Pada satu hari, pak mat pergi join Persatuan Pencegah MAksiat Kampung Lembah Beringin. Disebabkan dibayar komisen untuk di atas setiap tangkapan dilakukan, pak mat menjadi semakin berahi untuk mencegah maksiat yang mana dalam satu masa Pak Mat rasa dia dapat pahala, dan tentunya dapat komisen.
Pak Mat teruskan aktiviti seperti biasa, dari susuk menusuk, secara diam diam, merangkak rangkak, untuk pergi mengintai, mendengar ura ura orang berdua duaan, sehinggalah Pak Mat dengan selambe merosakkan pintu pintu rumah dan memecahkan tingkap untuk menangkap pasangan yang dikatakan berkhalwat itu.
Untung persatuan ni ada lelaki macam pak mat. Matanya yang tajam seakan mata harimau akan dapat menangkap bayang bayang lelaki perempuan yang hinggap sebalik tingkap. Telinga yang bercuping comel mampu mendengar bunyi bunyian yang mencipta kesangsian,
Namun sebagai manusia biasa, dalam keheroannya pon Pak Mat pernah tersilap, dia pernah tertangkap suami isteri yang sedang mandi, Ijat tengah lepak dengan Chery(bukan nama sebenar, Shahril). Namun begitu Pak Mat merasa tanggungjawabnya adalah amat besar, disamping mengejar komisen yang ditawarkan oleh kelab tersebut,
Samad, seorang budak 23 tahun yang pernah ditangkap Pak Mat begitu panas hati. Mana taknya, setiap kali Pak Mat pergi pecah rumah habis semua tingkap dan pintu pecah. Sampai ada kes kematian. Yang peliknya, serbanitas macam Pak Mat tak kisah nak bayar ganti rugi tersebut dan bila ditanya Pak Mat jawab ; 'Kerena agama pon kau nak berkira?'
Pada hemat si Samad, dia tidak pernah mendengar disurahkan ditelinga dia yang Pencegah Maksiat boleh merosakkan harta awam kerana perjuangan ugama. Namun, apakan daya, nak tegur persatuan ni pun da terlambat, sebab Samad pernah kene tangkap maksiat
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Al-Hujuraat ayat 12
Sekian
AnakMudaDiary
i serve nuff nang
Friday, July 27, 2012
Thursday, July 26, 2012
Delusia dan Impian
Lama dah aku tak menulis style ni rasanya. DAri 1 tulisan ke 1 penulisan, aku cuba reka cara penulisan hasil dari inspirasi baca banyak novel dan cerpen yang menguatkan semangat untuk menulis. Biar aku surahkan lagi dari mula, aku hanyalah manusia biasa seorang lelaki yang tak berapa nak molek penampilannnya. Aku telah melalui macam macam peringkat kehidupan. Dari seorang hipster politik sokong pembangkang terbawak bawak konon petah hujah dan berdebat demi cari impian yang lebih baik. Sampai ke tahap reka puisi 'Disini' di satu lagi penulisan blog Dari Penjara Maya. Aku penat. Betul. Impian aku sedang tidur. Bukan tidur lena. Tidur terpaksa. Aku paksa dia tidur. Sebab bagi aku impian tu sekarang makin teruk, makin menjadi delusi yang akhirnya makan usia aku sendiri dengan sia sia. Sedangkan impian tu tak kemana, langkah pulak berat tak berkembang.
Mengharapkan keamanan, tiada sifat perkauman sentimen keagamaan, hasil bumi dibahagi sama rata sekarang macam mengharap sampah digilap2 menjadi berlian. Tak guna dan buang masa. Apa guna bila kita sorang je melaungkan lagu lagu john lennon macam imagine sedangkan orang lain sibuk nak mencipta neraka dan membeli tiket ke syurga? Apa guna lagu lagu nirvana smell of teen spirit kalau orang lain sedang sibuk membuka fesbuk ustad azhar dan lagu lagu kpop yang merosakkan akidah? takda guna. Pergi mampus pada lagu John Lennon. Persetankan. Lebih mudah kalau aku menjadi hipster dan douchebag yang tampak poyo dan segak. Walaupun dihina oleh hipster2 yang kononnya bersifat 'sayangi dan jadi diri sendiri', akhirnya hippster yang menghina hipster tu lahir dari teori konspirasi copycat doll mengikut surah surah yang diorang dah baca sebalum menghina hipster yang diorang nampak.. Bukan tapak kaki sendiri. Bencikan kapitalisma sayangkan socialis? fak. Itu semua menipu, kau pun akan tiru pemikiran adam smith dan pengemuka teori ekonomi yang lain jugakkan? bukannya diri sendiri pun. Pity U!
