i serve nuff nang

Wednesday, March 21, 2012

Aku juga Pernah Putus Cinta


Assalamualaikum w.b.t

Entry ni khas untuk mereka yang baru sahaja ditinggalkan, yang rasa losser kerana ditinggalkan oleh kekasih masing2.Takpon, telah sekian lama menyepi hidup berseorangan kerana tak reti nak meluahkan perasaan semata mata.

 Ketahuilah, kita adalah golongan gagalist.

Anyway, bagi aku, tunjang manusia dihidupkan beramai ramai atas muka bumi sememangnya untuk berkasih sayang. apa lagi dapat menyatukan manusia selain berkasih sayang? okay, aku akan kongsi serba sedikit kisah aku, bukan lah untuk dijual, tapi sekadar berkongsi, dan jika kau sebarkan, tak tahulah ada rantaian pahal ataupun dosa turut ikut.hahaha

Kisah aku dan dia bermula 5 tahun lepas, yap, aku lelaki dia perempuan. Kata orang perempuan ni suka dimanjakan. Tapi aku rasa pelik, kadang itu aku lagi suka dimanja, tapi sekarang maybe dah tak kot, sebab aku rasa kehidupan ni aku perlu menjengah lebih banyak kehidupan orang lain. Ada budak perempuan kat ofis aku pon, agak kasar dan ada kekuatan tersendiri, tapi aku tahu, orang yang kasar walaupun dia mencarut, dia adalah seorang yang jujur.Dan aku tiada masalh dengan orang seperti ini.

Kesah aku berhenti bulan 7 yang lepas rahasanya, yap, aku looser dan memang layak ditinggalkan. Sedih, macam nak gila, murung, tak tipu la kalau itu tak menjengah lansung kan,  tapi lama kelamaan, aku tahu aku kena terima segala nie. Aku bukan suka guna ayat 'dah tak da jodoh' untuk senangkan hati, sebab aku seorang yang kritikal dan sifat nak memahami sesuatu. Dan aku tak pernah faham bila orang cakap,'ada jodoh ada la', atau bila putus, 'dah tak da jodoh' Sedangkan mereka yang ada dalam perhubungan, mereka kawal hati mereka, kestabilan atom perhubungan itu datang dari mereka sendiri. Kenapa perlu libat dan salahkan tuhan?

Ternyata manusia memang ego, tak reti nak salahkan diri sendiri, setiap perkara itu akan disalahkan tuhan.Seriusfact#

Untuk mengiyakan ayat 'bahawasanya kita tinggalkan seseorang kerana kita lebih sayangkan dia', itu adalah ayat yang super scam. Yang tak masuk dek akal. kalau kau dah sayang sayang jelah, biar sampai orang tu tak nak pon, sayanglah, cukup jangan sampai kau mengganggu kehidupan peribadi dia selepas itu.kan?aku tak da masalah bila orang yang murung ini, aku faham, aku cuma bermasalah sehingga terbawak penyakit gila pergi serang orang itu tak tantu pasal, hidup ini give and not always take. Tak semestinya kau akan dapat apa yang yang kau harapkan, atas apa yang kau berikan. Serius.

Buat mereka yang baru putus cinta, marilah join aku, kita berjalan jalan, aku mengaku aku suka tengok perempuan. Tapi bukan sampai jatuh cinta, namun itu fitrah seorang lelaki,jika kamu mengharamkan fitrah itu, kamu juga seperi mengharamkan kurniaan tuhan kamu, tidak kau sedari itu? 

Aku suka berjalan berseorangan,melihat telatah orang lain, yang berkasih, yang single, yang berkawan ramai, yang dah kawen, yang seperti minah dan mat rempit, kerana setiap kelainan mereka itu, ada manfaatnya untuk hidup dan pemahaman aku tentang kehidupan.

Untuk menjaga cinta, bukan senang, nak nak lagi untuk orang macam aku yang lebih berdiam dan penuh dengan sifat penakut. kadang aku rasa, memang betul lagu yuna, penakut, kenapa aku ada perasaan takut untuk mengorat seseorang dan tiada siapa mahuku, tetapi jantan yang gagah berani meluah itu senang je dapat kekasih mereka. Macam mana aku rasa semua ini adalah tak adil pon, tapi tau aku kena mengaku bahawasanya 'Kau bukan milikku'

P/s : Kau bukan Milikku

Sekian

AnakMudaDiary.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...