25 May 2012
Aku macam biasa bangun pagi pukul 7.00 a.m. Bersiap2 untuk pergi ke tempat kerja. Biasanya waktu waktu macam ni belum jem lagi hiway MRR2 tu. So, aku pergi dalam keadaan malas. Aku tinggal di sekitar gombak. Kawasan yang agak panas apabila pilihanraya, maklumlah sampai nak pilih jawatan kuasa surau pun ada puak Umno dan Puak Pas. Anyway,bila aku keluar dari simpang pertama rumah aku, aku nampak satu kain rentang.
'Saya dah join PAS, anda bila lagi?
Dalam hati ' ohh, ni bob lokman yang dalam sitcom bawak teksi bagi duit kat penumpang. Dia tanya soalan, dapat jawab bagi duit. Waktu tu, hari hari aku turun kl nak carik teksi Bob Lokman, sekarang, aku tak terkasima pun tengok dia dalam kain rentang.
26 May 2012.
Sebagai orang yang anti dengan Multi Level Marketing Scheme. Aku suka buat search apa bekas2 juara MLM ni buat. Contohnya D.A.C Mizal. okay. A.c Mizal.Hari ni, dia dah buka satu lagi syarikat MLM baru. Lepas syarikat Gelang Si paku Gelang yang menipu ramai orang itu collapse kerana Leverage Effect. Tak sangka mamat ni ada lagi hati nak buat syarikat bermodus operandi macam ni.
Aku terjumpa gambar macam kat atas, okeh, mamat nih dah join Umno pon. Bagi aku, orang yang mencari duit, yang ber'bisnes', join dalam parti politik bukan sahaja mampu menjaga periuk nasik sendiri, bahkan beli 2,3 periuk nasik lagi. Anyway, lagu Fiona memang syok. Dengan rantai CD tergantung di LEher 4U2C.
Join parti ni untung gak, ada Lisa Surihani, Neelofa, Afdlin Shauqi, yang masing masing idea masih power dan ber'getah'.
Aku juga tak terkasima sangat bila orang bisnes macam A.C ni masuk parti pemerintah. Itu adalah lumrah bisnesman, nak nak lagi orang yang bertaraf 'Contractor'.
27 May 2012.
Tarikh artikel ini ditulis. memberi pendapat mengenai Artis, Seni dan Politik. Sejarah artis join politik bukanlah cerita baru. DAh lama jadi. Di waktu aku meminati Kuliah ustad Akhil Hay macam orang sekarang minat ustad Azhar Idrus juga sebenarya perkara ni dah jadi. Akhil hay di pentas ceramah Pas dan juga pentas kuliah bebas memberi kuliah mengenai topik2 menarik macam isu suami isteri dan hiburan. Tapi, tahun lepas aku terbaca pasal Ustad ni skarang dah buat program MLM pulak. CArik carik orang dapat taja pergi Umrah free. Tengok, sampai benda Umrah pon nak dibuat perkara macam tu. Maklumlah. Orang kita ni, dengar cerita orang balik umrah, ibarat orang tu dah automatik berubah jadi baik macam Kak Sharizat. kah kah kah
Seni. Itulah yang sinonim kepada artis. Dalam anugerah yang dia dapat, semua dipanggil seniman dan seniwati bagi yang berjasa besar. Untuk aku, tidak salah untuk para artis join politik. To start have a political thinking. Alert dengan Current isu dan pergolakan masalah masyarakat. Tapi bila dah join politik, tinggal semua dengan cakap 'kenapa tak tangkap saya waktu jahil dulu?' itu dah menampakkan kononnya dunia artis ni teruk sangat. Konon jahil bebenor siapa yang jadi artis ni. Seni itu adalah anugerah, jarang ada orang boleh ada idea power macam afdlin, atau lawak cool macam bob lokman dan suara petikan gitar power macam akhil hay dan sham kamikaze. Apatah lagi body getah solid kawen anak orang kaya macam lisa surihani n Neelofa. So, gunakanlah anugerah tu untuk kelebihan kamu dan masyarakat.
untuk rekod arnold scwentiger dan Lady Gaga juga bercita cita nak jadi ahli parlimen di Amerika Syarikat. But, they still keep acting and singing kan? tak da masalah. Masuk ke gelanggang politik tak semestinya anda perlu berlatih berceramah diatas pentas, atau pakai smart2 nak buat kenyataan TV. tapi gunakan seni anda itu untuk berpolitik. Keluarkan dan hidurkan masyarakat dengan lagu lagu dan lakonan politik. kan itu lebih baik. Dari ramai2 berkumpul duk diam dalam tekanan dan dibaling telur, aku cadangkan supaya pentas ceramah dihiasi dengan persembahan Teater atau muzikal mengenai Politik. Barulah nampak politik Malaysia bukan politik pentas ceramah dondang pumpang je.
Cuba jadi macam pak samad, tak payah join parti politik nak declare sokong parti mana atau reg di parti mana, tapi dia masih bersyair memerli ketidakadilan dan kezaliman. Dulu pak samad ni tak dipedulikan dan dibaca sajak nya oleh orang muda, tapi bila dia mula gunakan puisi dia sebagai senjata, impaknya tampak lebih hebat. Macam begitu juga dalam karya macam nyanyian dan lakonan. Berubah jadi baik bukan meninggalkan, tapi gunakan apa kamu dah hebat tu untuk sesuatu lebih baik demi masyarakat. Supaya masyarakat dah tak bosan dengan movie pelik macam Adnan Sempit, anak mami atau 3 temujanji.
P/s : jangan Kuburkan bakat seni anda dengan Politik.
Sekian
AnakMudaDiary
No comments:
Post a Comment