islam. Cummon, aku rasa masjid perlu tukar dah sekarang, gunakan perkataan atau fahaman zionis. Zionis ini adalah satu fahaman mengaggungkan bangsa sendiri terlampau2. Dan bagi aku, masalah zionis bukan di Palestin nun aja, Zionis tempatan pon ada. Yang duk roboh rumah orang, yang duk rembat harta orang. Itu juga cabang fahaman zionis. Nak kata semua yahudi jahat, itu tak realistik. Ada noam chomsky, ada juga yahudi yang menyertai rombongan kapal hantar bantuan ke rakyat palestin. apa perasaan kau bila dilabel kamu semua orang islam adalah syiah?

Waktu ini,aku sangat sedih, melihat telatah orang yang begitu pentingkan diri. Yang berpoyo poyo. Yang suka menghina kehidupan dan kesusahan orang lain. dan aku harap, satu hari nanti, lagi 23 tahun mungkin, aku akan lihat perubahan, semua hidup berharmoni, tiada sempadan bangsa atau agama,  semua membela sesama sendiri. Apakah lagi nikmat indah dalam hidup aku ini selain melihat umat ini kembali bersama berpegang tangan dan nilai kasih sayang diharmonisasikan dalam setiap pelosok masyarakat. Tak banyak. dan aku mulakan dengan Imaginasi.

P/s : Imaginasi

Sekian
AnakMudaDiari

Monday, January 30, 2012

Sembang Politik

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini entry tajuk ringkas, sembang sembang politik, nak letak pungpang politik pon boleh, tapi kalau pung pang politik just pasal anwar punya anus dan gay si reporter australia. Korang ni yang membuat politik itu rubbish. No Offence

apa itu politik?
Politik dasarnya adalah pengaruh,mempengaruhi,influence. Sebab itu mana2 pemimpin dalam syarikat, atau ke mana mana kau pergi, kau akan dengar perkataan politik, Politik ofis, politik team, politik bola, politik bisnes. 'Self Interest'. So, bagi aku, nak sembang politik itu okay kalau tak seharian hidup nak berpolitik tak tengok bola, tak dengar lagu, samalah kau tak da life. Hidup yang berpanji politik

Politik dan Agama?
aku setuju. Tapi bukan dengan cara orang sekarang yang bajet alim tak pernah buat dosa nak burukkan orang lain atas masalah peribadi diorang. Buat masa ni, aku tengok orang yang guna agama untuk politik ini just untuk serang peribadi, Sex, Sex, Sex, paling kurang pon hal bini PM tak pakai tudung. Pandangan orang yang suka serang peribadi ni, adalah pandangan paling jengkel nak baca. Seperti jadi pemimpin ini kena jaga hal dalam kamar orang lain, walhal ada satu bab lagi penting. EKONOMI!.

Sembang Politik.
Pergi mana2 kedai mamak, aku akan nampak beberapa pakcik sembang politik, ceritanya di takuk itu, ada yang bawak mercedes, tapi jiran sendiri yang hidup merempat tak reti nak pandang. jangan takut, orang bisnes bila masuk politik, kuat mana pun dia labon agama, dia tetap nak jaga bisnes dia, untuk untung projek, dan jadi kroni tetap. Ini bukan masalah dalam kerajaan sekarang je, aku rasa kerajaan seterusnya naik pon akan ada masalah sama, so itu pentingnya ada check and balance oleh parti pembangkang. Ingat, orang politik yang korang tengok kat tv, tu kebanyakannya orang korporat, ingat dia kesah sangat ke hidup orang miskin dan marhein ni?

Sembang hak orang melayu, pertahan melayu, tapi kalau tak nampak kenapa khazanah jual aset dalam mas, proton pada ananda dan mokhtar bukhary tu aku tak pasti lah. Nasib orang melayu bukan pasal kedai yang halang orang jalan kat pulau pinang tu kena roboh je, tengok la courts, dalam jusco, tesco, tu takkan tak nampak pemiliknya bukan melayu? anyway, aku bukan lah aktivis melayu, aku cuma nak bagitahu, cukuplah dilebong orang korporat yang jual nama melayu.

Politik Malaysia dan Anti - yahudi
Fine, ini merujuk kepada tazkirah anwar ibrahim di bbc dan WSJ. yang menyokong dual state solution. Ada hak untuk israel, dan hak untuk palestin. Satu perkara je, bagi aku dari kesah APCO -Worldwide lagi, anwar bangkitkan bukan sebab anwar anti yahudi, tapi kontrak dan wang yang diguna untuk biaya APCO World Wide tu sendiri. Yang terlibat dengan projek dari Asia Soft ltd dan macam macam sub lagi. Tapi dai just serang kerajaan gunakan cerita anti yahudi sebab kerajaan suka menuduh dia ejen yahudi.S o, Ia mengenai pembelanjaan belakang tabir nak taja company tu. kalau dapat company islamik sekalipon, tapi bayar berjutan jutan untuk buat perhubungan awam. Wadepak?

kalau nak laung anti-yahudi, sampai mana? Kau guna produk konvesional yahudi jugak, minum air itu ini contribution pada bank dunia yahudi gak. Teknologi phone ko tu dari mana? ko nak cerita dari finland?German? Jepun, puii la aku bagi kalau cakap benda2 ni tak da bagi sumbangan apa apa pada bank dunia. 
Seriusly, aku bukan anti-yahudi, aku boleh kawan dengan orang yahudi, kalau orang yahudi datang rumah aku sekalipun aku akan layan dia sebagai 'tetamu'.
Aku tak taulah kalau orang malaysia ni je ke anti-yahudi, sebab arab saudi tu sendiri pembekal minyak terbesar pada negara amerika dan israel ni. Negara yang ada kaabah dan tempat orang islam berkumpul buat haji itu.
Nak kata orang malaysia islam paling syumul dan beradab sebab dengar kata ustad azhar idrus kita boleh buat cetak rompak produk orang kafir? Go On.


P/s : Sebut2 perjuangan Islam, apa yang dijuang? Untuk Islam je? Go On.

Sekian
AnakMudaDiary

Wednesday, November 30, 2011

Surat Terbuka Buat Parti Yang Bersidang

Assalamualaikum w.b.t

Surat ini adalah surah yang ikhlas dari jiwa seorang rakyat. Rakyat marhein yang tiada ingin sedikit pon menjadi Yang amat berhormat, rakyat yang tiada kepentingan dalam kerajaan dan pembangkang. Rakyat yang tak dibayar untuk memuji atau mengherdik mana2 parti. Surat ini surat bebas. Bukan sebebas Zulkifli Nordin dan Panglima Perang Ibrahim Ali, Yang tiada syarikat Rm2 seperti YB Zahrain yang ingin dapatkan projek padang Golf. Ketahuilah Saya boleh menulis panjang memuji muja anda semua dan memohon 'upah'.

Andai Ada lembu diladang
Ajari ia menginap di pangsapuri
Wahai Yb yang suka mengangkang
Bukalah telinga hadamlah isi


Surat ini sekadar untuk membawa pendapat sahaja. Harap ada para YB dan perwakilan yang dapat pengajaran dan menambil perhatian dari isi kandunganya.

Ketahuilah para YB sekalian, saya adalah peserta Bersih 2.0, saya bukan menyertainya kerana ade sosok besar seperti Anwar Ibrahim atau Sheikh Altantawi(Bukan Nama Sebenar). Saya bukan menyertai Bersih kerana tidak mahu Anwar Ibrahim dipenjarakan. Tapi saya menyertainya kerana saya dalam proses belajar, saya dalam proses mengenali masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Dan terbukti dalam demo tersebut sememangnya kita sangat berbilang bangsa dan ugama.

Saudara Yb,
1. Janganlah lagi memperalatkan kami dengan perasaan benci. Kami bukan berlari menyokong Pakatan Rakyat kerana benci Barisan Nasional. Sedarlah, kami hanya perlukan satu kerajaan yang lebih baik. Kerajaan yang menyemaikan kasih sayang, saya setuju dengan kata abam Mat Sabu, kita bukan nak ganti kerajaan dengan niat untuk 'membalas dendam'. Tapi mengenai , who can serve better?Kerajaan yang bukan dibina atas dasar membenci


Bersongkok tinggi menculah atapi
Pemimpin berucap, sorakan bodek diberi
Sedarlah YB yang boyot boyoti
Gelagat kamu, menggelikan hati


2. Wahai YB yang baru berjinak dalam kegiatan mahu menjadi yb, mahu mendapat tempat dalam parti. Sedarlah, cara anda membodek Anwar Ibrahim, Muhyidin dan Najib Razak sememangnya amat menjijikkan. Ada yang berderau hero mahu pecah penjara demi pemimpin tertinggi, ada juga yang membuat cabaran diumumkan PM melayu sampai bila2. Ini semua ayat2 bodek dengan harapan semoga dapat naik ke satu level yang lebih tinggi dengan lebih cepat. Jangan menyemarakkan benci dikalangan rakyat, serulah kasih sayang, serulah rakyat yang berbilang bangsa ini bersatu. Kenapa kadang saya rasa anda semua bertindak dengan dungu?


