i serve nuff nang

Wednesday, February 23, 2011

Biar AKu ceritakan siapa aku, cerita benar, aku tak tambah pon

Assalamualaikum

hari ni post tak ajak korang berfikir dah, aku hanya nak jak korang kenal aku je, taku peduli ape kalau korang tak nak kenal pon, at list aku dah berlaku jujur dan tak tipu aku akan list kan point, damn!susah pulak!

1. Aku budak laki yang biasa biasa lahir dari keluarga biasa dan semuanya biasa

2. Aku sorang laki yang menyukai tgok perempuan cantik, tapi aku pegang, suka bukan lah cinta, suka bukan lah sayang, suka ada byk, suka yang mengghairahkan, suka yang menyejukkan mata, suka yang menenangkan, suka yang buat tersenyum, suka untuk aku bahan pun ada

3. Aku suka kenal dengan orang ramai, cina ke india ke melayu ke, aku suke, instead, sumtime aku rase lepak dgn amoi lagi cool dari lepak cara perkauman

4. Awek aku suke tgok? bukan melayu je, ade gak amoi n awek india wat aku tergamam,so wat? u r man rite??dah laki, terima je lah nikmat tue, pandai kawal jerlah

5. Aku suka kenal tak tau nape, nak kate gatal, ikut kaulah, tapi yang pasti sebab aku nie suka mengenal hati budi orang, ye aku pon macam palat kadang2, tapi tue lah aku, aku rase bila aku dapat kenal dengan perangai laki hensem laki tak hensem, perempuan cantik perempuan tak cantik, aku lagi kenal erti manusia itu sendiri.

6. Aku suka kenal bukan sebab gatal semata mata, instead, gatal pon takkan sampai bercouple lah, cukup kawan kenal perangai, aku pulak tak reti layan sgt, lain kalau orang tue berckp dulu, aku boleh sambung kan sikit sikit.



7. Perangai aku suka berkawan nie buat aku juga hilang ramai kawan lama, instead awek aku pun tak selesa perangai aku, tapi aku nak dia tau, bila aku dah kenal lagi ramai orang, aku bertambah bersyukur aku ada dia. Korang rasa perempuan leh paham?


8. Aku nie tak kacak pon, tapi aku suka senyum kat orang je, tue kelemahan aku kot, even lecturer ckp aku nie budak sekolah ke??mana ada orang jalan tunduk tunduk lagi depan lecturer kalau dah masuk u nie, hah, 


9. Aku memang cepat bosan, cepat boring, kadang2 orang ckp panjang aku senyumkan je. tanda aku 'cuba' menyahut tapi dia tak tau sebenarnya aku tak reti nak cakap ape sebab aku dah bosan, bukanlah tiap masa, tapi dengan orang tertentu, ada pandai ckp aku layan ar, lagi suke betah aku, lagi aku suke.


10. aku memang cepat kecik hati, serius, tanya orang dekat dengan aku, memg aku nie touching, ko ckp la benda ko rase kecik mane pon, tapi aku tak berani kadang nak melawan, sebab aku takut hati guys atau girl jd lagi sakit dari hati aku, nanti jd tak adil lak bg aku,benda pernah jd, sebab tue bg aku nak bahan aku bahanlah, asal korang nak kawan aku, korang hepy n kita kawan setia. Tak kisah kau kekasih ke,kawan biasa, sahabat ke, teman ke.Tapi jgn ingat aku lemah ko boleh tibai bila bila,aku suka berdiam sebab ada awek tue pernah ckp, bila aku ckp, nada senda aku tue tajam boleh buat orang tak puas hati, aku accept, kalau tak, takdalah cikgu aku pernah merajuk sebab aku nakal dulu.hahaha. Aku memang suka simpan je, dalam hati, hati tempat buang sampah bagi aku, kalau aku buang smpah merata nanti orang saman aku.


Yang aku nak bg tau nie, baru sikit, tapi sikit nielah orang tak tau dan selalu salah anggap. Aku da kata aku setia dalam hubungan ape pon antara kita, setialah aku, takkan aku berpaling sikit pon unless ko buat taiklah, sape suka kan? Bagi aku tak ramai kenal aku sebenarnya, keluarga aku mungkin kenal perangai aku, anyway sumtime depa salah anggap gak,tapi nama kan semua manusia, mesti buat silap, awek? orang putih kata, while u r love someone, maybe u r getting closer, but u r not getting know about her/him, orang putih yang ckp tue akulah.


