i serve nuff nang

Tuesday, November 29, 2011

Faham Dalam



Dulu kau pernah ada seorang kawan
Dalam susah dia kau cuba membantu
Dalam tangisan dia kau mahu dia bertenang
Dalam huduh dia, kau tahu dia cantik
Dalam kasar dia, kau nampak lembutnya
Dalam gelak dia, kau tahu lakonan tangisannya
Dalam baitnya, kau tahu kiasannya
Dalam dia meratapi, kau tahu dia perlukan satu pujukan

Dalam kau susah, dia juga membantu
Memberi gelak tawa membuat kau lupa kau tengah meratap
Dalam kau gembira, dia tempat kau berkongsi
Dalam kau bersedih, dia teman menemani
Sama sama berkias bahasa
Sama merendah diri dan menyatakan kiasan
berkisar kesediaan diri

Dalam itu
Kita terlupa sesuatu
Hukum 'Perbezaan'
Hukum yang tidak berlaku adil
Hukum yang dipegang menyatakan
'Perkelahian akan membawa kedinginan'
Berbeza pendapat, itu tanda perpecahan
Ya, kata itu membunuh.
Ya, tulisan itu menghunus
Coretan ini menmpelak
Luahan ini merindui
Dan segala tulisan aku dan kau
Sememangnya membunuh kau kan?

Kau harus tahu
Tiada orang suka bila kau berlaku jujur
Kau harus sedar
Setiap orang memerlukan ruang dan waktu untuk mengubat
Kau perlu sedar
tak semua yang dikiaskan itu adalah akan menjadi
ia bahkan adalah tragedi
Seperti yang termaktub hari ini
Ya. Kau terfaktab.
Tapi itu bukan judul yang kukuh
Itu bukan pegangan yang utuh
Untuk kau melahirkan rasa benci

Balaslah ia dengan kasih, taburkan panji sayang
Jangan tambah lagi nilai kebencian di atas muka bumi ini.
Biarkan mereka yang lain membenci
Kita tetap bersama, bersemadi
Kau dan aku, akan terus meniti
menempuhi liku liku ini
Aku tahu kau benci aku
Kau bencikan kehadiran aku

Tapi tahukah kau
Yang menulis ini 
kau atau aku?
Setiap kali kau nafikan kehadiran aku
Setiap kali itu juga kau akan perlukan aku
Kau hanya ada aku. Kau tak sedarkah?
Aku akan terus membuat kau membenci diri
Itu panji aku lahir diimaginasi kau ini.

Supaya kau sedar, aku akan menakhluki
dan 
kau akan mati.

3 comments:

  1. go and find ur happines with her.

    all the best

    ReplyDelete
  2. haha
    Its just long talk.
    Between, me, her, and somone inside me

    ReplyDelete
  3. go and try..luahkan segalanya..kang tak kawen awak sampai ke tua.hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...