Kadang kadang betul kata 'dia', dalam tak sedar, impian kau tu shazwan hanya delusi yang memakan kehidupan kau sendiri. Tak pernah kau maju pun dalam mengejar impian kau. Sepoyo poyo orang yang kata duit tak penting kat dunia, at last kerja carik duit kejar untung nak carik makan gak? sama jugak. Mungkin kita lahir untuk jadi hipster dan ditemani duit.
Mengikut perkiraan sekarang, impian yang tengah tidur tu sedang menggemuk. Kuat makan dan malas. Sepatut impian tu sesuatu yang boleh dicapai, tapi merenungkan balik dan masukkan dalam persekitaran dan peredaran zaman impian itu hanyalah suatu delusi. Delusi ni macam bermimpi sesuatu yang mustahil. Macam aku mengharapkan kereta aku dengan wajah baru dia nampak macam Mitsubishi Lancer. Mustahil. Sebab asalanya dia tetap keluaran proton. Buatlah macam mana pon. So stop mimpi2 dengan impian bangang tu, duk dalam paksi realiti. Belajar sikap individualistik dan memprovokasi masyarakat setempat. Kalau kau benci tengok orang shopping membeli belah dimasjid sogo dan pavilion, hilangkan sikap tu. Belajar jadi macam diorang. Memuaskan hati dengan kekayaan yang boleh bawak keyakinan untuk dapat perempuan. tak susah.
Impian yang lama sangat kita tanam adalah sia2. Macam waktu kecik kecik, kau kata nak jadi arkitek lah akauntan lah, doktor nak jaga mak bapak lah kononnya, at last cuba tanya diorang yang dah jadi tu, betul ke diorang kecik2 bila cikgu tanya jawab benda yang sama apa diorang jadi sekarang? Atau diorang sekadar memobrokkan diri dalam sistem pendidikan yang korup dan kononnya membentuk kehidupan diorang sekarang? Jawabnya. Hidup lagi senang bila ada sesuatu yang dah tentukan kehidupan kau. Hidup dalam sistem kapitalisma, duit lah penentu kehidupan kau, sembang lah sampai bimbang, akhirnya kau akan mati jugak kalau tak da duit, nak beli rokok kena ada duit. Nak beli makanan ambik air sembahyang semua tu perlukan duit.
#Impian tengah tidur?Lena? Pergi mampus. Biar dia jadi delusia.
AnakMudaDiary
Wednesday, July 18, 2012
Review Novel : Cekik - Ridhwan Saidi
First novel yang aku baca penuh setiap muka dalam hidup aku. Dari 5 bintang, aku boleh bagi 4 setengah bintang. Setengah bintang hilang pasal babak babak yang aku terpaksa ulang balik baca sebab kepetahan i/q aku yang masih slow kurang flow.
Cerita mengenai kompleksiti penghijrahan seorang lelaki dari kampung ke pusat bandar. Kalau selama ni kita dengar cerita perempuan pergi bandar jadi tak tentu hala. Dalam novel ni, akan becerita mengenai budak lelaki yang jumpa hidayah dari tuhan di bandar metropolitan itu sendiri. Mengenai gadis tari bernama suria yang berumur berapa puluhtahun menjadi awek kepada budak lelaki berumur 14 tahun. Ayat keramat budak laki ni yang paling gagah
'saya berumur 41 tahun, terperangkap dalam jasad bersaiz 14 tahun'. ringkas dan padat.
Sebenarnya sesuai untuk bacaan mana mana golongan. Tapi terpulang kepada penerimaan, kalau yang bajet bajet akan cakap ini novel lucah, sebab beberapa scene yang akan buat kau menyenggama minda didalamnya.. Tapi akibat rasa ingin tahu seterus terusnya, kau akan lupakan babak lucah tersebut. Terdapat juga unsur persoalan ingin tahu dan kesedapan mcdonald didalamnya yang boleh dijadikan rasuah waktu zaman sekolah dulu.