Apapun aku tetap aku, prinsip kuat??tak,aku pegang pada benda aku buat aku rasa tak salah aku buat lah, kalau ade bukti salah aku stop,senangkan?nie jer citer aku takat nie??emo??mana ada emo..serius, buat ape emo2!!emo tue perkataan ape??underwear ke?


Sekian
P/s : We should be together too


AnakMudaDiary @ P.M.A.C



Monday, February 21, 2011

Kita sudah dimalam pengundian

Sambungan Post before nie

Asslamualaikum w.b.t

Malam nie pasti ramai juga yang tertanya,
Siapa aku nak undi esok? dia nie siapa itu siapa, dan tak leh blah,depan komputer :
1. cun ni, boley undi
2.Budak n muka kerek tak yah la
3. nie aku tak kenal pon, tak yah la

tapi, ramai juga yang akan pergi dengan pangkah je sesiapa dia nak, tak kesah orang tu lembu bertali hep ke ape,ape kita boleh ckap??kesedaran mahasiswa mengenai POWER mereka masih kurang, jadi aspirasi dan perubahan tak perlu risau, saya yakin anda akan menang besar esok!

Hah, lets go to chapter 2. Nie post rentetan dari post pertama, sory, aku memang mengmbil tau hal semasa dan sekeliling, aku akan lebih ceritakan pemimpin macam na aku nak. Hari ni terkejut baca berita calon hilang di UM, dan kehilangan nie telah membawa kesedaran besar pada mahasiswa di sana. UM terkenal dengan kubu kuat Pro-M selain dari UIA yang mana PRO - M mereka yang menang tidak diiktiraf oleh pentadbiran uia sendiri.Damn, nie contoh penafian kuasa pelajar! Nie patut ditentang!. Pasal Mastura yang hlang di UM tu, aku bangga apabila student cina dan india trut bangkit bersama membela si MAstura ni. Inilah yang aku kata student power, bila student power diguna, tiada lagi kaum itu dan ini, pertelingkahan antara kaum ditinggalkan, yang penting kepentingan pelajar semua dan secara bersama!!

Aku lagi minat kepada pemimpin yang tidak mengamal kan racism! let me tell u, ada jugak pemimpin n ahli parti nie duk ckp orang cina tak elok, ada juga orang cina berkumpul bersama berbual mengenai nasib mereka, india??kita ber tiga sama aje. You know what?i hate those 3, orang melayu dimomokkan dengan kebangkitan orang cina, padahal benda tu korang dah patut tinggalkan sebab korang mahasiswa! itu perkara kolot molot! aku masih tercari cari pemimpin yang berani menyatakan kesatuaan 3 majoriti kaum di Malysia ini termasuk rakan sabah dan serawak, yang tidak ckp sikit pun pasal perjuangan melayu. Itu yang aku nak,korang nak ape ikut korang lah, sebab aku rase kita masih lagi dipisahkan dengan persepsi buruk terhadap sesama kita, cummon kita berlainan agama bangsa, tetapi kita dikurnia akal untuk bersatu dan menerima kelainan kan?Isu nie nampak remeh, korang semua tak peduli, korang rasa dengan membela kaum sendiri itu pejuang, no, membela student adalah perjuangan, kau cina ke india ke, membela hak semua adalah perjuangan dan memberi kau gelaran lagenda!

Aspirasi perubahan bebas, apa korang perjuangkan sikit pon aku masih tak jelas, korang ckp nak perjuangkan hak student, tapi kata dengan mengikut saluran yang betul lah bagai, kalau ikut saluran, mpp lepas pun ikut saluran, itulah punca diorang dibenci sebab terlalu ikut saluran! Memang mereka buat kerja, tapi sikap patuh kepada HEP tu walaupun mereka masih boleh melawan untuk kebenaran masih gagal dipupuk, itu pasal aku masih tak percaya pada mana2 calon pon, instead, aku respect bro saifudin yang pernah ditangkap uk sebab wat demo palestin!walaupun dia aspirasi, tapi dia byk bawak perubahan, sebab dia ada jiwa melawan, bukan jiwa mematuh sahaja!itu yang student ini nak, korang kata nak patuh pada dasar universiti, cummon kalau dasar itu menindas nak patuh gak? dasar perniagaan kosiswa korang nak patuh gak?dasar wajib beli buku untuk jawab kuiz patuh gak?

