Aku dah berpuluh kali bersoal pada diri. Dari semenjak aku sekolah. Aku selalu gagal bezakan budaya dan peraturan. Okay anutan aku dapat bezakan pada satu tahap yang lain
Budaya itu adalah cara hidup dan kepercayaan sesebuah masyarakat. Setiap masyarakat mempunyai kebudayaan masing-masing. Ia amat penting
kerana itu adalah sumber gaya hidup kita. Contohnya pakaian orang
melayu yang sopan santun, bahasa yang lemah-lembut dan juga saling
hormat-menghormati satu sama lain. Bergotong-royong adalah salah satu
dari budaya melayu. Ia selalu diamalkan apabila mengadakan majlis
perkahwinan, masyuarat
Itu baru aku bercerita budaya orang melayu. Belum tokok cerita pasal lebih 21 kaum lain yang ada kat malaysia. Okay. Aku tak tau budaya nie dari mana datangnya. Budaya itu adalah norma kehidupan yang dicipta sendiri atau menjadi ikutan?
Aku pernah pergi ke tempat tempat shoping kompleks macam KLCC, Pavilion dan Jaya Jusco. Sebenarnya ikut ciri geografi, tempat ini tak da beza, ia just menggambarkan golongan kelas2 yang membawa agenda tersendiri ke sana. Dengan budaya hedonisme bersuka ria, dan menjadi pendokong kepada golongan kapitalist. Adakah budaya masyarakat terletak didalam nya? jika dipisahkan secara geografi, budaya di Malaysia adalah kepelbagaian dan jamak.
DAri orang orang si pelosok kampong hingga ke tengah bandar, budaya yang dicipta adalah berbeza beza. Kalau kat kampung ada bercerita mengenai hantu kopek, hantu di tengah bandar pula adalah fasal duit dan cinta. Ini serius, penghijrahan telah membuktikan gadis2 kampung yang berpindah ke bandar menjadi penyanyi walaupun entah pahape. Tapi orang bandar yang mahu dimainstreamkan diri pulak menyanyi lagu yang klise dan tak enak bunyinya. Kenapa pembudayaan begini berlaku?
Kenapa budaya budaya dari luar dapat singgah dan meranapkan budaya2 asal tanah kita ini dulu? Dan adakah aku menyatakan penghijarahan budaya luar kedalam malaysia adalah sesuatu yang salah? Tak, aku jugak hipster mendengar lagu yang kurang mainstream seperti radiohead, dan linkin park yang dulu satu kemain mainstream lagi, siapa tak tahu zaman aku dulu di corong radio lagu seperti Crawling, in he end, dan video clip One Step Closer yang selalu ditayangkan di klip2 NTV7? ITu belum cerita lagu lagu yang aku selalu menyi sambil percik air siram bunga dengan adik aku, lagu lagu dari Blink182, dan red hot chili paper?
But for sure, lagu tu dengan lagu californication, yang aku baru je dengar dan hayati balik lirik2 dia. Ia mengenai jiwa dan kefahaman pada dunia.
Kalau alek2 nak dengar lagu yang kau hanya faham 'Nobody nobody but You? sampai budak budak laki jatuh cinta pada penari penari dan bajet buat gaya cute dengan menari kpop itu adalah satu kelakian. Ini sangat pelik
Aku ingat lagi zaman aku sekolah dulu, perempuan carik mat mat jambu. Mat mat yang senyum2 lepak ngan pempuan memanjang. Sebab bagi aku time tu sifat laki nie kasar dan ganas. Maknya yang lebih kasar ganas itu adalah pilihan perempuan. Pembudayaan bab korea nie bukan je masuk ke tahap citara sa lagu, tapi bahay hingga awek awek melayu demam tak boleh tengok running men. Sampai nak balak diorang feseyn2 macam mat korea jugak? Sekurangnya waktu zzaman dulu, adek aku taklah mintak lelaki rambut pacak kaler putih dan garang macam chester.
Mana lelaki yang tak pernah tulis surat then letak butir wangi dengan harapan awek yang baca tu akan cium2 surat tu? Mana lagi laki yang berak dalam seluar waktu sekolah rendah? Mana lagi lelaki yang dulu sangat gay apabila sangat takut duduk sebelah perempuan?
Jika kebudayaan celup dianggap sebagai budaya, tidak kisahlah bila adanya oppa kampung style lah, raya style lah. Sebab ia adalah celup. Dan barang celup bebas digunakan sesiapa je. Tapi cuba bayang kan, ia macam touch n go. Kau takkan sempat menghayati apa cuba disampaikan, dah lah tak faham lirik selain nobody nobody but you, ni tibba2 nak gila oppa oppa? fish?
Okay, untuk cakap pembawakan yahudi lah, cubaan nasrani dan yahudi untuk rusakkan negara Malaysia yang pernah jadi tuan rumah OIC bagi aku adalah tak da makna. Kenapa tak cakap kau makan limau di tahun baru cina itu adalah cubaan mengkafirkan kamu? Justeru, alasan dengan menggunakan yahudi dan nasrani penarian oppa membentuk lambang salib. Opah kau!
oops.
Apa nak buat, takkan nak layan video cikgu youtube yang menyanyi depan komputer style miming yang sangat cute tu?
Jawapan kepada kecelaruan budaya ini
Adalah kita sebuah negara tenga cuba membangun.
Kita mencari cari identiti tersendiri, yang mana patut kita miliki lama dah. Akibat dari pemimpin politik yang hanya berpolitik tiap masa, rusak masyarakat malaysia yang semasa.
Dalam percubaan cari identiti, macam macam kita akan cuba, daripada barat sampai ke timur, dan yang mana cute kita ambil, yang hodoh dan hina, tinggal.
Sekian
AnakMudaDiary
No comments:
Post a Comment