i serve nuff nang

Thursday, May 31, 2012

Cerita kampung PungPangJaya (1)

"Why the all tak habis-habis reminding us to be grateful. What’s up man?" 
Why does it feel like its just a game? 
"The same familiar fat faces on billboards, tv, paper, blah, blah, blah" 
Same faces, catchphrases and bad cliches 
"Check out this lame rhyming rhetorics, man… Hit me Ezra" 
Things like… bersabar, jangan cabar, bersyukur, jangan lupa, muda lupa, cemerlang gemilang terbilang. 


-That's Okay Song, That Effing Show.-

Its has been  long gone 54 years.

Sebenarnya gua pun tak ingat berapa kali dah Malaysia Merdeka. Okay, (2012-1957 = 55 tahun). Merdeka Merdeka Merdeka. Dalam pembinaan tamadun negara bangsa, ciri terpenting adalah kedudukan ekonomi negara tersebut. Pengurusan dan pengawasan dalam pembahagian harta dalam dan sekeliling negara. Sebagai kerajaan, tugasnya bagi gua adalah satu, menguruskan harta rakyat. Labonlah banyak mana undang2 kata ada milik kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan, bila balik kepada konsep asal negara kapitalis, hubungan towkeh dan pekerja, di atas itu adalah pengurus. Dilantik untuk menguruskan, dan bila sebut lantik, gaji mereka dibayar rakyat. Itu ayat mudah.


Al Kisah.
Di suatu kampung yang mempunyai rakyat berbilang bangsa dan sistem pentadbiran sendiri kononnya. Kampung ini diberi nama PungPangJaya. Mengikut sejarah, PungPangJaya dibina untuk menempatkan kesemua ajk, dari tahap ajk keceriaan sehingga ke JKKK Pengumuman mendapat penempatan khas disitu. PungPangJaya ada lah kampung yang dibina atas teori melihat kesesakan yang melampau di kampung Kolumpo. Jadi,takut dengan Presiden kampung akan tersekat dalam jem dan terlepas program 'Bersama orang kampung bila banjir', PungPangJaya dilihat sebagai suatu tempat yang strategik di masa hadapan. Katanya, seni bina bangunan adalah mempunyai ciri Arabian Islamic, berkubah kubah, berjambatan canggih Masjid Besar yang nampaknya gah.

Biar gua cerita sedikit mengenai kampung Kolumpoq. Dikampung Kolumpoq ini, orangnya hidup dengan penuh rasa syukur, Sekali sekala, orang panggil kampung ini kampung raya bersejarah, meraikan perubahan jitu dan pesat sehingga tiada lagi ruang untuk membuat jalan besar bagi mengatasi masalah lalu lintas. Dibina menara tinggi di kampung ini, supaya orang kampung akan terorgasm untuk belajar lebih rajin

'Semoga aku kerja di menara itu nanti'. kata orang muda kampung

Dalam kisah kisah kampung Kolumpoq ini, terdapat juga berita tak gembira. Ada satu lembah ditempatkan mereka yang gagal dalam peperiksaan. Mereka yang gagal ini akn dibuang, digunakan untuk dituduh mencuri merompak dan merogol supaya Polis dapat tunjukkan mereka sentiasa buat kerja di kampung tersebut. Tak kurang juga dalam Kolumpoq ini, ada yang bercita cita nak berpindah ke PungPangJaya  dengan harapan dapat duduk rumah yang lebih mewah disana. Sehingga ada yang gagal exam, sanggup untuk buat kerja felda untuk dapatkan cukup dana bagi 'membeli ijazah atau kelayakan bagi duduk di kampung PungPangJaya. Namun begitu, semenjak generasi yang dikatakan memerdeka kan Kolumpoq ini telah pergi meninggal dunia, Kolumpoq kini diduduki hampir kesemua generasi baru yang mula berfikir

"Kenapalah si Mat Pipi Sembap dan Boroi itu  dari dulu sampai sekarang suka membuat pengumuman, kemudian minta pula penduduk bandar Kolumpoq bersabar., ada pa yang tak kena ke"?

