i serve nuff nang
Tuesday, June 19, 2012
24 tahun wan. Apa lagi?
Wan, dah 24 tahun kau hidup, makin hari kau jadi makin tak tentu hala. kau semakin kuat throll orang dan menipu akan nasib kau sendiri?
24 tahun wan,
Sampai bila kau nak menipu yang kau jugak lelaki biasa yang nak kan perempuan cantik dapat melayan kau? makin hari kau makin tua, badan kau sekarang mungkin mengembang, satu hari nanti dia kecut jugak. Kau nak tunggu sampai bila? Aku tau kau bermimpi nak ada badan macam Fahrin Ahmad, dipuja puji, tapi kau nafikan, kau bajet dengan style kau yang tak berapa style tu, last2 caci maki. caci maki. Kau nak hidup dalam caci maki orang sampai bila?
At last, perempuan yang kau nak, mana2 pun semua pergi dengan nada dingin, paling tak best semua tak selesa dengan kau. kau selalu terbayang nanti balik kerja ada bini sambut urut kau, hidup bahgia di tepi pasiran pantai? pui! kau lagi nak rumah yang besar dengan kereta power yang boleh buat perempuan bahagiakan?
24 tahun wan,
kau dah jalani macam macam kehidupan. Dari budak yang jadi watak sampingan dalam gambar, kau dah boleh jadi poser untuk bergambar lagak macam hero. Dari budak budak surau yang azan dan diimpikan jadi menantu oleh jiran2, kau jadi scumbag universiti yang nak enjoy berfoya foya. Dari seorang pemalas nak membaca, kau mula dekatkan diri dengan buku buku jalanan dari lejen press. Dari sorang skema rajin hadap buku, kau tinggal kan semua tu. Tapi aku tau, ko sedar yang benda yang ko tinggal tu penting untuk dapatkan kehidupan dunia yang kau maukan.
24 tahun wan
Hanya orang bangang je waktu ni dia masih berkira kira pasal masa depan. Kau masih berkira nak stay dengan tempat kerja yang bagi kau duit tak padan dengan kos sara hidup kau sekarang. kau rela jadi kuli untuk menyenangkan hati orang lain. Walhal orang lain dah berlagak, yang join MLM ada audi TT, yang kerja kat sime darbi, jadi account supervisor, yang kerja dekat exxon mobil dah meeting dengan client dari luar negara. Kau pulak still berkira kira baru bajat nak jadi hero. Hero ape benda kalau masa depan kau pon kau tak nampak. Dah ada masa depan yang lagi baik dengan jadi budak skema ikut peredaran zaman pon kau ketepikan, kan bangang tu? Kenapa kau pilih jiwa melawan yang kau tak tau hala tuju
24 tahun wan
Kau nak ketepikan agenda kapitalis, kau nak terapkan sains dan logik yang akhirnya orang akan pandang pelik dekat kau. Padahal kau boleh mengiyakan segala apa yang ustad zahar idrus bagitau tanpa prejudis sebab dia orang agama, kenapa kau nak throll lagi? kau boleh beli barang barang mahal jadikan kau lagi tampak bergaya dengan fesyen, kenapa seluar jeans yang dah 4 tahun beli tu kau sarungkan lagi? Old school? bangga dengan usang2 seluar tu? Setakat nak tolong brader kat masjid jamek tu, sedar diri ket lah wan, diorang tu dah takdir macam tu, kau nak perjuangkan nasib diorang apasal? ko punya takdir masa depan pun kau tak nampak, yang kau sebuk nak kesian orang sana sini kenapa? tak ke bangang tu?
24 tahun wan
Dunia nie takkan berubah sebab tangan kau sorang wan. Kau nak ubah dunia dengan nasib kau yang kau tak boleh ubah, cool enaf hah? orang lain semua tak peduli pon pasal kau, sakit ke, gembira ke, sedih menangis ke, kenapa kau nak tipu diri untuk jaga hati orang lain?
#Ingat wan, selagi aku ada jaga dan mengkalang hati kau, persoalan ni semua takkan terjawab. Selagi tu lah hidup kau akan terumbang ambing. Aku akan selalu datang jenguk kau, jangan kau mimpi nak jadi macam che guevara kalau tak pernah merasa marijuana.Tak pernah pandai main muzik jangan perasan nak ada jiwa macam John Lennon. Aku akan pujuk kau jadi macam aku, aku ni yang kau dan orang lain nak jadi. Iaitu sosok yang menjadi pujaan, badan taff macam fahrin ahmad. Boleh bercinta dengan awek awek dan janda orang sesuka hati.
# Hakikatnya, kau nak jadi macam aku, macam orang lain dengan menjadikan hiduran dan kekayaan jadi matlamat hidup kau. Hedoisme. meskipun tu yang bawak kepada keruntuhan kerajaan Uthmaniyah dan Andalusia satu masa dulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment