Setelah lama tak mencoret. Hari ini aku kembali
Sebenarnya, aku alami tak kesihatan diri dalam 3 minggu ni. Aku tak tahu jin mana hinggap atau tercepit sebelah ketiak ni, sampai aku dinasihatkan tak berpeluh atau bersukan untuk sementara waktu. Dan paling tak best adalah aku tak boleh makan seafood, udang kerang yang menjadi feveret aku. Dui!
Unsur Copy Paste. Salin menyalin. Tiru Meniru.
Mengikut pengalaman aku waktu menjadi hamba sistem pendidikan. Kegiatan ini sebenarnya telah pu nmenjadi budaya umat semenjak dari bangku sekolah lagi. Sampai ke peringkat universiti. Paling legend adalah menipu dan meniru tukar kertas dalam dewan peperiksaan SPM. Yang kononya menjadi penentu masa depan budak2 yang nak tamat sekolah. Dari aku sekolah MRSM pon, meniru penyata akaun, curi ledger budak perempuan, tu semua dah jadi budaya. Maklumlah, masuk MRSM, kena pandai gak nipu dak? Tu belum masuk 'hint2' dalam dewan periksa lagi bila paper objektif
Pegang dahi 'A'
Pegang Telinga 'B'
Pegang Hidung 'C'
Usap Janggut 'D'
Paling senang pon garu kepala. Tanda Tak Tahu
Anyway, budaya copy paste ni bagi aku bukanlah budaya yang boleh menjatuhkan peradaban atau martabat seseorang. Copy Paste ni sama jugak kau baca buku last minute stay up sampai nak exam. Itu juga dikira copy paste bila kau jenuh nak menghafal semua yang berpunca dari kau malas nak faham suatu ilmu atau isu yang terbangkit.
Study sebagai budak Perakaunan ni, budaya copy paste hampir menjadi useless 80%. Dengan kata lain, yang betul betul lejen,jinius, dan power je dapat hafal catatan lejer. Untuk orang macam aku yang lembap dalam menghafal, aku rasa lebih mulia dengan faham dulu suatu perkara. okay? Anyway, waktu study dulu, aku ada kawan perempuan, Omey, dia ni tahap menghafal dia mencecah ilmu Dewa Peringkat 18 petala langit, semua catatan lejer, sistem lukisan dia hafal. Debit kredit, dia adalah antara kawan2 aku yang lejen dalam bab menghapal, sampai nombor I.C aku pun ada lagi dalam kepala dia. Power kan? So, aku simpulkan, aku extent sem hari tu sebab aku perlukan masa untuk memahami, dalam suasana Exam Oriented study, nak faham suatu perkara bukan suatu yang menyebelahi kau selalunya.
Budaya Copy PAste ni terus dibawa ke Facebook, dengan kewujudan ustad2 express, yang seterusnya menghasilkan ustad remaja dan ustazah soleh yang express dalam facebook jugak. Dan disini bagi aku, starting point dimana budaya Copy Paste ini jadi perosak tamadun.
Seikhlasnya, aku tak selesa bila orang mula sebarkan perkara macam macam sesuka hati.
Nampak cerita starbuck haram sikit,SEBAR.
Secret Rasipi letak arak, SEBARKAN,
Taugeh bumiputra kaler kuning lagi sihat, SEBAR,
Hadith yang senangkan hati diorang sikit, SEBAR,
nampak gambar sexy sikit, SEBARKAN,
nampak logo yahudi sikit, SEBARKAN,
hadith yang feminist, SEBAR,
syarat syarat nak dapat perempuan solehah, SEBARKAN,
berjumpa dengan orang salah untuk jumpa orang betul, SEBARKAN.
tanda tanda kiamat, SEBARKAN,
hari ibu haram disambut, SEBARKAN.
Anyway, ramai orang yang lagi suka post pasal ciri orang masuk neraka, sexy, baju sarung nangka, tudung tak cukup kain, pakai tudung saji lah hapelah, semua masuk neraka. Let me point at you this time, Kenapa tak copy paste bahawa Pintu Taubat Allah itu maha luas, dan Allah itu salah satu sifatnya adalah Maha Pengampun? kenapa perlu berlagak jadi tuhan untuk menerakakan orang? nak berdakwah? dengan menghukum?
macam kamu selalu marahkan orang BERCOUPLE, tapi kamu pernah COUPLE dengan orang tu? pernah faham kedudukan dia?Pui.
Dalam kehidupan, yang menjatuhkan tamadun, apabila manusia mula malas memahami dan hidup dalam realiti. Bila rasa untuk memahami kedudukan orang lain jadi hilang. Asal nampak benda ayat sedap untuk diri sendiri, mula post tanpa fikirkan perasaan orang lain yang terasa atau terluka. Bila ditegur, dengan bangganya jawab, 'atas nama agama', atas nama 'dakwah'. Huh?
Contoh terdekat pasal gambar coklat Nakba. Tapi bila ditanya, ramainya masih tak faham dan tak tahu pon bila Nakba ni bermula dan tahun berapa terjadi. Semua duk ngelamun lagi, 'depa buat, nak buat gaklah', 'create awareness', 'berdakwah', then bila orang yang tak faham tanya mulalah jawab 'demi islam ikutlah, wallahualam.' Lepas Tangan macam tu je? Kan lagi bagus before tukar dp, ambil tahu pasal NAkba 1948, yang orang arab sendiri jual tanah palestin pada jewish yang tamakkan kekayaan. At the end of the road, orang arab sendiri membekal minyak pada negara israel sampai saat ni.
Anyway, kau tetap free untuk buat apa yang kau nak. Tapi bagi aku, bila kau nak mengharamkan kononnya atas nama Ustad Azhar Idrus semata mata, itu kau tak hormati kehidupan orang lain. Ustad tu ada kehidupan dia, kau ada kehidupan kau, aku ada kehidupan aku, orang lain ada kehidupan masing masing, macam mana nak bergerak atas satu landasan palit nama Ustad itu semata mata? So, dalam hal ni, hormati perbezaan pendapat. Tu paling penting. Landasan penyatuan atas dasar hormat dan menghormati. Jadikan landasan lebih besar, bukan menyempitkan sesuatu perkara.
Budaya copy paste sebenarnya bagus, bila umat ini mula rajin untuk memahami dan mengaplikasi. Dalam cinta pon boleh berjaya bila budaya copy paste dapat dilaksanakan dengan baik. Iaitu, bukan mengkopi pes secara membuta tuli. Ilmu turun temurun juga adalah salah satu budaya kopipes. Tapi kadang kadang manusia ni suka tambah cerita untuk sedapkan cerita dia, buatkan cerita tu jadi spoil dan menjengkelkan.
P/s : Berkopipeslah kamu sebelum kamu dikopipeskan. SEBARKAN.
Sekian
AnakMudaDiary
No comments:
Post a Comment