i serve nuff nang

Friday, June 29, 2012

Bandaraya Rindu Bersatu

Abas meneruskan perjalanannya. Dari satu bandar ke satu bandar. Dari Street Kuala Lumpur, ke kampung Pung Pang Jaya ke Kuala Lumpur Bandar Bersejarah. Kini. dalam 50 Km dari Bandar Rindu Bersatu tersebut, Abas telah menjejakkan kaki di bandar yang amat ganjil penduduk dan corak bangunannya. Senibina di bandar ini penuh dengan unsur kemanusiaan. Walaupun ada kala ternampak bandar ini ada sturktur bangunan berbentuk organisma bumi yang sedang berorgasm, namun ia adalah sebuah bandar yang sugul penuh dengan kemurungan dan kurang cahaya. Entah dari mana bandar ini wujud. Dan bagi Abas, bandar ini lah paling rare di dunia. Kerana tiada bangunan yang dibina tinggi tinggi melambangkan kekayaan, ada pun struktur monumen yang melambangkan perasaan rindu seperti nukilan tulisa, pejabat berbentuk 'I miss U', dan palaing hebat monumen bersejarah pahlawan Merdeka telah diwarnakan dengan warna tersendiri. Setiap bulan bertukar dari cerita lebai lebai didalam itu. Ini adalah untuk mengingati parajurit yang dahulu. Untuk menyedarkan generasi dari ke generasi bahawa Bandaraya Rindu Bersatu ini telah diilhamkan dari rasa rindu terhadap kebebasan dan bebas dari sebarang cengkaman yang mengganggu norma kebebasan manusia.

"Hebat2". Bisik Abas.
 Dalam hidupnya, tidak dia sangka ada bandar yang sebegini. Kerana dilema rindu rakyatnya kepada kebebasan, kepada tuhan, dan kepada kekasih yang berhijrah pergi ke bandaraya bersejarah mengejar wawasan 2020, bandar ini dikira sebagai membangun. ARtistantnya arkitek mereka. Sesuai dengan hidup Abas yang serba kekuranngan, dia cuba mendalami kehidupan dibandar ini.


Dan Penceritaannya bermula....


Bermula satu dengan satu kita menyatu
Tiada irama dan retak lain selain lagu bila rindu
Pabila berdekatan dalam cinta kita dakap ketenangan
Dalam kajauhan kesibukan, kita sibuk menggenggam bara kerinduan


'Perfect for me'. abas mengucap.


Itulah kata yang dapat diucap abas sebaik tiba di bandar ini. Walaupun belum berjalan kepada pecahan lain dibandar ini. Di kawasan maju di bandar ini, abas lihat warga sepertinya bekerja dengan penuh semangat. Mereka bebas memilih pakaian. Tidak berskema dengan ber'tie' dan kemeja pun untuk ke tempat kerja. Pada hemat Abas, penduduk disini mungkin dapat melahirkan produktiviti dan membina monumen seni rindu yang baik adalah dari rindu kepada kasih sayang. Beberapa papan tanda jalan juga menunjukkan galakan untuk berkasih sayang

 Contohnya ada papan tanda biasa kita lihat

'Ke Pusat Bandaraya, belok kiri'
Disini 'Ke Pusat Bandaraya, Belok kiri - Sayangmu'

Lalu tidak hairan terlihat ramai yang begitu baik dalam pemanduan. Tidak mengambil masa dan makan angin ketika memandu. Lalu dapat mengelakkan trafik jem. Polis yang menjaga juga ditemani oleh gadis2 yang cantik dan menawan. Ketika membuat 'Road Block' ditengah jalan, tiada muka ketat, warga sentiasa senyum tidak perlu bunyi hon. Apabila perempuan bawak kereta ditengah jalan, perempuan juga tak besar kepala, warga perempuan ini apabila mahu horn kereta lain, bunyinya 'mmmuaahh'.
Ya, hilang tekanan dari hasil kerja insan.
Sekali sekala apabila abas didalam teksi dan di'mmmuuaahh', Abas jadi segan2 kerana pemandu kereta tersebut adalah lelaki.

