i serve nuff nang

Thursday, August 12, 2010

Kongsi Ilmu Sempena Bulan Puasa :: AnakMudaDiary








Assalamualaikum w.b.t

AnakMudDiary Kembali lagi..

Alhamdulillah...Permulaan puasapada 2 hari yang pertama berjalan dengan baik sekali. Bersyukur terhadap Allah S.W.T..Cuma untuk Posting kali ini, saya baru terfikir untuk membuat posting dan berkongsi idea mengenai Bulan RAmadhan yang sedang dinikmati umat Islam ketika ini.

Puasa.Dari segi bahasa ia beerti menahan. DAn dari segi syaraknya, 'menahan diri dari lapar dan dahaga serta tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula terbit matahari hingga terbenam fajar di petang hari.RAsa nya tak perlu saya ulas mengenai puasa,fadhilatnya, amalannya, kerana umumnya semua sudah mengetahui perkara dan apa yang ada di dalam bulan puasa ini

Bulan Ramadhan mempunyai banyak pengertian, anatara nya Bulan HIjrah, Bulan perubahan, bulan kebaikan. Dan ramai kita tahu pentingnya supaya menjaga kelakuan dari melakukan perkara yang membatalkan puasa.
Tapi sayangnya, dalam kita menjaga dari puasa kita terbatal,sepatutnya masa ini juga lah kita harus menahan dari melakukan perkara yang mengurangkan pahala puasa kita. COntohnya, 

1.meninggalkan solat,
2.Memaki hamun dan mengumpat
3.Membuka Aurat
4.Menaikkan nafsu shahwat jantina berlawanan e.g berpakaian ketat,seksi
5.Melakukan maksiatdan dosa2 lain


Perkara disebut, tak termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa kan?tapi perkara ini termasuk dalam perkara yang mngurangkan pahala puasa, kerana ia menambahkan dosa kita. Dalam erti kata lain, buat penat@rugi kita menahan lapardari pagi ke petangwapi kita tidak kisah mengenai perkara2 ini


Jika diberi peluang untuk berucap di bulan ramadhan ini, saya lebih suka memperkatakan amalan yang juga dilakukan di bulan lain seperti bersolat 5 waktu. Mengikut sunnah nabi, kerana bulan ini adalah bulan yang penuh dengan kenikmatan dan syaitan dalam rantaian, yang mana kita hanya perlu mengawal nafsu dari terbabas. Masih ramai yang menganggap bulan RAmadhan hanyalkah 'bulan puasa', tapi ramai tak tahu bahawa bulan ramadhanlah bulan pemangkin perubahan,bulan :


1.Si gemuk nak jadi kurus
2.Si pendosa nak buat pahala
3.Si kaya nak belajar rasa orangmiskin
4.Si bakhil mencurahkan hartanya
5.Si ketat mengukir senyuman ikhlas
6.Si baju ketat memakai yang longgar
7.Si pencaci bersediauntuk dicaci
8.Si Couple,bersedia untuk kurangkan dating
9.Si isteri membukti ketaatannya

Dalam 9 perkara diatas,tiada lagi yang penting melainkan, 'Disiplin Dan Kesabaran'. Jika tiada 2 perkara nie,nescaya akan jadi rugilah apa yang mereka lakukan. Justeru, saya tak menganggap bulan ini adalah untuk berpuasa sahaja, jika kita hanya berpuasa tanpa melakukan amalan lain,ia juga sama dengan orang bukan islam yang turut berpuasa di bulan Ramadhan.


Mungkin setakat ini dulu entry untuk kali nie, Insyaallah video seterusnya mungkin akan diterbit dalam masa terdekat nie.Harap perkongsian ilmu ni dapat diambil hikmahnya secara bersama, anda dan saya.


SEkian,WAssalam


AnakmudaDiary

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...