Pisang Emas dibawa berlayar
Buah keranji di atas perahu
Kenapa kami dipaksa berlayar
Sedangkan rasa kami, engkau tak tahu



3.Wahai para perwakilan, sedang kamu rasa rakyat boleh hadap paparan TV3 mengenai perbahasan dan cerita molek kamu, kamu juga telah menutup ruang saya mahu menonton cerita Cinta Elisya. Adakah saya akan berubah pandangan andai mereka menayangkan Persidangan PAS, PKR atau DAP? Jawapannya TIDAK! Ini kerana itu adalah persidangan parti kamu, bukan persidangan mana2 badan atau pon kerajaan. Kami sudah jelik samoa itu.Yang perlu ditayangkan dalah sidang parlimen, perbentangan bajet, secara live and full, bukan mendengar anda bercerita, berperribahasa, bernyanyi, semua itu tidak membawa harapan kepada kami.


Gendang gendut tali kecapi
Berperut boyot mengukir janji
Baju Diselampang disana sini
Umpama pahlawan Gagah sejati.

4. Wahai Yb yang rata ratanya bangga dengan kostum dan baju batik kamu. Di saat kamu pakai baju itu, berucap ucip, terkemut2 diatas pentas, sedarkah ada kami ini yang dalam kesempitan dan kesusahan? Sedarkah para Yb yang ada yang murka dengan pakaian kamu yang hebat dan 'gah' itu?Kamu mula menjadikan budaya kapitalis itu sebagai akidah kamu.


Dagang pak malau dagang berhias
Mencari kuasa bertatah berhias
Bertitah kamu tanpa berkias
Malulah pada Maha Pembalas.


5. Yb sekalian, semakin hari, perjuangan kamu ibarat hanya menjaga periuk nasi kamu sendiri. Saya sudah jemu dengan perangai kamu yang suka 'merekrut tuhan' dalam setiap kata kamu itu. PKR akan membawa tuhanya tersendiri, UMNO juga membawa ayat tuhannya sendiri. Tidakkah kamu malu, sedang tuhan tidak mengutus surah khusus pon menyebut nama kamu semua. Ternyata, kamu ini juga ada dari kalangan orang yang tamak. Tidak cukup harta kami anda rembati, kini ayat tuhan juga kamu boloti.
P/s : Mohon Bertaubat

Yang ikhlas dan menyayangi
Sekian
AnakMudaDiary.




Thursday, October 27, 2011

Ringkasan Isu : FAM : HIMPUN : AUDIT 2010 : AZIZ BARI ; U : Anti Yahudi

Assalamualaikum w.b.t


Wokeh, let go on again, berita hot kat malaysia :
1.FAM naik harga tiket untuk final Newcastle lawan Norwich City ke RM50
2.Himpunan yang tak berapa nak himpun
3.Laporan Audit 2010
4.Aziz Bari 
5.Ingat masuk u perfect?
6.Pesanan Buat anti yahudi, anti kafirun

Ini minggu yang agak boring bagi aku, masuk keluar ofis bertie melaksanakan tanggungjawab sambil chatting dan berskype gosip. Anyway kerja mesti mau jalan meh. Bayar setimpal ke tak itu semua cerita ke 68, tapi bila ada orang bagi kepercayaan, kenalah laksanakan sebaiknya, bukan pung pang punga pang aja. Aactually bulan 10 tahun 2011 ni memang banyak cipta sejarah dalam Malaysia. Dari padang bola sepak, ke medan politik ke tanah merah demokrasi yang akan jadi tanah kubur.


1.FAM? Aku seriusly tak tau kenapa guna bahasa inggerisnya. Gua rasa berderau derau banyak pejuang Melayu kat malaysia nie, bangga orang luar leh cakap melayu, tapi labon2 pung pang pung ppang guna bahasa inggeris gak. Precint, FAM, MACC, transformasi. Bahasa cedok, tapi nak tunjuk konon bahasa unggul. sudah, jangan menipu tertipu lagi, tak dapat terima ke kau hidup dalam dunia asalnya bersaudara?
FAM sungguh damn
1. Ingat bayar RM50 nie dapat tengok perlawanan setaraf Man.city lawan Man.u ke?
2. Bayar RM 50,duit tu pergi mana? gua tengok stadium shah alam tu macam tu gak, berlopak lubang, tak da pembaik pulih tambah maju. Dulu naik tiket semua,tapi pernah taraf bola sepak malaysia naik?
3.Subsidi terengganu? ya dalam jangka masa pendek ni orang boleh bersyukur la, tapi dalam masa panjang macam mana?? FAM akan tengok benda ini suatu yang bagus lalu dikekalkan tiket. Subsidi? sampai bila boleh supp0rt baki RM25 tu?  atlast, percaya aku, harga tiket akan kekal macam tu gak, bola sepak malaysia pulak? mugkin kene buat dasar ketuanan melayu bola sepak supaya lebih hebat. Ceh
4.Please get out dari pertubuhan bola malaysia la wahai si tukang karut dan sultan bola. Duk kat atas reti cerita duit je lah buat untung sana sini, alih2 bumbung stadium retak dan runtuh jugak. Cet.


2. Himpun dan perhimpunan
To all those yang maki gua pergi bersih 2.0 dulu cakap gua nie pengikut kapir ambiga ke apa, tapi hari ni tak pergi pulak himpun. Go back and tarik bulu ketiak dan bulu hidung supaya aku tak kenal korang lagi, cakap berderau2 hina bersih 2.0, ni perhimpunan islam bukan pergi pun. Ceh.

1 soalan : korang pernah baca tak ada 3000 pertubuhan NGO yang menyokong himpun ini dan sebagainya. Tapi yang datang tu tak sampai 6000 pon, let say, setiap pertubuhan ada presiden dengan naib presiden, kalau 3000 yang menyokong ni anta naib presiden dengan presiden pun da cukup untuk capai 6000 nie. Tu belum cerita yang organisasi ada sampai 10 orang? kalau 3000 ni antar 10 orang setiap wakil pertubuhan? mau 30,000. SO now? 

2.Anyway, aku tak taulah sejak bila sampai ada 2 3 ribu pertubahan islam ke melayu kat malaysia nie?
Macam ibrahim ali kata : ahli ada 300,000, tapi mana p? 


3. Laporan Audit 2010

1.Yes, come to this, this my favourite start over from presentation gua pada tahun 2009. MARA EPF dan macam2 badan lagi. Binocular beli bape puluh ribu sebijik? EPF? bagi pinjaman nak 50 juta tapi tak da dokumentasi yang lengkap? So then? Cite labon2 petronas nak rugi so kena naikkan harga minyak. FAk. Pergi tengok berapa banyak petronas untung dalam tu? Kalau tak nampak,hantuk kepala ke dinding.
 

2.Budaya mark-up nie masih berleluasa. Orang malaysia ni tak da kerja lain ke selain MArk up dan bodek? Tak pun bodek ini memang suatu gaya hidup untuk terus bernyawa? Korang duk kesah orang murtad, kesah orang zina minum arak, benda nie yang boleh bawak pada keburukan ni tak da orang nak pedulik plak eh? KDEB pon apa khabar? dah rugi2 pon sebuk nak bagi bonus lagi ke?


4. Aziz Bari.
1.Mana kau pergi waktu 1998? mana kau pergi waktu 2004? mana kau pergi waktu tu, kenapa hari ni kau baru sahaja mula bercakap? baru mula melawan, aku hargai keberanianmua, tapi aku mempersoalkan sedikit sahaja, jangan lah melenting,ini soalan ikhlas dari rakyat marhein yang ingin tahu,

2.aku tidak suka juga mereka menggantungmu, tapi tahukan kau aku bersorak gembira bila kau kena gantung? itu tanda kau bukan kang kong, itu tanda kau bukan profsor bodek kerajaan untuk dapat royalti dari penerbitan tulisan, tapi aku juga takut kalau kau jadi sawi pakatan rakyat pulak nanti.
 

3. Mengenai sultan. Serius aku tak suka free loader.


5.Universiti dan skema
Ini sub topic yang gua rasa nak tulis lepas baca komen ada mamat tu kecoh member gua guna bahasa tetek dan telanjang bulat kat wall status.Budak yang agungkan u tu cakap ' masuk u tapi moral tak da tak jaga bahasa'. Aku rasa nak gelak, bogel dan telanjang ada lah perkataan dalam kamus bahasa, apa masalahnya?dia tak salah pun dari tatabahasa. 
Ingat masuk u nie tempat ko nak jadi skema ke ape? duk diam baca buku ikut arahan itu ini. Ceh. Kalau 4flat pon belum tentu kau boleh buat kerja selagi tak mampu berfikir sendiri. Asasnya, kecemerlangan kau dalam sistem pendidikan ni boleh dipertikaikan , kau power dan A+ dalam mengikut arahan kah?
Cakap pung pang2 tengok2 suruh kitorang sujud pada sistem barat kafir lahanat yang kau anti nie gak. 
Anyway, sejak bila bahasa kasar bogel telanjang bulat tetekanu ini menjadi pengaruh barat?