Bila aku baca buku nie, aku jadi rasa, ridhwan saidi ni tulis pasal diri dia sendiri. Sebab penghayatan watak yang dibawak tu sangat hebat.
Penutup kalam 'bila hidayah sampai, kau takkan dapat tepis bai'
Novel Wajib Baca.
Sekian
AnakmudaDiary
Monday, July 16, 2012
1 Majlis Pengebumian dan 10 Pertemuan
Pinn Pinnn!!Tubuh busuk yang baru selesai mandi terjaga dari mati dihadapan komputer. Matinya dengan fesbuk. Dalam keadaan bertuala dan sedikit terkejut, dia mengintai ke luar melaui sliding door tinted yang memang terang2 dari luar orang boleh saksikan badannya yang sedikit seksi itu. Denton milihat Abad diluar. Ohhh!! malam ini ada temujanji di ulang40hari majlis tahlil arwah tokei kedai yang mereka selalu lepak. Kedai itu namanya Man Sayo. Kedai yang hidangan istimewanya adalah nasi ayam namun Denton dan kawan kawan kebiasaan sekadar melepak untuk minum tehtarik dan teh 'o ais. Nikmat terbesar bagi lelaki lelaki selain berdating dengan teman wanita.
Mereka menuju ke suatu majlis kenduri tahlil arwah yang 3km dari rumah Denton. Setibanya mereka di majlis tersebut. Tak sangka, pertama kali dalam hidup Denton dia melihat Majlis Tahlil Arwah dihadiri oleh begitu ramai tetamu seperti majlis kahwin pula! Tipikalnya, orang tidak berkenan nak hadi majlis begini kerana acara membaca yaasin seperti malam khamis yang dilakukan disurau surau dan disusuli dengan majlis makan. Namun kali ini sedikit berbeza. Denton naik ragu.. Mula permainan logik gobok pemikirannya. Dari mana dan sebab apa? adakah sebab kambing golek? daging rusa? atau ayam panggangnya yang bau sungguh menawan hati? Atau proses islamisasi telah mencapai tahap maksimum sehingga membawa manusia kepada proses bertaubat secara beramai ramai? Tak mustahil juga ini adalah kawasan kuat orang Pas!. Beribu persoalan muncul. Denton tenang. Selaku seorang lelaki yang single, dia yakin disini mungkin akan bertemu jodoh seperti muslimah bernama julie. Dalam ramai, Denton sedikit kecewa kerana majlis ini mungkin juga dijadikan oleh para hipster untuk memakai gaun2 menawan yang menyenggama minda mereka yang melihat.
Bacaan Yaasin dimulakan, dikelilingi oleh anak kecil berjubah serba putih yang khabarnya dari Rumah Anak Yatim, Denton rasa nyaman, walaupun ada beberapa telatah anak kecil itu yang buat Denton rasa berbulu dan panas hati, muka muka kerek yang biasa Denton lihat dizaman persekolahannya dulu. Denton tegarkan hatinya untuk menghabiskan bacaan Yaasin dengan tenang.'Yaaasiinnnn, walkur a nil hakim...' Terdengar suara seorang tua yang mulakan bacaan namun diselangi semput dan lelah.
Didalam majlis penuh ramai itu, Denton memerhatikan gerak manusia. Dari pakcik pakcik bermisai A. Galak hingga ke gadis gadis ala najwa Latif. Tak lepas dari pandangan. Lantas, Denton merumuskan mereka kepada beberapa kumpulan
1. Dalam meja pertama, ada sekumpulan lelaki tua yang usia lanjut berbicara sesama sendiri. Sambil berkasut hitam, dan berkaca mata 'oakley', gaya makan yang penuh budi dan berbahasa. Mereka sedang berborak borak 'bisnes' Dari cara pakai seluar slack yang digosok rapi hingga gaya gelak tawa mereka. Denton biasa melihat telatah orang begitu di Kuala Lumpur
2. Disuatu sudut pintu keluar rumah, ada segolongan 'abg abg' sedang rehat. Dari awal sehingga akhir, mereka duduk disana. Dari Denton cecah kaki ke pintu masuk, sehingga mahu bali, mereka masih disitu. 'Abg abg' ini adalah yang Denton selalu nampak ketika lepak dikedai. Mereka duduk disuatu bilik lama yang pada belah malam asap2 berkepul keluar pada malamnya. Mereka suka bercerita sesama sendiri dan bergelak tawa. Tapi dimalam ini, Gaya mereka macho. Semacam
3. Perjumpaan ibu ibu.yang penuh begaya dengan rantai2 emas dileher. Duduk dan bersahaja. Teliti mendengar cerita sesama sendiri. Dah tahap ibu, mereka takkan nak bincang pasal cinta cinta macam muda zaman sekarang atau post2 mengenai haram cinta itu ini, mereka bercerita mengenai kehebatan rantai magis dilengan dan kehebatan batu azimat tergantung dileher.'Anak i study di u.k taw!'
