Itulah undang dunia
Pemenang mengambil segalanya
Pemenang akan merampas cakerawala
Sementara dia bergelar pemenang
Aku pula hidup dalam 'takdir'
Kenapa aku perlu merintih
Kenapa aku perlu komplain?
Undangnya mudah
'Pemenang menakhluk segalanya'
Aku tidak perlu mengungkit pekara kita
Segala yang kita telah lalui
Segala kudrat aku telah perahkan
Segala ilham telah aku pedomankan
Segala kebarangkalian telah kucuba
Dan tiada lagi sebarang idea
Kerana kini,
Pemenang telah mengambil segalanya
Aku hanyalah hidup dalam 'takdir'
Sementara sipemenang akan dibesarkan
Aku akan hidup dalam 'takdir yang kecil'
Aku pernah bersama kau
Aku rasa kita akan bina rumah
Kau menjadi jatuh bangkit hidupku
Namun aku terlalu berimaginasi
Kini aku tahu
Pemenang mengambil segalanya
Namun samakah?
Bagitahu aku
Samakah cara dia melayan karenah kau?
Samakah cara kami memanggil kau?
Samakah cara dia cuba mengenali engkau?
Adakah caranya sama?
Jauh di lubuk hati,
Wajib kau tahu
Aku juga merindui kau
Namun, sudah menjadi resam
Pemenang menakhluk segalanya
Permainan ini berulang dimana mana
Politik, berkasih, berkawan
Pemenang akan memiliki segalanya.
Hari ni kau memanggil
Dan aku telah memaafkan kau
Maafkan aku andai kau sakit hati
Melihat aku mengalami krisis identiti
Tiada keyakinan diri
Tapi kau nampak itu?
Pemenang itu memiliki segalanya.
P/s :
jika pemenang mengukir sejarah
Yang kalah hanya mencatit takdir
Sekian
AnakMudaDiary
No comments:
Post a Comment