i serve nuff nang
Monday, October 11, 2010
AnakMudaDiary : I have a vision
'I have a vision, to achieve and build the world without barrier, without discrimination of gender and races. This world create for one who love peaces and harmony among diffrences, not only in one community, but maybe in one or two thousand community,we had the history of Malcolm X,the black fighter for reject the discrimination, reject aparteid style, not only Black people, but also for white people who are came from difficult family at that time, same issue arise in Malaysia, but diffenrent 'tokoh' with different objective to fight. In Malaysia we had him, ibrahim ali of perkasa,who could do anything fight for malay again 'ghost of pakatan'.So will my vision be achieve?or Vision just vision that unachievable as we study in management paper' @ P.M.A.C
Salam, setelah lama meninggalkan penulisan mengenai sesuatu ini, saya datang lagi membawa cerita baru. Yang mana,cerita ini memang direka, cerita ini mengenai kehidupan seorang anakmuda yang inginkan peace dan harmony, menolak diskriminasi dan mencintai integrasi.
Ya, visi saya seperti yang tecatat diatas, dalam bahasa mudah, hidup tanpa diskriminasi kaum, gender atau faktor demografi lain. Namun begitu, hidup Di Malaysia yang ditinggalkan oleh penjajah British sememangnya membawa kesan.Biar aku cerita sejarah sedikit, dahulu kita ditinggalkan dengan melayu dikawasan kampung, cina di kawasan bandar, india di kawasan kilang dan estet. Ya, aku tidak lahir diwaktu itu, aku tidak mengalaminya. Tapi percayalah, aku cuba mencari penyelesaiannya. Kita ditingalkan british untuk memerintah sendiri, tak dinafikan merdeka yang kita peroleh, hari Malaysia yang kita sambut, tapi sebenarnya amalan ini masih berterusan hinga ke hari ini
Kita diperkenal kan dengan dasar ekonomi baru,dasar yang mahu merapatkan jurang pendapatan orang dibandar dan kawasan kampung, specifically, Melayu dan china. Adakah dasar ini juga racist?fikirlah sendiri. Setelah 50 tahun kita merdeka dan melaksanakan dasar ini, kenapa dasar ini masih tidak mampu di capai?apa kesilapannya? benarkah ayat2 racist seperti hantu china?cina kuat tipu?melayu malas?tolong melayu adalah alasannya??BAgi aku tidak, sebenarnya adalah Melayu tipu melayu.Thats all.DEB satu dasar yang diperkenalkan khas untuk menolong orang melayu. biarlah aku lancarkan kritikan ke atas dasar ini
1. Mengapa hingga hari ini, 30% ekuiti melayu masih belum dicapai?
2. DAsar ini hanya bercerita mengenai melayu di luar bandar, bagaimana orang cina susah diluar bandar?bagaimana orang india kempunan di mana mana?
3. Dasar ini ternyata dikata melahirkan usahawan melayu, TAn sri mokhtar, dan 1,2 lagi usahawan melayu. Tapi kenapa hanya syarikat tansri mokhtar dan 2 3 usahawan nie sahaja mendapat tempat kekayaan yang tinggi,Katanya ingin merapatkan jurang orang kamppng dan bandar, tapi, kelihatannya, orang melayu seoranng nie sahaja yang dikayakan
4. DEB bukanlah dasar yang salah hematnya, tetapi disalah gunakan.,kenapa? sebab hanya orang dibandar sahaja yang kita lihat meikmati dasar ini, ya memang ada orang lkampung dapat bantuan mara dan sebagainya, tapi besar mana bantuannya?Sebab itulah orang melayu di bandar bertambah kaya, di kampung pula miskin merana.
