Fakir
Hidupmu dilanda kesusahan
Hidupmu dilanda ribut dan taufan
Aku terkilan
Dalam kesusahan, kau mengukir senyuman
Kau lahirkan rasa syukur dengan pendapatan
Yang tak seberapa
Fakir
Aku dombakan sifat mu itu
Kau tidak bertuhankan duit
Akidah mu bukanlah berkaya kayan
Kau tersepit, terhimpit, tersempit
Di celah kemajuan kota
Dicelah baju batik berperut buncit
Kau pula Tulang belulang
Yang dilembagai kemiskinan
Demi Allah
Kehidupanmu itu sebenarnya
bukanlah kerana kau tidak berusaha,
kau tidak berputus asa
Kehidupan direka oleh sistem orang kaya
Kau dicipta supaya mengamppu mereka yang kaya
Kau dicipta supaya mereka yang kaya
Nampak mulia Di media apabila membuat sedekah
Fakir
Aku takut jika berada ditempatmu
Aku tahu, aku tidak akan dipandang warga kota
Kata mereka itu takdirmu
Tapi bagiku, adakah mereka akan berkata
takdir orang palestin hidup dalam peperangan?
Aku bersamamu fakir, aku akan selalu
Mendoa dan mengingatimu
Doakanlah jua aku
Supaya tidak gagal dek ujian si kaya
Fakir
kau masih tersenyum,aku terlihat
Kau tidur disimpang jalan ditengah mentari terik
AKu tahu kau pernah dihalau
kerana cuba mencari rezeki di depan hotel besar
Aku tahu hidupmu diselubungi kepahitan
Namun, bagi mu, pemberian kami
Yang tak seberapa
Membuatkan kau terasa akan kemanisan
Yang melenyapkan rasa kepahitan
Biarpun sementara
Fakir
Mereka menyalahkan mu
Katanya
Kau tidak mencari pusat zakat dan
Jabatan kebajikan
Tapi tahukah mereka
Yang kau tidak pernah tahu
Adakah jabatan dan divisyen seperti itu
Tidakkah mereka tahu duit yang diperoleh
di pusat zakat dan jabatan kebajikan adalah satu amanah
Mereka tidak melaksanakan amanah
Barangkali mereka lupa
TAnggungjawab mereka untuk membantu golongan sepertimu
Tanpa perlu menunggu kau untuk meminta minta
Fakir,
Jika inilah kemajuan diidam,sungguh
Aku amat membenci kemajuan ini
Jika inilah kemajuan yang diidam,sungguh
Aku amat meratapi sedih kemajuan ini
Jika inilah kekayaan yang mereka idam
Sungguh akan aku membenci mereka ini
demi mu
Si fakir
Fakir
Lalu kau berkata
'Hidup kami tersempit, kami terhimpit'
'kami sukakan orang kaya bersedekah'
'Kami sukakan bulan puasa kerana ada zakat dan sedekah'
'Jalan itu rumah kami'
'hujan itu minuman kami'
'Asap ini tanda rezeki kami'
Tapi diakhirnya usiamu
kau masih disitu
Fakir
Dicelah kota ini, mereka masih mencemuhmu
Katanya kau ada sendiket
Tapi tahukah mereka,
Ada pun mu bersendiket
Adalah untuk menjadi kuli batak
Bagi perolehi rasa sesuap nasi
P/s :
Fakir
'Maafkan aku'
Sekian
AnakMudaDiary @ P.M.A.C
No comments:
Post a Comment