6. Pesanan gua ringkas buat mereka yang suka benci membenci yang tak ada rasa nak berkasih sayang dengan orang yang berlainan agama,mazhab,fahaman. Apple Inc.sekarang one of biggest inventor kat economy US, yang boleh create more money to settle U.S debt. ko beli barang barang apple samalah macam menderma kat ekonomi diorang, samalah macam kau bagi diorang bangkit dan terus kuat. Owh lupa, Mark Zuckenberg is jews okay. And those, kemasukan Yossi benayoun ke team Arsenal juga adalah fitnah dajal supaya mereka terus memuja arsenal tanpa sedar mereka memuja yahudi dan dajal2 nya. 


p/s : Jangan nak butthurt sangatlah


Sekian
AnakMudaDiary

Friday, July 15, 2011

::Apa Yang Dipelajari dari bersih 2.0 ::


Assalamualaikum

Yah, aku dah hampir sihat sepenuhnya kini, Kembali menulis di sini. Tulisan kali ini aku dah lama nak tulis tapi tak berkesempatan dan tak da idea. Mengenai ise sekitar tragedi bersih 2.0 709 dan menjawab persoalan persoalan si bahalol mengenai Ambiga dan jasa kepada negara. Anyway, fist thing is, aku pergi berdemo, aku jalan sebelah ambiga, aku hayati sosok nie, tapi aku tak masuk kapir pon, aku tak da rasa nak pergi kristian pon, instead, aku naik menyampah dengan perangai orang yang bajet kuat solat, yang bajet bercerita dia je bagus, at alst, dia lah yang rembat sana sini, at last dia gak yang pergi ngentot ngentot dengan dolly kat hotel mahal supaya Jabatan Agama tak leh serbu. Fak U

Pertamanya, aku dapat lihat how Melayu India dan Cina bergerak bersama. Ini suatu yang pasti, dalam ramai ramai tue, aku lebih suka menghayati dari bersorak semangat. Kau tengok sekeliling, bukan cari abang badan tegap muka bajet bengeis, tapi tak pakai baju polis, tapi aku dapat rasakan susahnya waktu itu aku nak bezakan antara cina india dan melayu. Semua duk sekali, semua laungkan Allahuakbar, semua laungkan bersih, semua laungkan 'semangat rakyat'. Macam player dari kelab beza2, macam player dari man.u + Arsenal + chelsea sendiri yang kutuk JOhn Terry sebab berlaku curang kat wife dia. Kau pernah tengok tak keadaan mana, cina india melayu pegang tangan sama2? ini bukan projek dapat duit pon, ini bukan untuk iklan komersial dalam TV konon cerita perpaduan, tapi pegang tangan sama2 tue tanda kesatuan hati menuntut hak rakyat, hak yang sama. Anyway, its my lucky, nampak sorang brother india, gemuk dan sasa, tapi pegang bahu sorang sosok tua melayu dihadapannya, dan sama2 laungkan 'Allahuakabar', then aku start senyum sendiri.


Perlu  clear la, Bersih 2.0 ni tuntutan dia bukan nak menjatuhkan kerajaan barisan nasional lah. Bersih nie sikit pon tak da sebut kes rasuah kerajaan, tak da sebut kat atas baju kes billion duit hilang, Bersih 2.0 nie meminta SPR supaya lebih telus. Kau paham tak? Sepatutnya keraajaan nie rasakan mereka ini adalah orang gaji rakyat, supaya mereka takut untuk pegang amanah, supaya mereka ada rasa, setiap kali pilihanraya tak semestinya mereka menang, nie da konfirm menang, memang akan buat rembatan berterusan lah meh. Sepatutnya rakjat je boleh persoal apa kerajaan dah buat untuk diorang, now kerajaan dah berani persoal balik, apa rakyat dah bagi sumbangan pada negara? ini gila, sangat gila. Kerajaan bukan dimiliki Najib RAzak macam Chelsea dibeli Roman Abramovich la, korang semua MP dilantik dari undi, dan korang nak buat apape perlu kelulusan kami, kalau nak bg ic kat mamak mapley yang mentekedarah tu perlu kelukusan kami, nak buat stadium runtuh kene ada kelulusan kami, nak buat lynas radioaktif perlu ada cop Sirim 'diluluskan rakyat', nak buat Jambantan 1 Malaysia pon kene kelulusan kami, ini negara bukan lu olang punya weh.

For those yang benci gila kat bersih demonstran nie,
1. Ekonomi malaysia tak menarik pelabur la kalau buat demo jangka huru hara
Hey man, please, tak tau ekonomi jangan cuba nak buat cipta fitnah ekonomi. Aper citer index saham mencatat kenaikan postitive pada 8 Julai sebelum hari perhimpunan 9 Julai? Ke tak tau menda nih? weh nie pemikiran orang ekonomilah, mereka lebih tahu macam mana pelaburan kat Malaysia sebelum nie adalah berbahaya sebab banyak projek2 yang runtuh dan bocor fizikalnya. Belum cerita kebocoran duit, kos yang melambung. Bila kos melambung, nie akan membuatkan pulangan yang dinantikan pelabur nie rendah. Dengan reform yang diminta demostran nie, pelabur akan menjangkakan ekonomi yang lebih telus akan dilaksanakan dalam sektor kewangan di Malaysia termasuk sektor perlancongan semua. Bila telus, tau tuan director syarikat tak boleh guna duit syarikat sesuka hati, dah tau pinjaman 6 billion patut boleh jana untung lebih dari 1 billion, tak macam kat felda, pinjam duit rakyat(KWSP) 6 billion, report profit hanya 1 billion, wadapak?


2. Bersyukur lah dengan keamanan yang dikecapi. tak payah buat huru hara
One thing la aku nak tanya, ko join demo tue tak? ko tengook tak siapa yang mencetuskan huru hara? Hishamudin hussein pon kata nak keluar video tunjuk bukan polis mulakan keganasan, now tak publish apapa video pon kan? ko tengok berlambak video kat youtube yang lebih berkualiti dari video sex anwar ibrahim, bukti terang jelas dan nyata lah.


3. hantar memorandum buat apa nak ramai2?
Tue 1 je, nak tunjukkan sokongan rakyat. Pastu korang pon persoalkan, kenapa tak serah waktu perwakilan bersih jumpa YDP Agong? Let me ask you back, kenapa YDP Agong tak mintak terus kat perwakilan bersih waktu tu mengenai memorandum nie? Takkan Agong tak tau nak hantar memorandum nie? takkan Agong takut dengan perwakilan bersih 2.0?

4. Demo adalah jalan yang salah, gunalah jalan bertul kat parlimen ke hape
Woit, ko tau sistem Negara Malaysia macam mana? Speaker dewan kerajaan lantik, spr kerajaan lantik, hakim kerajaan lantik, polis kerajaan lantik. tau apa maksudnya? mereka ni kerja makan gaji dengan kerajaan lah weh! Bawak ke parlimen pon jumpe orang kerajaan jugak. Macam kes Palestin boleh bawa kes ke PBB sebagai badan bebas jaga keamanan dunia kononnya, tapi tau tak siapa bayar gaji PBB nie? siapa yang tentukan kelayakan masuk menganggotai PBB? Seems, kalau Palestin buat report, tak gunalah. Samalah macam kes nie.


5. Ini perhimpuanan nak lagakan orang melayu dan islam
Lalu berderaulah darah si tukang silat mengasah parang untuk turun padang. Kata seorang mahagurus, dia tak mampu kawal emosi anak muridnya. Shit, kalau tak leh kawal anak murid, sesuai layak ke kau jadi mahaguru lame arse? Better ko letak jawatan lah bagi orang lain pegang, Macam felipe scolari tinggalkan Chelsea sebab dia tak bleh kawal orang macam Drogba@DOGba. Barking around. At last, entah mana mahaguru dan anakmuridnya turun? orang cina and india still banyak lagi turun, siap peluk sama2 dengan orang melayu marhein. Maybe guna ilmu halimunan yang orang tak nampak sebenarnya ada 15,000 ahli silat waktu perhimpunan haritu.

Lastly, perhimpunan nie sebenarnya mengenai rakyat marhein. Mengenai golongan yang dah muak dengan perangai orang kaya yang cuba tanam cita cita kat orang Miskin supaya kerja rajin dapat duit banyak boleh beli barang GUCCi, PRADA dan Ralph Lauren. sedangkan orang miskin tue berusaha sekuat mana pon tak mampu jugak nak dapatkan barangbarang berjenama hi- Class kononnya nie. Nie sebab golongan bangsawan yang perintah kat atas dah terlalu selesa sampai ada rasa 'Pilihanraya depan confirm kita menang' 
Itu yang buat golongan bangsawan nie mentadbir macma bapak dia punya harta. Nie lah masalah sebenarnya. Masalahnya bukan orang cina atau melayu yang memerintah tanah melayu nie. Kuasa politik kata orang milik melayu. Tapi kenapa what the ball in this world, orang melayu jugak paling mundur dalam Malaysia nie? yang ada selalu disebut pon Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary je? dah la kaya, dapat projek banyak pulak. Memang dia soranglah kaya. Nie bukan sebab Melayu malas, tak rebut peluang, tapi melayu dah duduk sangat senang dalam ayat 'tolong melayu', 'ketuanan melayu', Dan diapikan kononnya cina nie nak merembat semua harta yang ada. Ko tengok bila orang Bangsawan melayu nie jadi PM, sape kaya? b4 dia turun, tengok anak2 diaorang camna sorang2 ada company masing2, kalau company kecik takpe, nie yang besar beasr macam CIMB, ade company anak nak bungkus pun boleh dapat projek.

Kita nie dah dimanipulasi sistem lah bai. Kau ingat kalau ada undang undang pemain skuasy negara kenalah orang melayu menjadi wakil, player badminton kene ambil melayu, ko rasa malaysia akan ada terus peluang macam sekarang tak dapat gelaran no. 1 dunia? Nak pilih nie ikut performance lah bai, dan inilah contoh sekular, bangsawan memerintah malaysia sekarang takut sekular sebab ini, sebab mereka tahu, kalau tak rakyat jadi sekular, habislah parti2 berteraskan kaum nie!.

P/s :When Malaysia want to stop their paranoid chicken head ambitious minded?

