i serve nuff nang

Monday, May 28, 2012

The Street of Kuala Lumpur. 1.





Hari ini hari Rabu, wan menjalani kehidupan dia seperti biasa. Walaupun baru hampir setahun dalam dunia poletariat, dunia pakai kemeja cantik cantik rasa profesional dan menghadap komputer, tapi dia sudah pun mencapai tahap bosan dengan tiap perkara dilakukannya. 

"Asek2 ni je aku buat, aku belajar" tak da benda lain ke?

Persoalan ni selalu menjengah tiap kali dia mula switch on komputer dia yang mempunyai screen bersaiz 21''. Di pejabat, wan amat menggemari mengganggu pekerja lain, kehidupannya sebenarnya dicorakkan oleh alam sekeliling dia. tapi dia sering nafikan semua tu, baginya hidup ini miliknya, di antara kelahiran dan kematian, baginya itu semua milik mutlaknya. Bukan dimilik oleh ustad, perdana menteri atau ketua pembangkang.

Bersama kereta usang tahun 1990 peninggalan arwah ayah, wan amat menggemarinya. Walaupun tersadai kereta yang kelihatan lebih cantik di parkir rumah, kereta usang proton saga itu sahaja yang mampu membuat dia menyenggama minda. Lihat lama2 pon tak bosan. Pencapaian terhebat keretanya itu pernah pergi kebangi dan putrajaya tanpa semput enjin, dan wan setiap hari membanggai dan semakin sayang keretanya itu. Bak kata orang, kereta adalah bini pertama lelaki.

"Ada Benar". Wan berbisik.

Hidup seorang wan sebenarnya tidaklah susah, dengan dirinya yang lebih suka berdiam, dia juga banyak memendam mendam kecelaruan. Dikala malam, berbondong bondong impian seorang manusia normal menjengah. Awek pakai baju sekolah, kereta usang jadi kereta  Mustang,  Isteri yang boleh urut badan, gaji yang tinggi untuk cat baru keretanya, pujian dan nasib yang lebih baik di masa hadapan. Bukannya wan tidak boleh melangkah kehadapan, meninggalkan hidupnya sekarang, cuma dia lebih Setia kepada kehidupan yang dijalani sekarang. Cukup Makan. Namun begitu, sebagai manusia yang bernorma biasa, wan tak terlepas dari mimpi untuk menjadi ketua jabatan atau menjadikan toyota camry milik bossnya satu hari nanti, akan dimiliki oleh dirinya sendiri.

"bila lah masa tu, macam tak kan jadi pon ada" haihh...

Hidup ini betul mengenai permanfaatan ruang dan masa. Ruang yang lebih jika tak digunakan, samalah seperti lebih baik hidup dalam kesempitan. Tapi jika ruang yang ada nak dibesarkan sehingga melahap kehidupan orang, itu adalah jenayah tamak. Wan hari ini berjalan jalan, merayap dibandar Kuala Lumpur sebuah bandar konon 'moden' dan selalu memberi 'placebo effect' kepada orang luar bandar untuk datang kesini. Sebagai seorang yang lahirnya di sempadan Selangor dan Kuala Lumpur, wan sebenarnya muak dengan kehidupannya. Hidu asap, telan asap bas. Dalam banyak banyak kenderaan bermotor atas jalan, kenapa asap rokok jugak jadi tumpuan? kenapa Ulama' sibuk nak haramkan asap rokok sedangkan asap kenderaan tu memang lebih bahaya dari rokok sendiri, kajian juga menunjukkan pencemaran udara bukanlah dari hasil bakar nikotin dan tembakau, tapi dari asap kereta bas dan lori diatas jalan itu sendiri. Majlis fatwa disalahkan dalam hatinya.