Aku tulis bukan nak kau pergi melawan HEP dengan membabi buta atau patuh dengan melembu kene ikat, tapi guna fikiran korang sebagai student.Sebab tu leira muslira sendiri pergi bertemu ajak berdebat secara open terus, tak yah nak buat surat mohon ke apape, ke bagi korang leira nie budak nakal yang tak tau adab? Kalau ada korang terpikir gitu, bg korang sama jugalah pejuang di Mesir tu tak beradab!

Apapun peringatan aku, dah ada jawatan nanti, tolong jangan lupa diri, ditabur dengan elaun bulanan dan duit, korang pun jd longlai. Nampak awek2 cun yang senyum kat korang, korang pun cair. Dan berjanjilah yang korang akan bersedia letakkan jawatan andai tak mampu membela nasib pelajar, adakan pilihanraya lagi, kalau tak mampu jangan marah apabila student menggunakan pilihanjalanraya untuk menentang korang semua!


Selamat mengudi kepada para pengundi!
Undilah calon yang cun dan hensem
Undilah calon yang buat korang stim melihatnya

Janji dia bukan lembu dicocok hidung!
Kah kah kah

Ingat YOUR Vote is Your VOice
Sekian
AnakMudaDiary @ Panglima Muda Ahmad Chin

Sunday, February 20, 2011

PRK UUM? Aspirasi, Perubahan, Bebas, Jiwa aku hanya untuk Student Power

Assalamualaikum w.b.t

Well Well well datang lagi PRK kat campus uum kali nie, at last, aku dapat gak tengok macam mana akhirnya admin mula tak tenang datang pilihanraya kampus nie. pilihanraya kali ni?? yes aku boleh pandang dari persspektif yang lain, student dah tak lagi di gula gulakan macam dulu, apa kalau MPP kata HEP da decide, tak ley ubah, hah?wats that, thats call lembu dicucuk hidungnya, Lembu tu walau berbadan besar, akhirnya dikalahkan seorang manusi yang jauh lagi kecik dari dia, get me?

Kita dah dikejutkan dengan kebangkitan student power yang di bawa bro muslera and the gang b4 raya cina, thats the best ang pow untuk aku rasanya, thx bro mus! apape pun pihanraya nie guna komputer, can believe that it will bring differences despite the result shown after PRK?Bila guna komputer, dah tak da la feel nak memang kah,semua atas satu klik, masuk database, jangan ingat database tak boleh di edit okay, aku belajar kot. bagi aku senang kalau pilihanraya nie tak jadi, berkumpul lah yang tak puas hati pilih pilihanjalanraya, so hows bout that??

Okay Aspirasi,who are u guys? pada kepimpinan b4 nie, anda diwakili gadis2 comel dan cute. Gua tengok pon stim bai, tapi pikirkan diorang nak jaga kebajikan gua, gua ketepikan stim tue, gua tulus,kah kah kah. Last PRK u come with aspirasi perubahan, now become ASPIRASI only, satu soalan je gua nak tua, lu olang Pro HEP ke? korang mumbling lah camne pon, tapi kalau ckp korang akan buat ikut procedur and ikut ckp bulat bulat, aku rasa krang bukanlah lembu yang perlu aku undi.Ada lembu cun pun musim lepas asek g dating je, buat kerja tak seberapa pon, okay, aku undi kau sebab kau cun, fine,hahahah!

Perubahan?
Some said nie pecahan dari aspirasi, kononnya taknak ikut telunjuk HEP untuk pilih calon, aku dengar citer lah. Kebenaran?damn! ada kebenaran ke dalam dunia nie? okay fine, kalau betul korang bukan dikudakan HEP, boleh plak korang buat kempen sama sama dengan aspirasi ek? duk sedewan kempen sama sama, wat the hal nie??pernah tengok parti plitik duk sedewan pastu kempen sama sama padahal tau diorang akan berlawan? So, perubahan? is it a really change??aku tak undi lagi aku rase tertipu dah, Perubahan tu je adalah perkataan dari Aspirasi Perubahan sem lepas, kalau ikut politik luar, perubahan nie orang yang keluar UMNO duk masuk PKR, pastu wat kecoh, damn, i hate them!Sory perubahan, not my favour again

Bebas?Transformasi?
Korang ada 6 calon je kan kat kerusi umum than ada 2 kat kerusi COB. Okay let me tell u, aku borak semalam dgn salah sorang dari korang, aku bual kenpa korang tak guna nama Pro- M. then u answer me about idealogis,korang pulak macam menggambarkan Pro-M tue jahat, hah, kalau tak da bro muslera yang bersifat Pro- M macam tue, korang ingat pilihanraya akan jd hangat nie. Fine, memang tak bertapak lagi Pro-M kat sini, tapi kenapa korang tak start?takot tak dapat tempat? Kalau tue pon korang takotkan, macam na korang nak juangkan kebenaran n kebajikan korang ckp tu?Kalau takde orang mula, korang lah mulakan, y not?undi bebas??need to think twice, ada awek farahusna fauzana, tapi tak cukup cun lagi,,,hahah,,,aku nak undi cina 2 orang tue kot, bagus ket, hahaha

Okay, lets revert to Mesir political issue, fine ia konsep lagi besar dari ni, yang membawa kepada penentangan aritu sebenarnya bukan di mulakan ikhwanul muslimin ke sapa sapa, tapi sorang anakmuda yang menjual sayur di tepi jalan, tak caya tanya google, dia dah buktikan, tanpa jawatan, sticker, tanpa kereta besar, dia boleh cipta kebangkitan yang membawa kepada turunnya regim Hosni Mubarak. perkara yang menindas wajib ditentang, tak perlu jawatan besar dan kejar jawatan itu ini kalau nak menentang!macam muslera, dia ada jawatan Pro-M ke ape?tak de kan??tapi now hampir semua kenal budak yang nak debat dengan HEP tue

The last one, ketiga 3 nie sokong tak perlu penglibatan parti politik luar, and student baik settle masalah sendiri je, damn! i hate it, student anakmuda yang bersemangat!tenaga tak macam orang tua, time nak pungut ilmu nielah diorang belajar semua perkara, kalau tak suka, makna korang juga menyekat kebebasan student bersuara!aku amek tau gak politik luar, aku boleh apply lagi dlm proses pembelajaran aku kat kelas account tue, kalau aku tak amek tau pasal rasuah penyelewengan syarikat glc kat luar tue, jadi bodhlah aku dalam kelas. kalau korang tak nak bg amik tau pasal politic its fine, tapi jangan la bising kalau student tak g daftar mengundi lagi, korang tak nak student berpolitik, serve your right! memang patut kalau student tak yah g daftar dengan SPR tue. Get Me?

Kalau sesiapa ckp just nak perjuang hak student melayu je, nak perjuang cina je, nak perjuang india je, siap!aku paling benci racism people!

Akan bersambung,

Sekian
AnakMudaDiary @ P.M.A.C

Friday, February 18, 2011

Aku tanya JAKIM, kenapa tak mengharamkan mercun?



Assalamualaikum w.b.t

Ini post adalah sorotan dari post valentine aku hari tu, memandangkan ramai sgt comment n critixs, aku sambungkan lagi ilmu pemikiran aku supaya kita sama sama berfikir, ingat, bila berlawan kata,bukan cerita pasal menang atau kalah, perang ini perang otak dan hati, keras atau tak prinsipnya, dan semua tahu untuk melunturkan prinsip adalah perkara yang susah,so, bagi aku ia adalah lebih kepada percanggahan pendapat,anyway, sory akalau aku ada terkasar. owh, maybe cinta dan kasih sayang may do it untuk lunturkan prinsip dan pemikiran.!

Buat baru nak baca, baca post ni dulu, then mumbling lah apape

Aku da bercerita cerita aku pasal valentine, ada yang marah dan ada yang suruh aku mengucap pon ada, woit, cummon,, am i not islam?i do mengucap everyday, perhaps, hahaha, but things i want to said here, orang islam sekarang nie memang patut dikritik, nak nak lagi kat Malaysia nie, sikit sikit nak jatuh hukum haram dan murtad bagai, kan ada term diplomasi, toleransi dalam islam, kenapa tak guna kaedah tu dulu?berfikir la dulukan?apa problemnya? Kalau sikit2 nak haram, orang non muslim pon akan rasa pelik dan takut nak peluk islam nie, macam aku akan cerita pada post seterusnya pasal islamic accounting vs conventional accounting, kita belajar dua dua, tak perlu kot nak kate itu tak bagus ini tak bagus, nanti aku sambung, biar aku cerita sikit pasal bunga api dan mercun nie

