i serve nuff nang

Tuesday, May 8, 2012

Pergi Dan Kenapa Bersih 3.0? (2)






Assalamualaikum w.b.t

Seperti dijanjikan, hari ini aku akan merencana cerita pendek mengenai pendapat secara individu mengenai Bersih 3.0 seperti dijanji dalam artikel lepas bahagian 1


Biarlah aku mula dari isu awal sebaik sahaja tamat perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu.

Lalu digembargemburkan cerita berkenaan Pak polis menaiki kereta nya yang dipijak2 oleh para demonstran. Marilah kita anggap itu betul. Tersebar juga gambar gambar di fesbuk berkenaan pak traffic yang dipijak secara kejam oleh seseorang berkulit sawo malap yang ada kembarnya menangkap peserta Bersih jua. 

Ustad Ustad dan lebai google juga telah sibuk menyampaikan berita mengenai rakyat hari itu telah memberontak meninggalkan sampah sarap yang mana mengikut ahli lembaga pengarah DBKL bahawa ia adalah mencecah 8 tan dan membuatkan kos naik sehingga DBKL berpotensi jatuh bankrap seperti syarikat penerbangan MAS. Marilah kita menganggap berita itu adalah sahih memandangkan ia datang dari pelbagai sudut, berita media massa dan lebai google serta professor yahoo.

Datang lagi cerita cerita belakang mengenai Azmin Ali dan Anwar Ibrahim yang telah merempuh gelanggang Merdeka dan memasukinya secara haram walaupun pewartaan kawasan Dataran Merdeka adalah untuk orang awam keseluruhannya. Mengikut pemberita hensem dan kacak bergaya di TV3, demonstran telah meruntuhkan halangan dan benteng dan polis hanya melihat dan buat tak tahu, mungkin polis hormat dan sokong, anggaplah juga berita ini saheh. 

Tidak perlu dipanjangkan lagi, berita itu semua sesungguhnya saheh saheh belaka.

Ingin aku sampaikan disini kenapa 250,000 umat berkumpul hari itu?  Kenapa mereka memekik mekik hidup rakyat dan menuju ke dataran merdeka hari itu? Telah di ancam dengan berita dari mahkamah bahawa dataran ditutup pada hari itu, polis dan FRU akan berjaga, termasuklah pak pak khutbah yang menyampaikan berita buruk mengenai mereka yang menyertai Bersih ini, dimana silapnya? kenapa lebih ramai berkumpul berbanding himpunan Bersih 1.0 dan 2.0?

Seperti kata Hishamudin Rais, ya, 250,000 orang ini telah melintasi garisan takut. Garisan takut ini besar lagi cabangannya, antaranya ketaatan kepada pemimpin, mendengar labungan pak pak khutbah, membaca ancaman polis, ada juga ancaman surat kononnya dari pak lebai di madinah menyatakan rakyat harus jadi baik, untuk dapat pemimpin baik. Semua lebong lebong ini telah dilanggari, dilintasi dengan semangat kuning dan solidariti pada hari itu.

Jika benarlah fatwa yang di bentangkan hari ini, maka kami 250,000 orang ini telah dikira berdosa besar dan perlu bertaubat. Namun, lihat hari itu, berapa ramai orang telah melanggar garis daulah besar ini, garis daulah yang hanya berfatwa menyusahkan rakyat, tapi tak pernah berfatwa mengharamkan alsunah walrasuah dan pembaziran?


Jika Selama ini kita telah ditakuti dengan ayat ayat cina tak boleh bergabung dengan melayu, dan india gengster kapak, semua ini telah dipotong. Dalam perhimpunan ini, semua berjabat dan berpelukan, memberi garam da menyampai pesan serta senyum riang. Ada juga berita pelajar universiti dilarang menyertai, namun kawan aku sendiri telah melintasi garisan takut ini walaupun dia banyak merintih yang akhirnya tersekat sekat disaat aku tengah orgasm melihat perhimpunan ini.

Tidak penting, 250,000, 25,000 atau 25 owang sahaja rakyat malaysia yang beri perhatian dan hadir pada waktu ini. Jika 25 orang sekalipun, kita telah berjaya tunjukkan 25 orang ini telah melintasi satu garisan yang pernah wujud di era zaman Gelap eropah dahulu. Hari ni, dilihat awek2 dan amoi cun juga ada, bukan semua menjadikan sogo sebagai rumah ibadah mereka, mereka juga tahu, rumah ibadah mereka terletak di negara Malaysia yang perlukan pembersihan dalam sistem pilihanraya mereka. Labonlah di fesbuk, hentamlah di tweeter, cakaplah betapa kamu cintakan Malaysia, aku hanya bayangkan zaman 2020 yang dikatakan itu hanya ada di bandar pasca moden seperti Kuala Lumpur. Apa kamu ingat zaman pasca 2020 akan tiba di negeri Pahang dan kedah? 

