i serve nuff nang

Tuesday, January 17, 2012

Apa Masalah cinta sebelum kahwin?

Assalamualaikum w.b.t

Okay, ni dah lama tak tulis artikel2 di tengah2 minggu, nak perah otak menulis, sambil bayangkan kerja kat ofis, anyway blog ni jugak lah tempat aku berbicara luahkan perasaan, tempat aku tak mengganggu pengaruh korang. Di blog ini aku bertapak, aku tak memaksa korang mengikut kata kata aku. Jauh lagi dari aku berijtihad bahawa haram bagi mereka untuk berkawan yang tak terima apa pendapat aku. AKu lagi suka orang bagi response, suka atau tidak, tambah atau menolak, sebab itu tanda umat ini mula berfikir, tanda enjin dan radiator otak kita semua mula berfikir, walaupun melawan hukum. Dalam Al Quran pun selalu bertanya, tidakkah kamu golongan orang yang berfikir?

Cinta selepas kahwin, cinta yang untung cinta selepas kahwin, artikel2 ni aku banyak nampak di i luv islam.com. Page yang ada iklan perniagaan MLM versi islam konon2nya, yang aku tak tau apa islamiknya MLM dia tu. Nak cerita MLM, satu je, dia tiada konsep perakaunan 'perniagaan berterusan' sebab at last turning point sistem pyramid tu sendiri akan collapse. OOps, lari topic.

Cinta selepas kahwin, firstly, speak as easy as you can, tapi did you ever feel it? Semua mengidam cinta konon lepas kawen adalah lebih baik, tapi kalau kau dapat lelaki yang tak kena dengan diri, adakah akan terus kekal kalimah ni kat iktikad hati? ke tiba2 iktikad berubah jadi, 'mungkin Allah tak jodoh kan dengan dia', mungkin ada lagi baik dan blah blah blah... is that a good one call u have a principe on your own? 

Generasi tua ni pun kadangnya satu hal, melarang anak muda ini bercinta, apa masalah? Zina? dekatkan diri dengan zina? ask themselve if they never fell in loved at their own young age? Even Ustad surau aku juga mengaku  yang dia kahwin dengan orang yang dia bercinta lama dah, dan bahagia sampai sekarang? Kenapa haramkan orang muda bercinta sekarang? Cinta- Sex, Cinta - Zina? Hey melayoos, in your own mind, nothing else, its about Sex Zina and jubur only kah? Aku dulu sendiri pernah bercinta time SPM, bukan nak cakap apa, tapi ada jugak pemangkin semangat nak buat SPM dengan lebih baik, ada jugak semangat nak teruskan hidup dekat asrama, ramai lagi yang sama kes dengan aku, cinta awek atau pakwe dia memberi dia nafas untuk terus hidup, kan? 

Bercinta ikut gaya barat paling tak leh blah. Aku tak tahu dari mana buku sejarah kitab2 yang cakap cinta, persetubuhan sebelum kawen, spouse and partner, itu semua pengaruh asal barat. Barat juga ada kesah tamadun zaman renaiscane, zaman revolution, zaman Gereja memegang tampuk pemerintahan yang menolak hujah2 orang yang bawa ilmu sains dan fizik hiingga ada yang dibunuh. Why so Fasis? kat Malaysia pon ada problem ni, negeri Kpop itu semua juga berleluasa budaya ini, Negara arab? dubai? pakistan? qatar? bahrain? ceh. Sedarlah, jika kamu hanya cakap sahaja budaya barat bawa pengaruh buruk pada budaya malaysia, 2 kaum kamu telah fitnah :

1. Orang Barat itu sendiri kerana mereka juga ada proses pembangunan tamadun yang mana nenek moyang mereka dulu dulu juga orang orang ilmuwan yang alim

2. Indirectly, baru sahaja anda cakap orang Malaysia ini adalah bangsa yang lemah, makan suap, cepat terpengaruh, in hard word, 'tongong' sebab cepat terpengaruh dengan budaya orang.

Cinta ini sangat mulia sepanjang zaman. Melahirkan beribu ribu ungkapan dan bait bait sunyi dan ceria. kenapa perlu halangnya? Ilmuwan islam macam Al Qibti juga bermain syair syair untuk orang dikasihi, marxis, stalin? lenin? john lennon, semua orang ni hebat dalam ilmu ekonomi, tapi tidak tinggalkan cinta, malah cinta itu jadi perapi ilmu diorang sendiri.

tapi malang, bagi orang yang 'kuat agama' ni suka salahkan cinta atas kejatuhan nilai moral dalam masyarakat. Sampai menyatakan kecintaan pada orang yang boleh dikahwini adalah satu dosa?
Mungkin ada juga yang 'kuat agama' akan cakap cinta lah selepas kahwin, persoalaannya kat sini, anak muda macam aku ni sendiri, kena bekerja, cari nafkah, kestabilan hidup, kalau masuk minang konfom mak bapak perempuan tu reject. kan? Kalaulah bercinta tu haram selepas kahwin, tak perlulah adat bertunang, jangan izzinkan mesej2 kirim2 surat, booking anak dara, dan jika diharamkan, tentunya hubungan dan manusia ini sendiri menjadi hambar, nak bercinta haram, disuruh kahwin, ada nak support bagi bantuan? ceh

Ni aku selitkan sikit kesah yang aku pernah dengar2 :

Nabi s.a.w tidak pernah membantah orang bercinta, sebaliknya cuba memastikan pasangan yang bercinta berakhir dengan perkahwinan. Seorang gadis yatim dipinang oleh dua orang lelaki. Seorang miskin dan seorang lagi kaya. Si gadis memilih yang miskin sedangkan penjaganya memilih yang kaya. Apabila hal ini diberitahu kepada Nabi s.a.w, baginda bersabda:
“Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah” (riwayat al-Baihaqi dan Ibn Majah, sahih).
Kata al-Imam al-Munawi (meninggal) mengulas hadis ini:
“Maksudnya ubat paling berkesan yang dapat merawati kerinduan ialah nikah. Ia adalah penawar yang tiada gantiannya jika ada jalan untuk mendapatkannya” (al-Taisir bi Syarh al-Jami’ al-Saghir, 2/584, Riyadh: Maktab al-Imam al-Syaifii’).

Bagi aku tipikal orang yang berfikir, 'nantilah tua siket baru aku kuat agama' datang dari mana? dari kekangan bercinta sebelum kahwin tu sendiri.
Dikatanya cinta sebelum kahwen itu haram, tak bagus, maksiat zina and so watever, tapi cinta itu fikrah keinginan setiap umat manusia, so mereka akan langgar 'pengharaman cinta' itu dan akan berijtihad untuk jadi kuat agama bila dah tua, takpun lepas kahwen nanti. then, wadepak?


P/s : Aku bukan dalam mood bercinta untuk tulis ini, mungkin belum sampai masanya. Aku tunggu kau.


Sekian
AnakMudaDiary

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...