Aku tau, orang kita nie terlalu taksub pada sejarah sesuatu yang bertentang dengan nya, kalau benda yang sehaluan, yang diorang buat, they dont give a shit about sejarah benda diorang buat tue, please, nak buat sesuatu ikir,macam kata membe aku, akhirnyaa, otak kita yang akan tentukan benda tu kita nak buat dengan betul ke tak,kan??sama lah dengan ayat, sesuatu dilakukan didahului dengan niat, baik niat baiklah, buruk niat, tak cantiklah.

Untuk pengetahuan umum, hah, ape skema nie, mercun bunga apai nie diasaskan permainannya oleh warga china untuk meraikan tahun baru mereka. Dulu orang mana ada belerang, mercun, tapi diorang bermain dengan membakar colok dengan berapi api dan berasap asap, anyway, aku tak kutuk taw, i just tell about activity, bagi diorang,itu mulia, aku hormat!easy! Bermain colok dan berasap2 ini adalah upacara untuk memuja the luck devil, macam kita tahu, orang melayu sebut 'tuah', orang cina sebut 'manyak ong', dan tuah yang diharapkan tu akan menemani mereka sepanjang tahun.memang ni sangat sinonim dengan kawan2 cina kita. Dan kini ia telah dijadikan aktiviti ekonomi untuk kaut untung  dengan seludup ke sana sini, waktu new year yang batak tue dibakar, world cup, letup sana sini, membazir, tapi waktu valentine tak da pulak, sebab time nie cinta antara makhluk bumi deiraikan, bukan any angel or devil with human. Its about ong to chinese community, and its about untung for kapitalist comunity!

So, it just like valentine roses, they said its about pemujaan maharani cinta, so mercun adalah pemujaan maharaja tuah, dont we call it same??

So, Jakim, laksanakan tugas anda! haramkan lah permainan nie sebab tujuan awal dia jelas bertentangan dengan budaya masyarakat melayu,hah!KAh kah kah . instead, playing that kind of pop pop is membazir right? lagi lah islam dah kata amalan syaitan itu membazir nye pon, dont u get it??Dosa dalam dunia bukan berasmara di malam valentines je, bermain mercun membazir di malam new year, malam hari raya, pon boleh jadi hukum yang sama, tapi tak taulah, kalau JaKIm, nie memang kuasa diakan untuk jatuhkan dosa pahala halal haram atas muka bumi ini.

Anyway, orang akan ckp aku nie terlalu poyo pro vaalentine, please get me, i'm not obses, or like on something very much,aku tulis nie aku nya pendapat, bukan akau nak menjatuhkan hukum, nak isytihar dosa pahala,tue surely not my activity, aku nak bagitau yang, kita manusia sama, ko jakim ke ape ke, ko tetap manusia, kenapa perlu terlu mengangkat sesuatu sgt? Berfkir lah dulu, kalau rasa betul dah, ikutlah, macam Islam, tiada paksaan ko nak ikut ke tak, tapi kalau kau ambil hak orang  memang ada hukumlah sebab memang salah ko ambl hak orang, ada pape critics pada islam boleh dilemparkan, dan cari lah penyelesaian, islam sememangnya sempurna, tapi amalan manusia yang memeluk islam tue yang tak pernah sempurna, so, just think, critics, and find solution!

P/s : they are human, never be more, some try to be god, but they just talking shit about judgement!

Sekian 
AnakMudaDiary @ P.M.A.C

Wednesday, February 16, 2011

Selamat Hari Jadi kekasihku : Rasulullah S.A.W

Puisiku meraikan kasih sayangku kepada dia

Ya Rasulullah
Inilah ulangtahun hari kelahiranmu
Hari ini umat manusia mengingati hari kejadianmu
tapi malangnya
Ada yang ingat hanya sekadar 
Hari ini, diiystiharkan sebagai cuti umum
Aku yakin benar, sekiranya cuti ini tidak disempenakan
Hari ini pasti dilupakan
Akan hilang tarikh ini dari kamus hidup mereka

Ya Rasulullah
Aku terlalu malu untuk menyambut hari ini
Hari ini memberikanku bayangan
aku bukanlah manusia yang baik
Hari ini membayangkan,
ramainya umatmu mula membeloti sunnahmu

