i serve nuff nang

Thursday, August 26, 2010

~~Warkah Buat Isteri~~

Warkah buat Si isteri


Assalamualaikum Pembuka bicara

Isteri
ketika meniti perjalanan mengemis kasihmu, telah aku ketemukan begitu ramai calon isteri
ketika meniti perjalanan ini, aku telah berjumpa dengan fantasy dan realiti yang sukar masing masing
mempunyai kelebihan sendiri
Namun begitu, kau juga menjadi pilihan hati, kau lah fantasy di alam realiti
Disaat kami bersumpah taklik
Itu adalah saat paling menggerunkan
Kami takut kau akan dilukakan
Kami takut tidak dapat memberimu keselesaan
Kami takut hubungan kita tidak seindah sewaktu
kita bercinta di hari itu
Namun kami ingin kau semadikan kami
di ruang kamar hatimu

Isteri
Di ketika itu ,aku menyanyikan lagu Aisya Humaira iaitu lagu sempena Isteri Rasulullah s.a.w
Sejenak aku mendenganr lagu ini,aku terimpi untuk memiliki isteri sepert Aisya Humaira
Mendampingi perjalanan hidup ini yang penuh tingkah dan dugaan
Bersabar dengan tingkahku yang sekian kali hilang kesabarannya


Isteri..
Sering kau pening apa yang kami(laki laki) mahukan
Sering kau bingung dengan apa yang suamimu impikan
Mahukah kau tahu rahsianya?
Bersabarlah, disetiap kejadian yang telah berlaku

Suamimu ini
Bukan berimpian kau menjadi pemain gitar lagu 150 juta
bukan berkeinginan kau menyembah dikaki ini
Jauh sekali berkeinginan kau menjadi hamba abdi kepada kami
kerana setiap kelakuan dan celotehmu
Itu adalah hadiah dan bonus buat kami

Suamimu ini
Berkeinginan kau menuruti suara ini selagi ianya perkara benar
Berkeinginan kau melembutkan hati ini dikala kesabaran hilang memunca
Berkeinginan kau bersandar bersama dan 'buat aku tersenyum'
Berimpi kau menjadi teman di Taman Syurga nanti


Kami(laki laki) mencemburuimu
Kau insan yang mudah mendapat habuan syurga, tahukah kau mengapa?
Hanya dengan mentaati kami
Hanya dengan menundukkan pandangan dari lelaki lain
Hanya dengan mendirikan solat 5 waktu
Hanya dengan memudahkan hati2 ini dikala susah
Hanya dengan menghilangkan kerutan di dahi ini
Maka, tak perlulah lagi risau bertaut dihati mu
mengenai habuan syurga

Isteri
Jangan kau sangka kau wanita, maka kami berkuasa
Tahukah kau lelaki yang hebat di tempat kerja
mempunyai teman yang setia di rumah
Tahukah kau, lelaki yang mentaati ibu bapanya
mempunyai isteri yang solehah dirumah
Setiap amalan yang kami(laki laki) lakukan
Kau juga mendapat habuan yang bermanafaat
Tanyalah mana2 pemimpin hebat didunia
Nescaya dirumahnya, Isterinya adalah setia
dan taat dalam menyenangi suaminya

Isteri
Apabila kau membaca warkah ini
Janganlah kau berat hati
Janganlah kau merasa besarnya impian kami
Kerana setiap keluhan hatimu
adalah resah juga di hati ini
Bergumbiralah, berselorohlah denganku
selokamu adalah lagu untukku
bebelanmu akan kujadikan
kata ransang buat diriku.
Aku berharap kita akan melayar bahtera menuju
dan mencari keabadian syurga bersama sama\

Sekian

AnakMudaDiary

Tuesday, August 24, 2010

Isu Khutbah Jumaat Masjid Pulau Pinang : Pandangan Saya

Assalamualaikum w.b.t

Setelah lama tidak menulis ayat2 bertemakan politik, hari aku menulis balik pasal politik pasal berita mengenai khutbah jumaat di pulau pinang. Yang mana media stream tempatan sibuk duk cerita isu nie yang rata rata tajuk depan


'DAp kuranghajar,biadap,tak hormat agung'


Sebenarnya ceritanya lebih kepada boleh ke kita doakan kesejahteraan orang lain yang bukan beragama islam?okay. Persoalan tu aku tinggalkan dulu, sekarang kita pergi tengok betul ke DAP nie kuranghajar? Aku terbaca isu nie dalam main stream media kata 

'Nama Lim Guang ENg disebut menggantikan nama YDP Agong dalam teks ucapan khutbah waktu solat jumaat.TEks itu telah dikatakan ditukar nama agaong kepada nama MB yang sekarang dan merupakan seorang cina.'



