Warkah buat Si isteri
Assalamualaikum Pembuka bicara
Isteri
ketika meniti perjalanan mengemis kasihmu, telah aku ketemukan begitu ramai calon isteri
ketika meniti perjalanan ini, aku telah berjumpa dengan fantasy dan realiti yang sukar masing masing
mempunyai kelebihan sendiri
Namun begitu, kau juga menjadi pilihan hati, kau lah fantasy di alam realiti
Disaat kami bersumpah taklik
Itu adalah saat paling menggerunkan
Kami takut kau akan dilukakan
Kami takut tidak dapat memberimu keselesaan
Kami takut hubungan kita tidak seindah sewaktu
kita bercinta di hari itu
Namun kami ingin kau semadikan kami
di ruang kamar hatimu
Isteri
Di ketika itu ,aku menyanyikan lagu Aisya Humaira iaitu lagu sempena Isteri Rasulullah s.a.w
Sejenak aku mendenganr lagu ini,aku terimpi untuk memiliki isteri sepert Aisya Humaira
Mendampingi perjalanan hidup ini yang penuh tingkah dan dugaan
Bersabar dengan tingkahku yang sekian kali hilang kesabarannya
Isteri..
Sering kau pening apa yang kami(laki laki) mahukan
Sering kau bingung dengan apa yang suamimu impikan
Mahukah kau tahu rahsianya?
Bersabarlah, disetiap kejadian yang telah berlaku
Suamimu ini
Bukan berimpian kau menjadi pemain gitar lagu 150 juta
bukan berkeinginan kau menyembah dikaki ini
Jauh sekali berkeinginan kau menjadi hamba abdi kepada kami
kerana setiap kelakuan dan celotehmu
Itu adalah hadiah dan bonus buat kami
Suamimu ini
Berkeinginan kau menuruti suara ini selagi ianya perkara benar
Berkeinginan kau melembutkan hati ini dikala kesabaran hilang memunca
Berkeinginan kau bersandar bersama dan 'buat aku tersenyum'
Berimpi kau menjadi teman di Taman Syurga nanti
Kami(laki laki) mencemburuimu
Kau insan yang mudah mendapat habuan syurga, tahukah kau mengapa?
Hanya dengan mentaati kami
Hanya dengan menundukkan pandangan dari lelaki lain
Hanya dengan mendirikan solat 5 waktu
Hanya dengan memudahkan hati2 ini dikala susah
Hanya dengan menghilangkan kerutan di dahi ini
Maka, tak perlulah lagi risau bertaut dihati mu
mengenai habuan syurga
Isteri
Jangan kau sangka kau wanita, maka kami berkuasa
Tahukah kau lelaki yang hebat di tempat kerja
mempunyai teman yang setia di rumah
Tahukah kau, lelaki yang mentaati ibu bapanya
mempunyai isteri yang solehah dirumah
Setiap amalan yang kami(laki laki) lakukan
Kau juga mendapat habuan yang bermanafaat
Tanyalah mana2 pemimpin hebat didunia
Nescaya dirumahnya, Isterinya adalah setia
dan taat dalam menyenangi suaminya
Isteri
Apabila kau membaca warkah ini
Janganlah kau berat hati
Janganlah kau merasa besarnya impian kami
Kerana setiap keluhan hatimu
adalah resah juga di hati ini
Bergumbiralah, berselorohlah denganku
selokamu adalah lagu untukku
bebelanmu akan kujadikan
kata ransang buat diriku.
Aku berharap kita akan melayar bahtera menuju
dan mencari keabadian syurga bersama sama\
Sekian
AnakMudaDiary
erm..
ReplyDelete"selokamu adalah lagu untukku
bebelanmu akan kujadikan
kata ransang buat diriku."
btl ke?huhuhuu~
perhhh...
ReplyDelete