Hampir genap juga 24 tahun aku hidup dibumi bertuah ini. Dikatakan kaya dengan hasil bumi dan dirahmati tuhan. Dikatakan juga tempat para pejuang dan tumpuan pelancong asing. Paling baru aku dengar adalah kelahiran Imam Mahadi. Ya, tepat! Artikel ini bertajuk 'Kuala Lumpur Bandaraya bersejarah'. Mungkin negeri Melaka akan sandarkan pada kenangan sahaja mengenai gelaran 'bandaraya besejarah' ini, tak macam di Kuala Lumpur, sejarah sebenarnya tertumpu di sini. Sejarah yang terpahat sedia juga tidak kurang hebatnya.
Menjengah awan bangunan ini
Di Sisi Tuhan ianya mini
Bani ini terus bermimpi
Semoga terbina '10 KLCC'
Aku bukan beromong kosong. Melaka sebenarnya mungkin akan tinggalkan gelaran ini. Sebut sahaja tahun 2020, adakah kamu bayangkan bangunan Oren Stamford di Melaka, atau kota A Famosa? Adakah yang mengingati menara senget atau Pasar Payang di Kuala Terengganu. Mustahil lagi akan diingati sejarah Mee Bandung Muar, mahupun cerita 'naga sakti' di sungai Muar. Sejarah ialah perkara yang di ingati, jadi, kalau perkara yang dilupakan, ia tidak layak digelar sejarah. Ia sudah terbuang ke dalam 'recycly bin' dan di'empty'.
Berdekah dekah mereka memuji,
Tingginya itu Tingginya ini
Dikejar dibawa hingga ke mati
Ditipu dikeji, janji ber'gaji'
Mengikut sejarah yang dibawa turun temurun, Kuala Lumpur asalnya adalah bandar yang kaya dengan hasil bumi seperti bijih timah dan arang batu. Lalu orang putih di kala dulu, datang untuk merompak kekayaan kita. Diikutkan buruh murah ketika itu adalah dari Negara China dan India, merujuk kepada populasi kini sehingga terpaksa diadakan undang2 had untuk berapa orang anak dalam sesebuah keluarga. Kuala Lumpur dulu bahkan lebih mundur dari Pelabuhan Melaka sendiri. Jika kini, semua buncitnessman datang ke Kuala Lumpur membuat buncit, dahulukala, orang akan tertumpu ke Melaka. Ya, kini Melaka ialah negeri yang sandarkan pada kenangan seperti team Liverpool. Mereka boleh berbangga dengan 4 sultan pertama, tapi kini hanya melihat riak anak jati Melaka, Ali Rustam.
Apabila kaum buruh cina mula mendapat penempatan di Kuala Lumpur. Bandar ini semakin maju, dengan semangat rebelion PKM, shamsiah fakeh, burhanudin al-helmy dan golongan kiri, Kuala Lumpur juga adalah menjadi kawasan perkembangan kehebatan Komunis menentang British di suatu ketika. Pada hemat aku, pengunduran British adalah kerana mereka semakin sukar mendapatkan hasil bumi memandangkan hasil bumi datang dari kawasan pendalaman dan dihuni penentang mereka sendiri. Jadi, dari meningkatkan kos pentadbiran lebih baik 'kami cabut dulu' kerana hasil bumi semakin sukar didapati.
Datang lagi pak le'tie' bercerita
Impak positif ekonomi negara
Benarnya susah rakyat jelata
Yang kembung itu, duit kocek mereka
Sebagai bandaraya bersejarah, Kuala Lumpur akan menjadi bandar perlancongan. Dilancong oleh para imigrant yang datang dari ceruk Sumatera, Pengkalan Chepa dan Kuala Nerang yang juga datang ingin mencipta sejarah dalam keluarga.
'Lihat itu, adam dah kerja di Kuala Lumpur'
'Mengoratlah dia'
(Peristiwa : Warga Kuala Lumpur mencipta sejarah)
Dalam bandaraya bersejarah, perlunya bangunan bersejarah seperti A famosa. Namun A Famosa juga melambangkan semangat rebelion yang dibenci oleh para pencinta ekonomi kapitalis. Jadi bangunan bersejarah yang paling sesuai adalah KLCC. Yang akan disembah dan dilawat oleh manusia dari hidup hingga ke mati. Harus ada ciri disujud oleh sekalian manusia kepadanya supaya kekal megahnya. Dalam masa ketika ekonomi dalam tak stabil, ketika masih ada penempatan kampung banjar, kempung kerinchi dan kampung baru yang menempatkan golongan berkasta rendah, sebuah bangunan pencakar langit dibina tinggi ditengahnya. Dalam pada ketika manusia berkasta rendah menghadapi ancaman dan tuduhan rogol, curi dan rompak.. Hotel hotel dan bank bank besar dibina dan dilabel untuk melindungi si kasta tinggi bercumbu bersama awek dan menyimpan harta rompakan dengan selamat.
Dibilang pula pada yang rendah kastanya
Supaya berusaha untuk menara
Supaya mencipta sejarah seterusnya
Sujud dan sembah 'ohh si tinggi kasta'.
Bersambung : (Kuala Lumpur Darul Iman)
No comments:
Post a Comment