i serve nuff nang
Tuesday, March 30, 2010
Dari Sudut Pandangan Anakmudadiary ;;;;What is Demokrasi?;;;
Assalamualaikum w.b.t...
Anakmuda kembali lagi..setelah penat aritu fikir mengenai tulisan pasal bangsa melayu. Beminat untuk anakmuda hari ni berkonsi fikiran mengenai Demokrasi. yang mana perkataan ini sering dieksploitAssalamualaikum w.b.t...
Anakmuda kembali lagi..setelah penat aritu fikir mengenai tulisan pasal bangsa melayu. Beminat untuk anakmuda hari ni berkonsi fikiran mengenai Demokrasi. yang mana perkataan ini sering dieksploitasikan oleh ahli2 politik untuk mendapat sokongan rakyat malaysia. No matter lah kalau masih ramai yang terkeliru dan tersalah tafsir mengenai demokrasi di Malaysia. Untuk anakmudadiary, makna perkataan demokrasi meliputi satu konsep yang luas dan perlu dihayati. Membaca tulisan di Wikipedia dan pendapat mereka yang gemar menyebut demokrasi adalah salah satu car untuk kita mendapat ilmu dan mengonsepkan perkataan ‘Demokrasi’.
Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.
Perkataan ini berasal dari Yunani δημοκρατíα dari δημος bermaksud "rakyat", ditambah pula dengan κρατειν bermaksud "memerintah", dengan kata hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrim boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat).
Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut:
• Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, samada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki dotrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.
• Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil
• Rakyat diberi hak mengundi
• Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya)
• Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain
• Kebebasan persatuan
• Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-undang. Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang Rule of Law
• Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik
Bagi kita yang khususnya rakyat Malaysia, adakah benar kita memili sepenuhnya ciri dan konsep demokrasi yang dimaksudkan? Ramai politikus politikus yang berkata, kita di Malaysia mempunya demokrasi yang tulen, yang tak dapat disangkal. Lalu muncul lah tikus tikus yang menyokong pendapat politikus ini tadi tanpa sebarang hujah dan pemikiran menyatakan adan menyokong akan pernyataan politikus tadi. Anakmuda muda berminat untuk menyatakan disini, adakah dengan kita mempunyai demokrasi berparlimen adalah demokrasi yang tulen? Penyataan yang menyatakan raja berpelembagaan adakah ia menunjukkan cirri demokrasi yang tulin?adakah sekadar pilihan raya dalam 4 tahun sekali dan rakyat dikatakan ‘bebas’ mengundi adalah demokrasi yang tulen dan sejati?
Sekarang kita pergi through the election first. Perlu difahami demokrasi dalam pilihanraya tidak hanya mengenai memenangi pilihan raya tersebut. Konsep didalam pilihan raya haruslah free and fair. Ramai hanya orang lihat dan faham konsep free, tapi terlepas pandang konsep ‘fair’ atau adil. Contohnya seperti Saddam Hussein dan Hitler. Mereka dahulu memenangi pilihan raya tatapi rakyat mereka tidak bebas mengudi. Sekiranya mengundi menentang mereka, hilang dan lenyap mereka di keesokan harinya.
Adakah ini kita boleh namakan sebagai Negara yang berdemokrasi, apabila puar kurds yang menentang pemerintahan Saaddam Hussein dibunuh beramai2 kerana menentang cara Saddam Hussein,dibunuh, adakh ini namanya demokrasi? Perlu difahami dalam politik Malaysia, Jauh sekai perkataan fair. TV2 dikawal dan perlu berlesen, tv menjadi hak milik yang memerintah, dan sebarang percetakan yang menentang kerajaan sudah pasti tidak akan diluluskan,meskipun ramai yang sudah beralih ke media alternative seperti Internet and specifically blog, ia tetap tidak mampu mengatasi penduduk yang pastinya 90% akan menjengah TV setiap hari.
Tanpa sebarang intisari mengenai pihak pembangkang, pastinya tiada lagi adil, sebelum memasuki perang pilihan raya, pembangkang pasti kelihatan lumpuh kerana gagal menguasai media ini.
Di Indonesia, jangan terkejut kerana pembangkang dan kerajaan diberi peluang 50 -50 untuk mengusai media. Media menjadi badan bebas yang tidak dikawal kerajaan. Sebab tu, tiap kali pilihanraya di Indonesia, menjadi isu keperingkat dunia, isu yang besar kerana kemenangan begitu sukar dilihat.
Pilihanraya di Malaysia berbeza dengan Negara lain seperti Amerika Syarikat. Di sana, rakyat yang akan mengundi individu yang akan memasuki pejabat perdana menteri. Bukannya perwakilan seperti sekarang, perwakilan yang kecil ini mudah disogok untuk mempengaruhi undi mereka. Di Malaysia, perdana menteri secara asanya adalah presiden UMNO, siapa presiden UMNO dialah PM. Is t really fair?
Dalam pilihanraya lalu,60% masih mengundi barisan nasional, tapi adakah 60% ni yang melambangkan perlunya Dato sri najib menjadi PM?sedangkan ada baki lagi 12 juta rakyat Malaysia. Adakah 60% ini mengatakan ‘YA!!saya mahu Najib!!’,who dare to say yes?Untuk pengundi di luar Negara, mereka tak dibenarkan mengundi di kedutaan Malaysia di Negara luar, tak seperti pelajar Negara Indonesia yang hanya perlu mengundi di kedutaan mereka. Ini adalah tidak adil bagi rakyat Malaysia diluar sana yang merupakan lebih 500,000 orang.Sedangkan orang gaji indon di Malaysia boleh pergi mengudi dikedutaan,tatapi rakyah Malysia yang ditaja oleh pihak yang tak berkaitan kerajaan atau pun tajaan sendiri tidak dibenarkan. Fikirkan bila pihak opposition ingin membuat himpun beramai2, ceramah, perlu meminta permit dan kebenaran pihak berkuasa, sedangkan apabila pihak yang berkaitan kerajaan ingin membuat ceramah atau perhimpunan, tiada permit perlu diminta dan prosedur yang ada terlalu longgar.
SPRM yang mempunyai kuasa juga membuat soal siasat terhadap kerajaan dengan begitu mudah yang melibatkan rm 200,000 dalam masa setengah jam. Apabila tiba dipihak pembangkang soal siasat memakan masa 2 hingga ke 3 jam,ada kes kene ketuk ketampi dimalukan, dan ada yang sampai terbunuh seperti mendiang Teoh Beng Hock hanya kerana kes yang melibatkan rm 2000. Is it the true fair?
Dan yang terakhir, suara PM adakah ia melambangkan suara rakyat. Dengan menaikkan harga petrol dan member kata2 bohong untuk menipu rakyat adakah ini suatu demokrasi, adakah PM berhak menindas rakyat walaupun mendapat mejoriti 100% di dalam parlimen? Minoriti juga mempunyai hak dalam suatu pemerintahan, jangankan kerana mereka tidak mengundi anda, anda berkuasa maka anda boleh menindas melmparkan sebarang tuduhan terhadap mereka,itu fikiran demokrasi yang sempit sebenarnya.
sekiaan...DEMOKRASI atau MATI...anakmudadiary
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment