i serve nuff nang

Saturday, March 3, 2012

Wangsa Walk, Hipsters dan aku

Ini adalah Wangsa Walk Mall


Begini kesahnya, aku telah ke wangsa walk pada jumaat lepas/ 1/3/2012 untuk membuat penyelesaian dengan pakcik kereta yang aku terlanggar bontot keretanya. Fine, habes aku rm300 dan terpaksa aku buat kira kira balik sebelum dapat beli dan belanja barangan untuk mama dan adik beradik. Sepanjang sesi aku berbual dengan pakcik ni, dia ceritakan bagaiman pentingnya amanah untuk dipegang. Antara ayat dia

'tak kisah awak ni islamik ke, tidak ke, tapi jikalau tak dapat pegang amanah, tak kemana lah hidup dalam dunia'

dia juga bercerita cerita mengenai kehidupan dankehebatannya ibarat singa mengaum yang mampu pukul aku termasuk bawah bas atau pun sampai ke wad icu kalau nasib baik lah. Okay, bagi aku pakcik ni sembang, tapi aku memang malas nak melawan, cuma aku harap kehidupan pakcik ni akan jadi lebih cool, kalau dia benar ada kawan2 di corok2 dunia untuk memukul seorang pesalah macam aku, harap dia akan tinggalkan semua itu. Sebab aku sendiri tak pernah terfikir nak cari kawan untuk pukul dan hukum orang lain, sebab bagi aku, 'kemaafan' tu sendiri adalah hukuman yang paling adil atas muka bumi ni.

Selesai aku buat bayaran, melihat muka anak dia yang tangan masuk poket bajet gengster, aku blah. Shit, hujan, aku malas nak menapak pergi kat kereta. Lalu aku buat benda yang aku suka, Jalan sorang sorang tanpa teman yang memberikan aku kebebasan untuk berfikir dan tengok gelagat orang sekeliling. Bagi aku gelagat pak cik tadi dah buat aku faham kenapa hukum hudud tak sesuai kat malaysia, sebab orang islam tu sendiri tau hanya nak menghukum sampai sibuk nak carik salah orang lain. Sedangkan nilai kemaafan itu sangat tinggi, even kalau orang bukan islam pon  tahu tingginya nilai kemaafan tu.

Aku mula begerak, dengan seluar slack putih, dan baju senam kaler kelabu ini, aku mula mata melilau melihat kedai2. Tengok tanda2 haraga barang2 yang ada diskaun sampai 50% tapi aku masih teragak agak nak beli. Yap, orang sekarang bukan beli barang, mereka membeli jenama, cuma mereka tak sedar. Ada bnyak di Wangsa Walk, dan memang sesuai untuk mereka yang ingin berdating, jangan risau tiada Jais atau Jakim mengganggu, kamu boleh bermadu asmara. Cuma mata aku tertumpu pada couple ini, keduanya aku dapat agak mereka berkasih, jalan sama sama, cuma pelik, kedua tangan mereka tidak berpegangan tetapi memegang telefon seperti mesej dengan kawan2, atau mungkin skandal masing2. Aku teringat, aku selalu marahkan awek aku jika dia sibuk nak jawab phone dan msj msj orang kala berjalan dengan aku.

Lalu aku terfikir, bagaimana diorang bercinta dengan tangan melihat ke telefon kala berdating? adakah mereka ini sedang bergaduh? atau mengalami musim period? Sekali sekala mereka terpandang masing2 dan berpegang tangan, namun dilepaskan untuk menjawab phone masing2 pula. Apakah perasaan lelaki tu? atau mereka teringat orang islam tak leh berpegang tangan? atau sememangnya takrasa apapa sebab syok layan skandal yang ada?. Perempuan tu? sibuk layan adik2 dan abang2 angkat yang mesej mereka kah? Aku sangat pelik jika mereka yang berkasih seperti ini, seakan tiada sense of humor, perasaan ingin tahu atau cemburu apabila tak diberi perhatian oleh sayang masing2? Atau wajar diharamkan penggunaan telefon ini yang membawa kurangnya keintiman dalam berkasih sayang? 

aku teruskan berjalan, mahu cari barang untuk mamaku hajatnya, namun tak kesampaian. Aku masih jantan gagalist. Gagalist dalam membeli hadiah untuk perempuan. Mungkin sebab bajet, atau mungkin sebab aku seorang yang tak da magik dan mukjizat untuk mengorat perempuan. Walaupun hanya untuk mak aku. Aku terjumpa mimi, dia satu rakan ofis dengan aku, sempoi, tak perlu berselendang pin sana sini, aku cuba dapatkan pandangan dia, oowwhh, barang dapur! thx! aku tahu mak aku cukup pantang bila nampak kedai kedai yang jual tapuwer murah. So aku terbayang nak beli pinggan mangkuk untuk mama. Thx mimi!

terus aku pergi ke kedai yang disebut, tapi sayang dah nak tutup. Dalam perjalanan aku pusing2 di Wangsa Walk, rasa gagalist sangat menebal, berapa kali bisik 'untungla ada awek cun' boleh pegang2. hahaha. Tapi ada jugak awek2 cool  jalan beramai2, namun tiada minah punk atau rock disini. Diwangsa Walk ini hanya layak untuk hijabsters, yang poyo trendy dan bajet cool. Dengan jubah ketat dipinggang seluar jeans, dan blaus, aku sangat kenal mereka yang tipikal. Ada kala aku dihadiah senyuman, aku rasa seperti digelakkan 'mamat ni jalan sorang2?' Disini sangat tak sesuai untuk orang yang memiliki spirit of counter culture, jika dulu klcc ampang point dipenuhi oleh minah dan mamat punk, tapi kini tak, kawasan shopping mall ini di penuhi oleh sihijabsters, sikaya, kasut tinggi dan mamat yang suka pakai spek hitam dalam Shopping Center. 

Berjalan dan terus berjalan, aku ternampak sebuah sosok yang aku sangat kenal. Offis mate aku. Aku pun tak sangka akan terjumpa dia kat sini. Dia bukan hijabsters, aku kenal, dari pemakaian dia, dia adalah dia, tak byk yang berubah dari waktu ofis atau waktu berjalan macam ni. Dia diteman seorang rakan ofis di terengganu.  Sosok ini sangat menarik pandangan, sehingga aku terlupa jika tujuan aku sebenarnya kat wangsa walk ini. dia berjalan dengan rakan perempuan, adakah dia gagalist seperti aku?  Dengan tudung hitam besar, berkaca mata, dan kain hitam yang aku rasa out of date dan tak seperti hijabsters lain itu, aku tahu dia sedang menjadi dia.  Kami terserempak, yap, dia tak pernah gagal buat aku terkedu, tidak sekali pon, aku dihadiahi senyuman, mungkin terpaksa sebab kami satu ofis, namun aku tak pernah ragui ikhlas dia, aku sebenarnya agak malu. aku hanya berseluar kakis berbaju nipis yang menampakkan tubuh badan, dan pakai selipar yang 2 kali raya aku pakai. 

Lalu, aku bercadang untuk tamatkan jalan ini, dan seperti biasa, aku gagal membeli sebarang hadiah untuk mama, aku gagal menjadi seorang yang ada awek, dan aku gagal untuk membuat dia impress pada aku.Pada aku berada di pintu gerbang wangsa walk ni, tika aku termenung sebentar, hati gatal berbisik

'Kan bagus jika aku dapat hadiahkan mama menantu macam dia'
-Nyata ini ayat seorang yang looser dan termasuk dalam projek gagal-

Sekian 
AnakMudaDiary

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...