i serve nuff nang

Tuesday, September 4, 2012

Pencuri Kesakitan

Aku terus berjalan. Walau sedikit mana dan makin susut aku jumlah penulisan aku, berjalan adalah suatu kewajiban untuk setiap umat pelosok dunia. Semua orang mampu berjalan, dan bagi aku tanpa berjalan kau takkan jumpa diri kau yang sebenar. Atau berjalan ini sendiri membuatkan kau menghadapi kontradiksi dalam diri sendiri.

Penulisan ini bukan mati, cuma banyak simpan dalam hati. Sedang dalam jamban pon aku boleh terfikir apa tulisan seterusnya yang aku bakal tuliskan. Tapi entah, lepas lega semua lepas dan melepaskan, macam tu jugak idea idea tu pergi. Mungkin lepas ni aku akan bawak lettop bersama masuk jamban. Dan tulisan tu aku akan menusuk hati macam bau itu jugak.kah kah kah

Apapun, bukan ni yang aku nak kisahkan.
Cerita aku, aku kini hidup, antara cita cita yang aku kekal kan dari kecik adalah 'hidup untuk menggembirakan hati orang lain'. Yap, aku yakin mungkin ramai yang korang sendiri pernah ada rasa, kalau tak rasa pon tu akan jadi jawapan popular korang kan? bila umur makin meningkat, lebih kolonial, aku lebih suka gelarkan diri aku sebagai pencuri kesakitan. Terutama sekali orang orang yang aku sayang dan rapat dengan aku.


Hidup sebagai pencuri kesakitan bukan senang, kadang kadang kau perlu berkontradiksi dengan masalah yang kau pendam sendiri.  Orang yang kau sayang tu tengah muram, kau akan rasa tak selesa dan sebagai pencuri kesakitan, aku akan cuba satu per satu, Dari acting yang lebih romantik dari Rosyam nor memujuk Vanidah imran, dari Abg jalal yang cuba mengkasihkan neelofa, lagi lawak dari Mr. Bean yang bagi awek dia penyangkut frame yang disangka cincin. Tapi sampai satu point, kau tak tau kenapa kau perlu buat semua nie. Sedangkan orang yang kau sayang tu sangat kurang respon dia. Kalau ada pun, respon dia sikit. Tapi sebagai pencuri kesakitan, aku akan bergembira dari orang yang berwajah kusam, kini mengukir senyuman dari pipi dia yang tembam dan gebu.

Biar aku surahkan satu cerita, moga di hadam jadi pengajaran, pada suatu malam aku masuk menerobos ke bilik seseorang yang aku minati. Aku dapati dia sedang tidur sambil mata pulak terbuka, mungkin dia sedang tidur lena. Untuk mengenali sosok ini, aku perhatikan dulu fizikalnya, dari uraian rambutnya, lenggokan badan dan iris mata yang coklat menawan.Indah, sempurna dan menyempurnakan untuk seorang penerobos rumah macam aku. Sebelum ni, aku jugak pernah terobos rumah orang lain, tapi sayang tiada satu pun yang menarik minat aku, bukan pada fizikal je, tapi dari susunan barang dalam bilik sendiri. Ada yang bersepah, ada yang bersusun, ada yang dah siap2 tido awal sambil seksi cuba menggoda aku
Tapi kali ini lain. Iris mata coklat menunjukkan dia gadis biasa yang suka bermenung. Mungkin tercari cari macam aku.
Lenggokan badan yang tak lena menggambarkan diri dia juga sedang meronta. Meronta bukan untuk menggoda. Tapi meronta mencari keperibadian yang sebenar. Sama ada untuk terus menjadi rare dengan memminati berita berita sukan, atau menjerumuskan diri dalam kancah kontemporari borak mengenai berita top macam Baskinrobeen dan Harimau Muda, tapi buat tak kisah pasal atlit paralimpik yang dapat tempat kedua acara memanah. Nak kata dia seorang bandwagon pon bukan, cuma dalam kebiasaan dia, dia berjaya buat sedikit kelainan.
Pencuri kesakitan ini perlahan lahan amati bilik itu, gelap dan sugul. Barang nya terkemas, Terkunci rapi. Semua yang sulit dan wallet disimpan dalam laci rapat2. Ya, gadis ini nampak bukan senang didekati seperti sebelum ini. Tapi dalam sukar didekati, entah kenapa terdetik dihati pencuri ini, 'aku mahu kembalikan senyuman itu'. Seperti pencuri ini dah terbiasa melihat senyuman sosok gadis yang sedang khusyuk berkhayal.

Lalu aku sebagai pencuri kesakitan mendekati dia, perlahan lahan aku dekat bibir pada telinga, mata belum bertentang mata, aku sudah gundah gulana. Aku cuba membisikkan kata kata pujangga dengan alunan irama sempurna, termanggu dan termenung dengan tekun lagi susuk ini. Aku cuba cara lain. Kini mata menghadap mata, aku dekati dia. Ya, siapa tak tergoda bibirnya itu. Cuma disebabkan aku lebih prihatin kepada aksinya yang bermenung khusyuk, aku berlakon macam tawadhu'.

'aku lihat aku kini macam ada dalam kamu
Namun kenapa cinta kita belum pernah bersatu
dari linang kaca mata hingga tegang bulu roma
Tidak pun terucap kata benar kata dusta
Kini terlihat dua jasad yang dekat dan terbiar
Kau tidak tersedar
Namun aku masih mencuba dalam hambar'

 Aku menggeletar, bingung. Aku tidak tahu kenapa perlu rasa ini datang. Ada masa, aku rasa kau seperti senyum sendiri dekat aku. Tenang dan senang. Aku dapat rasa suatu rasa yang aku amat rindu. Yang aku pasti telah mati bertahun dulu. Lalu aku pun cuba menyanyi.

'Selamat malam sayang, tidurlah sayangku..
Siangkan tiba bercahaya, bermula baru semua untukmu...'

Terlelap. Kau tertidur. Tanpa ucapan selamat malam pun.
Aku tiidak ukur rupa parasmu, ya aku berharap, tapi bukan suaramu yang aku dambakan, jika pertemuan malam ini ditakdir sebagai suatu hubungan, hadiahi aku dengan kejujuran. hadiahi aku dengan keikhlasan.


_____________________________________________________________________________

Beberapa kemudian kita bertemu bawah sinar bulan
Aku bawa kau kesuatu tempat yang dipanggil lapangan
Putih keseluruhan yang ada hanya graviti tiada bersempadan
Disitu kita berlari berkejaran
Pegang pegang tangan
disitu kau dan aku
Kini aku bukan lagi pencuri kesakitan
Kau kata aku penawar segala kedukaan.


Sekian
Ahmadchin#

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...