i serve nuff nang

Friday, July 16, 2010

Kenyataan Rasmi Ahmad Shazwan Berhubung kenaikan Harga Barang Semasa

Assalamualaikum w.b.t

  Serta salam sejahtera kepada pembaca bukan islam. Kenyataan ini saya lahirkan setelah dikecewakan lagi dengan tindakan kerajaan yang menaikkan harga barang dalam keaadaan ekonomi yang meruncing ketika ini. Ia mengingatkan saya mengenai kenyataan Datok Idris Jala bahawa Malaysia akan Bankrup menjelang tahun 2020 sekiranya pemberian subsidi diteruskan? Tetapi ramai menteri lain yang mengatakan fakta yang diberi Datok Idris Jala Adalah salah dan tidak bertanggungjawab.

 Ingin saya bertanyakan semula, dengan kenaikan harga minyak dan gula ketika ini menunjukkan kenyataan Malaysia Bankrap adalah salah? Atau kenyataan itu dahulu telah menyebabkan para menteri dan pemilik kereta besar tak senang duduk,?arak yang diteguk sudah berasa rambuta? Lampu bulat di kelab malam suram menjadi lampu pendaflour? Kenyataan itu juga menyebabkan pemidato tidak lagi bercakap 'sedap', suara mereka tersekat dan takut untuk melawan.

 Apa sudah jadi dengan model ekonomi baru PM najib? adakah kesannya yang meningkat yang degembar gemburkan adalh fakta atau tipu untuk memberi kesenangan pada rakyat malaysia? Dalam suatu ekonomi, petunjuk ekonomi yang mudah apabila harga barang naik tiba dalam beberapa tahun, maka ekonomi itu sedang mengalami masalah. Kehabisan aliran tunai, hutang minimbun, dan rakyat menanggung sengsara. Realiti ekonomi Malaysia masih baik atau tidak hanya diketahui para pemimpin besar sahaja, tapi dari tindakan mereka kita juga sudah boleh membuat kesimpulan awal. 


 Kenaikan harga barang dan minyak semalam juga menjadi tanda tidak akan ada pilihanraya mengejut seperti yang di ura kan oleh semua pemimpin politik, Keputusan kenaikan harga barang yang tidak popular ini pasti membawa keruntuhan kepada kerajaan BN pada masa kini yang sememangnya seperti kapal titanic menanti belah. Semua ini sekiranya anda mengikuti perkembangan nya, banyak novel pendek yang anda boleh karang.


Anda boleh agak bila harga barang akan naik, apa tanggungjawab media utama sebelum kenaikan dan selepas kenaikan harga minyak dan gula. antaranya


1. Gula tak baik untuk kesihatan
2. Rakyat Malaysia byk mengalami obesiti
3. Harga gula di Canada adalah murah
4. Minyak sudah habis
5. Harga minyak US meinigkat
6. Pencemaran udara
7. Rakyat perlu berjimat cermat
8. Ekonomi mempu melonjak


Kalau tak percaya anda hanya perlu lihat iklan tv, baca surat khabar utusan dan berita harian. Saya yakin anda akan menjumpainya. This calls CheaTS WITH GooDS. BErjimat cermat? perlu berjimat untuk beli barang dapur? barang keperluan??bagilah teori ekonomi mana yang kata begitu?Yang perlu berjimat adalah YB YB yang pergi melancong keluar negara, yang perlu berjimat adalah menteri yang ada kediaman peribadi di CAnada, yang perlu berjimat adalah Isteri Orang kenamaan yang syok berbelanja di Paris, Beli barangan COACH, yang perlu berjimat adalah orang menukar kereta nya setiap bulan
Yang perlu berjimat apabila ada pilihan raya kecik, jangan lah menaburkan duit rakyat sesuka hati semata mata ingin menang pilihanraya kecil.


Pembaziran dan ketirisan dalam aliran wang kerajaan juga perlu dikurang kan. Skandal seprti 12 billion pkfz??landasan keretapi bekembar, perwaja Steel dan Magnum yang melibatkan puluhan billion tidak sepatutnya ada. Jumlah semuanya menghampiri dan lebih 100 billion, Anda boleh kira Rm 100 Billion yang dijimatkan ini boleh menanggung keperluan subsidi yang dikatakan membebankan kerajaan! Berbanding kerajaan kata boleh jimat hanya RM753 juta setahun dengan pengmuman semalam.


Perlukah rakyat menanggung pembaziran dan perbelanjaan yb yang membazir ini untuk kepentingan yb ini sendiri?


Apabila ada harga barang yang menurun, anda nantikan itu adalah tanda pilihanraya semakin dekat.




sekian


Ahmad Shazwan Bin Abdul Aziz @ AnakMudaDiary

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...