Berilah KLCC, akan kugenggam
Berilah Duke, akan kususuri
Hanyutkan aku dalam tersergam
Luluhkan aku di dalam dakapan

Ya, hidup di bandar moden ini sebenarnya membuatkan manusia lebih bersifat untungkan diri sendiri. Lihat sekeliling, kalau kau jalan dekat area klcc, Jalan Tar, Jalan mana mana pon, semua ada power untuk 'hon'. Angkat tangan dengan emosi. even orang buta dan pakcik makcik melintas pon dihon. Betul, Malaysia ni memang sebuah negara membangun, tamadunnya masih dalam kejutan, masih mencari ketamadunan yang tersendiri. Terkejar kejar kesenangan sampai baling pasir dalam periuk nasik orang lain. Di dalam menyusuri bandar pasca moden ini, wan terserempak dengan anakmuda yang bercouple. Yang berpegang tangan dan berpeluk sakan. Wan buat tak endah, kerana mereka itu berkasih sayang. Lagipun,spepegang pegang tangan mereka , mungkin mereka tak curi duit atau merompak harta orang.

Menjalar2 Bangunan tinggi
Membesar busar Istana Megah
Manusianya pula tidak berperi
Dicaci maki peminta sedekah.

Dalam pelosok bandar yang membangun dengan pesat ini, yang wan rasa dalam 5, 6 tahun lagi tak mungkin menampung penghijrahan rakyat luar bandar untuk mencari pekerjaan. Dalam masa ini, dia percaya  satu hari nanti, KL akan jadi pesat, tapi tak kurang juga berbangsat. Apabila semua mahu jadi politariat, ahli politik dan business man, semua mencari penempatan di Kuala Lumpur ini. so, makin lagi besar jugak perbezaan pendapatan dalam negara. Jika orang kaya tertumpu dibandar, apa nasib orang luar bandar? Dia tak rasa Politician nampak perkara ini, politician memang mencadangkan peluang pekerjaan yang lebih banyak, tapi jika semua tertumpu di Kuala Lumpur ini, apa gunanya? apa nasib bandar dan negeri lain? akan terus berhijrah rakyatnya demi kehidupan yang lebih baik?

Tiada lagi burung berkicau
Tiada lagi embun pagi menitis
Yang ada hanya panas
Demi impian, peluh menitis.

Lihat saja di masjid jamek, di kawasan  kawasan yang banyak si kurang upaya dan si tua itu meminta sedekah. Ya, ramainya memandang remeh kepada mereka, mungkin sumbangan mereka ini tidak pun memberi impak positif kepada ekonomi negara, tapi mereka ini orang yang bersabar dari mencuri, mereka tidak berharta, mereka jual maruah demi sesuap nasi. Diatas sana, mereka kaya, tapi tak pernah cukup, mereka mengentengkan orang orang yang menjual diri dan menjual maruah, dalam memekik mekik, berpuluh ribu juga mereka masuk poket. Lalu mereka mendesas desuskan berita mengenai kepakaran mereka dalam berekonomi, diunjurkan ekonomi akan maju sekian dan sekian, tapi kedudukan Malaysia dalam ranking 'Mistrading Fund juga adalah antara negara terteruk didunia.'

Wan teruskan pejanlanannya, berjumpa dengan douchbag dan hipsters yang menikmati bandar Kuala Lumpur. Wan sebenarnya membenci dirinya sendiri, dia tak mampu jadi seperti mereka. Wan biasanya keluar dengan berbaju tshirt tak berkolar, seluar jeans lusuh dan sepasang selipar. Paling malas nak berfesyen, wan akan keluar dengan berbaju Chelsea dan berseluar 3 suku..  Dalam bab berfesyen, dia ini bukanlah dalam kumpulan orang yang gagal. Kerana dia jarang memikirkan fesyen, sebaliknya orang yang gagal ialah orang yang konon pandai berfesyen, namun pemilihan warna baju seluar, tudung amat menjelekkan mata.

"Bandar ini bukan bandar berhibur
Berhibur apabila diberi muzik yang cool
Kini ini adalah bandar pilihanraya
Ada yang akan tak bersetuju dengan pilihan kamu
Kerana didalamnya
Orang Sibuk melihat kamu
orang Sibuk mengumpat kamu."

'Tulis wan dalam diari kecilnya apabila dikenakan pandangan senget oleh orang sekelilingnya'.


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...