Ya Rasulullah
Inilah ulangtahun hari kelahiranmu
Hari ini umat manusia mengingati hari kejadianmu
tapi malangnya
Ada yang ingat hanya sekadar
Hari ini, diiystiharkan sebagai cuti umum
Aku yakin benar, sekiranya cuti ini tidak disempenakan
Hari ini pasti dilupakan
Akan hilang tarikh ini dari kamus hidup mereka
Ya Rasulullah
Aku terlalu malu untuk menyambut hari ini
Hari ini memberikanku bayangan
aku bukanlah manusia yang baik
Hari ini membayangkan,
ramainya umatmu mula membeloti sunnahmu
Ya Rasulullah
kerinduan kepadamu bukanlah diungkap
kerinduan kepadamu tidak perlukan penyataan
Kerinduan padamu mudah dibaca
Tapi tidak mudah dihayati
Kau sudah lama pergi
Pemergianmu hampir tidak dipeduli
kasih syangmu kian dilupai
Ya Rasulullah
Namun masih ada yang berdondang sayang kepadamu
Masih ada yang bersyair syair selawat untukmu
Masih ada yang masih memerlukan mu dan terus masih
Yang masih memerlukanmu ialah kami semua
bukanlah umat islam sahaja
Tapi umat kristian,yahudi,budha hindu, animesme
Semua kami memerlukan mu kerana kau lah
idola dan role model
kaulah contoh terbaik pengamal ilmu islam
Pendekatan terbaik mengamalkan sistem Islam
Dulu kau tidak berprasangka
walaupun pada kafir quraisy dan yahudi
yang melempar najis ketika kau berjalan
dan ketika kau bersujud solat
Sayang, tiada lagi sosok secantikmu
kini kami saling berprasangka
kami diajar berprasangka buruk kepada agama lain
Kami diajar supaya memburukkan apa sahaja
Yang tidak sehaluan dengan kami
Masih kuingat ceritamu
Menyuapkan roti kepada seorang yahudi buta yang juga mengejimu
mulianya hatimu Rasulullah
Kemuliaan itu namun tidak lagi terlihat kini
Mereka sangka sunnahmu hanyalah berpakaian jubah dan berserban
berjanggut dan memakai celak
Tapi tidak pula mereka mengikut caramu berkata kata untuk menegur
Tidak pula mereka memimpin mereka yang sesat
malah hanya tahu menyesatkan sahaja
Akhlak muliamu yang didendangkan di bibir
tiada lagi didalam hati
yang mereka tahu hanya menghukum murtad kepada orang lain
wawlaupun oranng itu masih beragama Islam
ketika kau membuka Madinah
Kau tidak memaksa orang memasuki islam
Ekonomi, kau tidak menutup kedai2 orang bukan islam
Politik, dasar politikmu jelas memperincikan
Islam untuk semua
Hiburan, suami2 masih boleh bernyanyi dan bersyair
rakyat masih boleh perdendang lagu cinta
Kau tidak larang orang islam mempelajari agama lain
kerana kau pasti tahu
Berikanlah guruh dan badai sekalipon,
Sekiranya seseorang tetap dengan imannya
tetaplah dia tanpa sedikit goyah
Ya Rasulullah,
tidak perlu aku menulis kehebatanmu,
semua orang tahu
Tdak perlu aku menyata kasihku
Aku tahu,mungkin mereka tidak tahu
Kata kasihmu tidak lagi didengari
namun semua masih terngigau
Ayat cinta agungmu
'ummati ummati'
Sekian
P.M.A.C @ anakmudadiary
No comments:
Post a Comment