Ya Rasulullah
kerinduan kepadamu bukanlah diungkap
kerinduan kepadamu tidak perlukan penyataan
Kerinduan padamu mudah dibaca
Tapi tidak mudah dihayati
Kau sudah lama pergi
Pemergianmu hampir tidak dipeduli
kasih syangmu kian dilupai

Ya Rasulullah
Namun masih ada yang berdondang sayang kepadamu
Masih ada yang bersyair syair selawat untukmu
Masih ada yang masih memerlukan mu dan terus masih
Yang masih memerlukanmu ialah kami semua
bukanlah umat islam sahaja
Tapi umat kristian,yahudi,budha hindu, animesme

Semua kami memerlukan mu kerana kau lah
idola dan role model
kaulah contoh terbaik pengamal ilmu islam
Pendekatan terbaik mengamalkan sistem Islam
Dulu kau tidak berprasangka
walaupun pada kafir quraisy dan yahudi 
yang melempar najis ketika kau berjalan
dan ketika kau bersujud solat

Sayang, tiada lagi sosok secantikmu
kini kami saling berprasangka
kami diajar berprasangka buruk kepada agama lain
Kami diajar supaya memburukkan apa sahaja
Yang tidak sehaluan dengan kami
Masih kuingat ceritamu
Menyuapkan roti kepada seorang yahudi buta yang juga mengejimu
mulianya hatimu Rasulullah
Kemuliaan itu namun tidak lagi terlihat kini

Mereka sangka sunnahmu hanyalah berpakaian jubah dan berserban
berjanggut dan memakai celak
Tapi tidak pula mereka mengikut caramu berkata kata untuk menegur
Tidak pula mereka memimpin mereka yang sesat
malah hanya tahu menyesatkan sahaja
Akhlak muliamu yang didendangkan di bibir
tiada lagi didalam hati
yang mereka tahu hanya menghukum murtad kepada orang lain
wawlaupun oranng itu masih beragama Islam

ketika kau membuka Madinah
Kau tidak memaksa orang memasuki islam
Ekonomi, kau tidak menutup kedai2 orang bukan islam
Politik, dasar politikmu jelas memperincikan
Islam untuk semua
Hiburan, suami2 masih boleh bernyanyi dan bersyair
rakyat masih boleh perdendang lagu cinta
Kau tidak larang orang islam mempelajari agama lain
kerana kau pasti tahu
Berikanlah guruh dan badai sekalipon,
Sekiranya seseorang tetap dengan imannya
tetaplah dia tanpa sedikit goyah

Ya Rasulullah,
tidak perlu aku menulis kehebatanmu,
semua orang tahu
Tdak perlu aku menyata kasihku
Aku tahu,mungkin mereka tidak tahu
Kata kasihmu tidak lagi didengari
namun semua masih terngigau 
Ayat cinta agungmu
'ummati ummati'


Sekian
 P.M.A.C @ anakmudadiary

Monday, February 14, 2011

Valentines Days : kenapa Suka sangat Haram Mengharam HAH?

Assalamualaikum pembuka bicara



Happy Valentines day
Happy Maulidur Rasul


Aku baru lepas tonton raja lawak, lawak memang lawak, dengan kumpulan balas dengan agenda lucahnya, leman dengan lawak seposen nazmie yang makin jaham, lucky jugak doraemon yang mencipta keajaipan!
Actually lama gila kot aku tak tulis kat sini, bukan nya takda idea, tapi aku nie skottest yang mengalmi masalah langkah pertama, langkah pertama langkah pertama, so sucks  to start it! 

Okay dalam seminggu lepas Nasarudin Al tantawi bersabda pasal nak mengejar golongan couple dan maksiat di malam 14 february, dia bercerita ini hari haram untuk berkasih kasihan, pastu datang pulak si ustazah kangkong nor bayah berchretta, duk chret chret sampai timbulkan kemarahan pertubuhan agama kristian. dia duk ckp hari valentine adalah hari maksiat hari  orang kristian berzina lah bagai, shit! r u shitting the other religoun to get attention? Aku memang tak minat dengan dia dari dulu lagi, cakaplah apa pon, melabon lebong je kerja minah nie.

