'Bulan', kan senang kalau aku bersama kau. Aku tahu kan akan mendampingiku setiap masa, dan sekalian masa akan mencemburuiku.Melodi melodi terang bulan akan mendampingi kita, aku akan berlompat setiap hari supaya sentiasa dapat bercumbu dengan mu, menambahkan cemburu mereka.
Kau sentiasa menerangi malapku. Apabila kulafazkan perasaan ku,kau akan diam dan aku anggapnya sebagai tanda kau bersetuju menerimaku sebagai kekasihmu bulan. Itu adalah bait bait setuju yang kau lafazkan dalam keadaan pegun. Sehingga aku percaya dan sedikit pun tak mempersoalkan mengenai perkongsian kasih antara kita bulan.
Aku tak lihat kawah dan lubang di rautmu. Tidak pula sekali aku terfikir kekurangan tarikan graviti mu jika dibanding dengan bumi yang aku berpijak sekarang, bumi ditempat aku menulis sekarang ini. Tapi kau mempunyai keistimewaan untuk membuatku rasa sempurna apabila berdamping denganmu. Manusia mahu bercengkerama denganmu, tapi aku juga mempunyai kesempatan untuk mengadu domba denganmu, untuk mengadu kasih bahawa aku dalam kesusahan dan kesenangan dan kau tanpa jemu untuk mendengar perbualanku. Tanpa sedikit pun membantah yang akan mengguris hatiku. Maafkan aku andai telah mengguris hatimu.
Bulan, chayamu benar2 memukau kalbu, tersengih kambing aku menatapinya, menghayatinya, dan mentaati cahayamu. Riakmu seakan akan mengatakan tanpa ragu bahwa aku adalah milikmu bulan. Hari ini, kau gembira dan terus bercahaya. Apabila pasangan bermadu asmara di bawah sinar purnama, kau meraikan mereka dengan nurmu yang seolah menari keriangan meraikan. Didepanmu, mereka pun berjanji setia dan mengadu supaya kau menjadi saksi utama. Kau tidak mencemburui mereka, reaksi kau hanya seperti mendoakan adaptasi mereka yang khayal di alam fantasy menjadi realiti. Realiti yang mana kebahagiaan akan bersemadi
bulan, semalam aku termimpi untuk menjadi sepertimu. aku bermimpi bahagia seperti bulan.Bulan tidak berkecilhati, kehadirannya sentiasa didambakan, sang pengasih akan terus berkasih, kemunculannya memarakkan lagi api kasih yang membara di jiwa jiwa pengasih. Hingga si tua pun akan terasa muda. Perubahan rupamu bukan tanda kau berkecil hati. Jauh sekali sebagai tanda marah menguasai. Tapi itu lah tanda yang menyebabkan kau dikagumi, dan perubahan itu yang menjadi kan kehidupan di bumi berwarna warni, seindah pelangi.
Tapi, aku terlupa!berkhayal sehingga lupa bertanya adakah kau benar2 berseorangan ketika kau memancar.? apa yang buatkan kau kelihatan tenang dan sentiasa dirahmati? Rupanya, kau sudah berpunya wahai sang bulan.Cahaya yang kau pancarkan itu bukan lah untuk aku atau sesiapa, tapi itu adalah simbolik kepada kebahagiaanmu. Apabila kau bberharap pasangan yang bermadu kasih terus berbahagia, kau juga susuli dengan harapan supaya pasangan itu mendoakan kebahagiaan engkaukan??jangan kau nafikannya bulan~!
Rupanya kau menerangi malam untuk memberitahu kebahagiaan itu kau telah kongsikan nya dengan sang matahari. Kebahagiaan yang aku dambakan telah pun dipenuhi, telah pun dicuri,tidak!'aku lah yang cuba mencuri kebahagiaan itu. Aku melawan matahari?mana lah mampuku, kudrat ku akan punah sebaik cuba berdekatan untuk berbicara dengannya. Merampasmu? mana mungkin bulan, aku hanya akan terus melempar pujian dan bait bait sayang terhadapmu .Aku hanya akan pendamkan, tapi tak sekali akan kucuba untuk hailangkan.
Balasannya, akan aku selongkar seluruh pelosok dunia, akan aku memberitahu sosok yang hangat bercinta mengenai kehangatan cinta kau dan seng matahari. Akan aku gegar setiap gunung berapi supaya terus memancutkan lahar menzahirkan rasa gembira mereka. Bukan niatku untuk menghampakan mereka yang mengasihimu, tapi untuk membuatkan mereka supaya mendoakan kebahagiaan kau dan dia. Agar mereka terus menari dan bercanda meraikan hari hari kasihmu.
Andai mereka menolak, janganlah kau bersedih hati, jangan kau bimbang sayang '(minta maaf sang matahari menggunakan sayang terhadap kekasihmu)', kerana sosok ini akan sentiasa mendoakan mu bulan. Sebagai tanda sucinya kasih yang aku bina untukmu. Sosok ini akan terus menari dan berlari meraikan hari hari kasihmu. Dan jangan kau lupa bulan, jangan kau sesekali lupa, biar mereka menolak untuk meraikan cintamu,
~AKU JUGALAH YANG BERDOA UNTUKMU~
sekian
AnakMudaDiary
da knpe hang nih?
ReplyDeleteBest !
ReplyDelete