Sekian
Panglima Muda Ahmad Chin

                       

Monday, May 30, 2011

Subsidi subtodi sub sub sub



Well, gua akan jejakkan kaki menjadi buruh esok, yap, nervous gila kot. Selama nie bila cuti panjang gua lepak umah dengan kawan, dengn niat nak teman mak gua kat umah. Then tiba esok yang undang kelainan dalam hidup nie, serius ly gua rasa tak selesa and tak sedia. Anyway, try to be excited, dunia buruh pasti ain, dunia nie akan lebih banyak cerita pasal ekonomi, beljar menervices company lain. Pasti gua akan mula guna dan pikir pasal subsidy, subtodi and and sub sub apa tah lagi, anyway, gua bersyukur lagi sebab still duk kat umah gombak dan bukan menyewa sendiri.

Cerita subsidy nie cerita yang panjang, dari sejak penubuhan Malaysia. Okay malaysia sebagai pengeluar terbesar petroleum by petronas, gua tak nak labon pasal petronas untung banyak kalau harga minyak dunia naik, tak nak melabon pasal rakyat bising subsidy turun, si pembangkang yang putar jadi isu politik, damn, aku jugak tak suka bila fikir mak aku asek merungut subsidi nie diselaraskan. Apa tu laras? maybe pistol laras kot, dilaraskan untuk sedia tembak dan membutthurt kan manusia lain.

Siapa belajar ekonomi mesti tau, petroleum nie adalah sumber yang akan habis, sumber yang tak boleh diperbaharui, cukup lah anwar cakap banyak pasal jumpaan galian baru, the things is, dunia nie dahnak tamat tempoh, isi dia akan kehabisan, bumi nie bukan jantan boleh romen dengan bumi betina lalu hasilkan anak bumi yang ada petroleum yang fresh, bumi ini satu, dan kan tamat, macam ustaz dan ulamak cakap, dunia dah nak kiamat. So, gunalah fikrah,use ngv, public transportation sebagai alternatif,kalau tak sedia,cuba bayangkanorang malaysia yang tengah gila kete sekarang, satu hari nanti petroleum abis,nakbuat besi buruk apa kete korang tue?Dalam kesesakan, plese,be kreatif and inovatif. Then Goment shouldsupport, tak perlu hangat2 taik ayam macam cerita nak popularkan NGV, at last, mana tah tong NGVpergi, gntung tak bertali cerita NGV nie.

Point Muhyidin yassin pasal masyarakat subsidi tak berkembang serius point yang tak guna, point yang lemah dan boleh ditibai balik. Subsidy kalau guna elok2 dengan saluran yang baik,aku yakin gila Malaysia nie akan lagi maju dari sekarang. Tapi tengoklah, bila zaman mahathir memprivatis kan TNB untuk beli tenaga dari IPP,de fak? ini ikut cakap ronald keegen :
'Privatize menambahkan kecekapan'

Lalu, kerajaan pon rasa memang patut amalan privtasi nie dengan alasan tak mampu tampung lagi and nak elak pembaziran, Weh, kamu pemegang saham dalam syarikat nie, kamu bukan managing director.Jangn main tipu. Pernah tau pasal IJN nak diswstakan?tapi tak jadi sebab time tue rakyat sendiri tak setuju, kalau swastakan, menteri dapatlah khidmat free dan percuma, tapi macam na dengan pakcik pakcik, makcik2 yang jatuh sakit? nak dapat rawaan asas pon kene bayar mahal?de fak?

Macam tenaga elektrik, minyak, nasi, gula, nie semua kemudahan asas, dan keperluan,kalau tak da benda benda nie, kau boleh mati sebab kau memang perlukan. Then, malaysian must be fuck up, bagi aku benda asas nie totally need to be govern by government, for public interes, bila kau swastakan, matlamat dia untung dan naikkan saham pelabur, then, kau akan rasa kenapa CEO SYabas can get almost 5 juta a year hanya dari gaji dia 500,000 sebulan. Sebab tu, kerajaan Selangor nak amik balik syabas, dari privatasi nie, akan bawak mudarat lah dude!

Balik kepada cerita petroleum, kita kena set kan dalam minda, gunakan lah fikrah, cakapkan yang petroleum are reaching its limits, kalau pakatan naik pon, petroleum tetap akan habis. Anwar ibrahim takda magis untuk naikkan sumber petroleum bawah laut. Dan harga nya tetap perlu dinaikkan sebagai penyelesaian terhadap permintaan.But, bukan aku bulshitting suka gila babi subsidi di selaraskan, kerajaan pon should play the role. Cukuplah mengkayakan kroni, dah banyak sangat harta dirembat. Cukai korporat juga boleh jadi inisiatif baik untuk tampung subsidi nie. Nak naikkan harga gula yang semua orang perlukan, instead, apa kata naikkan harga arak sebab itu bawak keburukan kan?limitkan harga minimum arak kat kadar lebih tinggi then cukai korporat di'up'kan. Then, this time lah jugk, baiki balik segala kebocoran aliran wang, tak payah beli lettop dengan harg 10000 sebijik yang harga dia penguna boleh dapat dengan 2000 + je. Membazir! thats the point.

Internal control,independent people. Itu yang kita perlukan sekarang kalau nak baiki kebocoran nie. TAk semestinya berjubah dan berkopiah,bertali leher,  tapi bebaskanlah institusi macam sprm,pdrm dari cengkaman goment. Its enough, Nak wujudkan rakyat yang tak bergantung pada subsidi, goment shouldplay it first.Bebaskan badan2 yang tugas dia jaga rakyat. Media,sprm,pdrm,mehkamah. Kalau badan2 macam nie still kerajaan lantik si ketua dan bayar gaji depa, macam na diorang nak buat kerja lebih telus dan profesional,
 then kawan ku penah cakap, gila orang kerajaan nak lawan and buat keputusan tak sama kerajaan?
Hilang nama kau dalam slip payroll kerajaan nanti
Again, its about money and money, kebergantungan money
Sebarang majls fatwa dan agama juga should be independant loh!. Baru diorang leh keluarkan fatwa yang lebih cool dan bagus, barulah boleh cakap rasuah dan membazir itu haram dan amalan syaitan.

Then it should be the end of SUB! sub kontraktor itu semua juga melahirkan kebergantungan,yang amik untung atas angin je, yang bawak beban, yang menyebabkan kementrian kewangan luluskan 4.6billion flow untuk projek PKFZ yang tengah bicara sekarang ni.  Bukan nya menamatkan kontrek dengan syarikat yang bekalkan keperluan asas.
Can government tax more on toto and judi? kat genting highland tue? any kind of Berjaya Tan company?

Bila berkapitalis, jangan lupa pasal gaji, kapitalis yang ajar, kau nak berak pon kene bayar 30 sen,apatah lagi nak dapat khidmat perubatan. Comon goment, sila naikkan gaji, thats the point paling penting. Point yang akan selesaikan kemelut dalam kapitalism economic nie, bukan turunkan cukai korporat je tiap kali bentang bajet, taraf gaji minimum patut naik,kata nak ikutAmerika, so ikut fully lah, diorang memang barang mahal, tapi bila dikirakan dengan taraf gaji rakyat marhein dia, pak guard pon still ada effort datang kerja naik kerete banding jaga kat malaysia yang sayangkan hondaC70,gaji pakcik jaga sana  pon setaraf dengan lecturer kat malaysia.


P/s : Its hard to live in world of capitalism, just like when u got no money, dont hope for any kind of Jessica Alba.

Wrote by :
AnakMudaDiary @ P.M.A.C

Saturday, April 30, 2011

Kesah Sumpah

Situasi 1
 
"woi achik, kenapa kau curik basikal ajib?"
"mana ada achik curik, mana tau achik curik?"
 "kalau achik tak curik achik sumpah cepat, tak berani?"

"hah gagap la tue?nampak sangat"

"Achik sumpah, demi Allah, kalau achik curik achik kene panah kilat"
"macam tipu je achik, sumpah betul2, tak baik main sumpah"
"Ya  ya abg kay, achik sumpah, demi Allah achik tak curik"
"Tu kenapa 5 jari sekali angkat 4 je lah"

"Alif Lam Lam Ha, 4 je"
"ye ye, 4 la nie,"

"Tak baik main sumpah tau achik, nanti kene makan sumpah!"

Okay, abg kay percaya kat achik, kalau ade cite pape pasal sape curik basikal, bagitau eh.
Okay abg kay


Achik berlalu pergi, dalam hati dia dalam simbolik jari nie, satu je betul, untuk abg kay, that is middle finger

 Situasi 2


'Dengan ini aku bersumpah sayang, akan berkahwin dengan mu, memelihara maruah mu, dan cinta kita sesungguhnya demi Agama kita, Allah, etc' kalau tak abang kene kilat sabung menyabung

Faggot, perlu ke bersumpah? katakan nanti tiba2 kau mati awal sebab ko tak pernah fikir nak cari sesuap nasi untuk diri kau, kau rasa mayat kau tu kene sambar petir tak?. kau curang dekat awek kau, then tinggalkan dia macam tu je, kau rasa akan disambar petir? ada kisah lagi tak pasal sumpah nie, sumpah nie alat mainan je, try tanya sesiapa, aku tak suka bersumpah, bukan sebab aku takut kene sambar kilat, tapi banyak lagi cara baik nak buktikan kata2. Bila kau asek bersumpah kau rase orang akan terus percaya kae dah sumpah tu? Dunia nidah berteknologi lah bro, teknologi lagi pamerkan kebenaran dari sumpah seranah tue, dont act like u r so suci, actually u jus say shit while sumpah.Bangang!


