i serve nuff nang

Monday, July 16, 2012

1 Majlis Pengebumian dan 10 Pertemuan



Pinn Pinnn!!Tubuh busuk yang baru selesai mandi terjaga dari mati dihadapan komputer. Matinya dengan fesbuk. Dalam keadaan bertuala dan sedikit terkejut,  dia mengintai ke luar melaui sliding door tinted yang memang terang2 dari luar orang boleh saksikan badannya yang sedikit seksi itu. Denton milihat Abad diluar. Ohhh!! malam ini ada temujanji di ulang40hari majlis tahlil arwah tokei kedai yang mereka selalu lepak. Kedai itu namanya Man Sayo. Kedai yang hidangan istimewanya adalah nasi ayam namun Denton dan kawan kawan kebiasaan sekadar melepak untuk minum tehtarik dan teh 'o ais. Nikmat terbesar bagi lelaki lelaki selain berdating dengan teman wanita.


Mereka menuju ke suatu majlis kenduri tahlil arwah yang 3km dari rumah Denton. Setibanya mereka di majlis tersebut. Tak sangka, pertama kali dalam hidup Denton dia melihat  Majlis Tahlil Arwah dihadiri oleh begitu ramai tetamu seperti majlis kahwin pula! Tipikalnya, orang tidak berkenan nak hadi majlis begini kerana acara membaca yaasin seperti malam khamis yang dilakukan disurau surau dan disusuli dengan majlis makan. Namun kali ini sedikit berbeza. Denton naik ragu.. Mula permainan logik gobok pemikirannya. Dari mana dan sebab apa? adakah sebab kambing golek? daging rusa? atau ayam panggangnya yang bau sungguh menawan hati? Atau proses islamisasi telah mencapai tahap maksimum sehingga membawa manusia kepada proses bertaubat secara beramai ramai? Tak mustahil juga ini adalah kawasan kuat orang Pas!. Beribu persoalan muncul. Denton tenang. Selaku seorang lelaki yang single, dia yakin disini mungkin akan bertemu jodoh seperti muslimah bernama julie. Dalam ramai, Denton sedikit kecewa kerana majlis ini mungkin juga dijadikan oleh para hipster untuk memakai gaun2 menawan yang menyenggama minda mereka yang melihat. 


Bacaan Yaasin dimulakan, dikelilingi oleh anak kecil berjubah serba putih yang khabarnya dari Rumah Anak Yatim, Denton rasa nyaman, walaupun ada beberapa telatah anak kecil itu yang buat Denton rasa berbulu dan panas hati, muka muka kerek yang biasa Denton lihat dizaman persekolahannya dulu. Denton tegarkan hatinya untuk menghabiskan bacaan Yaasin dengan tenang.'Yaaasiinnnn, walkur a nil hakim...' Terdengar suara seorang tua yang mulakan bacaan namun diselangi semput dan lelah.


Didalam majlis penuh ramai itu, Denton memerhatikan gerak manusia. Dari pakcik pakcik bermisai A. Galak hingga ke gadis gadis ala najwa Latif. Tak lepas dari pandangan. Lantas, Denton merumuskan mereka kepada beberapa kumpulan


1. Dalam meja pertama, ada sekumpulan lelaki tua yang usia lanjut berbicara sesama sendiri. Sambil berkasut hitam, dan berkaca mata 'oakley', gaya makan yang penuh budi dan berbahasa. Mereka sedang berborak borak 'bisnes' Dari cara pakai seluar slack yang digosok rapi hingga gaya gelak tawa mereka. Denton biasa melihat telatah orang begitu di Kuala Lumpur


2. Disuatu sudut pintu keluar rumah, ada segolongan 'abg abg' sedang rehat. Dari awal sehingga akhir, mereka duduk disana. Dari Denton cecah kaki ke pintu masuk, sehingga mahu bali, mereka masih disitu. 'Abg abg' ini adalah yang Denton selalu nampak ketika lepak dikedai. Mereka duduk disuatu bilik lama yang pada belah malam asap2 berkepul keluar pada malamnya. Mereka suka bercerita sesama sendiri dan bergelak tawa. Tapi dimalam ini, Gaya mereka macho. Semacam


3. Perjumpaan ibu ibu.yang penuh begaya dengan rantai2 emas dileher. Duduk dan bersahaja. Teliti mendengar cerita sesama sendiri. Dah tahap ibu, mereka takkan nak bincang pasal cinta cinta macam muda zaman sekarang atau post2 mengenai haram cinta itu ini, mereka bercerita mengenai kehebatan rantai magis dilengan dan kehebatan batu azimat tergantung dileher.'Anak i study di u.k taw!'