Abas tersenyum Terjuih sikit giginya yang jongang jongan sweet tu.
 
'Ke kiri kita pergi hati hati sayang'
'Bila jalan mati kita pusing kanan lupakan maki dan sembang'
'Dalam hidup di dunia rindu berindu durja'
'Jadikan ia semangat penawar muram muka.' 

Dibandar ini, abas telah berkenalan dengan Amir. Amir ini diberikan nama sangkakala Rindu. Mana taknya, dah semua benda lama lama yang dia ada, dari bantal buruk(busuk) yang dah 5 tahun, sampai ke kereta usang tak pernah di touch up karatnya lagi, tercetak di setiap alatan usang nya itu, 'Aku memilih simpan barang ini kerna aku rindu kamu'. Walaupun gaya luahan rindunya unik, Abas pasti, Amir ini adalah seorang yang setia. Setia menanti kekasihnya bertaubat dari duduk terlalu lama di Bandaraya Bersejarah. Dalam rindu, Amir tersenyum. Sedangkan dia tak tahu, mungkin Jamilah yang dirinduinya itu telah ke sana dan menukar nama Jame, untuk menunjukkan kebandarannya lalu berselingkuh dengan lelaki lelaki kolateral yang bermasjidkan Pavilion dan bertuhan duit.

Dalam ketidak kesahan Amir, beberapa fakta menarik di Bandaraya Rindu Bersatu ini dapat diambil pengajaran, dari Perdana Menteri, sehingga ke Alim Ulamak, semua nikmati perasaan rindu. Kerana rindu, Perdana menteri berjanji tak mahu pegang jawatan lama lama kerana ingin berselingkuh dengan isterinya. Kerana rindu, para Alim Ulamak telah membelai isteri mereka dengan baik tanpa rasa 'Aku lelaki, ada akal 9, aku lagi Power'. 

Abas masih ingat lagi ayat Amir sebelum kali terakhir mereka berjumpa,

Amir kata, "awek awek disini juga awek yang dalam rindu, kerana rindu, mereka simpan mahkota mereka".

Antara ciri lain dibandar ini yang dianggap mempunyai pengaruh artistik dan semiotik yang baik, warga lelakinya berambut panjang, kata Amir, "makin panjang makin rindu". Abas tersipu gelak, jika di Bandaraya Bersejarah dan warganya yang berkelas, itu seperti ayat lucah. Monumen tanda rindu yang sering dilihat adalah monumen 'Hujan dan Lelaki dalam kebasahan', 'Gadis menangis menggenggam blekberi,' monumen 'Lisa Surihani berskype dengan Yusri', dan ayat ayat grafiti di dinding 'Tanya sama hati, apa makna rindu, ingat masa lena apa mimpimu?'

Suatu hari, Abas terserempak dengan seorang gadis yang dia tak sangka mungkin akan mengubah keselurahan nasib malang dalam hidupnya. Sebagai rekod, gadis itu dalam keadaaan tidak sehat dan kurus kering. Rambut kerinting menjelaskan dia dalam keaadaan tanpa keruan, dalam tangisan, betapa dia tonjolkan rasa kerinduan. Gadis ini adalah gadis jalanan yang akan terus menyemai rasa rindu.

Abas datang dari belakang gadis dan bertegur
'Siapa nama awak?' Abas terlupa bagi salam
"Rania". Jawabnya manis

Sebaik sahaja gadis itu berpaling kearah Abas.
Abas ternampak satu tulisan jelas dan nyata pada kadbod yang tergantung pada Gadis tersebut

'Senyuman itu pengubat rindu'

Lantas Abas tersenyum.
'Hai Rania, my name is Abas, and i'm not a terorist'
Abas dengan lawak bangang turun temurun

'Spoil2'. Burung Perindu disekeliling mereka berkicau. 

 Rania tersenyum manis.
Bibit perkenalan yang bersahaja bermula...

Abas mengeluarkan Tisu yang entah magis berada dalam poketnya.
Abas mengesat air mata Rania. 
'Saya dah beri senyuman, cukup tak untuk Rania hentikan tangisan?'
Rania tersipu malu.

Disaat itulah, babak sebuah kereta lalu ditepi mereka ketika mereka terpaku menghadap satu lawan satu, kereta tersebut dibawa oleh orang berserban, ketika bibit detik perasaan mahu berkenalan
'mmmuuahh'. Hon berbunyi. 

Dalam hati abas 'Bangang2'

Walaupun kedua jasad ini sebenarnya merindu sesuatu telah menjadi memori, Abas tekad, dia akan buat Rania berhentikan tangisan itu. Dan saksinya adalah 'Bandaraya Rindu Bersatu'.

Walaupun tiada kereta, senyuman mesti dengan gaya
Dalam 2 rindu berbeza mula berkenal dua dunia
Walau ada cerita 'kau teristimewa tapi dia yang sempurna'
Mari aku cerita bagai kan cerita sang pujangga
Itulah detik rindu lama aku berganti rindu Rania
Bermula saat kita bahagia cantik hensem bermadu berasmara
Kini ceritanya
Kau yang dulu hanyalah bisa. kerna maduku kini Rania.


 



Wednesday, June 20, 2012

24 Tahun : Apa lagi




Alhamdulillah
Tanggal 2o jun dah berlalu
Hampir 200 orang secara rawak nya memberi ucapan selamat hari jadi kepada aku. Banyak ucapan, ada yang sekadar HB, happy, selamat, yang boleh tahan power 'selamatlah kau'. Rasanya macam aku dicampak dari bangunan yang tinggi, then yang campak aku tu cakap 'Selamatlah kau', cool stuff macam tu?haha
 Paling coman ialah ucapan yang warak, semoga diberkati dan dipermudahkan rezeki. Aku tetap aku, lebih sukakan ucapan yang berbaur kasar dan ikhlas 'semoga jumpa awek yang original'. Ringkas. Padat. Sendat.


Anyway, thx to all yang wish. Aku ni manusia biasa. Dan aku terharu.


Secara purata, nilai diri aku makin rendah. Bayangkan, lep lap lep lap, 24 tahun dah aku hidup. Dan 2 tahun lepas habis belajar ni aku tak sure samada tahun yang ada perkembangan nilai dalam diri aku. Jadi, dalam umur yang makin meningkat, nilai yang mungkin meningkat dengan sedikit, aku adalah tidak effisien. Dalam kata mudah, tidak memulas tenaga dengan sebaiknya untuk meningkatkan nilai diri.

20 Jun Berlalu
 Kali ini ada lagi azam baru, aku nak pergiatkan nilai tulisan aku. Kalau ada rezeki, sebelum habes tahun 2012, yang dikatakan tahun kiamat or else, atau sebelum kiamatnya tahun 2012, aku nak keluarkan satu karya. Boleh jadi novel, atau cerpen(cerita pendek), cerdir(cerita diri) atau cirbir(cerita bibir).
Tapi macam biasa, mood seminggu lepas birthday ni mungkin power dan lejen, akan menulis setiap malam, mengarang sinopsis.  Benar, istiqamah penting. Aku tetap cuba, bak kata alina hayat, 'dapat jek idea, terus tulis'. 

Hero. Buku hero memang banyak mempengaruhi aku buat masa ni.buku tu tunjukkan hero tak semestinya jadi hensem macam shah rukh khan, romantik macam rosyam nor, power macam bruce lee. Hero boleh jadi orang yang kita tak kenal dan tak popular. 

#Hero ada dalam diri semua orang, iaitu hero yang nak menjana kebaikan dari dalam diri sendiri. Jaga hubungan dengan orang lain. Lagaknya adalah hero, walaupun tak dikenali sebagai hero.

Sekian
 

Tuesday, June 19, 2012

24 tahun wan. Apa lagi?




Wan, dah 24 tahun kau hidup, makin hari kau jadi makin tak tentu hala. kau semakin kuat throll orang dan menipu akan nasib kau sendiri?