4.Ada pula kelibat beberapa gadis duduk dihalaman rumah tersebut. Dihalaman itu terdapat kerusi yang sangat sesuai dijadikan port melepak. Gaya gadis gadis ini sungguh pelik. Tidak pernah Denton melihat gadis gadis bergambar sakan di majlis tahlil atau pengebumian. Denton membayangkan, dengan 'wajah wajah comel mereka itu, kemudian di'upload' ke fbook. Dan dijadikan album 'tahlil arwah si anu bin sipolan', Sangat counter culture. penularan budaya bergambar. Mungkin satu hari nanti, orang akan menangkap gambar bersama mayat sambil buat mata bulat atau 'babyface' atau 'duckface' dan upload di fesbuk dengan tag 'alolololol, cian dia...'.
5. Disuatu sudut, sekeluarga sedang menjamah makanan dengan penuh berselera. Dari satu ke satu pinggan. Dari kambing ke rusa hingga ke kepak ayam. Sangat berselera!. Sementara anakgadis bermain bbm dan anak lelaki mata yang meliar, ibunya sekali sekali mennegur 'makanlah tu ti'. Kelluarga ni seakan rapat dengaan tuan rumah, gaya borak bual dan senyum manis mereka sungguh mesra dan sihat.
6. Sementara yang lain sibuk berborak sesama sendiri, Denton memerhatikan gelagat anak2 kecil yang diberi penghormatan dan penghargaan untuk memenuhi majlis ini. Gaya comel dan kadangkala mintak penyepak itu sangat menenangkan. Sesekali nampak peranan seorang ketua budak pada salah seorang dari mereka. Yang mana ketuanya akan lebih masam dan muram. Hari ni, mereka diberi layanan istimewa, pergi dan pulang naiki kereta seperti Alphard dan Mercedes Benz. Mungkin lebih banyak pahala. Diwajah mereka jelas, mereka sendiri seperti tidak mengerti mengenai majlis tahlil arwah ini. Mungkin kerna tidak merasa perasaan kehilangan orang tua mereka pada suatu ketika.
7. Disebuah sudut, pertemuan anak anak muda yang sudah lama tak bertemu. Nampak gaya skema mereka sudah tahu mereka adalah pelajar universiti. Diselangi dengan ayat seperti 'kau belajar kos ape?' 'ada peluang kerja ke kos tu?' yang berlagak dengan kos 'perakaunan,doktor jurutera dan arkitektur' pon tidak kurangnya. Namun hari ini mereka bertemu, dalam mereka ada yang tersipu sipu malu, barangkali tidak sempat menghabiskan matrix atau sesi persekolahan pun.
8. Disebuah meja bulat, ada pakcik pakcik yang mungkin dari kariah surau berdekatan berborak sesama mereka. Dengan kopiah besar, baju melayu lusuh dan kain pelekat yang tidak beberapa molek diikat, mereka bercerita perihal surau yang kini merasai bahang politik. Dari imam umno sehingga bilal pas mereka berbicara. Mengenai penceramah jemputan yang banyak habiskan masa mempromosi politik di pentas, sehingga lah longkang longkang yang kotor dan tidak diuruskan sekarang. Bagi Denton, itulah buruknya bila segalanya mahu bercerita mengenai politik. Termasuk disurau surau. Mereka ini terlalu sebuk salahkan orang yang berkuasa atas surau sekarang, sampai terlupa rasa untuk buat program gotong royong dan kerjasama bersihkan surau yang boleh diselesaikan dari pagi sampai tengahari je.
