Surat ini adalah surah yang ikhlas dari jiwa seorang rakyat. Rakyat marhein yang tiada ingin sedikit pon menjadi Yang amat berhormat, rakyat yang tiada kepentingan dalam kerajaan dan pembangkang. Rakyat yang tak dibayar untuk memuji atau mengherdik mana2 parti. Surat ini surat bebas. Bukan sebebas Zulkifli Nordin dan Panglima Perang Ibrahim Ali, Yang tiada syarikat Rm2 seperti YB Zahrain yang ingin dapatkan projek padang Golf. Ketahuilah Saya boleh menulis panjang memuji muja anda semua dan memohon 'upah'.
Ajari ia menginap di pangsapuri
Wahai Yb yang suka mengangkang
Bukalah telinga hadamlah isi
Surat ini sekadar untuk membawa pendapat sahaja. Harap ada para YB dan perwakilan yang dapat pengajaran dan menambil perhatian dari isi kandunganya.
Ketahuilah para YB sekalian, saya adalah peserta Bersih 2.0, saya bukan menyertainya kerana ade sosok besar seperti Anwar Ibrahim atau Sheikh Altantawi(Bukan Nama Sebenar). Saya bukan menyertai Bersih kerana tidak mahu Anwar Ibrahim dipenjarakan. Tapi saya menyertainya kerana saya dalam proses belajar, saya dalam proses mengenali masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Dan terbukti dalam demo tersebut sememangnya kita sangat berbilang bangsa dan ugama.
Saudara Yb,
1. Janganlah lagi memperalatkan kami dengan perasaan benci. Kami bukan berlari menyokong Pakatan Rakyat kerana benci Barisan Nasional. Sedarlah, kami hanya perlukan satu kerajaan yang lebih baik. Kerajaan yang menyemaikan kasih sayang, saya setuju dengan kata abam Mat Sabu, kita bukan nak ganti kerajaan dengan niat untuk 'membalas dendam'. Tapi mengenai , who can serve better?Kerajaan yang bukan dibina atas dasar membenci
Bersongkok tinggi menculah atapi
Pemimpin berucap, sorakan bodek diberi
Sedarlah YB yang boyot boyoti
Gelagat kamu, menggelikan hati
2. Wahai YB yang baru berjinak dalam kegiatan mahu menjadi yb, mahu mendapat tempat dalam parti. Sedarlah, cara anda membodek Anwar Ibrahim, Muhyidin dan Najib Razak sememangnya amat menjijikkan. Ada yang berderau hero mahu pecah penjara demi pemimpin tertinggi, ada juga yang membuat cabaran diumumkan PM melayu sampai bila2. Ini semua ayat2 bodek dengan harapan semoga dapat naik ke satu level yang lebih tinggi dengan lebih cepat. Jangan menyemarakkan benci dikalangan rakyat, serulah kasih sayang, serulah rakyat yang berbilang bangsa ini bersatu. Kenapa kadang saya rasa anda semua bertindak dengan dungu?
Pisang Emas dibawa berlayar
Buah keranji di atas perahu
Kenapa kami dipaksa berlayar
Sedangkan rasa kami, engkau tak tahu
3.Wahai para perwakilan, sedang kamu rasa rakyat boleh hadap paparan TV3 mengenai perbahasan dan cerita molek kamu, kamu juga telah menutup ruang saya mahu menonton cerita Cinta Elisya. Adakah saya akan berubah pandangan andai mereka menayangkan Persidangan PAS, PKR atau DAP? Jawapannya TIDAK! Ini kerana itu adalah persidangan parti kamu, bukan persidangan mana2 badan atau pon kerajaan. Kami sudah jelik samoa itu.Yang perlu ditayangkan dalah sidang parlimen, perbentangan bajet, secara live and full, bukan mendengar anda bercerita, berperribahasa, bernyanyi, semua itu tidak membawa harapan kepada kami.
Gendang gendut tali kecapi
Berperut boyot mengukir janji
Baju Diselampang disana sini
Umpama pahlawan Gagah sejati.
4. Wahai Yb yang rata ratanya bangga dengan kostum dan baju batik kamu. Di saat kamu pakai baju itu, berucap ucip, terkemut2 diatas pentas, sedarkah ada kami ini yang dalam kesempitan dan kesusahan? Sedarkah para Yb yang ada yang murka dengan pakaian kamu yang hebat dan 'gah' itu?Kamu mula menjadikan budaya kapitalis itu sebagai akidah kamu.
Dagang pak malau dagang berhias
Mencari kuasa bertatah berhias
Bertitah kamu tanpa berkias
Malulah pada Maha Pembalas.
5. Yb sekalian, semakin hari, perjuangan kamu ibarat hanya menjaga periuk nasi kamu sendiri. Saya sudah jemu dengan perangai kamu yang suka 'merekrut tuhan' dalam setiap kata kamu itu. PKR akan membawa tuhanya tersendiri, UMNO juga membawa ayat tuhannya sendiri. Tidakkah kamu malu, sedang tuhan tidak mengutus surah khusus pon menyebut nama kamu semua. Ternyata, kamu ini juga ada dari kalangan orang yang tamak. Tidak cukup harta kami anda rembati, kini ayat tuhan juga kamu boloti.
P/s : Mohon Bertaubat
Yang ikhlas dan menyayangi
Sekian
AnakMudaDiary.