Kisah abg kay dan achik atas tu, agak agak, kalau abg kay terus percaya apa achik sumpahkan, achik maknanya dah bertaubat ke?Tak, aku bet achik akan lagi syok buat perkara sama mencurik sana sini, nak lepas? dengan sumpah demi nama Allah, wal, al dulusi, majusi, dah, dia dah dibuktikan tak bersalah. So sad, playing shit with God name. 


Aku rase semua korang pernah bersumpah macam tu, waktu kecik aku pon pernah bersumpah macam tu, demi Allah, wallahi,lagi banyak term sumpah wktu kecik dulu aku tak ingat, dan aku tak sangka, dah zaman berteknologi ade kamera sisi, recorder, mata otak akal, kau still nak guna unimagineable logic bodoh dengan percaya, "dia dah sumpah, betullah tu, kalau tak dia ada la dapat pembalasan", please, tu masalah bani Melayu nie tak maju2 lagi. Biarlah tu jadi mainan budak kecik je, orang kat mahkamah yang pegang Al Quran tue pun boleh menipu. Kepada Sumpah believers, please, dunia nie dunia untung, sumpah tu kalau boleh buat duit, bawak untung, memang orang akan bersumpah. Ni lah yang aku selalu cakap, kau hidup dalam dunia kapitalis, kau kena berjaga dan fikir, faham, bukan hanya terima, setiap kata orang, ada matlamat, dia bukan cakap kosong, ada yang akan dapat projek berguni, ada yang akan dapat duit, ada yang tiba2 jadi kaya, orang yang betul bersumpah nie patutnya kena bersedia dibuang negara kalau dia menipu, bukan senyum2 kambing sebab dapat duit masyuk.


Kebenaran? hah, kalau sumpah nie boleh diterima macam tu, aku dengan suka hati menjemput para perogol,perompak,pencuri,perasuah, ko pergi lah masjid negara ke, mungkin lebih afdal, kau buatlah sumpah lahanat,
Aku bersumpah, wallahi, watallahi, aku tidak melakukan perkara macam mencuri, rogol, tikam orang, rasuah, tolak orang jatuh bangunan, kalau aku tipu, aku akan disambar petir.
Percaya lah, kalau golongan sumpah believers nie ramai, kau akan selamat dengan sumpah teragung dan lebih afdhal kat masjid negara banding buat kat Masjid Sentul.


Oh, kat dunia nie perlukan akta baru


Akta Sumpah Seksyen 22d4
  "  Maka sesiapa yang bersumpah dengan suci hati menggunakan nama Allah dan sedemikiannya adalah dia adalah benar. Tiada yang menipu, melainkan yang benar2 belaka. "


Owh, bank dunia juga mungkin perlu bersumpah mengatakan ekonomi Malaysia nie tengah merundum sebab PM najib cakap ekonomi Malaysia tengah berkembang. Orang lain pulak cakap, bank dunia adalah bank freemason. KAh kah kah kah


Hidup atas Usaha, bukan sumpah. Akhir kata.


P/S : Dari aku bersumpah setia cinta awek aku, baik aku belikan dia sebidang tanah sebagai pelaburan masa akan datang, sebab value tanah sentiasa meningkat macam kasih sayang kita. (c.Y. TAn) :)




Cerita Bohong
AnakMudaDiary @ P.M.A.C

Monday, October 11, 2010

AnakMudaDiary : I have a vision


'I have a vision, to achieve and build the world without barrier, without discrimination of gender and races. This world create for one who love peaces and harmony among diffrences, not only in one community, but maybe in one or two thousand community,we had the history of Malcolm X,the black fighter for reject the discrimination, reject aparteid style, not only Black people, but also for white people who are came from difficult family at that time, same issue arise in Malaysia, but diffenrent 'tokoh' with different objective to fight. In Malaysia we had him, ibrahim ali of perkasa,who could do anything fight for malay again 'ghost of pakatan'.So will my vision be achieve?or Vision just vision that unachievable as we study in management paper' @ P.M.A.C


Salam, setelah lama meninggalkan penulisan mengenai sesuatu ini, saya datang lagi membawa cerita baru. Yang mana,cerita ini memang direka, cerita ini mengenai kehidupan seorang anakmuda yang inginkan peace dan harmony, menolak diskriminasi dan mencintai integrasi.


Ya, visi saya seperti yang tecatat diatas, dalam bahasa mudah, hidup tanpa diskriminasi kaum, gender atau faktor demografi lain. Namun begitu, hidup Di Malaysia yang ditinggalkan oleh penjajah British sememangnya membawa kesan.Biar aku cerita sejarah sedikit, dahulu kita ditinggalkan dengan melayu dikawasan kampung, cina di kawasan bandar, india di kawasan kilang dan estet. Ya, aku tidak lahir diwaktu itu, aku tidak mengalaminya. Tapi percayalah, aku cuba mencari penyelesaiannya. Kita ditingalkan british untuk memerintah sendiri, tak dinafikan merdeka yang kita peroleh, hari Malaysia yang kita sambut, tapi sebenarnya amalan ini masih berterusan hinga ke hari ini


Kita diperkenal kan dengan dasar ekonomi baru,dasar yang mahu merapatkan jurang pendapatan orang dibandar dan kawasan kampung, specifically, Melayu dan china. Adakah dasar ini juga racist?fikirlah sendiri. Setelah 50 tahun kita merdeka dan melaksanakan dasar ini, kenapa dasar ini masih tidak mampu di capai?apa kesilapannya? benarkah ayat2 racist seperti hantu china?cina kuat tipu?melayu malas?tolong melayu adalah alasannya??BAgi aku tidak, sebenarnya adalah Melayu tipu melayu.Thats all.DEB satu dasar yang diperkenalkan khas untuk menolong orang melayu. biarlah aku lancarkan kritikan ke atas dasar ini


1. Mengapa hingga hari ini, 30% ekuiti melayu masih belum dicapai?
2. DAsar ini hanya bercerita mengenai melayu di luar bandar, bagaimana orang cina susah diluar bandar?bagaimana orang india kempunan di mana mana?
3. Dasar ini ternyata dikata melahirkan usahawan melayu, TAn sri mokhtar, dan 1,2 lagi usahawan melayu. Tapi kenapa hanya syarikat tansri mokhtar dan 2 3 usahawan nie sahaja mendapat tempat kekayaan yang tinggi,Katanya ingin merapatkan jurang orang kamppng dan bandar, tapi, kelihatannya, orang melayu seoranng nie sahaja yang dikayakan
4. DEB bukanlah dasar yang salah hematnya, tetapi disalah gunakan.,kenapa? sebab hanya orang dibandar sahaja yang kita lihat meikmati dasar ini, ya memang ada orang lkampung dapat bantuan mara dan sebagainya, tapi besar mana bantuannya?Sebab itulah orang melayu di bandar bertambah kaya, di kampung pula miskin merana.

Mungkin akan ada kata aku tidak bersyukur atas nikmat yang aku dapat, jawapan aku tidak, aku tetap bersyukur, tapi aku melahirkan rasa kasihan kepada orang cina yang juga susah, orang india yang menuntut janji, dan orang melayu yang terus ditipu.  Ini semua berkaitan dengan visi aku, world without barrier atau sempadan. DEB adalah langkah awal kita dulu untuk mencapai gagasan ini, so, do remember, the first ste also count in a way to achieve the good result!

Hari ni, ramai menggunakan isu racism, untuk menarik perhatian kaum lain, dan untuk menyatakan bencinya kepada kaum yang digelar pendatang ini. Nampaknya ada juga lupa, tanah ini bukanlah 'tanah melayu',ia hanya nama, haknya adalah di atas sana,yang menetapkan segalanya. Orang kita juga menghadapi sindrom, di mana, kaum cina dan india kini diibaratkan seperti hantu menghantui orang melayu, sperti cerita hantu, hantu membawa mati, hantu membawa bala dan kemiskinan. Orang yang sama timbulkan cerita hantu,orang yang sama juga cuba menjadi penawanya. 


Berbalik kepada visi aku, mampukah ia dicaai di Malaysia. Aku akui aku menyukai pemimpin seperti Lim Guang Eng, Gobalakrishnan, Nik Aziz, dan lain yang jarang menyebut mengenai kaum yang dianuti mereka sahaja. Golongan ini begitu colourblind sekali, maksud aku disini, tak memandang gender sebagai satu perkara yang besar untuk dititik beratkan. Ya, aku tahu ramai akan kata, tindakan mereka adalah politik, politik untuk mengambil hati orang lain demi kepentingan diri sendiri. Tapi biar aku beritahu, tindak tanduk PM najib sendiri juga ppolitik, turun naik harga, 1 Malaysia, majlis hari raya rumah terbuka, raikan perayaan kaum lain, dakah itu bukan politik?itu juga politik supaya sokongan terhadap kepimpinan sekarang dapat dikekalkan dan menarik sokongan baru. Tindakan ahli parlimen mana mendekati pelajar, itu juga adalah politik supaya sokongan kepada mereka diteruskan untuk mengharungi pilihanraya mendatang.


So, politic is not big issue, the issue is our style of think, do we democration enough, adakah fikiran kita sudah cukup terbuka untuk menerima persamaan dalam kelainan? Issue ini adalah isu global, sesiapa memiliki demokrasi pemikiran, pasti memahami maksudku ini, mana2 isu yang ditimbul, pasti daapt dielak dan diselesaikan dengan penghasilan pemikiran yang demokrasi dan terbuka. Tapi problem di Malaysia adalah, suara rakyat kini dihadkan, suara berkepentingan tertentu sahaja di war warkan, mahasiswa kini disekat, dihantukan dengan pemikiran bahawa mahasiswa adalah belajar, tapi deme terlupa bahawa politik juga adalah salah satu mata pelajaran. 