9. Ada juga meja meja yang duduk secara bercampur laki dan perempuan dan ada juga gaulan orang tua dan muda. Ironi, cerita mereka adalah berkenaan bila nak kawen?dah kerja? buat apa sekarang? Mak pula asyik melayan seorang lelaki lembut yang dikhabarkan bergaduh dengan rakannya lagi dua orang kat dalam rumah. Mak memang cool, tak pilih dalam berkawan, Denton tahu mak ada agendanya tersendiri apabila merapati golongan macam tu.
10. Disuatu sudut, ada seorang lelaki tengah duduk senyap memerhatikan kesemua orang dan kumpulan itu, walaupun hatinya tertaut pada gadis yang dia terlihat pada majlis tersebut. Dia lebih berminat membongkar mereka yang datang dimajlis tersebut sama ada bertaubat atau ambil pengajaran dari kematian simati, atau sekadar membuat 'Majlis Reunion dan Membaca Yaasin?'
Friday, July 13, 2012
Impian yang terus berjalan
Ahmad Impian
Seorang budak lelaki berusia 24 tahun yang selalu diulit angan angan dan kisah silam. Bagi dia angan angan itu satu penderitaan, sebab kena menunggu benda yang tak pasti, angan angan yang bergantung kepada keadaan dunia luar untuk dikabulkan. Kisah silam pula satu keperitan. Kerana perit kisah silam itu tertinggal kat belakang. Sebab itu kisah 'silam'. Kisah yang lebih gelap dan gagal menggembirakan mereka yang merasai kisah 'silam' tersebut. Ahmad Impian @ Pian. Jadi, untuk terus melangkah kehadapan Pian perlu ada satu pemangkin yang dipanggil 'angan-angan'. Biasalah nak langkah longkang mesti ada anjing kejar kat belakang bak kata pepatah melayu. Bila ada anjing yang membawa unsur keganasan, gigitan, penindasan, barulah kita sedar yang longkang besar pon boleh dilangkah. Jadi memang sesuai, mengejar angan angan adalah berlari dari kesakitan.
Kekuatan Impian.
Pian adalah seorang budak lelaki yang mengalami proses perubahan alam remaja. Dari dia menjadi bilal muda disurau surau tanpa mendapat bayaran atau tajaan, hingga jadi exco dakwah yang tak bertauliah disebuah Maktab Rendah kerana tidak pernah bersekolah agama, sampai menjadi hipster kasanova diperingkat universiti. Dalam proses menjadi bilal, pendakwah dan kasanova, itu adalah impian biasa untuk umat manusia. Mengikut fakta, umunya manusia ingin menjadi baik dan berbuat baik kepada orang lain. Namun, kerana dari pengaruh sekeliling dan dipupuk untuk belajar secara 'mengikut kapur putih dan papan hitam' impian manusia juga berubah rubah. Seperti Pian. Menjadi bilal untuk menggembirakan ibu. Menjadi pendakwah kerana yakin, dan menjadi hipster kasanova kerana malu dengan kawan2. Pian memang kuat, dia telah beberapa kali mencapai impian, dan dengan kekuatan impiannya itu, dia telah mengalami konflik besar pada usia 24tahun iaitu tidak tahu apa yang dikehendaki oleh dirinya. Apakah tujuan hidup, apakah arah? kemana? darimana? Sampai mana? Jadi apa? Idola? Isteri? cucu? mertua? mak? bapak?
