i serve nuff nang

Monday, February 21, 2011

Kita sudah dimalam pengundian

Sambungan Post before nie

Asslamualaikum w.b.t

Malam nie pasti ramai juga yang tertanya,
Siapa aku nak undi esok? dia nie siapa itu siapa, dan tak leh blah,depan komputer :
1. cun ni, boley undi
2.Budak n muka kerek tak yah la
3. nie aku tak kenal pon, tak yah la

tapi, ramai juga yang akan pergi dengan pangkah je sesiapa dia nak, tak kesah orang tu lembu bertali hep ke ape,ape kita boleh ckap??kesedaran mahasiswa mengenai POWER mereka masih kurang, jadi aspirasi dan perubahan tak perlu risau, saya yakin anda akan menang besar esok!

Hah, lets go to chapter 2. Nie post rentetan dari post pertama, sory, aku memang mengmbil tau hal semasa dan sekeliling, aku akan lebih ceritakan pemimpin macam na aku nak. Hari ni terkejut baca berita calon hilang di UM, dan kehilangan nie telah membawa kesedaran besar pada mahasiswa di sana. UM terkenal dengan kubu kuat Pro-M selain dari UIA yang mana PRO - M mereka yang menang tidak diiktiraf oleh pentadbiran uia sendiri.Damn, nie contoh penafian kuasa pelajar! Nie patut ditentang!. Pasal Mastura yang hlang di UM tu, aku bangga apabila student cina dan india trut bangkit bersama membela si MAstura ni. Inilah yang aku kata student power, bila student power diguna, tiada lagi kaum itu dan ini, pertelingkahan antara kaum ditinggalkan, yang penting kepentingan pelajar semua dan secara bersama!!

Aku lagi minat kepada pemimpin yang tidak mengamal kan racism! let me tell u, ada jugak pemimpin n ahli parti nie duk ckp orang cina tak elok, ada juga orang cina berkumpul bersama berbual mengenai nasib mereka, india??kita ber tiga sama aje. You know what?i hate those 3, orang melayu dimomokkan dengan kebangkitan orang cina, padahal benda tu korang dah patut tinggalkan sebab korang mahasiswa! itu perkara kolot molot! aku masih tercari cari pemimpin yang berani menyatakan kesatuaan 3 majoriti kaum di Malysia ini termasuk rakan sabah dan serawak, yang tidak ckp sikit pun pasal perjuangan melayu. Itu yang aku nak,korang nak ape ikut korang lah, sebab aku rase kita masih lagi dipisahkan dengan persepsi buruk terhadap sesama kita, cummon kita berlainan agama bangsa, tetapi kita dikurnia akal untuk bersatu dan menerima kelainan kan?Isu nie nampak remeh, korang semua tak peduli, korang rasa dengan membela kaum sendiri itu pejuang, no, membela student adalah perjuangan, kau cina ke india ke, membela hak semua adalah perjuangan dan memberi kau gelaran lagenda!

Aspirasi perubahan bebas, apa korang perjuangkan sikit pon aku masih tak jelas, korang ckp nak perjuangkan hak student, tapi kata dengan mengikut saluran yang betul lah bagai, kalau ikut saluran, mpp lepas pun ikut saluran, itulah punca diorang dibenci sebab terlalu ikut saluran! Memang mereka buat kerja, tapi sikap patuh kepada HEP tu walaupun mereka masih boleh melawan untuk kebenaran masih gagal dipupuk, itu pasal aku masih tak percaya pada mana2 calon pon, instead, aku respect bro saifudin yang pernah ditangkap uk sebab wat demo palestin!walaupun dia aspirasi, tapi dia byk bawak perubahan, sebab dia ada jiwa melawan, bukan jiwa mematuh sahaja!itu yang student ini nak, korang kata nak patuh pada dasar universiti, cummon kalau dasar itu menindas nak patuh gak? dasar perniagaan kosiswa korang nak patuh gak?dasar wajib beli buku untuk jawab kuiz patuh gak?

Aku tulis bukan nak kau pergi melawan HEP dengan membabi buta atau patuh dengan melembu kene ikat, tapi guna fikiran korang sebagai student.Sebab tu leira muslira sendiri pergi bertemu ajak berdebat secara open terus, tak yah nak buat surat mohon ke apape, ke bagi korang leira nie budak nakal yang tak tau adab? Kalau ada korang terpikir gitu, bg korang sama jugalah pejuang di Mesir tu tak beradab!

Apapun peringatan aku, dah ada jawatan nanti, tolong jangan lupa diri, ditabur dengan elaun bulanan dan duit, korang pun jd longlai. Nampak awek2 cun yang senyum kat korang, korang pun cair. Dan berjanjilah yang korang akan bersedia letakkan jawatan andai tak mampu membela nasib pelajar, adakan pilihanraya lagi, kalau tak mampu jangan marah apabila student menggunakan pilihanjalanraya untuk menentang korang semua!


Selamat mengudi kepada para pengundi!
Undilah calon yang cun dan hensem
Undilah calon yang buat korang stim melihatnya

Janji dia bukan lembu dicocok hidung!
Kah kah kah

Ingat YOUR Vote is Your VOice
Sekian
AnakMudaDiary @ Panglima Muda Ahmad Chin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...