i serve nuff nang

Monday, January 30, 2012

Sembang Politik

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini entry tajuk ringkas, sembang sembang politik, nak letak pungpang politik pon boleh, tapi kalau pung pang politik just pasal anwar punya anus dan gay si reporter australia. Korang ni yang membuat politik itu rubbish. No Offence

apa itu politik?
Politik dasarnya adalah pengaruh,mempengaruhi,influence. Sebab itu mana2 pemimpin dalam syarikat, atau ke mana mana kau pergi, kau akan dengar perkataan politik, Politik ofis, politik team, politik bola, politik bisnes. 'Self Interest'. So, bagi aku, nak sembang politik itu okay kalau tak seharian hidup nak berpolitik tak tengok bola, tak dengar lagu, samalah kau tak da life. Hidup yang berpanji politik

Politik dan Agama?
aku setuju. Tapi bukan dengan cara orang sekarang yang bajet alim tak pernah buat dosa nak burukkan orang lain atas masalah peribadi diorang. Buat masa ni, aku tengok orang yang guna agama untuk politik ini just untuk serang peribadi, Sex, Sex, Sex, paling kurang pon hal bini PM tak pakai tudung. Pandangan orang yang suka serang peribadi ni, adalah pandangan paling jengkel nak baca. Seperti jadi pemimpin ini kena jaga hal dalam kamar orang lain, walhal ada satu bab lagi penting. EKONOMI!.

Sembang Politik.
Pergi mana2 kedai mamak, aku akan nampak beberapa pakcik sembang politik, ceritanya di takuk itu, ada yang bawak mercedes, tapi jiran sendiri yang hidup merempat tak reti nak pandang. jangan takut, orang bisnes bila masuk politik, kuat mana pun dia labon agama, dia tetap nak jaga bisnes dia, untuk untung projek, dan jadi kroni tetap. Ini bukan masalah dalam kerajaan sekarang je, aku rasa kerajaan seterusnya naik pon akan ada masalah sama, so itu pentingnya ada check and balance oleh parti pembangkang. Ingat, orang politik yang korang tengok kat tv, tu kebanyakannya orang korporat, ingat dia kesah sangat ke hidup orang miskin dan marhein ni?

Sembang hak orang melayu, pertahan melayu, tapi kalau tak nampak kenapa khazanah jual aset dalam mas, proton pada ananda dan mokhtar bukhary tu aku tak pasti lah. Nasib orang melayu bukan pasal kedai yang halang orang jalan kat pulau pinang tu kena roboh je, tengok la courts, dalam jusco, tesco, tu takkan tak nampak pemiliknya bukan melayu? anyway, aku bukan lah aktivis melayu, aku cuma nak bagitahu, cukuplah dilebong orang korporat yang jual nama melayu.

Politik Malaysia dan Anti - yahudi
Fine, ini merujuk kepada tazkirah anwar ibrahim di bbc dan WSJ. yang menyokong dual state solution. Ada hak untuk israel, dan hak untuk palestin. Satu perkara je, bagi aku dari kesah APCO -Worldwide lagi, anwar bangkitkan bukan sebab anwar anti yahudi, tapi kontrak dan wang yang diguna untuk biaya APCO World Wide tu sendiri. Yang terlibat dengan projek dari Asia Soft ltd dan macam macam sub lagi. Tapi dai just serang kerajaan gunakan cerita anti yahudi sebab kerajaan suka menuduh dia ejen yahudi.S o, Ia mengenai pembelanjaan belakang tabir nak taja company tu. kalau dapat company islamik sekalipon, tapi bayar berjutan jutan untuk buat perhubungan awam. Wadepak?

kalau nak laung anti-yahudi, sampai mana? Kau guna produk konvesional yahudi jugak, minum air itu ini contribution pada bank dunia yahudi gak. Teknologi phone ko tu dari mana? ko nak cerita dari finland?German? Jepun, puii la aku bagi kalau cakap benda2 ni tak da bagi sumbangan apa apa pada bank dunia. 
Seriusly, aku bukan anti-yahudi, aku boleh kawan dengan orang yahudi, kalau orang yahudi datang rumah aku sekalipun aku akan layan dia sebagai 'tetamu'.
Aku tak taulah kalau orang malaysia ni je ke anti-yahudi, sebab arab saudi tu sendiri pembekal minyak terbesar pada negara amerika dan israel ni. Negara yang ada kaabah dan tempat orang islam berkumpul buat haji itu.
Nak kata orang malaysia islam paling syumul dan beradab sebab dengar kata ustad azhar idrus kita boleh buat cetak rompak produk orang kafir? Go On.


P/s : Sebut2 perjuangan Islam, apa yang dijuang? Untuk Islam je? Go On.

Sekian
AnakMudaDiary

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...