4.Ada pula kelibat beberapa gadis duduk dihalaman rumah tersebut. Dihalaman itu terdapat kerusi yang sangat sesuai dijadikan port melepak. Gaya gadis gadis ini sungguh pelik. Tidak pernah Denton melihat gadis gadis bergambar sakan di majlis tahlil atau pengebumian. Denton membayangkan, dengan 'wajah wajah comel mereka itu, kemudian di'upload' ke fbook. Dan dijadikan album 'tahlil arwah si anu bin sipolan', Sangat counter culture. penularan budaya bergambar. Mungkin satu hari nanti, orang akan menangkap gambar bersama mayat sambil buat mata bulat atau 'babyface' atau 'duckface' dan upload di fesbuk dengan tag 'alolololol, cian dia...'. 


5. Disuatu sudut, sekeluarga sedang menjamah makanan dengan penuh berselera. Dari satu ke satu pinggan. Dari kambing ke rusa hingga ke kepak ayam. Sangat berselera!. Sementara anakgadis bermain bbm dan anak lelaki mata yang meliar, ibunya sekali sekali mennegur 'makanlah tu ti'. Kelluarga ni seakan rapat dengaan tuan rumah, gaya borak bual dan senyum manis mereka sungguh mesra dan sihat.


6. Sementara yang lain sibuk berborak sesama sendiri, Denton memerhatikan gelagat anak2 kecil yang diberi penghormatan dan penghargaan untuk memenuhi majlis ini. Gaya comel dan kadangkala mintak penyepak itu sangat menenangkan. Sesekali nampak peranan seorang ketua budak pada salah seorang dari mereka. Yang mana ketuanya akan lebih masam dan muram. Hari ni, mereka diberi layanan istimewa, pergi dan pulang naiki kereta seperti Alphard dan Mercedes Benz. Mungkin lebih banyak pahala. Diwajah mereka jelas, mereka sendiri seperti tidak mengerti mengenai majlis tahlil arwah ini. Mungkin kerna tidak merasa perasaan kehilangan orang tua mereka pada suatu ketika.


7. Disebuah sudut, pertemuan anak anak muda yang sudah lama tak bertemu. Nampak gaya skema mereka sudah tahu mereka adalah pelajar universiti. Diselangi dengan ayat seperti 'kau belajar kos ape?' 'ada peluang kerja ke kos tu?' yang berlagak dengan kos 'perakaunan,doktor jurutera dan arkitektur' pon tidak kurangnya. Namun hari ini mereka bertemu, dalam mereka ada yang tersipu sipu malu, barangkali tidak sempat menghabiskan matrix atau sesi persekolahan pun. 


8. Disebuah meja bulat, ada pakcik pakcik yang mungkin dari kariah surau berdekatan berborak sesama mereka. Dengan kopiah besar, baju melayu lusuh dan kain pelekat yang tidak beberapa molek diikat, mereka bercerita perihal surau yang kini merasai bahang politik. Dari imam umno sehingga bilal pas mereka berbicara. Mengenai penceramah jemputan yang banyak habiskan masa mempromosi politik di pentas, sehingga lah longkang longkang yang kotor dan tidak diuruskan sekarang. Bagi Denton, itulah buruknya bila segalanya mahu bercerita mengenai politik. Termasuk disurau surau. Mereka ini terlalu sebuk salahkan orang yang berkuasa atas surau sekarang, sampai terlupa rasa untuk buat program gotong royong dan kerjasama bersihkan surau yang boleh diselesaikan dari pagi sampai tengahari je. 


9. Ada juga meja meja yang duduk secara bercampur laki dan perempuan dan ada juga gaulan orang tua dan muda. Ironi, cerita mereka adalah berkenaan bila nak kawen?dah kerja? buat apa sekarang? Mak pula asyik melayan seorang lelaki lembut yang dikhabarkan bergaduh dengan rakannya lagi dua orang kat dalam rumah. Mak memang cool, tak pilih dalam berkawan, Denton tahu mak ada agendanya tersendiri apabila merapati golongan macam tu.


10. Disuatu sudut, ada seorang lelaki tengah duduk senyap memerhatikan kesemua orang dan kumpulan itu, walaupun hatinya tertaut pada gadis yang dia terlihat pada majlis tersebut. Dia lebih berminat membongkar mereka yang datang dimajlis tersebut sama ada bertaubat atau ambil pengajaran dari kematian simati, atau sekadar membuat 'Majlis Reunion dan Membaca Yaasin?'

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...