Visiku ini, mungkin hanya tinggal visi diakhir hayatku, tapi aku sentiasa berdoa akan ada pemimpin yang mampu mencapai pembinaan gagasan ini, ada pemimpin yang akan hapuskan jembalang cina dan india yang ditangkap muat untuk takutkan orang melayu,  aku juga tidak lupa berdoa semoga pemikiran kita juga akan lebih bebas tapi dengan had yang islam bataskan. Aku namakannya 'visi', kerana visi adalah Direction of organization, that lead to achieve the objective. Mungkin Visi ini sukar dicapai, tapi cukuplah sekadar objektif untuk mencapai kesepaduan kaum dicapai, aku jealous melihat orang indonesia yang bergaul bersama tanpa sangsi islam atau kristian, warga dari china yang juga begitu, adakah akan wujud keaadaan ini di Malaysia? Jawapan itu akan ada dalam kepala yang demokrasi!


Sekian
AnakMudaDiary @ P.M.A.C



Tuesday, August 24, 2010

Isu Khutbah Jumaat Masjid Pulau Pinang : Pandangan Saya

Assalamualaikum w.b.t

Setelah lama tidak menulis ayat2 bertemakan politik, hari aku menulis balik pasal politik pasal berita mengenai khutbah jumaat di pulau pinang. Yang mana media stream tempatan sibuk duk cerita isu nie yang rata rata tajuk depan


'DAp kuranghajar,biadap,tak hormat agung'


Sebenarnya ceritanya lebih kepada boleh ke kita doakan kesejahteraan orang lain yang bukan beragama islam?okay. Persoalan tu aku tinggalkan dulu, sekarang kita pergi tengok betul ke DAP nie kuranghajar? Aku terbaca isu nie dalam main stream media kata 

'Nama Lim Guang ENg disebut menggantikan nama YDP Agong dalam teks ucapan khutbah waktu solat jumaat.TEks itu telah dikatakan ditukar nama agaong kepada nama MB yang sekarang dan merupakan seorang cina.'



Okay fine, ramai gak yang kangkong terpengaruh dengan berita macam nie. haha.Kalau aku jadi main stream media aku akan buat tajuk nie :


1. Orang melayu islam sengal
2.Orang melayu islam pelupa
3.Orang Melayu Islam mudah kene tipu


                                       Kalau Macm gambar kat atas nie, apa hukum dia?boleh ke?

Mana taknya, andai kata benda nie betul2 berlaku, betul lah kiranya pertukaran teks ucapan khatib membaca khutbah tue, dan khatib hanya ikut saja, terlalu lah ketara bahawasanya orang islam melayu  kat tanah melayu lagi teruk dari kerbau yang dicucuk hidungnya! Dengan hanya tukar teks, kalau dah tau benda tue salah kenapa pergi ikut lagi?So, pikir balik, DAP kuranghajar ke ada orang bodoh atas dunia nie? SOry, aku guna bahasa kasar sebab aku rasa peristiwa nie cukup merendahkan martabat islam andai benar2 berlaku. Secara Tak Lansung, nampak sangat lah kita nie hanya reti membaca je, memahaminya?entah. Membaca, tak paham, macam mana leh jadi guru yang baik kepada yang mendengar khutbah?


Susulan itu, Mufti perak terus keluarkan kenyataan, 'Orang Islam Haram untuk berdoa untuk orang Kafir'. Nie ape punya tuurr??dia nie orang berilmu ke orang bakhil ilmu? Sifat macam nie dalam agama hanya membuatkan orang lain meluat dengan agama islam, orang lain akan rase ,'Oraang Islam nie bajet bagus'. Padahal, yang men judi, yang minum arak, yang tokey lesen judi, tokey kelab, semua ade orang islam gak. Orang melayu gak ada semua tue, kan ketuanan melayu, semua adalah.haha.Islam tak pernah larang kita doakan pemimpin yang bukan islam, antara doa yang diajar

 1.Mendoakan orang tu dapat hidayah untuk peluk islam
 2.Mendoakan dia bahagia atas kebaikan yang dia buat


Aku juga berdoa untuk orang non-muslim
mereka bersopan dan adab bersamaku, aku doa
Mereka berlatih puasa dan berbuka bersama, aku berdoa
Mereka tolong aku, aku berdoa
Mereka bekerja denganku, aku berdoa


Ini satu dosa ke? Kalau ini dosa, samalah islam dengan agama kristian, yahudi dan lain lain. Berdoa adalh senjata umat islam, doa adalah sesuatu kelebiha buat umat islam. Dalam kes atas ni, masih tak da lagi bukti kata kat masjid tue memang disebutkan nama Lim Guang ENg, tapi juak2 yang dengki dengan kepimpinan LGE yang membuat berita dan menghembus semangat perkauman. DEngan alasan kononnya mempertahankan intitusi diraja, YDP Agong, konon mempertahankan dan tunjuk mereka adalah pejuang islam. 


Bagi aku mudah, kalau pemimpin kita agung ke, Pm ke, melayu ke, islam ke, kene gulingkan jugak.!Aku lagi suke nak tau, apa agaknya hukum mendoakan orang kat bawah nie, Mufti Perak!Sila Jawab!

Andai nya mereka nie pemain rasuah

Andainya mereka nie pemain judi
Andainya mereka nie hanya lepak dan bersemayam tak bekerja
rakyat penat kerja bayar tax dapat duit kat diorang
Andainya mereka ini kayakan anak bini mereka je
Andainya mereka ini, nama ketua islam, tapi bila isu islam
membisu macam telengong
Andai mereka ini ada rumah berjuta RM kat luar sana@negara
Andai mereka ini berbelanja kuat pakai duit rakyat
Andai mereka suka rembat harta rakyat
Andai mereka nie tiup api perkauman
Andai mereka nie kerja bermain perempuan untuk kepuasan

Orang orang kat atas nie bagi aku yang kita tak boleh doakan kebahagiaan diorang. Orang kat atas nie lah patut nya kita minta mereka dilaknat sebab mengambil hak orang lain dan hak rakyat.Okay, Rumusan aku ley wat kat sini, ade dua cerita,


1. Kalu betul benda nie jadi, marahlah pada khatib tue dulu!Sebab hanya baca tapi tak mmahami
2. Kalau la benda nie tak jadi, doakan lah untuk orang2 yang baik, tak semestinya dia islam sahaja, janganlah doakan orang yang suke rembat harta panjang umur, jangan doa mereka lebih cepat kaya, jangan doa mereka hidup bahagia walaupun mereka itu adalah Melayu dan Islam!

Sebenarnya ini lah politik. Mereka akan buat benda yang benar tapi lain dari kebiasaan menjadi salah. Termasuk lah si mufti tadi, dia tak pula bising apabila gambar banner macam gambar kat atas tue keluar, tak sebut pun?haha.Sepatutnya, tiada nama perlu disebut dlam teks khutbah, cukuplah dengan menyebut 
'sekalian pemimpin dan rakyat', nie lagi islamik, sebab di depan Allah


Kita adalah sama
tak da yang nampak miskin, 
tak da yang leh pakai mahkota nak tunjuk dia power
tak yang pakai tie untuk tunjuk dia nie beretika
tak ada yang boleh kata 'aku berkuasa'
tak da lagi cerita politik depan Allah nanti
tak da lagi ketua agama islam


Semuanya sama, yang membezakan adalah dosa dan pahala dikalangan semua.Bukan kerana aku rakyat, kau pula PM, MB, RAja,Sultan, Presiden FAM, then kita akan berdiri dan menghadap kiblat yang berbeza. Tak! Kita sama dan serupa!


Sekian
AnakMudaDiary





Saturday, July 24, 2010

Apa Yang AnakMuda mahu dalam sebuah sistem pendidikan

assalamualaikum w.b.t

Kita berjumpa lagi sekalian readers. hari nie aku bawak kan sedikit buah pemikiran untuk kta kongsi bersama. idea tulisan nie tercetus dari borak2 dengan rakan dan sahabat handaik. Susulan dari intitut pendidikan yang aku duduk banyak buat projek TERGEMPAR waktu sem baru ni.

Aku borak dengan kawan aku haritu, bercerita mengenai sistem pendidikan kita.Terjumpa jugak status Fb di page kawan mengenai pendidikan,bunyinya macam nie

'Teringat kata-kata ini, "dalam menuntut ilmu, jadilah seperti anak kecil yang mempunyai tahap curiosity yang tinggi, sering bertanya dan bertanya'

Statusnya simple,tapi kalau korang peka korang akan rase, itu adalah tempelak kepada cara kita dididik sebenarnya,Biarlah aku mula dari zaman sekolah, sekolah?apa tu?tempat kita belajar yang mana KEPatuhan pada guru amat dituntut. Mak ayah pun selalu pesan, 'dengar cakap cikgu.Cikgu pula sering mengancam dengan memegang sepotong rotan atau lebih biasa dengan panggilan 'roti panjang.haha. dalam sistem kita, sifat curiosity akan menimbulkan rasa tak senang duduk pendidik sebenarnya. Dengan anak kecik telah diubat mengenai kepatuhan dan taksuban pada cikgu/pendidik. Dengan itu, memang tak kesah, kalau bila dah keluar sekolah, seorang murid tue takot untuk bersuara dan meluahkan pendapat sendiri.Alik2 murid tue jugak yang dimarah sebab tak lancar betutur dan tak berani melontar pendapat dan idea baru. Mak ayah pun terlupa mereka yang ajar anak mereka supaya 'pendamkan isi hati dan idea yang nak diluah kan.

