hello
Hari ni entry ringkas, memandangkan aku hanya curi masa sikit di ofis untuk menaip post kali ini
23 Tahun 8 Bulan dan 18 hari
itu lah usia aku di bumi ini sekarang. Ada yang tegur sudah sampai masa untuk kahwin. Aku pula sudah jemu dengan orang orang kat fbook yang post mengenai kawen awal, sembang kelebihan kahwen awal. Tapi tak da sorang proposed untuk suruh taraf gaji dan ekonomi manusia dinaikkan supaya dapat duit untuk menyara kehidupan dengan lebih baik.
Hari ni, aku dengar petronas declare bonus 4-6 bulan. yap, orang akan cakap untunglah mereka yang kerja petronas, untunglah itu ini, dan mula berangan untuk kerja kat sana. the fact is, sedar lah, tak semua orang boleh kerja di petronas, tak semua orang akan merasa bonus macam tu. Letakkan diri di realiti, bukan dengan fantasi semata mata macam mengarap jejaka macam aaron aziz ombak rindu jadi boyfren ko
Hari ini, banyak movie movie malaysia aku tengok cuba dilariskan menggunakan pelaris artis. Paling kesian shahizey sam, dia ni hanya digunakan untuk filem yang tak bermakna, kalau bukan sebab adnan sempit, aku yakin dia tak kemana. Dalam sebuah film, pentingnya genre realiti kehidupan. cerita malaysia masih cuba paparkan penagih dan pengedar dadah ini terdiri dari rakyat biasa dan mereka sahaja dihukum. Walhal, pada pengedar dadah ni, ada back up besar polis, ada orang2 kaya yang taja mereka untuk mengedar, dan orang kaya ini selalu akan terlepas. tak percaya? tengok cerita fass furious 5 tu, tengoklah cerita wall street journal, cerita orang kaya smebunyikan harta untuk elak tax, yang rakyat biasa pulak pening kepala nak bayar cukai kerajaan.
Di kehidupan ini, aku ingat lagi gaji mak aku waktu kerja di jabatan kerajaan dulu Rm 700.00 waktu aku sekolah rendah. hingga hari ini gaji bagi jawatan mcam mak aku, selepas 15 tahun, hanya pada kadar Rm1000.00 sahaja dan masih ada. Sedangkan harga barang asas macam minyak dah meningkat dari rm1.10 waktu mahathir 2001 sampai Najib 2012 rm 1.90. Nampak beza peningkatan dia? hampir satu kali ganda, tapi taraf gaji? Then kita akan dimomokkan supaya belajar bersyukur bagai. So, bagi aku bila pembangkang kata nak turunkan harga minyak bukanlah suatu perkara yang realistik, banyak lagi harga barang lain yang naik, beras, gula, garam, rumah, kereta yang nak guna. Tapi tak da lagi takat ni pembangkang aku tengok perjuangkan taraf gaji yang lebih baik.
Di kehidupan ini, aku tengok kononnya ada ramai cuba jadi pejuang agama islam. Ramai bersungguh post cerita ustad jahar, ustad dedon, dan macam macam lagi. Tapi aku betul tak faham, mereka ini sangka mereka buat sesuatu demi islam, sampai membenarkan mencarut demi membenarkan islam. Apa itu? tengok kat masjid masjid, dalam khutbah, kuliah masih mention 'yahudi' sebagai musuh agama islam. Cummon, aku rasa masjid perlu tukar dah sekarang, gunakan perkataan atau fahaman zionis. Zionis ini adalah satu fahaman mengaggungkan bangsa sendiri terlampau2. Dan bagi aku, masalah zionis bukan di Palestin nun aja, Zionis tempatan pon ada. Yang duk roboh rumah orang, yang duk rembat harta orang. Itu juga cabang fahaman zionis. Nak kata semua yahudi jahat, itu tak realistik. Ada noam chomsky, ada juga yahudi yang menyertai rombongan kapal hantar bantuan ke rakyat palestin. apa perasaan kau bila dilabel kamu semua orang islam adalah syiah?
Waktu ini,aku sangat sedih, melihat telatah orang yang begitu pentingkan diri. Yang berpoyo poyo. Yang suka menghina kehidupan dan kesusahan orang lain. dan aku harap, satu hari nanti, lagi 23 tahun mungkin, aku akan lihat perubahan, semua hidup berharmoni, tiada sempadan bangsa atau agama, semua membela sesama sendiri. Apakah lagi nikmat indah dalam hidup aku ini selain melihat umat ini kembali bersama berpegang tangan dan nilai kasih sayang diharmonisasikan dalam setiap pelosok masyarakat. Tak banyak. dan aku mulakan dengan Imaginasi.
P/s : Imaginasi
Sekian
AnakMudaDiari

No comments:
Post a Comment