Pian berjalan atas impian
Pada suatu hari pian memasuki sebuah kawasan putih. Kawasan putih ini sangat kosong. Seakan tiada penghujung. Dengan tarikan graviti yang lebih lemah dari biasa. Pian merasa sedikit senang dan ringan untuk berjalan. Sejurus untuk berangan angan. Hebat, setiap apa perkara yang Pian bayangkan menjadi kenyataan. Dari kereta Toyota Camry 2.0 hingga ke rumah banglo besar bernilai 4 juta di Petaling Jaya, dibayangkan dan keluar kepada alam putih itu. Pian berasa gembira. Pian pun masuk dan berehat dirumah itu. Sebelum dia menyenggama minda, dia terbayangkan untuk memandu kereta Toyota Camry tersebut dijalan yang kosong, tidak jem dan penuh dengan manusia yang suka melemparkan senyuman. Pian lantas mengambil kunci kereta yang keretanya adalah persis milik bosnya di ofis, lalu mulakan pemanduan. Di tepi tepi jalan, Pian ternampak gelagat Neelofa, Anzalna dan Tasha Shila sedang gembira bermesej bersama. Berjalan dan ketawa sama2. Tiada orang pun pedulikan mereka. Mereka bertiga juga tidak nampak terlalu desperate mencari duit dengan membuat gosip hitu dan hini, atau mencari Datuk2 mewah untuk menjelma jadi pisau duit. Pian terkesima. Neelofa itu telah melemparkan senyuman manis kepadanya. Pian tidak berkelip, suasana jalan yang tidak jem tadi membuatkannya memalin 90 darjah untuk memastikan keadaan tersebut. Setelah agak pasti senyuman itu adalah miliknya, Pian terus berpatah balik dan cuba untuk menjemput Neelofa menaiki keretanya.
Rambut lurus dihujungnya keringting, bercolour 'Blonde' dan kecik kecik molek, Pian terliur. 'Tak Tak TAk' Pian mengetuk lututnya untuk menjaga kehenseman dan kegantengannya. Neelofa datang ke arah Seat sebelah Pian membuka pintu dengan senyuman. 'Assalamualaikum'
'Waalaikumsalam'. Senyum. Tersipu malu. Pian terkelu.
Pian meneruskan perjalanan bersama pacuan Camry nya dan seorang gadis iaitu 'Neelofa'!. Pian terasa sangat cool. Malu jika Neelofa tahu dia adalah lahir dari jalanan dan keluarga yang susah. Kesenangan nya ini adalah anugerah secara tiba2. Yang tidak dijangkakannnya. Pian memandu, meninggalkan makcik2 ditepi jalan yang pernah satu ketika menjadi teman Pian meluahkan rasa kasihan. Khairul yang tempang juga dilupakan memandangkan kakinya yang busuk itu pasti akan menyengat Neelofa dan membuat Neelofa tidak mahu terus menaiki kereta dengannya.
'Monumen ini besarkan?' tanya pian.
'Ya. Seperti kita.....ooppss.. Cinta kita...' Jawab lofa lemah gemalai
Betulkah kita sedang bercinta sekarang'? tanya pian dalam bentak dan kedu
Apa sahaja pian. Jawab lofa tenang.
Mengimbas kembali keadaan dalam kereta. Pian lebih bersikap berdiam diri. Sikap semulajadinya. Bermonolog dalam diri. Nak tanya apa? apa? dan apa? kalau dia tak suka macam mana? kalau dia tak suka topic bualan itu macam mana? Soalan critical ini membunuh cinta pian sendiri sebenarnya. Kadang Neelofa cuba untuk mulakan perbualan. Pian gagal untuk mengolah jawapannya dengan baik. Gadis lebih sukakan jawapan yang disusuli dengan lawak dan penerangan. Kerana pemikiran mereka yang sangat kritikal dan logikal. Sedang Pian asalnya lelaki sememangnya kuat dengan bermimpi dan berdiri dalam alam mayanya sendiri.
Setibanya Pian disebuah pelosok bandar yang diimaginasikan oleh dirinya sendiri. Pian menurunkan Lofa di sebuah hotel untuk berehat. Mungkin untuk Lofa beristikharah sama ada Pian adalah bakal calon suaminya atau tidak. Pian sangant memerlukan masa bersendirian. Ketika menaiki kereta tadi, Pian terbayangkan wajah Tasha Shila yang pernah menjadi Ex Girlfren di zaman Universitinya ketika dulu. Ex Girlfren yang 5 tahun bersabar dengan kerenah Pian. Namun meninggalkan Pian kerana lelaki yang bernama Zed. Zed adalah cinta pertama Tasha waktu zaman sekolah yang telah meragut cinta Pian.
