MELAYU
Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya "Kerajaan Melayu" sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. [9] Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi.
Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.
Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:
1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.
Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.
3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.
4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.
Untuk mengetahui sejarah mengenai Melayu sememangnya perlu dkaji dengan lebih terperinci. Banyak tafsiran sejarah dari ilmuwan ilmuwan dunia mentafsirkan dari mana hadrnya dan asal usul melayu.
Selepas 50 tahun kemerdekan, tak banyak perubahan yang boleh diulas dari segi nilai kemelayuan. Sememangnya, kita banyak mendengar kata kata politikus politikus di mata dunia mengatakan melayu adalah bangsa yang penuh dengan nilai ketimuran, walaupun setelah memasuki dunia dan alaf baru, benarkah pernyataan ini boleh digunakan lagi? benarkah kemelayuan seorang melayu tidak hlang ditelan zaman? Memang benar kenyataan politikus politikus ini, Melayu dahulu adalah sebuah bangsa yang teguh, walaupun diulit dengan budaya budaya yang banyak dan mengekang, tak pernah pula dijadikan alasan untuk bangkit berjuang, pada masa dahulu rakyat bebas menjatuhkan raja raja, sistem ekonomi yang dulu adalah menurut kehendak raja tetapi dengan perkenan rakyat jelata. Dengan itu barulah seorang raja dipandang mulia dan itulah lambang seorang raja yang berjiwa rakyat.
Setelah tanah melayu bebas dari cengkaman penjajah, minda melayu sedikit sebanyak telah tertanam dengan kewesternan yang para penjajah cuba sebarkan. Ketahuilah, penjajahan minda melayu bukan lah bermula dari zaman penjajahan portugis, tapi ia bermula apabla pemimpin2 yang menerima syarat kemerdekaan untuk tanah melayu. Syarat itu tidak dinamakan syarat, tapi dinamakan pertolongan. Tanah melayu menyerap sistem pentadbiran barat yang mana menghapuskan kuasa raja raja sehingga ke hari ini. dan sememangnya, kemerdekaan membawa perubahan dari seorang melayu yang asalnya bertani mula menyara hidup dengan bernaga, kehidupan kampong yang aman damai berubah kepada haruk pikuk di bandar.Seterusnya membawa revolusi dalam tamadun melayu tetapi masih dinadikan oleh politikus politikus bahawa melayu masih berpegang dengan adat yang ketat, adat yang meraikan semangat juang pahlawan.
Jika dilihat secara lebih terperinci, dulu, apabila berlaku majlis keramaian seperti perkahwinan, pastinya sekampung akan turun untuk membuat kenduri bergotong royong atau glemer dgn panggilan rewang. hari ni, semua berlumba lumba untuk mendapat kontraktor bagi tender majlis perkahwinan, jika dulu orang bersusah mencari kawasan berangin,kini tdak perlu lagi palitan air cond sentiasa ada di sebuah majlis perkahwinan.Ini tandanya pemikiran melayu telah berubah, campur aduk budaya menghapus kan kemelayuan tulen yang ada. Jadi, mampukah kata kata politikus itu dipertahankan lagi? Mampukah sebuah parti atau pertubahan memperkatakan akan membela hak dan mengekalkan hak melayu yang ada?
Zaman Dulu mengamalkan sistem ekonomi feudal yang mana mementingkan haknya suara ramai. Suatu harata atau tanah yang ada dikongsikan beramai ramai, samada anda melayu atau cina atau sesiapa,hari ini penaplikasian sisem ekonomi kapitalis mengubah segalanya. Individu berebut mengejar harta tanpa memikirkan kepentingan masyarakat. Kekayaan individu diukur, dan sesiapa yang tidak memiliki harta pendirian, akan dianggap gagal dan tidak berkemampuan dalam hidup. Sebab itulah, sebanyak mana kenderaan awam dicipta, mentaliti perkongsina yang cuba dianjurkan ini tidak akan berubah,tiada guna, perkongsian kenderaan tidak diamalkan kerana pemikiran indivduality menybabkan semua memikirkan hak dan kepentingan sendiri.