Lalu ada yang bertanya
'kumpul2 atas jalan buat sesak jam, dan berlalu macam begitu sahaja apa kamu dapat?'
Biar aku surahkan lagi, kejayaan ini bukan seperti kamu study last minit dan esok spm kamu akan dapat straight A? Kita sama2 tengok dipilihanraya nanti, apa terjadi dikala Bersih 1.0 menjelang pilihanraya tahun 2008? 4 negeri telah dimenangi pembangkang. Di situ menangnya, tidak cukup dengan itu, hari ini kita lihat kerajaan Barisan Nasional mula menggunakan bahasa duit 'rakyat', projek 'rakyat', duit BR1M, janji gaji minimum, dan anak penoroka Felda dapat pemberian 15,000 bagi 1 isi rumah. Ini adalah petanda kemenangan kita. Kemenangan kuasa rakyat.
Dalam suatu sistem pemerintahan, wajib kita menakutkan kerajaan, lihat saja berapa lama harga minyak tidak naik? lihat sahaja berapa banyak duit dah ditabur. Sabar!!. Saya bukan memuji kerajaan, banyak lagi projek pilihanraya kecil yang ditabur belum dicapai sebenarnya. Setelah 54 tahun memerintah Malaysia, tahun ini adalah tahun kerajaan banyak bagi cash kepada rakyat bukan? baucer buku, bantuan itu dan ini seperti yang banyak kita peroleh sekarang. Ingat. setelah 54 TAHUN! setelah kerajaan diambang dilawan dan takut untuk jatuh dan tumbang pada pihanraya seterusnya. 

Ini lah faedah kepada kita rakyat apabila perhimpunan begini diadakan. Namun begitu, adakah cukup setakat itu? jangan lupa visa pelajar afrika yang mudah sahaja masuk ke Malaysia. Belajar satu sem, kemudian hilang entah kemana kemudian buat hal di Malaysia. Ini adalah contoh pemberian kemasukan yang mampu merosakkan ekosistem negara kita. Kita harus hapuskan garis2 perkauman yang sering dimainkan oleh para Yb. Seperti ramai berkata, hilang UMNO, hilanglah kuasa Melayu yang disayangi kerana melayu tiada kuasa dalam ekonomi. Dekat UUM banyak kes macam ni.

Saya juga ingin lontarkan pandangan, kemanakah duit duit yang diperuntuk dalam dasar ekonomi baru? Jika Syed Mokhtar boleh, kenapa tidak usahawan lain boleh? ramai lagi pak pak yb yang ada harta sendiri diluar negara?ada yang berumah besar di Kanada, ada juga simpan di tax heaven, switzerland. Ini adalah realiti. kenapa projek MRT perlu diberi kepada company kerabat yang sudah kaya seperti GAMUDA dan contractor dari Amerika? Cerita mudahnya, kita marah apabila ternampak bangla bangla buka kedai karpet di Pasar Nilai 3, tetapi terlupa projek billion2, kedai2 guci, prada, ralph lauren, FOS, itu semua kamu ingat kedai orang Melayu ke? Kedai makanan segera seperti mekdogal dan kay ep cc itu adalah milik orang melayukah?

Diakhirnya, Bersih 3.0 ini adalah bukan agenda pembangkang. Anda boleh cakap, pembangkang hanya menyebuk dan cuba hi-jack perhimpunan ini. Saya sendiri masih belum decide siapa yang akan saya undi? (okay, cakaplah saya undi Ambiga) Ini kerana, sepanjang saya mengikuti program occupy dataran, dan A.Samad Said, tidak pernah pon gelombang ini meyuarakan suara mereka mengenai undilah pakatan rakyat atau parti cap Ayam. Kami hanya inginkan pilihanraya yang bersih, kewujudan negara yang yang baik adalah bermula dengan sistem pilihanraya yang bersih. Undi apa, itu pilihan kamu. Sistem yang bersih, itu pilihan kita. Kerana 1 kertas undi itu nanti, itu sahajalah peluang kamu untuk berlagak pada kaum elit dan orang atasan,  jika kertas itu telah disalah guna dan dikorupsi kan, berentetlah korupsi dalam sesebuah negara. Jika kerajaan diberi 5 tahun untuk berbuat sebaiknya, namun diguna dengan teruk seteruknya mereka masih ada peluang. Kita pula sebagai pengundi, dalam masa 5 tahun hanya sekali boleh mengundi, jadi, mengundilah seundi undinya. Kenapa perlu dikotorkan undi sekali dalam 5 tahun ini?

'At 1st, they laugh at us'
'at 2nd, they start to mad at us'
'at future, we hope, someday you will join us'

Sekian
AnakMudaDiary.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...