i serve nuff nang

Tuesday, October 25, 2011

Happy Deepavali, Hari Pencahayaan Semula.

               

                  RajaNikhan sebagai Sivaji yang membawa misi rakyat menentang Firaun modern!
                                                                        Cool Dan Stylo!


Hello fellows indians mate!

Hari ni saya hanya ingin menulis sedikit coretan sebagai ucapan dan penghargaan untuk hari deepavali ini. Mengikut pengetahuan saya, sambutan deepavali ini ialah sambutan cahaya. Cahaya yang menerangi alam ini. Lalu saya pun bersajak lah serangkap syair



Dikala Raja Naragasura menguasai dunia 
Rakyat tertindas, memerah harta rakyat
Dikala itu muncul hero dan wira rakyat
Diberi nama Krishnan
Membunuh Raja yang memeras ugut rakyat ini
Yang dianggap sebagai permulaan
pencahayaan dan kelapangan buat 
masyarakat india yang marhaen

Sambutan perayaan Deepavali adalah sama seperti kita menyambut hari lahir. Ia adalah sambutan untuk menyambut kelahiran ‘cahaya dalaman’ yang memupuk kesedaran dari dalam. (Yang kita sebenarnya hidup dalam alam maya).
Dengan itu, segala kejahatan di dunia ini akan terhapus dan kesedaran yang tuhan sebenarnya berada di mana-mana dan keunggulannya sahaja yang berkekalan buat selama-lamanya akan disedari.
Lampu menjadi ilmu pengetahuan yang menerangi hidup dan menghindari manusia daripada berbuat jahat.
Perayaan ini akan membawa makna kepada ramai mereka yang mendambakan kebenaran dan pencahayaan semula dunia.Waktu ini, semua bersaudara, menyapu minyak sapi, ziarah menziarahi ibarat membawa cahaya ke rumah orang yang mereka ziarahi.


Lalu merangkap syairlah lagi


Oh indahnya dihari cahaya ini
Mereka merai, mereka memberi
Ziarah menziarahi dan hormat menghormati
Oh gemilangnya di hari Cahaya ini
Kebenaran dilahirkan untuk ditik beratkan
Seluruh dunia gelap akan takut akan perayaan ini
Dunia gelap diwarnai
Dunia gelap akan dibajai dengan pelita
Itulah tarian pelita cahaya
Tarian kebenaran yang menenggelamkan
Alunan irama gema sang durjana.


p/s : May the truth comes and led us to be one.



Sekian.
AnakMudaDiary @ Ahmad Shazwan Bin Abdul Aziz

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...