24 tahun wan,
Sampai bila kau nak menipu yang kau jugak lelaki biasa yang nak kan perempuan cantik dapat melayan kau?  makin hari kau makin tua, badan kau sekarang mungkin mengembang, satu hari nanti dia kecut jugak. Kau nak tunggu sampai bila? Aku tau kau bermimpi nak ada badan macam Fahrin Ahmad, dipuja puji, tapi kau nafikan, kau bajet dengan style kau yang tak berapa style tu, last2 caci maki. caci maki. Kau nak hidup dalam caci maki orang sampai bila?

At last, perempuan yang kau nak, mana2 pun semua pergi dengan nada dingin, paling tak best semua tak selesa dengan kau. kau selalu terbayang nanti balik kerja ada bini sambut urut kau, hidup bahgia di tepi pasiran pantai? pui! kau lagi nak rumah yang besar dengan kereta power yang boleh buat perempuan bahagiakan?

24 tahun wan,
kau dah jalani macam macam kehidupan. Dari budak yang jadi watak sampingan dalam gambar, kau dah boleh jadi poser untuk bergambar lagak macam hero. Dari budak budak surau yang azan dan diimpikan jadi menantu oleh jiran2, kau jadi scumbag universiti yang nak enjoy berfoya foya. Dari seorang pemalas nak membaca, kau mula dekatkan diri dengan buku buku jalanan dari lejen press. Dari sorang skema rajin hadap buku, kau tinggal kan semua tu. Tapi aku tau, ko sedar yang benda yang ko tinggal tu penting untuk dapatkan kehidupan dunia yang kau maukan.

24 tahun wan
Hanya orang bangang je waktu ni dia masih berkira kira pasal masa depan. Kau masih berkira nak stay dengan tempat kerja yang bagi kau duit tak padan dengan kos sara hidup kau sekarang. kau rela jadi kuli untuk menyenangkan hati orang lain. Walhal orang lain dah berlagak, yang join MLM ada audi TT, yang kerja kat sime darbi, jadi account supervisor, yang kerja dekat exxon mobil dah meeting dengan client dari luar negara. Kau pulak still berkira kira baru bajat nak jadi hero. Hero ape benda kalau masa depan kau pon kau tak nampak. Dah ada masa depan yang lagi baik dengan jadi budak skema ikut peredaran zaman pon kau ketepikan, kan bangang tu? Kenapa kau pilih jiwa melawan yang kau tak tau hala tuju

24 tahun wan
Kau nak ketepikan agenda kapitalis, kau nak terapkan sains dan logik yang akhirnya orang akan pandang pelik dekat kau. Padahal kau boleh mengiyakan segala apa yang ustad zahar idrus bagitau tanpa prejudis sebab dia orang agama, kenapa kau nak throll lagi? kau boleh beli barang barang mahal jadikan kau lagi tampak bergaya dengan fesyen, kenapa seluar jeans yang dah 4 tahun beli tu kau sarungkan lagi? Old school? bangga dengan usang2 seluar tu? Setakat nak tolong brader kat masjid jamek tu, sedar diri ket lah wan, diorang tu dah takdir macam tu, kau nak perjuangkan nasib diorang apasal? ko punya takdir masa depan pun kau tak nampak, yang kau sebuk nak kesian orang sana sini kenapa? tak ke bangang tu?

24 tahun wan
Dunia nie takkan berubah sebab tangan kau sorang wan. Kau nak ubah dunia dengan nasib kau yang kau tak boleh ubah, cool enaf hah? orang lain semua tak peduli pon pasal kau, sakit ke, gembira ke, sedih menangis ke, kenapa kau nak tipu diri untuk jaga hati orang lain?


#Ingat wan, selagi aku ada jaga dan mengkalang hati kau, persoalan ni semua takkan terjawab. Selagi tu lah hidup kau akan terumbang ambing. Aku akan selalu datang jenguk kau, jangan kau mimpi nak jadi macam che guevara kalau tak pernah merasa marijuana.Tak pernah pandai main muzik jangan perasan nak ada jiwa macam John Lennon. Aku akan pujuk kau jadi macam aku, aku ni yang kau dan orang lain nak jadi. Iaitu sosok yang menjadi pujaan, badan taff macam fahrin ahmad. Boleh bercinta dengan awek awek dan janda orang sesuka hati.