Maka lahirlah seorang Mat didunia ini. Kehidupan Mat di kampung Kolumpoq ini adalah seorang yang tidak berupaya dalam ekonomi. Tapi Mat tahu, banyak banyak yang kaya tu pun hidupnya dalam hutang, kena kejar sana kejar sini. Ada yang hidup susah pula, mereka lebih suka 'kais pagi makan pagi, kais petang sapa yang tahu'. Penduduk Kolumpoq ini bersyukur kerana dikhabarkan orang yang bersyukur nikmatnya syurga. Maka pandangan mereka, dengan bersyukut tanpa beramal ibadah pun dah boleh ke Syurga. Bagi orang ini, rezeki dari Tuhan, maka mereka hanya perlu berdoa sahaja, kerana doa itu senjata mereka. In The End, kehidupan mereka bergenerasi lamanya hidup dalam kesusahan. Adakah mereka tak rasa bersalah biarkan generasi mereka terus hidup dalam sempit yang menyebabkan kes kecurian, dan rompakan makin tinggi statistis nya. Mat kecewa.

Pada suatu hari, ketika itu ditakdirkan mat telah menerima ilham dari Atok dari hutan ketika dia baru selesai menoreh getah. Atok itu bercerita mengenai kehidupan orang di PungPangJaya. Dan paling best, apabila atok menggelarkan orang di PungPangJaya ini suka buat 'pengumuman'. Pengumuman yang mereka buat pulak suka gunakan bahasa bahasa pelik contoh nya, 'KDNK'. 'Susut Nilai', 'Fiskal', Dasar 'Kuncup' dan pelbagai bahasa educated lagi.Tapi bagi orang kampung Kolumpoq,ada 2 jenis pengumuman je mereka akan fokus :

1) Yang berkemampuan : Dengar pengumuman mengenai gaji naik atau tak. Tanpa kira sendiri kesusaian tahap kenaikan gaji dan kenaikan harga gula dan minyak yang diceritakan.

2)Yang Merokok : Harga Rokok semakin hari semakin mahal. Dengan alasan, tak mahu orang hisap rokok. Ketika ini, sebagai perokok, Mat hanya akan tergelak bila mendengar manipulasi cerita yang diumumkan oleh orang kampung PungPangJaya.

  Nak nak lagi ketika sudah dekat dengan pilihanraya.  Ada benarnya, sedangkan harga dan bayaran menoreh getah masih sama dan keluarga memikirkan nasib menimpa, warga di PungPangJaya pulak selalu tersenyum gembira, sudah membawa kereta kuda yang mewah mewah ketika melawat mangsa banjir di Kolumpoq. Orang orang di PungPangJaya ini mengikut atok, orang yang terer dalam bersembang. Dengan bersembang sejam atas pentas, mereka dah dibayar. Masuk Tv pon dibayar. Antara tabiat orang di PungPangJaya ini, mereka suka masuk TV dengan perot boroi mereka itu. Kata atok, 'orang PungPangJaya ini gemuk2 kerana kuat bercakap dan keluar TV je, tak da exercise dan rutin harian yang sihat. Kerja mereka setiap hari adalah memberi kata dua. Adakalanya mereka akan ke bilik khas, untuk bermesyuarat sesama mereka mengenai ekonomi semasa. Yang peliknya, Ajk ajk Kampung PungPangJaya ini suka membuat pengumuman mengenai harga barang. Orang Kolumpoq sedar hal ini, mereka tak pernah nampak Ajk2 yang mereka lantik di kampung PungPangJaya pon di kedai runcit Pak Ali, tapi mereka suka meletakkan harga minimum yang semakin lama semakin meningkat saban tahun. Sedang mereka duduk aman dan singgah di Kolumpoq ketika banjir sahaja, apa rasionalnya mereka menentukan masa depan ekonomi kami dalam bilik mesyuara tu?

(Bersambung : Mengantok.)


Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...