Okay, lets move on, aku rasa banyak sangat telah aku tulis pasal perasaan dan cinta kat blog ini. Dan aku rasa sangat rare untuk orang seperti aku sangat sibuk mengenai cinta semata mata. Dari memikirkan cari pasangan mahu kahwin, buat pinjaman bagi tahi duit kepada badan daulah kayakan board of director mereka, menjarakkan pendapatan si kaya dan si miskin, aku kena move on.
Lama aku tak menulis mengenai pandangan aku mengenai isu perkauman di Malaysia ini. Kamu boleh kata tulisan aku ni adalah politik atau aku ini penentang kerajaan BN, walhal aku menentang sesiapa pon tak kenal dia cina melayu india, islam yahudi kristian sekalipun. Yang merobek kuasa sesuka hati, mengamalkan rasuah mengeksploitasi tenaga manusia demi keuntungan sendiri tanpa berpandukan teori ekonomi yang dikemukan Plato adalah manusia yang patut dibuang ke loji nuclear. itulah hudud yang sesuai untuk mereka.
Malaysia, masalah 54 tahun mengenai perkauman. Tak pernah luput. Namun sejak aku join bersih 2.0 aku dapat benar rasakan. ruang kesepakatan bani melayu cina dan india di malaysia masih ada ruang untuk bersatu. Typically, melayu suka ditipu kaum sendiri, orang cina itu pula mementingkan kesenangan dunia, orang india selalu hadir dengan suara kuat dan tubuh besar mereka. Make sense? generally, tapi specificaly sebenarnya kita semua sama. Tokeh cina juga menipu kaum mereka sendiri, orang melayu pun sibuk nak ada bonzer2 besar 3 line jati dan pape jadah lagi, tipulah kalau orang india itu tak pernah kena tipu dengan Sami vellu. So, bagi aku nak melabel sesuatu kaum generally hanya akan buat perkara lebih buruk.
Tapi kalau kamu orang perasaan, isu kini bukan lagi cina india atau melayu. Sesiapa yang masih bergayut dengan isu itu, dia adalah orang yang lahir di tahun 1969. Sekarang kita tengah mengalami konflik agama. Islam, kristian, yahudi, buddha, hindu. Sebenarnya semua agama sensitivinya datang dari manusia sendiri yang masih memetakan agama dia saja yang layak ke syurga dan dicanang secara awam. itu masalahnya. lalu akan muncul ustad ustad express yang gagal memberi kefahaman agama dengan lebih baik. Ustad express ini hanya boleh mencanang zina masuk neraka, curi potong tangan, yahudi itu musuh dan halal darah mereka untuk ditaburkan, kristian pula tujuannya adalah untuk menyesatkan umat islam. Seriusly things are get worse, dengan pemikiran kita yang terlalu bergantung kepada Anwar ibrahim dan Najib Razak terlalu lalu. tanpa fikir dan sedar, kita juga berkudrat untuk menurunkan regim2 ini yang suka memainkan isu agama dengan turun ke jalan raya!
Seperti aku percaya, orang malaysia sedang melalui proses zaman gelap seperti di eropah beratus tahun dahulu. Suatu ketika dahulu, disurahkan dalam buku sejarah mengenai orang orang sains dan ilmuwan fizik telah dihumbankan ke neraka oelh paderi katolik yang menolak pemahaman manusia yang melawan cakap mereka. Manusia dizaman itu mengibaratkan paderi ini seperti tuhan yang wajib diikut katanya. Lalu apabila paderi berfatwa untuk mengeluarkan 'Surat Indulgence'(Penghapusan Dosa) percayalah mereka dengan mengisi surat dan memberi 'hadiah' kepada para paderi tersebut, dosa dosa mereka akan diampunkan. Dunia gelap ini dipanggil zaman gelap kerana manusia yang berfikir menggunakan sains dan fizik ditolak mentah mentah. Manakala paderi pula menjual kalimah2 agama mereka demi kepentingan mereka selaku pemerintah ketika itu.
ya, kita sedang melalui zaman itu. Lihat saja orang putus cinta, bagi aku kegagalan mereka yang kedua selepas putus cinta ialah dengan mengatakan 'kita dah tiada jodoh dan sebagainya'. Contohnya Si Ali sudah berkahwin dengan aminah, dan selepas akad nikah, naiklah statusnya 'dia adalah jodoh terbaik untukku'. lalu setelah setahun berlalu, mereka mengalami krisis dan bercerai meninggalkan anak kecil terpinga pinga tiada masa depan dengan mak bapak yang sibuk mahu bercerai berai. Di akhir penceraian itu, mereka menzahirkan pula ' mungkin sudah tertulis ini bukan jodoh kami'. Question to ponder, adakah takdir dan jodoh yang kamu percayai selama itu adalah berubah rubah dan dengki pada kebahagiaan kamu? Kenapa salahkan Tuhan? kenapa tak salahkan dirimu yang sibuk kerja terlampau? kenapa tidak bertanyakan dirimu yang gagal menjadi cantik di rumah memikat hati suami? kenapa tidak salahkan dirimu yang gagal untuk bersepakat hidup senang bersama?
Justeru, itu baru bab kahwin. Belum bab mengundi Pas dapat pahala dan mengundi Bn dapat dosa. Aku tidak tahu jika manusia ini ada kelebihan untuk mendosa dan memahalakan orang. bukankah seruan undi dapat pahala dan dosa ini sama seperti apa yang berlaku di Eropah di Zaman Gelap suatu ketika dahulu?
Dunia tanpa sempadan agama. Kita telah memecahkan sepadan bangsa. Paling kurang pon 70%. kini sempadan agama pula. Namun, ia bukan senang, selagi ada yang ustad ustad masih terlalu sibuk siang dan malam membuat research semata mata mahu mendosa dan memahalakan orang lain. Bagi aku, dihantar kamu belajar di Mesir, Jordan, Arab yang membekalkan minyak kepada yahudi adalah untuk membaiki ekonomi di negara Malaysia ini. Menjadi ustad bukanlah untuk menyatakan orang itu haram dimuka bumi ini, kehidupan ini harus disepakati dengan sifat faham dan memahami. Lalu aku pernah terdengar kisah mengenai seorang selebriti ini, bertanya rakyat kepadanya :
Ya selebriti, 'haramkah jika kita menggunakan perisian microsoft yang cetak rompak dan sebagainya?'
Selebriti bersurah, 'Haram jika produk itu adalah buatan orang islam, tapi jika ia buatan dan keluaran orang kafir, tidaklah ia menjadi haram, demi kebaaikan umat islam'
Kau lihat itu? perkara inilah yang aku rasa sangat perlu diatasi. Yang aku rasakan memburukkan pandangan terhadap kepercayaan dan agama. Kepercayaan itu adalah hak peribadi, kau boleh membencinya, tapi kau tiada kuasa menghalangnya. Aku tidak gemar dengan hijabster yang bercita cita mahu pegang gitar nyanyi lagu sedih namun masih tersenyum dalam youtube, tapi adakah aku layak untuk bakar hijab mereka suruh mereka pakai tudung bawal dan tinggalkan gitar tersebut? sama sekali tidak!
-akan bersambung mengenai ciri ciri dunia tanpa sempadan agama dalam bahagian 2 dan nantikan-
P/s : Tafsir surah AL - Kafirun :
[2]
“Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
[3]
“Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
[4]
“Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
[5]
“Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
[6]
“Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
Sekian
AnakMudaDiary