# Hakikatnya, kau nak jadi macam aku, macam orang lain dengan menjadikan hiduran dan kekayaan jadi matlamat hidup kau. Hedoisme. meskipun tu yang bawak kepada keruntuhan kerajaan Uthmaniyah dan Andalusia satu masa dulu.

Monday, June 18, 2012

NotaPen 1 : Bahasa terjemahan




Satu hari, masa gua lepak di BRJ Wangsa Maju.
  
Entah kenapa mamak ni tiba tiba tukar ke berita UFO
yang dikhabarkan akan menghentam bumi.
Berseloroh semua orang dekat situ.
Yang jilakanya, ramai jugak sempat lagi
main blackberry dan ipad di saat negara di ambang perang

Entah, makhluk asing tu bagi amaran apa,
Magis juga,
Semua bahasa terjemahan dari English ke Malay,
Sepanyol, Venezuela, hindi, dan hebrew.

Tiba tiba ada minah bangun
dia cakap
'tadew bahasa twittew keww?'
tak faham lew

Aku bingkas capai selipar.
Aku lepuk kepala minah tu
Saat tu, aku rasa wajar insan macam Hassan Ali ada.
Bahasa itu memang merosakkan akidah.

Pujaan 1.



Hari ini, Kazar jalan2.
Dia jalan2 dengan awek kesayangannya, aleefa.
Dalam berjalan jalan tu, kazar selalu dengar
'uuu, seksinya bidang laki tu'

Kazar pulak tengok
'Dah ada badan cantik2, tak da awek?,
perangai buruk la tu'
hew hew hew.

 #Sekian#

Review Program Buku Jalanan TT

 

Review Program Buku Jalanan TT 2.0

Pertamanya, ni program first aku pergi. Buku jalanan TT. Sebagai seorang hamba sistem yang  tak pernah menjejakkan kai di perpustakaan negara untuk dilihat lebih rajin dan menyejukkan perut ibu mengandung.

Apa yang membuatkan aku taksub nak pergi bukan sebab penganjurnya adalah Farhana Karim, member kepada Bad. Tapi sebab ni program jalanan yang aku bayangkan sebagai alternatif program macam program Occupy Dataran. Di beritahu kat sini aku akan lebih lihat lagi banyak novel atau buku yang awesome yang tentunya tak satu line genre macam Ombak Rindu dan Tentang Dhea. Tambah lagi, ini konfem program anjuran orang muda. Anjuran anakmuda dalam bahasa mudah. Ironinya, mustahil orang tua yang lebih suka anak diorang lepak di perpustakaan untuk jadi skema dan angan2 nak menjadi doktor dan accountant. Bagi aku, ilmu dikejar perlu diterap dengan kemahiran bersosial dalam masyarakat, so, program Jalanan TT ini  sebagai alternatif untuk kita belajar percaya dengan orang yang kita baru kenal, pinjam buku tanpa birokrasi macam dekat perpustakaan, for sure, beza dengan perpustakaan, tanpa sewa dan denda lewat pulang!.

Bagi yang suka makan sambil membaca. disini ada potluck. Tapi apa yang celaka hari tu, aku bawak durian 2 bijik nak jamu diorang ni. Tapi pasal aku dah berpeluh jibam dan malu2 tambah aku lambat sampai, durian tu aku bawak balik rumah melantak dengan abang aku je. Kah kah kah. Lagipun tengok writers buku Invasi dengan awek cun macam Nadiah Khan (Penulis Kelabu kot), takut dia tak makan durian, kesian pulak. Oh Oh!.


Sebelum ni, aku selalu bertanya, aku tak suka budaya membuat duit dengan membuat untung berlipat ganda, macam mana nak dapat pendidikan percuma, ada tak benda free dalam dunia? dalam bahasa mudah, kenapa dalam dunia ni, dari upacara agama sampai ke biskut Tiger, semua nak dikapitaliskan? Kita sedar semua ni, so apa penyelesaian dan alternatif terbaiknya?.

Jawapannya mungkin dari program jalanan macam ni, tak perlu bangunan besar besar, batu berukir atau air cond, dengan rumput, pelapik tempat duduk, angin semulajadi. Kami membaca dengan free.Takperlu pakai kacak kacak baju tite in atau baju berkolar lebih kepada mamat skema yang berangan nak jadi doktor masuk perpustakaan, tapi tinggal kerjaya jadi bangang masuk program MLM.


Sekian
AnakMudaDiary

Sunday, June 17, 2012

Doa Buang Kekasih

Aku suka lagu Doa Untuk Kekasih by Ramli Sarip

Tapi aku harap abang Ramli juga dengar petikan ini,
Doa Buang Kekasih


'Ya Allah, sesudai dia menemui,
Usai dipautkan hatiku padanya lagi,
Seharamnya kupautkan perasaan benci,
Aku rela buat sementara.
Bakarlah tirai hati.

Amin.

Salam. K bai

Friday, June 15, 2012

Puisi buat Abah (Full)

Aku yang patut memberikan segala
Kerna aku anak yang banyak dibelai manja
Tak sempat aku mengorak jasa
Kau terbang tinggi menghadap pencipta

Waktu itu aku kecil
Baru kenal cerita buaya dan kancil
Lelap mu lama, hati tak terpanggil
Kini sesudah 13 tahun
Mengenangkanmu sebakku membesar
tanpa mengecil

Duhai abah,
Kami bersenang. Jangan kau risau
Kami semua rindukan engkau
Dikala visi menjadikan hamba
Berdoa untukmu. dirahmati Sang pencipta.


Dulu kau pergi
Pergimu yang takkan kembali
Tiba masanya aku akan susuli
Kita bersama satu keluarga lagi

13 tahun dulu
Tak pernah tergerak ingatan jika ada
Sebarang kenangan menjelang syawal
Mungkin masih kecil, masih lagi batil
Mungkin di pagi raya itu aku masih atas katil

Kenangan yang melangkolia
Dalam defleksia
Tiada tulisan atau gambaran mampu menukilkan
yang tercurah hanya air mata
merentasi 2 tebing pipi

Aku tak kenal erti sedih tika itu
Aku tidak lihat pun wajhmu ketika terbujur kaku
di akhir nafas.

Daun berguguran kini di kuburan
jadikannya teman dengan puji pujian
Sementara aku
hanya doa yang bersahutan
 'Semoga engkau aman'




Rest.In.Peace
Solely belongs to him.

Thursday, June 14, 2012

Jasad, Hati




Jasad. atau Hati
Benarnya Jasad memerangkap hati
Jasad adalah sosok yang mengikuti
Memberontak dan melawan adalah budaya hati
Akhirnya, perangkap hati
hingga ke mati

Kata orang, jasad menyempurnakan visi hati
Aku telah lama hidup
Sebenarnya jasad sedang menipu hati
Mulanya, kau sekolah kan akan kata
'saya nak jadi doktor, nak ubat mama dan abah'
bila jasad dihidang dengan dollar dan ringgit
'Saya nak jadi doktor, senang buat duit'.
Visi hati tidak hilang. 
Hanya Terperangkap.

Hakikatnya, bukan mudah.
Hati sembunyikan segala gulana gundah
Menyembunyi api marah
Dalam dunia yang jasad dihidang dengan
Unsur tindas, zalim dan bias
Hati terkena tempias.

Asalnya, kedua sosok ini adalah mulia dan cantik
Apabila Jasad gembira dimamah usia
Hati pula hanya menanti masa
mengukir pelangi.
Yang terhasilnya
Terkurung dan
Terus murung.


AnakMudaDiary

Friday, June 8, 2012

Kampung PungPangJaya 2

Hari ni, pemilihan jawatankuasa untuk penggal seterusnya makin dekat. Di kampung PungPangJaya, semua sudah tahu, ada 2 team dalam kawasan PungPangJaya sedang bergaduh sama sendiri. Iaitu team Mydin dan  Team Bijan. Tapi mereka ini pandai, nak bergaduh takkan nak tunjuk depan2 kan? Tapi orang di kampung Kolumpoq dapat menghidu sudah kelibat dingin antara mereka. Bijan sebuk melaungkan 1PungPang, Mydin pula semakin kuat ditunjuk semangat kemelayuannya. Ini adalah berita saheh, mereka ini jarang sekali muncul bersama di TV3suku,  kebiasaannya, sebelum ini, setiap kali ada pemimpin tertinggi, timbalannya akan ikut juga.

Sambungan dari 1,Cerita kampung PungPangJaya (1)

Mat, seorang anak kelahiran di kolumpoq hari ini telah memasuki alam pekerjaan. Bekerja di sektor swasta, bukanlah sesuatu yang mewah dan boleh bersenang lenang, nak buat loan rumah dengan gaji mat sekarang pon belum tentu approove dengan along yang berlesen. Dan sampai hari ini, mat bingung, orang2 di kampung PungPangJaya selalu bercakap mengenai kebajikan rakyat di Kolumpoq, tapi, nila mat yang bekerja kini, nak buat pinjaman pon susah, ni nak beli rumah? Jika betul orang PungPangJaya ni jaga kebajikan, Mat rasa jika dia hidup sebatang kara, mungkin dia hanya berumahkan kotak di tepi jalan. Justeru, keluarga adalah kesayangan pertama dalam hidup Mat, selain faktor kasih sayang semula jadi kerana faktor ekonomi juga Mat masih menyayangi keluarganya sehingga kini.

'Kan bagus kalau tiap tahun ada Pilihanraya'


Itulah catatan mat semenjak mula bekerja di sektor Swasta. Cuba bayangkan rakyat hanya diberi peluang sekali untuk mengundi dalam 4 tahun, apabila rakyat tersalah undi pemimpin, rakyat tiada peluang bertaubat untuk mengundi pemimpin lain, melainkan tunggu pada penggal 4 tahun seterusnya. Dalam makna lain, pemimpin yang tidak berkaliber dan tiada integriti itu mempunyai ruang kemaafan dan taubat yang besar, walaupun berulang kali melakukan perbuatan yang sama.

Antara catatan lain mat dalam pilihanraya di Kolumpoq dan PungPangJaya adalah mengenai sistem 2 parti. Sistem 2 parti ini sebenarnya tidak memberi peluang kepada rakyat untuk memilih Perdana Menteri sendiri. Prosesnya begini, rakyat akan mengundi di pilihanraya, mengundi calon parti yang dikemukakan parti sendiri. Jadi apabila parti menguasai dan menang pilihanraya, parti itu sendiri akan tentukan siapa yang layak jadi perdana menteri. Bukanlah undi terus dari rakyat seperti di negara Amerika Syarikat yang mana Barrack Obama mendapat undi terus dari rakyat untuk jadi Presiden. Jika dalam parti tersebut ada 50 perwakilan, maka 50 perwakilan tersebut sahajalah yang akan tentukan perdana menteri. Jika mat undi pembangkang, Mat akan diharamkan terus dari hak memilih perdana menteri untuk penggal seterusnya.

Tanggal.............. Pilihanraya menjelang tiba, pada hemat mat, mengikut pengalamannya di setiap pilihanraya kecil yang dijalankan, orang kampung PungPangJaya akan turun beramai ramai untuk memberi SEBELAH selipar kepada pengundi. Kemudian, di kunci dengan kata kata, 'jika saya menang, akan siaplah bangunan dan hiway ini.' Atau dengan kata lain Jika anda undi saya, barulah saya bagi lagi sebelah selipar ini. Bagus bukan strategi orang PungPangJaya ini? PungPang mereka mengalahkan penyair dan penyajak, mereka tak perlu mencantikkan ayat dengan perkataan yang lama2, tetapi hanya dengan menabur secebis janji.

