i serve nuff nang

Monday, July 19, 2010

Nak Cerita je UUM boleh tak?

Assalamualaikum w.b.t

Aku nak mulakan dengan apa khabar semua...terutama readers uum,ex uum, alumni uum. Tahun nie aku masuk sem 7 kat uum nie. Alhamdulillah banyak pengalaman dan kenangan yang ditimba, insyaallah kedewasaan aku pun bertambah. kali entry aku nak bercerita je kisah2 baru kat uum nie.


Uum sakarang dalam proses menaik taraf dan pembangunan. Banyak projek macam dewan kuliah ke 6, bangunan HEP yang sedang dibina, Alhamdulillah macam kat KL dah aku rasa.haha. Tapi pelik kenapa pelajarnya masih takot berbicara isu semasa?kenapa pelajar ckp isu politik nie isu yang perlu di elak, isu eeleekk, isu ngarut. mungkin mereka tak tahu lagi kot, Politik ekonomik adalah satu perkara yang interdependant. DEngan kata lain saling berkaitan. Bila da berkait dengan ekonomi, ia juga melibatkan isi rumah, perbelanjaan dan pergunaan, siapa isi rumah??mak bapak kita,dan kita sendiri la!.


Hari ni aku masuk kelas international business. Aku da tau lama pasal quiz online buat kat bilik. Tapi masuk sem nie dengan pengurusan yang baru, rate pun da baru. Haihh, nak amik kuiz online pun kene wajib beli buku skarang. Bukunya Rm60 above, dalam buku tue ade passcode untuk access ke laman quiz on9 tersebut. buku adalah keluaran McGrowHill. Pelik gak aku amende la pulak projek duit nie, da wajib pulak. Then, pelajar dikaburi dengan ayat usaha sendiri lah,berdikari, boleh jawab quiz dengan lebih baik. Kah kah kah. ape bende tah, pastu kene wajib beli buku. Dengan kata lain, tak beli buku tue, anda boleh sia2 hilang 10markah tue.Baru baru nie, ura ura spotcheck makin meluas nie antara hukumannya


Sebarang barang yang ada kat bilik


Iron : Dirampas
Puntung rokok : rm 10/unit
bantal lebih : Dirampas/ denda
Extension : dirampas
Speaker : saman rm 50 ke atas 
Pelekat pada pintu bilik : rm250
Periuk nasik : saman
meja besi kecik : saman


Haih, ape la pulak saman banyak nie, takkan uum tak de duit?mustahil. Saman tiap tahun byk dapt duit, ada staf pun penah cakap duit kebajikan pelajar da cecah rm3 juta lebih. Hilang mana? Takan nak student teka apa lagi projek duit berbayar lepas nie?Aku ingat masuk uum kos murah, hidup pun tak susah sangat pkir duit. Setahu aku ipta nie disedia untuk rolong orang susah, yang nak sambung belajar dengan menawar kos yang rendah. Nie juga adalah badan berkaitan kerajaan, pengurusan pun dah baru, pengurusan nie kerja dia kene fikir camne nak rendah kan kos bagi anakbuah dan keluarannya tapi dengan kualiti yang tinggi. 


Pasal isu bus pun satu, skarang bayarannya mungkin rm60 above lagi,. Kesahnya , dulu perkhidmatan bus free dan skarang dah berubah, dah kene bayar dengan service yang mengecewakan. Duk kat dalam hutan jauh dari a.star, tapi byr duit mahal, service pulak ciput je. Kat UPM bayar pun rm60 gak, tapi bus dia boleh bersaing dengan bus rapid kl yang tambang murah.. Bus upm bergerak sampai ke The Mines lagi untuk amik student dia, then student diorang tak bising pun, Bus diorang lagi baru dan cantik dari UNIC nie, kenapa macam tue ek? Bus Unic dalam UUM je, sampai ke chanloon pun tidak, bersaing dengan HBR dan mara yang harga mahal,susah gak ke? Mungkin kos kehidupan kat SIntok nie lagi tinggi dari Kuala Lumpur!haha.


Mungkin orang kate betul UUM= universiti untuk meniaga, universiti untuk menyaman,belum cerita pasal kosiswa yang konon nak bg ajar student meniaga, tapi tengok kat mall tue?da tak seindah macam aku baru masuk sini dulu yang mane time tue, kosiswa tak kate lagi nak 'tolong pelajar'. Tapi semua jadi macam pelik pas kosiswa amik alih, kosiswa pun pandai REMBAt duit ke?kah kah kah


Universiti untuk mengurus, first choice universiti? Visi tue masih terlalu jauh untuk dicapai,nampaknya bukan student je yang patut amik kos Pengurusan kat sini, staff dia pun kene pergi kursus pengurusan dan belajar apa tue pengurusan yang efektif dan efisien!


sekian


AnakMudadiary

10 comments:

  1. bravo la amad...
    apa yg ko ckp tu betul..

    ReplyDelete
  2. kahkahkah aku setuju ssangatttttt~
    ingat pelaja2 sini cop duit ke..
    halo2 lah brader2 staff..kamonla people..
    kitorg na makan pon kais pagi makan petang..
    duit ptptn ngat dapat free ke..??
    camne nak dapat capai title ipta terbaik kalu pengurusan macam hampehh~
    then tgi taraf kod penilaian pointer..
    kalu pengurusan tak bagus..wat camne pon takkan bagus lahh..
    get it rite lah wahai org2 pengurusan..
    name je universiti pengurusan tapi macam....sendri mau ingat ah.

    ReplyDelete
  3. hehe,tau takpe. macam kolej aku pulak, dah buat undang2 baru denga katenye la, dek kesengalan jpmk kolej aku yg otak udang masing2, bajet pandai tp jauh lg busuk pangai dr ayam yg dah mati. kuku tak boleh pakai pewarne, even cina pon, rambut pon takleh berwarna, heii, sejak bile wujud diskriminasi tentang etika peribadi. bukan hak individu ke?? dari korg sebok2 buat undang2 peraturan, baik korg pegi study lah. tak pon, g cantikkan kolej ke.

    ReplyDelete
  4. kolej mane tu? apesal sengal sangat?? =)

    ReplyDelete
  5. kah kah kah....kolej mane yang tak bg teue??bagus dan terpuji sungguh jpm anda tue..nasib bek jpm kami bakal menyediakan kembali astro...huhuh

    betul2...ape nak kaut sgt duit hutang student nie??dala berhutang pastu tambah kan lagi susah...haih....padanla ada jugak student yg pinjam pada along.hohoho

    ReplyDelete
  6. diorg rampas iron. pastu nk suh pakai smart2. budak ada ratus2. xkan nk beratur iron baju kat pantry kot

    ReplyDelete
  7. bantal lebih tu xtermasuk bantal busuk kn? wakaka

    ReplyDelete
  8. die tak sediakan bantal pon..yg nak dirampas bantal tu ape kes???? bengong betol..aku beli bantal mahal2..sng2 nak rampas.. sialan tol.. pantry pon tader iron masalahnye.. ape lah bengap sangat diorg nh.. ade otak,pk laa.. taw nak makan duit student je.huhhh..

    ReplyDelete
  9. kolej PROTON yang skema. hahahahahahaha kesian mber aku kene tukar warne rambut EVEN g kelas bertudung.. wat the fish.

    ReplyDelete
  10. harap ade la pihak2 tertentu dari uum terbaca post nie.. bia difikirkan balik ape yang wajar dan tak.. kalau ade reason, please bagitaw sama student. takot jadi macam kat tempat2 len, student memberontak..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...