Mungkin akan ada kata aku tidak bersyukur atas nikmat yang aku dapat, jawapan aku tidak, aku tetap bersyukur, tapi aku melahirkan rasa kasihan kepada orang cina yang juga susah, orang india yang menuntut janji, dan orang melayu yang terus ditipu. Ini semua berkaitan dengan visi aku, world without barrier atau sempadan. DEB adalah langkah awal kita dulu untuk mencapai gagasan ini, so, do remember, the first ste also count in a way to achieve the good result!
Hari ni, ramai menggunakan isu racism, untuk menarik perhatian kaum lain, dan untuk menyatakan bencinya kepada kaum yang digelar pendatang ini. Nampaknya ada juga lupa, tanah ini bukanlah 'tanah melayu',ia hanya nama, haknya adalah di atas sana,yang menetapkan segalanya. Orang kita juga menghadapi sindrom, di mana, kaum cina dan india kini diibaratkan seperti hantu menghantui orang melayu, sperti cerita hantu, hantu membawa mati, hantu membawa bala dan kemiskinan. Orang yang sama timbulkan cerita hantu,orang yang sama juga cuba menjadi penawanya.
Berbalik kepada visi aku, mampukah ia dicaai di Malaysia. Aku akui aku menyukai pemimpin seperti Lim Guang Eng, Gobalakrishnan, Nik Aziz, dan lain yang jarang menyebut mengenai kaum yang dianuti mereka sahaja. Golongan ini begitu colourblind sekali, maksud aku disini, tak memandang gender sebagai satu perkara yang besar untuk dititik beratkan. Ya, aku tahu ramai akan kata, tindakan mereka adalah politik, politik untuk mengambil hati orang lain demi kepentingan diri sendiri. Tapi biar aku beritahu, tindak tanduk PM najib sendiri juga ppolitik, turun naik harga, 1 Malaysia, majlis hari raya rumah terbuka, raikan perayaan kaum lain, dakah itu bukan politik?itu juga politik supaya sokongan terhadap kepimpinan sekarang dapat dikekalkan dan menarik sokongan baru. Tindakan ahli parlimen mana mendekati pelajar, itu juga adalah politik supaya sokongan kepada mereka diteruskan untuk mengharungi pilihanraya mendatang.
So, politic is not big issue, the issue is our style of think, do we democration enough, adakah fikiran kita sudah cukup terbuka untuk menerima persamaan dalam kelainan? Issue ini adalah isu global, sesiapa memiliki demokrasi pemikiran, pasti memahami maksudku ini, mana2 isu yang ditimbul, pasti daapt dielak dan diselesaikan dengan penghasilan pemikiran yang demokrasi dan terbuka. Tapi problem di Malaysia adalah, suara rakyat kini dihadkan, suara berkepentingan tertentu sahaja di war warkan, mahasiswa kini disekat, dihantukan dengan pemikiran bahawa mahasiswa adalah belajar, tapi deme terlupa bahawa politik juga adalah salah satu mata pelajaran.
Visiku ini, mungkin hanya tinggal visi diakhir hayatku, tapi aku sentiasa berdoa akan ada pemimpin yang mampu mencapai pembinaan gagasan ini, ada pemimpin yang akan hapuskan jembalang cina dan india yang ditangkap muat untuk takutkan orang melayu, aku juga tidak lupa berdoa semoga pemikiran kita juga akan lebih bebas tapi dengan had yang islam bataskan. Aku namakannya 'visi', kerana visi adalah Direction of organization, that lead to achieve the objective. Mungkin Visi ini sukar dicapai, tapi cukuplah sekadar objektif untuk mencapai kesepaduan kaum dicapai, aku jealous melihat orang indonesia yang bergaul bersama tanpa sangsi islam atau kristian, warga dari china yang juga begitu, adakah akan wujud keaadaan ini di Malaysia? Jawapan itu akan ada dalam kepala yang demokrasi!
Sekian
AnakMudaDiary @ P.M.A.C
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
i like your vision..
ReplyDeletekiTA sndri kena naik kn ekonomi sndri...
naik kn PAKATAN InsyaaAllah M'sia akan maju