Mengikut atok yang bercerita dan berjumpa mat, cerita cerita soheh mengenai sejarah penubuhan PungPangjaya telah tersebar, Asasnya,  mereka yang tinggal di kampung PungPangJaya ini adalah golongan pensyarah dan pempungpang seluruh dunia. Labonan orang PungPangJaya sangat sedap didengar, ini kerana orang PungPangJaya memegang periuk nasik rakyatnya, Jado rakyat perlu membodek orang orang ini supaya Periuk nasik mereka yang dulunya Pensonic, kini diganti dengan Brand Panasonic.

Dari segi pandangan ekonomi dan ilmu semiotik, PungPangJaya di bina supaya rakyat nampak kemajuan. Apakah makna nampak? Syndroma rakyat Kolumpoq yang paling mudah ialah 'menampakkan'. Sudah cukup. Walaupu nmereka tak dapat merasai suasana kemajuan di kampung PungPangJaya, namun mereka masih berbangga, 'kami ada pusat PungPangJaya.

Antara budaya ekonomi PungPangJayanisme ini adalah mereka diberi peluang memerintah Kolumpoq selama 4 tahun. Tapi nanti hanya baru tahun keempat barulah rakyat diberi duit dan gula-gula. HANYA KETIKA PILIHANRAYA sudah hampir. Ini bermakna, 3 tahun diambil untuk berucap sekian dan sekian, hanya pada tahun ke-4 rakyat akan menerima ganjaran dari undi mereka kepada bangsawan di PungPangJaya.

Di akhirnya bagi mat, kampung PungPangJaya ini adalah satu karya supaya rakyat jelata menyembah dan memberi harapan tinggi kepada bangsawan di Kampung PungPangjaya. Iaitu harapan kepada ucapan orang orang yang kuat PungPang disana. Macam Mat pernah cakap dulu, paling pelik orang PungPangJaya ialah, mereka tidak turun pergi pasar beli beras dan gula, tetapi mereka boleh menetapkan pula harga barangan macam beras dan Gula di Kolumpoq sedangkan mereka tak singgah pon dikedai2 yang jual beras ini. Tak tahulah jika orang di kampung PungPangjaya ini mempunyai keupayaan telepati yang kuat yang mampu memberitahu dan menentukan akan keperluan semasa mereka yang tabah dan meminta sedekah di Kolumpoq

Sekian
AnakmudaDiary

Thursday, June 7, 2012

Sahaja Buat Ex

Hari ni hari yang aku rasa bersejarah
Sekian kali setelah bulan
Aku ternampak akan kelibat seakan akan
Mungkin Pelanduk 2 Serupa
Atau memang pelanduk yang aku nampak

Tergamam, mata menjadi agam
Mana bisaku lupa keningmu
Gaya Berpeluk tubuhmu
Lantas terlintasm itukah kamu? 
Itukah kamu??

Mahu tahu?
Sudah 8 bulan, aku cuba tanamkan
Segala benci, dendam yang abadi
Adakala aku berlakon konon 
Memaafkan segala salahmu.
Tapi hari ini,
Baru Aku ternampak Seakan akan kamu
Jiwa ini bergetar, nadi berdenyut lagu
Mata hilang kerdipan, telinga hilang pendengaran.
Perasaan yang sudah lama tidak menjengah

Jadi hari ini, aku tulis khas untuk kamu
Supaya kamu tahu, cinta itu memang masih berbisa
Aku tidak merayu kau kembali
Tapi aku harapkan
Sekiranya 
Kau telahpun melepaskan aku pergi.
Lepaskan aku pergi.

Jika kau mahu berita gembira
Kini, aku sudah tiada dendam
Tiada lagi rasa marah dan hiba 
Sakitku bukan sakitmu
Walaupun keranamu.
Mungkin ia hanya bekas manifestasi.

Sehingga aku tak tahu apa yang membuat aku terkedu
Aku jadi kaku dan bodoh sebentar
Berlegar mengharapkan pelanduk itu
Mengecam aku.
Mungkin aku silap.

Tidak mahu membuatkan kau terharu
Tapi hanya ingin kau tahu
Terlalu banyak kamu dalam hati aku.

Tidak perlu kembali
Doakanlah
Semoga aku baik baik
Meniti 'Perjalanan Pergi'


Sekian,
Warkah buat Ex.
PMAC
AnakMudaDiary
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...