Okay fine, ramai gak yang kangkong terpengaruh dengan berita macam nie. haha.Kalau aku jadi main stream media aku akan buat tajuk nie :


1. Orang melayu islam sengal
2.Orang melayu islam pelupa
3.Orang Melayu Islam mudah kene tipu


                                       Kalau Macm gambar kat atas nie, apa hukum dia?boleh ke?

Mana taknya, andai kata benda nie betul2 berlaku, betul lah kiranya pertukaran teks ucapan khatib membaca khutbah tue, dan khatib hanya ikut saja, terlalu lah ketara bahawasanya orang islam melayu  kat tanah melayu lagi teruk dari kerbau yang dicucuk hidungnya! Dengan hanya tukar teks, kalau dah tau benda tue salah kenapa pergi ikut lagi?So, pikir balik, DAP kuranghajar ke ada orang bodoh atas dunia nie? SOry, aku guna bahasa kasar sebab aku rasa peristiwa nie cukup merendahkan martabat islam andai benar2 berlaku. Secara Tak Lansung, nampak sangat lah kita nie hanya reti membaca je, memahaminya?entah. Membaca, tak paham, macam mana leh jadi guru yang baik kepada yang mendengar khutbah?


Susulan itu, Mufti perak terus keluarkan kenyataan, 'Orang Islam Haram untuk berdoa untuk orang Kafir'. Nie ape punya tuurr??dia nie orang berilmu ke orang bakhil ilmu? Sifat macam nie dalam agama hanya membuatkan orang lain meluat dengan agama islam, orang lain akan rase ,'Oraang Islam nie bajet bagus'. Padahal, yang men judi, yang minum arak, yang tokey lesen judi, tokey kelab, semua ade orang islam gak. Orang melayu gak ada semua tue, kan ketuanan melayu, semua adalah.haha.Islam tak pernah larang kita doakan pemimpin yang bukan islam, antara doa yang diajar

 1.Mendoakan orang tu dapat hidayah untuk peluk islam
 2.Mendoakan dia bahagia atas kebaikan yang dia buat


Aku juga berdoa untuk orang non-muslim
mereka bersopan dan adab bersamaku, aku doa
Mereka berlatih puasa dan berbuka bersama, aku berdoa
Mereka tolong aku, aku berdoa
Mereka bekerja denganku, aku berdoa


Ini satu dosa ke? Kalau ini dosa, samalah islam dengan agama kristian, yahudi dan lain lain. Berdoa adalh senjata umat islam, doa adalah sesuatu kelebiha buat umat islam. Dalam kes atas ni, masih tak da lagi bukti kata kat masjid tue memang disebutkan nama Lim Guang ENg, tapi juak2 yang dengki dengan kepimpinan LGE yang membuat berita dan menghembus semangat perkauman. DEngan alasan kononnya mempertahankan intitusi diraja, YDP Agong, konon mempertahankan dan tunjuk mereka adalah pejuang islam. 


Bagi aku mudah, kalau pemimpin kita agung ke, Pm ke, melayu ke, islam ke, kene gulingkan jugak.!Aku lagi suke nak tau, apa agaknya hukum mendoakan orang kat bawah nie, Mufti Perak!Sila Jawab!

Andai nya mereka nie pemain rasuah

Andainya mereka nie pemain judi
Andainya mereka nie hanya lepak dan bersemayam tak bekerja
rakyat penat kerja bayar tax dapat duit kat diorang
Andainya mereka ini kayakan anak bini mereka je
Andainya mereka ini, nama ketua islam, tapi bila isu islam
membisu macam telengong
Andai mereka ini ada rumah berjuta RM kat luar sana@negara
Andai mereka ini berbelanja kuat pakai duit rakyat
Andai mereka suka rembat harta rakyat
Andai mereka nie tiup api perkauman
Andai mereka nie kerja bermain perempuan untuk kepuasan

Orang orang kat atas nie bagi aku yang kita tak boleh doakan kebahagiaan diorang. Orang kat atas nie lah patut nya kita minta mereka dilaknat sebab mengambil hak orang lain dan hak rakyat.Okay, Rumusan aku ley wat kat sini, ade dua cerita,


1. Kalu betul benda nie jadi, marahlah pada khatib tue dulu!Sebab hanya baca tapi tak mmahami
2. Kalau la benda nie tak jadi, doakan lah untuk orang2 yang baik, tak semestinya dia islam sahaja, janganlah doakan orang yang suke rembat harta panjang umur, jangan doa mereka lebih cepat kaya, jangan doa mereka hidup bahagia walaupun mereka itu adalah Melayu dan Islam!

