i serve nuff nang

Thursday, January 26, 2012

Doa /Harapan/Citaan


                                               

Assalamualaikum w.b.t

di sebabkan saya rasa bahasa kasar ini sukar difahami, dan ramainya kita masih lebih terasa dengan bahasa kasar berbanding isi yang disampaikan. anyway, ini tulisan pandangan peribadi saya yang saya rasa patut berlaku jujur dengan diri sendiri. Jadi biarlah saya tidak berlakon dengan menulis secara sopan. Mudah difahami mungkin

Ya, harini post saya mengenai doa/permintaan/hajat/keinginan/harapan/penungguan. Firstly kita pergi kepada umumnya tipikal doa kita hari ini. Doa kita hari ini lebih banyak menceritakan keselamatan umat islam, kekayaan kaum melayu, dan minta untuk menjadi kaya raya dan memenuhi keinginan diri. Ya, saya tak nafikan, saya juga ada lakukan, tapi untuk menjadi kaya, saya rasa belum lagi doa
'Ya Allah, berikan aku kekayaan seperti menteri menteri atau Barrack Obama.' Instead, bukan saya takut atau menolak kekayaan andai ada sebahagian tuhan itu hadiahkan, tetapi saya sendiri takut dengan kekayaan tersebut saya makin jadi kedekut dan terlupa cita cita saya.

Begini ceritanya, Saya ada satu cita2 yang paling kekal dari sekolah sampai dewasa, ini ilham dari tengok cerita melayu di TV. Saya amat berharap apabila ada rezeki lebih untuk membeli rumah yang besar, saya termahu membawa pakcik2 dan makcik2 di luar sana untuk tinggal bersama. Memberi mereka rasa kesenangan. Memberi mereka senyuman. Ya, mungkin senyuman sementara, tapi bagi saya itu nikmat kepuasan. Saya terbayang, rumah besar, 2 tingkat, di huni ahli keluarga, iaitu saya, isteri dan anak2. hik hik. Lawak pulak fikir isteri dan anak2. Dan ditambah penghuni orang orang yang hidupnya tidak kenal erti kesenangan, terbuang dan diderhaka anak atau dibuang keluarga. Jika orang itu pelacur sekalipun, dia tetap bertempat dirumah saya, kerana bagi saya, pelacur bukan punca sebenar rosaknya institusi masyarakat, sebaliknya kaum pemodal sendiri yang membeli harta bumi ini dari tuhan bumi yang menyebabkan pengagihan pendapat secara tidak rata dan wujudkan kasta sosial.

Bagi saya, rumah ini akan dihuni oleh orang islam, kristian, hindhu, budha, dan kalau orang yahudi sekalipun, tempatnya ada untuk dirumah ini jika dia memerlukan. Dan doa saya pada Allah juga tidak terhad untuk orang islam. Mana tidaknya, lihat keadaan sekarang, orang islam jual ayat tuhan kata orang yahudi itu dan ini, tapi di tanah mekah yang berkaabah itu yang menjadi pembekal minyak israel dan Amerika Syarikat. Saya bukan anti yahudi atau amerika, saya meraikan kelainan, saya meraikan perbezaan. Saya tidak mengikut kata Ustaz Azhar Idrus yang kata bahawa barangan orang islam kita boleh cetak rompak, tetapi barang orang islam tak boleh. Bagi saya itu sangat tidak adil. Lebih baik begitu, orang islam harus dihalalkan untuk merompak hotel Paris, 7eleven, dan Mc Donald, memandangkan ini semua bukan produk orang islam. Jika saya suka mengumpat, saya tidak memilih bulu orang itu islam atau tidak, jika layak diumpat, saya umpatlah.hahaha.

Itulah doa dan keinginan saya sepanjang hidup ini, saya mendoakan sejagat yang bersatu, saya berharap sangat. Seperti lagu John Lennon 'Imagine'. Doa saya untuk orang yang adil, orang yang benar. Jika orang islam sentiasa adil dan benar, kenapa di indeks rasuah negara malaysia masih di kedudukan 48-52?Kenapa di negara islam seperti tunisia,libya, syria itu wujudkan jurang pendapatan yang besar bagi setiap kasta? Bagi saya, berdoa pada tuhan adalah salah satu senjata perpaduan yang penting. Jika kita hanya bersikap mementing diri tanpa mendoakan untuk kebaikan dan kesatuan bersama, bagaimana kita boleh harap orang akan terima seperti kita mempercayai tuhan Allah s.w.t?

Begini ceritanya, saya ada seorang sahabat, diluar negara, meminta doa keselamatan untuk kaum muslimin di negara tersebut yang akan dilanda gempa bumi yang besar. Bagi saya, saya akan mendoakan kesejahteraan keseluruhannya, jika di Jepun ada Maria Ozawa, saya doakan semoga dia selamat. Bagi saya, inilah tanggungjawab kemanusiaan yang pertama sekali saya harus lalui dan penuhi. Jika tanggungjawab ini tak dapat saya penuhi. iaitu mendoakan kebaikan sejagat, apa lah lagi dapat saya lakukan  kebaikan yang paling mudah buat saudara saya yang bukan muslim.?

Saya terbaca satu kata Ali Al Raziq :-

'Lebih baik hidup di  bawah pemerintahan orang kafir yang adil dari orang islam yang suka menindas'

P/s : Doa dan Harapan Ringkas.

Sekian,
anakMudaDiary

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...