Assalamualaikum w.b.t
AnakMuda
Tiba Lagi RAmadhan yang Di rindui
RIndu Atau Kau REsahi?
Hanya Kau mengerti perasaan hati
Sekiranya gelisah, tanyalah lagi
HIngga hatimu meniti rasa ramadhan yang dirindui
AnakMuda
RAmadhan bulan berpuasa,bulan menahan
Tidak hanya menahan lapar dan dahaga engkau
tapi juga melemahkan nafsu kau ankmuda
Sekiranya kau tewas
BErtanyalah, layakkah kau digelar anakmuda
AnakMuda
Sekiranya kau tidak bersolat, bersolatlah maka
Sekiranya kau lama Menjauh, dekatilah maka
Sekiranya seorang yang durhaka, berkasihlah maka
Sekiranya kau banyak membuat dosa, berpuasa
Sekiranya kau sering bercanda bersama cewek
bercengkeramalah pula kau dengan Dia
Sekiranya Rokok mu masih panjang,
Hold it on, katakan taknak
SEkiranya kau Berjaya mengatasi
tak semestinya kau sudah boleh bangga
fikir juga banyak perkara perlu ditinggal
AnakMuda
Bulan ini amat penuh keberkatan
Tidak hanya dipenuhi dengan kenikmatan,
tapi keampunan
Jangan kau rasa, puasa mu sudah cukup,
Bangkitlah mencerna semangat
Bangkitlah membakar obor jiwa AnakMuda
supaya sentiasa keras menentang arus
AnakMuda
kau tidak perlu berhenti gurau dan senda
kau tidak perlu hilangkan riuh dan tawa
kau tidak perlu merasa tiada jiwa di bulan ini
kau tidak perlu merasa ototmu tidak berisi
kerana
puasa sehari
tidak beerti nyawamu tiada lagi disisi
tidak beerti kau hilang penghidup diri
tidak beerti kau darah tua meresapi diri
kerana Dia ada disisi
menanti untuk kau bercanda di sisi
menunggu kau untuk berhipokrasi
merindui untuk kau bercumbu dengan Nya lagi
AnakMuda
Pesanan ini dari aku jua anakmuda
Pesanan ini dari seorang yang sedang ditelan usia
Pesanan ini tidak beharga
yang diharap pada kau mempunyai makna
yang diharap pada kau mempunyai cakna sinar
Pesanan ini berupa hodoh
tapi siapa tahu hodoh itu adalah jalan
baik untuk merendah diri
Sekian
AnakMudaDiary @ Panglima Muda Ahmad Chin
No comments:
Post a Comment