i serve nuff nang

Friday, January 6, 2012

Dakwah Dan Nur Amalina

Salam sejahtera

Sebagai seorang yang menyokong budaya liberalisasi dan sekularisme, aku rasa juga layak mengritik mengomen orang suka selup dalam kain orang lain ni. Dalam kesibukan mahkamah jalan duta nak hadap anwar dan 901,  tak sangka kisah amalina si budak stabilo menjadi lebih hangat. Itu yang aku selalu maksudkan, rakyat malaysia lebih kisah dengan kisah apa warna seluar dalam, baju dalam seorang perempuan, dari kisah kebobbrokan dan kemandulan sistem demokrasi malaysia yang akhirnya bagi kesan pada kestabilan suatu masyarakat itu sendiri.

Nur Amalina, semua tengah sibuk post pasal dia, paling tak leh blah fans pakatan rakyat yang over jadi tuhan sibuk nak judge hal dalam kain orang lain. Bila ditegur kata nak tegur nur amalina, paling islamik jawapannya nak berdakwah. Kisahnya bermula dengan amalina dulu dapat 17A's dan pernah dijulang sebagai pahlawanita melayu jadi pemangkin semangat kemelayuan melayu. Ditaja stabilo bagai masuk iklan, sampai sekarang buat kursus perubatan kat United Kingdom. Anyway, dia dah belajar jauh, buku dia nak dijadi bahan rujukan, kau ada? setakat kutuk dia berseksi sampai kiamat pon, ko ingat orang melayu boleh maju?ko ingat ekonomi islam boleh berkembang? aku tak tau lah kalau disebabkan dia seksi dia dah murtad melayu. Leh

aku bukanlah tak nak orang menegur atau dakwah kat amalina nie, tapi bila tengok hulu balang page yang sokong pakatan rakyat ni cerita, gelakkan mak dan keluarga amalina, aku rasa, ada baiknya jugak Pakatan Rakyat tak dinaikkan jadi pentadbir buat masa ni. Paling fak bila, Anwar dituduh mencabul, memain china doll dalam video, penyokong nya akan buthurt gilabab. tak kisah lah ko sokong mana bn ke pr ke, tapi sampai stage ko gelakkan mak budak tu yang ada perasaan sayang kat anak, itu dah gila, aku tak taulah apa korang nak, nak mak dia bunuh amalina dan kau akan cakap 'syabas makcik, makcik dah tegakkan kebenaran, moga makcik beroleh syurga dan dirahmati Allah'.macam tu?

Sebagai mak, lumrah dia lah nak sayangkan anak dia, anak dia tak buat rasuah, curik duit, bunuh orang, cuma hidupnya bebas. Dan sebagai mak, siapa tak sayang anak beb? anak dia pon setia baik dengan mak dia, wats your problem bila si mak keluarkan kenyataan membela Amalina? macam kenyataan Azizah bela Anwar jugak la. 

Dakwah? fine, bila sebut dakwah, aku terbayang kan orang yang datang rumah kerumah, bagi salam 3 kali dan blah, ada juga yang bagi salam bape byk kali, tegur orang waktu pagi nak pergi kerja n some part yang aku tak berapa agree nie. Korang faham kan konsep dakwah tu dari rumah ke rumah, ziarah menziarah, bagi aku ini dapat pastikan, bila teguran dibuat, si isi rumah tak malu atau terasa aib dengan jiran2 sebelah, paling malu dengan pendakwah itu sendiri. Kau suka tak kalau orang nak tegur habit ko, pergi tengah padang, jerit nombor umah ko, pastu ungkap kesilapan ko satu per satu? kalau mak bapak ko kena macam tu, apa ko rasa?
Itu ko panggil dakwah style islam? no wonder makin byk orang islam suka memfitnah, ramai orang islam yang miskin papa kedana.

paling tak leh blah sampai ada yang sanggup wat facebook page yang baru untuk si amalina tu pastu sebarkan gambar2 dia lagi, tak takot dosa kering ke bai.

Lastly, aku rasa islam itu merudum bukan sebab yahudi ke kafir ada kuasa magis freemason atau illuminati, tapi sebab orang melayu islam (ibarat kata madey) yang lagi suka kisah bau seluar dalam orang lain. Akhir zaman dikatakan akan berlaku fittnah terhadap orang islam, bagi aku, sebab orang islam itu rasa hanya mereka sahaja betul tanpa hormatkan hak dan perasaan orang lain. Makin kurang berkasih sayang dan memahami. 

Sedangkan Adam dan Hawa dicipta atas dasar sama memerlukan saling menyayangi, even Nabi Adam dah langgar dan terlupa janji pada Allah s.w.t, Siti Hawa tetap setia pada adam atas dasar kasih sayang. 
kalau korang kat tempat siti Hawa, korang akan buat apa? let me guess?

P/s : Thx amalina, kes kau telah encourage aku untuk kembali menulis.


Sekian
AnakMudaDiary

2 comments:

  1. perkara yang merosakkan islam itu sendiri adalah penganutnya~ agree bukalah hatimu dan lihat sedalamnya~ :) amatbir

    ReplyDelete
  2. betol sgt3 apa kamu cakap tu..
    nice..^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...