Sebenarnya ini lah politik. Mereka akan buat benda yang benar tapi lain dari kebiasaan menjadi salah. Termasuk lah si mufti tadi, dia tak pula bising apabila gambar banner macam gambar kat atas tue keluar, tak sebut pun?haha.Sepatutnya, tiada nama perlu disebut dlam teks khutbah, cukuplah dengan menyebut 
'sekalian pemimpin dan rakyat', nie lagi islamik, sebab di depan Allah


Kita adalah sama
tak da yang nampak miskin, 
tak da yang leh pakai mahkota nak tunjuk dia power
tak yang pakai tie untuk tunjuk dia nie beretika
tak ada yang boleh kata 'aku berkuasa'
tak da lagi cerita politik depan Allah nanti
tak da lagi ketua agama islam


Semuanya sama, yang membezakan adalah dosa dan pahala dikalangan semua.Bukan kerana aku rakyat, kau pula PM, MB, RAja,Sultan, Presiden FAM, then kita akan berdiri dan menghadap kiblat yang berbeza. Tak! Kita sama dan serupa!


Sekian
AnakMudaDiary





Tuesday, August 17, 2010

Bulan, aku juga berdoa untukmu~

'Bulan', kan senang kalau aku bersama kau. Aku tahu kan akan mendampingiku setiap masa, dan sekalian masa akan mencemburuiku.Melodi melodi terang bulan akan mendampingi kita, aku akan berlompat setiap hari supaya sentiasa dapat bercumbu dengan mu, menambahkan cemburu mereka.


Kau sentiasa menerangi malapku. Apabila kulafazkan perasaan ku,kau akan diam dan aku anggapnya sebagai tanda kau bersetuju menerimaku sebagai kekasihmu bulan. Itu adalah bait bait setuju yang kau lafazkan dalam keadaan pegun. Sehingga aku percaya dan sedikit pun tak mempersoalkan mengenai perkongsian kasih antara kita bulan.


Aku tak lihat kawah dan lubang di rautmu. Tidak pula sekali aku terfikir kekurangan tarikan graviti mu jika dibanding dengan bumi yang aku berpijak sekarang, bumi ditempat aku menulis sekarang ini. Tapi kau mempunyai keistimewaan untuk membuatku rasa sempurna apabila berdamping denganmu. Manusia mahu bercengkerama denganmu, tapi aku juga mempunyai kesempatan untuk mengadu domba denganmu, untuk mengadu kasih bahawa aku dalam kesusahan dan kesenangan dan kau tanpa jemu untuk mendengar perbualanku. Tanpa sedikit pun membantah yang akan mengguris hatiku. Maafkan aku andai telah mengguris hatimu.


Bulan, chayamu benar2 memukau kalbu, tersengih kambing aku menatapinya, menghayatinya, dan mentaati cahayamu. Riakmu seakan akan mengatakan tanpa ragu bahwa aku adalah milikmu bulan. Hari ini, kau gembira dan terus bercahaya. Apabila pasangan bermadu asmara di bawah sinar purnama, kau meraikan mereka dengan nurmu yang seolah menari keriangan meraikan. Didepanmu, mereka pun berjanji setia dan mengadu supaya kau menjadi saksi utama. Kau tidak mencemburui mereka, reaksi kau hanya seperti mendoakan adaptasi mereka yang khayal di alam fantasy menjadi realiti. Realiti yang mana kebahagiaan akan bersemadi


bulan, semalam aku termimpi untuk menjadi sepertimu. aku bermimpi bahagia seperti bulan.Bulan tidak berkecilhati, kehadirannya sentiasa didambakan, sang pengasih akan terus berkasih, kemunculannya memarakkan lagi api kasih yang membara di jiwa jiwa pengasih. Hingga si tua pun akan terasa muda. Perubahan rupamu bukan tanda kau berkecil hati. Jauh sekali sebagai tanda marah menguasai. Tapi itu lah tanda yang menyebabkan kau dikagumi, dan perubahan itu yang menjadi kan kehidupan di bumi berwarna warni, seindah pelangi.