Sampai ke peringkat u, pening dan ada yang tergelaklah golongan lecturer yang mengajar. Apabila di ajukan soalan kedalam kelas, mahasiswa/i akan terdiam kerana terbiasa, bukannya sebab hanya disuap ilmu dari dulu, tapi sebabkan mereka da diajar supaya berdiam diri. Negara sentiasa mengimpi idea baru dari mahasiswa/i, tapi macam mana kalau pengajar masih terikat pada skema jawapan?skema jawapan is the only fact, not the real situation, ini buatkan individu akan takot untuk mencuba sesuatu yang baru kerana 'baru' itu adalah salah!haha. jadi macam mana nak lahirkan tenaga kerja yang kreatif dan berfikiran kritis dan jauh kat masa depan?kesian mahasiswa, akhirnya mereka sendiri di dumb dan di marah.!

Jadi, apa yang kita mahu?dalam sebuah sistem pendidikan, terlalu 'straight' akan jadikan seseorang seperti askar, ikut ckp tuan sahaja, sepatutnya adalah lebih fleksible. Menuntut ilmu bukan sahaja mengikut ckp cikgu, tapi jugak ikut pengalaman hidup yang dialami dan logik pemikiran yang boleh dicetus. Bila pelajar berjaya mengusai suatu pemikiran logik, akan tercetus lah pertanyaan yang membawa kepada idea2 baru. Ya betul, pioneer untuk suatu imu adalah perlu diingati,tap bukan untuk ditaksubi. Sistem perlu ada matlamat untuk melahirkan pioneer ilmu yang baru! Skema jawapan juga perlu dilonggarkan. supaya dea yang betul dan dicetus dapat dimangkinkan. Jawapan yang bedasar logik akal juga perlu dikira sebenarnya, asalkan bukan logik yang mengarut dan melalut.


Contoh: kenaikan harga barang asas dan pelarasan subsidi, logiknya perlu ke orang miskin berjimat untuk barang keperluan?ia bukan barang kehendak, sepatutnya orang yang kaya perlu jimatkan belanja. perbelanjaan yang melampau oleh orang yang memimpin kene turun, rumah rumah berlebihan sampai ada 5 rumah, bayar pada outsider, tue yang perlu dijimat.Logik ke makcik makcik yang ade 9 orang anak perlu kurangkan belanja makan dan tempat tinggal anak diorang?Walhal tue adalh belanja keperluan.


okaylah.tue je aku nak bercerita. pandangan aku dan rakan2 lah.Mungkin ada antara korang yang rasa sistem kita dah grade Akan?terpulang.


Sekian dari aku


AnakMudaDiary





Friday, July 16, 2010

Kenyataan Rasmi Ahmad Shazwan Berhubung kenaikan Harga Barang Semasa

Assalamualaikum w.b.t

  Serta salam sejahtera kepada pembaca bukan islam. Kenyataan ini saya lahirkan setelah dikecewakan lagi dengan tindakan kerajaan yang menaikkan harga barang dalam keaadaan ekonomi yang meruncing ketika ini. Ia mengingatkan saya mengenai kenyataan Datok Idris Jala bahawa Malaysia akan Bankrup menjelang tahun 2020 sekiranya pemberian subsidi diteruskan? Tetapi ramai menteri lain yang mengatakan fakta yang diberi Datok Idris Jala Adalah salah dan tidak bertanggungjawab.

 Ingin saya bertanyakan semula, dengan kenaikan harga minyak dan gula ketika ini menunjukkan kenyataan Malaysia Bankrap adalah salah? Atau kenyataan itu dahulu telah menyebabkan para menteri dan pemilik kereta besar tak senang duduk,?arak yang diteguk sudah berasa rambuta? Lampu bulat di kelab malam suram menjadi lampu pendaflour? Kenyataan itu juga menyebabkan pemidato tidak lagi bercakap 'sedap', suara mereka tersekat dan takut untuk melawan.

 Apa sudah jadi dengan model ekonomi baru PM najib? adakah kesannya yang meningkat yang degembar gemburkan adalh fakta atau tipu untuk memberi kesenangan pada rakyat malaysia? Dalam suatu ekonomi, petunjuk ekonomi yang mudah apabila harga barang naik tiba dalam beberapa tahun, maka ekonomi itu sedang mengalami masalah. Kehabisan aliran tunai, hutang minimbun, dan rakyat menanggung sengsara. Realiti ekonomi Malaysia masih baik atau tidak hanya diketahui para pemimpin besar sahaja, tapi dari tindakan mereka kita juga sudah boleh membuat kesimpulan awal. 


 Kenaikan harga barang dan minyak semalam juga menjadi tanda tidak akan ada pilihanraya mengejut seperti yang di ura kan oleh semua pemimpin politik, Keputusan kenaikan harga barang yang tidak popular ini pasti membawa keruntuhan kepada kerajaan BN pada masa kini yang sememangnya seperti kapal titanic menanti belah. Semua ini sekiranya anda mengikuti perkembangan nya, banyak novel pendek yang anda boleh karang.


Anda boleh agak bila harga barang akan naik, apa tanggungjawab media utama sebelum kenaikan dan selepas kenaikan harga minyak dan gula. antaranya


1. Gula tak baik untuk kesihatan
2. Rakyat Malaysia byk mengalami obesiti
3. Harga gula di Canada adalah murah
4. Minyak sudah habis
5. Harga minyak US meinigkat
6. Pencemaran udara
7. Rakyat perlu berjimat cermat
8. Ekonomi mempu melonjak


Kalau tak percaya anda hanya perlu lihat iklan tv, baca surat khabar utusan dan berita harian. Saya yakin anda akan menjumpainya. This calls CheaTS WITH GooDS. BErjimat cermat? perlu berjimat untuk beli barang dapur? barang keperluan??bagilah teori ekonomi mana yang kata begitu?Yang perlu berjimat adalah YB YB yang pergi melancong keluar negara, yang perlu berjimat adalah menteri yang ada kediaman peribadi di CAnada, yang perlu berjimat adalah Isteri Orang kenamaan yang syok berbelanja di Paris, Beli barangan COACH, yang perlu berjimat adalah orang menukar kereta nya setiap bulan
Yang perlu berjimat apabila ada pilihan raya kecik, jangan lah menaburkan duit rakyat sesuka hati semata mata ingin menang pilihanraya kecil.


Pembaziran dan ketirisan dalam aliran wang kerajaan juga perlu dikurang kan. Skandal seprti 12 billion pkfz??landasan keretapi bekembar, perwaja Steel dan Magnum yang melibatkan puluhan billion tidak sepatutnya ada. Jumlah semuanya menghampiri dan lebih 100 billion, Anda boleh kira Rm 100 Billion yang dijimatkan ini boleh menanggung keperluan subsidi yang dikatakan membebankan kerajaan! Berbanding kerajaan kata boleh jimat hanya RM753 juta setahun dengan pengmuman semalam.


Perlukah rakyat menanggung pembaziran dan perbelanjaan yb yang membazir ini untuk kepentingan yb ini sendiri?


Apabila ada harga barang yang menurun, anda nantikan itu adalah tanda pilihanraya semakin dekat.




sekian


Ahmad Shazwan Bin Abdul Aziz @ AnakMudaDiary

Tuesday, June 29, 2010

Ulamak ke AKu? ke fuulaamaaakkk , kah kah kah



Assalamualaikum w.b.t

Alhamduillah dalam minggu nie dah 2 post aku rentangkan. orang len boleh buat sehari 1 post aku dah meningkat kot sikit nie.okay tajuk kali nie pasal ulamak ke fulaaamak?? Aku harap pada yang terasa tak marah jangan la wt repot aku hina Islam ke apa aru baca tajuk nak buat hal takot memantul pada diri sendiri. Post kali ni berkait rapat dengan post b4 nie cerita pasal anakmuda yang merupakan pemacu perubahan tapi kepala di tembokkan dari bertindak di luar fikiran.

Ulama' dan fulamak?ape bezanya?memg banyak bezanya, tapi aku ringkaskn mudah ulama' nie golongan PENGAMAL ILMU AGAMA yang mereka miliki untuk disebarkan keserata dunia. Fulamak?kah kah kah, nie pulak golongan yang suke buat kejutan! Golongan fulamak nie tak buat apape lagi tapi orang dah bangga sangat dengan diorang nie sebab disangkakan golongan Fulamak nie memang sangat mulia.Kita balik pada ulama', siapa ulama'?Ulama' adalah golongan ilmuwan agama yang mengamalkan ilmu yang dimilikinya serta menyebarkannya. Aku suka tekankan kat sini Ulama' adalah PENGAMAL ilmu untuk mengimarahkan Amal Ma'ruf Nahi Munkar. Ulama; ini adalah cikgu, engineer, akauntan, peniaga atau sesiapa yang berkongsi ilmu untuk kebaikan dunia dan akhirat. Ulama' ada terbahagi Ulama' kecil dan besar. Yang pengklasifikasiaannya di buat bedasarkan ilmu yang mereka miliki dan amalkan.Ulama' adalah ilmuwan yang mana mereka tidak merendahkan ilmuwan dulu seperti 4 teras mazhab,dan ilmuwan islam lain. Dan semestinya ulama' could be anyone who is Islam. Tak semestinya bangsa Arab je, tak semestinya Melayu je, tapi sayang ade si Malaon mana klasifikasi Ulama' adalah orang Melayu dan Islam.Kah kah kah. Tabik Spring Jari Tengah untukmu!