Pemikiran didalam sistem ekonomi kapitalis sekaligus melahirkan rasa sangsi dengan indvidu lain. Melahirkan rasa hasad terhdap orang yang tidak sebulu, sewarna kulit. Masyarakat yang lebih kaya dikatakan menindas masyarakat bawahan, masyarakat yang lebih miskin dipandang sebagai malas berusaha dan kurang ilmu. Sebagai masyarakat melayu yang berada diantara Cina dan india, kedua dua sifatnya ada pada orang Melayu. Tercetus lah individu dan katak yang melaungkan hak orang melayu sedangkan tdak memahaminya. Pemikiran yang merasakan Melayu adalah bangsa terbak didunia dan dipuji oleh orang politik yang sekadar ingin mengambil hati. Laungan suara rakyat sudah dilupakan, kini hanya laungan hidup melayu sedangkan melayu tiada beza dengan kaum lain seperti cina dan india. Kaum melayu yang dahulu pada zaman feudalisme tanah melayu tidakmempersoalkan kehadiran orang cina dikampung mereka, namun setelah diinjit dengan bius oleh penjajah british, lahir pemikran tanah melayu hanya untuk melayu, yang menyebabkan orang melayu hanya taat setia terhadap kata pentadbir tanpa bangkit membuat revolusi.
Hidup melayu kini lebih mudah dirobek, hidupnya lebih mudah diubah dengan janji janji manis seorang pemimpin. Asalkan pemimpn melaungkan Hidup Melayu dan ayat 'TOLONG MELAYU' digunakan, mudahnya orang melayu hatinya tertawan dan tertipu. Rasuah dikatakan menolong dan membangunkan, walhal rasuah itu suatu pembaziran. Dan inilah propaganda barat yang sebenar dibina mahukan semua ikut suara orang atasan tanpa persoalkan sebarang tindakan mereka.
Hakikatnya nilai majoriti manusia Melayu hari ini amat kacau. Kejujuran, budi bahasa and tulus ikhlas semakin berkurangan. Ampu bodek dan bermuka muka menjadi budaya harian. Kalau dahulu : Kata akan di kota sebagai pegangan budaya Melayu. Kini kata wajib disadur dengan ringgit dan dolar. Semua ini adalah nilai-nilai yang dilahirkan oleh budaya sistem ekonomi kapitalis.
Pada awal tahun 2010 ini krisis nilai manusia Melayu telah sampai ke satu kemuncak persimpangan. Manusia Melayu di Malaysia pada thun 2010 ini sedang di uji sama ada dalam roh kemelayuan mereka ada atau tidak lagi tersimpan nilai-nilai kejujuran. Apakah manusia Melayu boleh bercakap benar. Apakah manusia Melayu itu akan tahu apa yang hak dan apa yang batil. Mampukah melayu membebaskan minda dari cengkaman penjajah, mampukah melayu mengatakan orang cina dan india adalah kawan mereka? Atau adakah orang melayu masih bebal untuk terus diperbodohkan sehingga ke akhir hayat.
Ini boleh dilihat melaui semakin banyak penyelongkaran dan keberanian oleh ketua audit negara melaporkan penyelewangan yang bukan melibatkan 2 3 ring, tapi 12 ke 13 bllion. Adakh mereka masih percaya kepada bumbung yang dipercayai melindungi mereka, tetapi dalam diam membogelkan mereka. Teduhan melindungi air hujan dari langit, tetapi teduahn itu mengalirkan air dikaki kaki mereka sehingga Melayu tak sedar mereka sudah dibasahi kerana hanya memandang kepada bumbung yang dipercayai itu.
sekian...anakmudadiary
Melayu sendiri yg menghancurkan bangsa nya..Lihat saja ape UMNO telah lakukan utk bangsanya? Dijual segala tanah kepada cina..cth di Ampang..terlalu byk tanah telah dijual kpd cina..Cina ni pandai..di sewa lak kt company2 besar spt carefour di ampang..ini contoh!
ReplyDeleteTmpt lain??Kuala lumpur?Pi cari majoriti tanah milikan bangsa ape? Siapa yg berhak meluluskan semua ini...Mengaapa tidak disewa sahaja...??
Kerana Harta, melayu sanggup menjual maruah malah menggadai bangsa...bukan melayu je..bahkan zaman hancur nya kerajaan Abasiayh kerna Harta dan Duit yg tak kekal tu digila2kan..
Benar apa yg anda ulaskan
thx anonymus
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteentry yang agak berat tp mengajak reader
ReplyDeleteberfikir sejenak tentang nasib bangsa kita sendiri.
"berfikir sejenak lebih baik dari
solat sunat seribu tahun"
sesuatu bangsa tu boleh berubah mengikut
corak pemikiran dan pentadbiran pemimpin yang
memegag tampuk pemerintahan tersebut.
corak yang dibawa oleh pemimpin tersebut juga
adalah bedasarkan latar belakang pendidikan
yang diterimanya. kalau pendidikan barat maka
tampuk pemerintahan dan akan diselitkan
serba sedikit budaya, konsep dan kemajuan dari sana.
sekian rainbowcloudy.blogspot.com
amat mendalam.. thanx
ReplyDeletekgiugkjl
ReplyDelete