Tapi, aku terlupa!berkhayal sehingga lupa bertanya adakah kau benar2 berseorangan ketika kau memancar.? apa yang buatkan kau kelihatan tenang dan sentiasa dirahmati? Rupanya, kau sudah berpunya wahai sang bulan.Cahaya yang kau pancarkan itu bukan lah untuk aku atau sesiapa, tapi itu adalah simbolik kepada kebahagiaanmu. Apabila kau bberharap pasangan yang bermadu kasih terus berbahagia, kau juga susuli dengan harapan supaya pasangan itu mendoakan kebahagiaan engkaukan??jangan kau nafikannya bulan~!


Rupanya kau menerangi malam untuk memberitahu kebahagiaan itu kau telah kongsikan nya dengan sang matahari. Kebahagiaan yang aku dambakan telah pun dipenuhi, telah pun dicuri,tidak!'aku lah yang cuba mencuri kebahagiaan itu. Aku melawan matahari?mana lah mampuku, kudrat ku akan punah sebaik cuba berdekatan untuk berbicara dengannya. Merampasmu? mana mungkin bulan, aku hanya akan terus melempar pujian dan bait bait sayang terhadapmu .Aku hanya akan pendamkan, tapi tak sekali akan kucuba untuk hailangkan.




Balasannya, akan aku selongkar seluruh pelosok dunia, akan aku memberitahu sosok yang hangat bercinta mengenai kehangatan cinta kau dan seng matahari. Akan aku gegar setiap gunung berapi supaya terus memancutkan lahar menzahirkan rasa gembira mereka. Bukan niatku untuk menghampakan mereka yang mengasihimu, tapi untuk membuatkan mereka supaya mendoakan kebahagiaan kau dan dia. Agar mereka terus menari dan bercanda meraikan hari hari kasihmu.


Andai mereka menolak, janganlah kau bersedih hati, jangan kau bimbang sayang '(minta maaf sang matahari menggunakan sayang terhadap kekasihmu)', kerana sosok ini akan sentiasa mendoakan mu bulan. Sebagai tanda sucinya kasih yang aku bina untukmu. Sosok ini akan terus menari dan berlari meraikan hari hari kasihmu. Dan jangan kau lupa bulan, jangan kau sesekali lupa, biar mereka menolak untuk meraikan cintamu,


~AKU JUGALAH YANG BERDOA UNTUKMU~


sekian


AnakMudaDiary

Sunday, August 15, 2010

Sajak buatmu ANakMuda Dibulan RAmadhan

Assalamualaikum w.b.t


AnakMuda
Tiba Lagi RAmadhan yang Di rindui
RIndu Atau Kau REsahi?
Hanya Kau mengerti perasaan hati
Sekiranya gelisah, tanyalah lagi
HIngga hatimu meniti rasa ramadhan yang dirindui


AnakMuda
RAmadhan bulan berpuasa,bulan menahan
Tidak hanya menahan lapar dan dahaga engkau
tapi juga melemahkan nafsu kau ankmuda
Sekiranya kau tewas
BErtanyalah, layakkah kau digelar anakmuda


AnakMuda
Sekiranya kau tidak bersolat, bersolatlah maka
Sekiranya kau lama Menjauh, dekatilah maka
Sekiranya seorang yang durhaka, berkasihlah maka
Sekiranya kau banyak membuat dosa, berpuasa
Sekiranya kau sering bercanda bersama cewek
bercengkeramalah pula kau dengan Dia
Sekiranya Rokok mu masih panjang,
Hold it on, katakan taknak
SEkiranya kau Berjaya mengatasi
tak semestinya kau sudah boleh bangga
fikir juga banyak perkara perlu ditinggal


AnakMuda
Bulan ini amat penuh keberkatan
Tidak hanya dipenuhi dengan kenikmatan,
tapi keampunan
Jangan kau rasa, puasa mu sudah cukup,
Bangkitlah mencerna semangat
Bangkitlah membakar obor jiwa AnakMuda
supaya sentiasa keras menentang arus

AnakMuda
kau tidak perlu berhenti gurau dan senda
kau tidak perlu hilangkan riuh dan tawa
kau tidak perlu merasa tiada jiwa di bulan ini
kau tidak perlu merasa ototmu tidak berisi
kerana
puasa sehari 
tidak beerti nyawamu tiada lagi disisi
tidak beerti kau hilang penghidup diri
tidak beerti kau darah tua meresapi diri
kerana Dia ada disisi
menanti untuk kau bercanda di sisi
menunggu kau untuk berhipokrasi
merindui untuk kau bercumbu dengan Nya lagi



AnakMuda
Pesanan ini dari aku jua anakmuda
Pesanan ini dari seorang yang sedang ditelan usia
Pesanan ini tidak beharga
yang diharap pada kau mempunyai makna
yang diharap pada kau mempunyai cakna sinar
Pesanan ini berupa hodoh
tapi siapa tahu hodoh itu adalah jalan 
baik untuk merendah diri







Sekian
AnakMudaDiary @ Panglima Muda Ahmad Chin

Thursday, August 12, 2010

Kongsi Ilmu Sempena Bulan Puasa :: AnakMudaDiary








Assalamualaikum w.b.t

AnakMudDiary Kembali lagi..

Alhamdulillah...Permulaan puasapada 2 hari yang pertama berjalan dengan baik sekali. Bersyukur terhadap Allah S.W.T..Cuma untuk Posting kali ini, saya baru terfikir untuk membuat posting dan berkongsi idea mengenai Bulan RAmadhan yang sedang dinikmati umat Islam ketika ini.

Puasa.Dari segi bahasa ia beerti menahan. DAn dari segi syaraknya, 'menahan diri dari lapar dan dahaga serta tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula terbit matahari hingga terbenam fajar di petang hari.RAsa nya tak perlu saya ulas mengenai puasa,fadhilatnya, amalannya, kerana umumnya semua sudah mengetahui perkara dan apa yang ada di dalam bulan puasa ini

Bulan Ramadhan mempunyai banyak pengertian, anatara nya Bulan HIjrah, Bulan perubahan, bulan kebaikan. Dan ramai kita tahu pentingnya supaya menjaga kelakuan dari melakukan perkara yang membatalkan puasa.
Tapi sayangnya, dalam kita menjaga dari puasa kita terbatal,sepatutnya masa ini juga lah kita harus menahan dari melakukan perkara yang mengurangkan pahala puasa kita. COntohnya, 

1.meninggalkan solat,
2.Memaki hamun dan mengumpat
3.Membuka Aurat
4.Menaikkan nafsu shahwat jantina berlawanan e.g berpakaian ketat,seksi
5.Melakukan maksiatdan dosa2 lain


Perkara disebut, tak termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa kan?tapi perkara ini termasuk dalam perkara yang mngurangkan pahala puasa, kerana ia menambahkan dosa kita. Dalam erti kata lain, buat penat@rugi kita menahan lapardari pagi ke petangwapi kita tidak kisah mengenai perkara2 ini


Jika diberi peluang untuk berucap di bulan ramadhan ini, saya lebih suka memperkatakan amalan yang juga dilakukan di bulan lain seperti bersolat 5 waktu. Mengikut sunnah nabi, kerana bulan ini adalah bulan yang penuh dengan kenikmatan dan syaitan dalam rantaian, yang mana kita hanya perlu mengawal nafsu dari terbabas. Masih ramai yang menganggap bulan RAmadhan hanyalkah 'bulan puasa', tapi ramai tak tahu bahawa bulan ramadhanlah bulan pemangkin perubahan,bulan :


1.Si gemuk nak jadi kurus
2.Si pendosa nak buat pahala
3.Si kaya nak belajar rasa orangmiskin
4.Si bakhil mencurahkan hartanya
5.Si ketat mengukir senyuman ikhlas
6.Si baju ketat memakai yang longgar
7.Si pencaci bersediauntuk dicaci
8.Si Couple,bersedia untuk kurangkan dating
9.Si isteri membukti ketaatannya

Dalam 9 perkara diatas,tiada lagi yang penting melainkan, 'Disiplin Dan Kesabaran'. Jika tiada 2 perkara nie,nescaya akan jadi rugilah apa yang mereka lakukan. Justeru, saya tak menganggap bulan ini adalah untuk berpuasa sahaja, jika kita hanya berpuasa tanpa melakukan amalan lain,ia juga sama dengan orang bukan islam yang turut berpuasa di bulan Ramadhan.


Mungkin setakat ini dulu entry untuk kali nie, Insyaallah video seterusnya mungkin akan diterbit dalam masa terdekat nie.Harap perkongsian ilmu ni dapat diambil hikmahnya secara bersama, anda dan saya.


SEkian,WAssalam


AnakmudaDiary
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...