assalamualaikum w.b.t
Kita berjumpa lagi sekalian readers. hari nie aku bawak kan sedikit buah pemikiran untuk kta kongsi bersama. idea tulisan nie tercetus dari borak2 dengan rakan dan sahabat handaik. Susulan dari intitut pendidikan yang aku duduk banyak buat projek TERGEMPAR waktu sem baru ni.
Aku borak dengan kawan aku haritu, bercerita mengenai sistem pendidikan kita.Terjumpa jugak status Fb di page kawan mengenai pendidikan,bunyinya macam nie
'Teringat kata-kata ini, "dalam menuntut ilmu, jadilah seperti anak kecil yang mempunyai tahap curiosity yang tinggi, sering bertanya dan bertanya'
Statusnya simple,tapi kalau korang peka korang akan rase, itu adalah tempelak kepada cara kita dididik sebenarnya,Biarlah aku mula dari zaman sekolah, sekolah?apa tu?tempat kita belajar yang mana KEPatuhan pada guru amat dituntut. Mak ayah pun selalu pesan, 'dengar cakap cikgu.Cikgu pula sering mengancam dengan memegang sepotong rotan atau lebih biasa dengan panggilan 'roti panjang.haha. dalam sistem kita, sifat curiosity akan menimbulkan rasa tak senang duduk pendidik sebenarnya. Dengan anak kecik telah diubat mengenai kepatuhan dan taksuban pada cikgu/pendidik. Dengan itu, memang tak kesah, kalau bila dah keluar sekolah, seorang murid tue takot untuk bersuara dan meluahkan pendapat sendiri.Alik2 murid tue jugak yang dimarah sebab tak lancar betutur dan tak berani melontar pendapat dan idea baru. Mak ayah pun terlupa mereka yang ajar anak mereka supaya 'pendamkan isi hati dan idea yang nak diluah kan.
Sampai ke peringkat u, pening dan ada yang tergelaklah golongan lecturer yang mengajar. Apabila di ajukan soalan kedalam kelas, mahasiswa/i akan terdiam kerana terbiasa, bukannya sebab hanya disuap ilmu dari dulu, tapi sebabkan mereka da diajar supaya berdiam diri. Negara sentiasa mengimpi idea baru dari mahasiswa/i, tapi macam mana kalau pengajar masih terikat pada skema jawapan?skema jawapan is the only fact, not the real situation, ini buatkan individu akan takot untuk mencuba sesuatu yang baru kerana 'baru' itu adalah salah!haha. jadi macam mana nak lahirkan tenaga kerja yang kreatif dan berfikiran kritis dan jauh kat masa depan?kesian mahasiswa, akhirnya mereka sendiri di dumb dan di marah.!
Jadi, apa yang kita mahu?dalam sebuah sistem pendidikan, terlalu 'straight' akan jadikan seseorang seperti askar, ikut ckp tuan sahaja, sepatutnya adalah lebih fleksible. Menuntut ilmu bukan sahaja mengikut ckp cikgu, tapi jugak ikut pengalaman hidup yang dialami dan logik pemikiran yang boleh dicetus. Bila pelajar berjaya mengusai suatu pemikiran logik, akan tercetus lah pertanyaan yang membawa kepada idea2 baru. Ya betul, pioneer untuk suatu imu adalah perlu diingati,tap bukan untuk ditaksubi. Sistem perlu ada matlamat untuk melahirkan pioneer ilmu yang baru! Skema jawapan juga perlu dilonggarkan. supaya dea yang betul dan dicetus dapat dimangkinkan. Jawapan yang bedasar logik akal juga perlu dikira sebenarnya, asalkan bukan logik yang mengarut dan melalut.
Contoh: kenaikan harga barang asas dan pelarasan subsidi, logiknya perlu ke orang miskin berjimat untuk barang keperluan?ia bukan barang kehendak, sepatutnya orang yang kaya perlu jimatkan belanja. perbelanjaan yang melampau oleh orang yang memimpin kene turun, rumah rumah berlebihan sampai ada 5 rumah, bayar pada outsider, tue yang perlu dijimat.Logik ke makcik makcik yang ade 9 orang anak perlu kurangkan belanja makan dan tempat tinggal anak diorang?Walhal tue adalh belanja keperluan.
okaylah.tue je aku nak bercerita. pandangan aku dan rakan2 lah.Mungkin ada antara korang yang rasa sistem kita dah grade Akan?terpulang.
Sekian dari aku
AnakMudaDiary
No comments:
Post a Comment