Buat ustazah nor bayah, i dont care if u want to bubling in television or any, but u dont need to involve on other religion if u dont know shit about them!about their history, just dengar2 then say its a fact! Anda cakap budaya kristian meminum arak maksiat dan berjudi, woit, mana ada agama ajar penganut dia buat semua kerja kerja mulia tue! Aku ada lagi kawan kristian yang tak pegang arak pon, malu bila ckp pasal maksiat, tapi ada gak member seagama Islam yang no ahal wat mende mende nih, tue takkan aku nak tuduh budaya agama islam gak? Kristian diturunkan kepada Nabi Isa A.S dan umatnya, takkan lah Allah nak turunkan Agama yang memang budaya mabuk2 pergi buat maksiat! Yes, ko ustazah, then people will talk talk what u said is rite!i dont care u r ustaz, ustazah, imam, tapi kalau nak carut2 kat tv buat cite bohong pasal orang lain, sory, i'm not on your side!

Okay, aku ngaku, 
aku tak care pasal korang nak sambut valentines day!
sambut lah sambut, 
inilah adalah hari kasih sayang umat manusia,
hari ni,umat tak bergaduh2,
tak berbunuh bunuh,
Semua jadi inteam
Yang Meraikan Dengan family
Semua berkasih sayang!

Sekurang kurangnya hari ini lebih mulia dari sambut new year kat klcc bertendang tendang and vandalism. Dekat Fb dah mula gembar gembur pasal pengharaman Vday,what shit? do they really know from where the Vfay come from? or just reading some mumbling about queen issabelle that lost to St.Valent?hahah!!i also can make a story about valent. Try to check on back, is it really St,Valent wujud waktu pemerintahan Queen Issabelle?? Baca lah buku sejarah Sepanyol, kau nak kata nie budaya barat??

how about facebook?
fathers mothers day?
friendship day?
Please all this from there!

Common Fellas, Kristian = barat? kristian are from palestin, and even arab are more similar to cristian as they arrive there first before islam.Macam Santa Claus, ia bukan ajaran kristian, ia adalah budaya barat yang dimasuk ke dalam agama Kristian, sebab cristian asal dari palestin, kat palestin tak ada salji. Barat not exactly kristian you no, barat sememang terkenal dengan budaya mencuba baru demi ekonomi, maka diwujudkan hari bapak,hari mak, hari kekasih, hari pekerja, hari orang cacat, hari mak janda, dengan itu akan tersedia kad kad untuk dibeli oleh penyambut yang menyambut. Sama Macam hari Vday nie. Ia dimulakan gadis comel Esther Howland, yang mula mencipta kad hari kekasih untuk warga England yang berkasihan.Ini adalah proses pengekonomian, untuk dapat duit.

Kasihan lah hari kekasih
Hari ini lebih suci dari world cup day
lagi mulia dari new year celebrate
Love is great
It create the concept of humanity
in Islam also talk about lovE!

Yang membuatkan ulalalalamak nak mengharamkan nie, sebab manusia tue sendiri tak leh kawal nafsu, Ya, memang malam VDay nie anak dara hiang dara, ada janda bersama lelaki muda, ada si laki tua bertidur dengan anak dara,woit! ini slah manusia tuelah, nie bukan salah Vday, stop blamming others for your own races fault!dah gagal mak bapak,sistem didik anakmuda dengan baik, maka jadilah perkara perkara mungkar itu. so, takperlu kot nak haramkan sambutan Vdays nie,jangan peningkan kepala aku nak sambut dengan orang yang aku syg,orang yang aku kasih, aku meraikan cinta aku, aku menghargai kurniaan syang kepada ku.it such great gift from HIM!!

Kalau nak ikutkan bukan Vday je orang beromen romen, everydays thing happens! Kamera lagi sibuk kat Vday nie, sebab tue lagi banyak cerita buruk pasal Vday nie, kan?

Hadith : siapa melakukan perkara menyerupai sesuatu kaum, ia  menyerupai kaum itu

Some said this is best arguments, hey please, then u have to stop celebrate mothers,fathers,friendship,newyear,worldcup,Aids day, stop stop celebrating it!
Jangan sambut graduation day, sebab orang sana jugak yang start!how bout that?
And please, turn off your facebook account as it create by brother mark zuckenberg who you should really 
hate off, he is yahudi, he is jews!

P/S : Take the best from them, put our bad side far far away

Sekian,
P.M.A.C @ AnakmudaDiary
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...