Waktu dalam kereta bersama neelofa pon tadi, Pian seperti ternampak dan terbayang wajah Neelofa betukar menjadi wajah Tasha. Takut Pian dibuatnya, Namun itu bukan faktor besar untuk Pian menghentikan Lofa di sebuah hentian. Hotel itu supaya Lofa tak rasa susah atau kesempitan, Pian telah menguruskan segala hal supaya Lofa tak keluar duit dan tenang di hotel tersebut. Semuanya Free!. Namun kerana Pian takut bayangan Tasha yang mengikutinya, Pian tidak mahu memberi harapan kepada Lofa. Walaupun Pian sendiri tak tahu bagaimana Lofa bergitu cepat tangkap cinta dengannaya tika sesi luahan di Monumen berkembar tadi. Seperti dalam cerita cerita di TV3 dan bollywood, cinta pandang pertama yang bagi Pian hanya menipu. Tapi kali ini menjadi!
Bagi Pian, Lofa adalah Awek Yang Original dicarinya selama ini. Namun dia tinggalkan bukan kerana ada page bangang difacebook namanya 'Haram Couple Sebelum kawen' atau ucapan poyo seperti 'Bercinta lepas nikah lebih hebat', tapi kerana sayang.
PIAN SAYANG LOFA.
_____________________________________________________________________________
Babak Lofa di Hotel Mewah
Jauh di sebuah ruang yang indah. Pokok bungan yang sentiasa menghembuskan udara segar. AirCond yang Super nyaman. Segala dapur automatik. Kerusi super empok yang boleh merasai keempokan yang sesuai dengan tuan yang duduk diatasnya. Seorang gadis sedang termenung. Memikirkan segala yang berlaku hari ini, dari perbualan kosong dan bosan. Tapi memputikkan senyuman. Bayangan aksi berpegangan tangan didepan monumen yang sangat membahagiakan. Jelingan yang pernuh rasa melindungi diri gadis tersebut.
Dia bertanya 'Kenapa Pian buat macam nie?' Lofa merintih sendirian.
_______________________________________________________________________________
Babak Pian dalam ToyotaCamry
Pian menjawab. Sebab PIAN SAYANG LOFA.
Pian tak mahu menyiksa Lofa selaku gadis impian Pian suatu tika dahulu. Senyuman Lofa dan babak kita berpegangan tangan tadi Pian takkan lupakan. Lofa percayalah. Sampai satu masa. apabila Pian dah menemui impian yang utama. Pian akan datang pada Lofa.
_______________________________________________________________________________
Babak Lofa di hotel mewah
Lofa terasa semua melalui telepati yang menyampaikan maklumat dengan sempurna.
Terima kasih PIAN!. Lofa akan tunggu. Tanda Lofa hargai pengorbanan Pian yang tak mahu mengecewakan lofa. Lofa janji takkan balik kepada Dato' Sabri untuk menyapu duitnya lagi. Lofa hidup untuk cinta. bukan untuk duit.
'Piaannnn.... apa impian pian?'...Bisik Lofa sendiri.
_______________________________________________________________________________
Babak Pian dalam ToyotaCamry
Impian adalah untuk cari dulu diri Pian sendiri.Mencari haluan sendiri. Dalam Imaginasi nie, Pian telah tunjuk sifat tamak Pian. DAri rumah besar ke kereta Camry persis milik bos pian, sampai ke Tasha Shila pun Pian nak kebas. Tanda Pian tak bersyukur. Kemudia Pian bayang Pian jadi CEO di tempat kerja Pian, Pian bayangkan jalan tak jem hidup tanpa tekanan. Tapi tanpa tekanan yang Pian maksudkan bukanlah dari kerana Pian dah mencapai tahap 'God of money' atau 'Financial Freedom'. ia lebih dari tu.
Pian maksudkan ialah kenapa kita perlu kejar sesuatu untuk dapatkan senagan. bukan kah hidup ini milik kita dan kita sendiri yang cipta kesengangan dalam ruang dan masa diri kita? kan lofa?.....
_______________________________________________________________________________
Lofa terus termenung panjang. Jawapannya ringkas dan padat
'Lofa tunggu Pian....'
**********
#Babak imaginasi yang dibayangkan Pian
Jangan tanya kenapa itu ini, kerana imaginasi ialah milik asasi semua manusia
Tiada siapa mampu untuk berhentikan
Tiada siapa mampu corakkan.
Itulah satu satunya hak manusia. Yang asasi.
Dan ada.
Sekian.
AnakMudaDiary
Subscribe to:
Posts (Atom)