Fulamak nie golongan berilmu tapi tak suka beramal dengan apa yang dia ada. Golongan fulama' nie adalah golongan yang semakin ramai di setiap pelosok dunia. ilmu mereka nie memang banyak!! tapi sayang... diamalkan tue??entahlah.... Golongan fulamak nie mengaburi mata manusia dengan ilmu yang dia ada. DENGAN HANYA BERSONGKOK HITAM DAN BERBAJU BATIK BELAJAR DI MESIR SYRIA AL AZHAR, kita pon jadi bodoh dengan memuliakan mereka dengan panggilan ulama'. 1 lagi, Fulamak nie golongan yang memikirkan Ulama' yang berilmu ini tak perlu terlibat dengan dunia. Mereka akan kata ulama' hanya duduk berzikir, berdoa, dan tegur sahaja. Mereka dan media claim golongan nie adalah ulama'!!HOIH! kepala bana apa nie? Sepatutnyaa ulama' nie lah golongan yang patot ditolak keatas bukan dibantutkan di bawah!. nie lah aku kata ilmu cedokkan barat yang masuk dalam negara kita nie. Hanya orang yang kompetitif, BErbaju Batik, Berkod Dan bertali Leher sahaja mampu menjadi Presiden, Perdana menteri, manakala golongan ulama' islam, paderi kristian semua ditolak ketepi! dan kita semua tau memang minda kita di Malaysia nie dah diterap dengan pemikiran macam tu. Padahal mereka nie yang membawa pemikiran sosialis yang mementingkan kesejagatan umat. Dah kenal kan siapa fulamak dan ulama'? Harap2 lepas ne tak tertipu sangat dah

Ada visitors cabar aku untuk ulas mengenai 40 orang muda memasuki UMNO. Ulasan aku? Sebahagiannya dah ade dari bahagian atas nie. Bagi aku, kalau macam tue setiap lepasan Al Azhar semuanya ulama' ke?untuk dapat title ustz, maybe yes but not for Ulama'. Ulama' adalah golongan pemimpin. Dan Title ulama' nie bukan barang murah macam title Dato' hitu n dato' hini untk dibeli dan di anugerah pada sesiapa je. Title nie lagi tinggi dari tue. Dan sesiapa terkejut dengan berita macam te??sorry, they not worth it. Jangan lupa dulu pun Umno pernah ada imam masjid nagara ustaz firdauz? ustazah television, Dr. Masytah yang mana name diorang memang 'gah' pada waktu tue kan? Sekarang entah hilang kemana agaknya kan??sorang cite pasal undi pos, sorang cerita pasal perlacuran yang dibenarkan. So no matter la. cerita pasal 40 orang nie hanya media perbesarkan supaya nampakkan Islam yang kononnya dibela dalam sebuah parti Melayu!. Bila fikirkan ulama' berjuang atas dasar sosialis islam. yang mana kau nie islam atau tak tak kisah bangsa pae, andai itu hak kau itulah hak kau, dan siapa berusaha lebih dialah yang dapat. Bila mereka masuk dalam sebuah parti yang bertuankan MELAYU!, mampukah mereka digelar ulama' lagi sedangkan prinsip asas perjuangan pentadbiran dalam Islam sendiri pun mereka tak dapat patuhi

Ape pun aku harap andai mereka benar ingin bawa perubahan, tegurlah rasuah yang berbilion. tegurlah mereka yang suka menipu dan tegurlah golongan yang racist tu! Dan aku berdoa perubahan akan terlihat andai perjuangan 40 orang nie benar dan tak hanya seperti kisah teladan Kasiim baba dan 40 Orang Penyamun! kah kah kah

p/s : amat baik sekali penyertaan oleh golongan muda ini, membuka minda pemuda islam yang berkopiah, berserban bahawasanya mereka hidup bukan untuk ditikar sejadah dan berdoa sahaja, tapi mereka perlu bertindak dengan turut berjuang secara realitinya dengan membawa agenda islam yang sebenar!.

sekian

AnakMudaDiary

Monday, June 7, 2010

Kenapa Saya KAta usaha Bantuan ke GAZA adalah 50% sia2


Assalamualailum w.b.t


Bertemu lagi dengan aku dalam laman blog nie, kali ni dan seterusnya maybe aku akan lebih suke menggunakan word ' aku dan engkau' atau kira rojak supaya mudah kita fahami sama2 apa yang aku sampaikan


TAjuk aku kali ini aku tak sure akan mendatang kemarahan pada kebanyakan orang tapi nie adalah pandangan peribadi yang aku nak kongsi sama2 untuk difikirkan bersama supaya dapat membuah cetusan idea kau orang


Baru baru nie kita diberitakan dengan penghantaran wakil Malaysia ke Misi bantuan Gaza. Bantuan terdiri dari 12 orang yang menaiki kapal Marva dan 6 orang lagi dalam Kapal RAchel Korie yang mana ia adalah dimiliki oleh sebuah pertubuhan yang dipengerusikan oleh Tun M. Misi bantuan kali ini sememangnya unik dan menarik perhatian dunia. Bukan sebab pertamaali Malaysia hantar wakil tapi disertai oleh banyak badan NGO seluruh dunia termasuk dunia dan orang yahudi sendiri.


Awalnya, aku turut berbangga dengan penghantaran beberapa wakil malaysia yang terdiri campuran rakyat biasa, beberapa pemberita Tv dan seorang adun ke ahli parlimen. Aku terfikir tahniah malaysia sebab berjaya hantar wakil ke palestin, tapi aku tak tau kenapa aku jadi tak beberapa minat dengan penghantaran wakil Malaysia nie, macam ade benda yang tak kena. Aku pergi sertai demo dari kampung baru ke jalan ampang yang dihadiri lebih 10000 manusia mengecam tindakan rejim zionist. Para ketua sorak tak pun menyebyt hidup dan bebaskan wakil malaysia. Segala sorak lebih tertumpu kepada Hidup palestin dan mampos Israel. Dan aku rasa senang sangat bila tau keadaan adalah begitu dengan semangat Dr hatta ramli yang berada di depan mata aku.


Kenapa aku kate usaha Kapal2 hantar bantuan sia2??sebab kita bukan tak tau aktiviti israel nie dari dulu lagi tak bagi papa bantuan masuk..bukan pertama kali dia halang dan tawan macam nie.dan semua orang tau. Aku agak kalau tak da orang malaysia, takan ade laporan khas untuk misi bantuan nie??maksud aku sini?WTF?kita n...kite hantar orang nak tolg orang palestin untuk merai org palestin, ade jugak 'pihak' yang ambil kesempatan nak mempopularkan sesuatu, ade juga tuntut keberanian parti dan banding dengan pembangkang, nie lar hasil pentadbiran. kita lagi sensitif pada orang malaysia je, naseb orang palestin yang dah lebih berpuluh tahun??podaacitt...semua lakonan...

 Di sebalik ksemua nie, kita akan perasan rancangan dan berita tv di malaysia lebih tertumpu kepada naseb orang berbangsa malaysia saja yang pergi hantar bantuan. Orang lain dah tak kesah dah. Sambuat orang malaysia di awal subuh dan di maghrib ibarat mereka menang satu perperangan besar.Aku tak marah orang yang pergi, aku benci pada orang yang sambut tue macam hanya nak ambil kesempatan.Mane taknya  buka paper sinar pagi tadi, keluar muka PM dengan 12 orang wakil Malaysia, snap gambar dengan lambang 1 malaysia?so what??mereka yang pergi konvoi nie bawak name Malaysia untuk bermegah je ke sebab da tau bantuan takkan sampai?bukan tujuan utama nak tolong orang palestin ke?? takda pun kenyataan dari pemimpin atau menteri buat macam kenyataan perdana menteri Turkey, kenapa ek?yang kutuk israel habis habisan dan memberi sokongan pada PEjuang HAMAS?yang mana kenyataan REcep Tayyip Erdogan hanya sikit cerita pasal rkayat yang TERBUNUH!!bukan yang selamat pulang!!


Sepatutnya time nie la ibrahim ali patut kata pada pemimpin yang macam nie ' dont talk shit' , sebab Malaysia hantar wakil pergi kata nak tolong org islam palestin, tapi nampak gaya macam hanya bangga kerana Malaysia hantar wakil dalam kapal konvoi yang memang umum tahu, takkan sampai sebab ni bukan first time, cakapla jalan darat ke air ke.


Tak lupa ade jugak yang sibuk kate 'kami melayu mengutuk serangan.....' Kenapa nak guna melayu?gunalah bangsa malaysia baru lah gah, apa lah sangat melayu di mata dunia?Common this isu bukan orang melayu malaysia jer pergi, aktivis non muslim pun ramai, even orang YAHUDI SENDIRI PUN ADA DALAM KAPAL TUE. 


OKAYlah.. Stop dulu..Kalau nak kutuk atau cakap apape terpulang, aku ckp apa yang aku nampak, aku cakap bukan sebab terikut pemikiran orang, aku ckap sebab aku naik geli dengan golongan2 yang berfikiran sempit yang sokong bangsa diorang yang mengangkat bangsa diorang sahaj, sebab diorang tak sedar perangai diorang sendiri dah menyerupai asas pemikiran kaum yahudi-zionist yang katenya mereka benci.


sekian,,,

AnakMudaDiary

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...