i serve nuff nang

Saturday, October 29, 2011

Semua Orang nak ' Happy Ending kan '?

 
 
 
Assalamualaikum
Kebanyakan kita lagi suka bila seorang putri memberi ciuman kepada katak, then the katak must a fantastic charming world needs hero then kawen2 goes bahagia selamanya. Tapi kenapa kita tak pernah terimpi bila puteri tu cium katak tu, then putri akan jadi katak dan mereka hidup bahagia sambil ber 'ong ong' walaupun hujan yang dipanggil tu tak pernah turun? 
Dan aku rasa ini sama bila
1.Ibrahim ali yang juga bekas ahli umno dulu bertanding untuk pas kat kelantan pada 2008 dan menang pilihanraya. Rasanya tak da lagi gelaran katak waktu tu untuk ibrahim ali dan pas tak pernah panggil dia katak. Ibarat macam ibrahim ali terus jadi hero pejuang yang sejati. Tapi bila Ibrahim ali keluar pas dan pro BN lalu meyokong perkasa,  its comes to ibrahim katak ibrahim katak. Padahal sesiapa yang lompat parti yang pecah mandat rakyat ni semua aku boleh konsider sebagai katak.
Ingat lagi tak dulu anwar ibrahim pernah kata ada 30 MPs BN akan lompat dan akan tubuh kerajaan baru. Kenapa tak da sorang panggil 30 orang ni bakal jadi katak? turn themself into katak? so you can see, Pakatan hanya mahukan hepy ending. Ini root masalahnya, bila mahukan hepy ending je, demokrasi dan kebebasan akan hilang dan end up with parties turn macam curret government parties and thats sucks.
2. Kau dipinang oleh lelaki kaya atau perempuan duit berkepuk celah dada. kau berharap bila sikaya tu cium pp kau dan kau akan turn kepada kaya also. Bila Dato' cium gadis biasa, gadis biasa akan mengharap untuk jadi Datin. Dan ini cukup biadap. Tapi itu jugak lah happy ending yang kita selalu impikan kan? 

3. Bila kau dengan kekasih kau, kau sangat puji lambung macam Elya ngan apek, Pelbagai cerita buat sebar semua tunjukkan kebahagiaan Kalau apek penjaga goal laki team bola kebangsaan then kau akan berharap gak kau akan jadi penjaga goal bola sepak kebangsaan perempuan at list. Tapi tengok bila dah break up, kau akan sumpah fak dia seumur hidup kau, Kan akan rekrut tuhan dalam setiap kata2 kau walhal waktu kapel 'tuhan dah jodoh' bila putus 'tuhan temukan kita dengan orang yang salah'. Tak boleh ke ending nya akan sentiasa jadi perkara gembira untuk kau?

4. Mind me, ini lah mentaliti problem. Bagi aku cinta agung bukan nya kau harapkan hug n kisses dari si romantik, kau akan jadi romantik, bukan nya bila kau cium orang miskin, dia akan jadi kaya macam kau. Cinta ini redha dan menerima seadanya. Pardon, happy ending bukan sesuatu yang kau boleh bayangkan, lagi best kalau happy ending nie sesuatu yang jadi pon, ia tetap happy ending. Itu point terpenting bagi happy ending ini.

5. Happy ending serius akan merosakkan kehidupan. Mengharap keagungan happy ending nie bukan sesuatu yang baik pada aku, its subjektif, dan subjektif akan jadi jawapan yang baik bila kau dapat jawab dengan jawapan yang logic dan diterima akal. At list, happy ending ni jugak akan buat kau hanya ingat tuhan bila happy ending tu tak dapat dicapai. Dan bagi aku, tuhan ini bukan ada waktu kita susah sahaja. Happy ending ni jugak akan buat kau jadi makhluk yang suka salah kan orang lain  tanpa muhasabah diri sendiri.

p/s :Best sentence to describe happy ending? 'Just Move On'

Sekian
AnakMudaDiary @ Ahmad Shazwan Abdul Aziz

Thursday, October 27, 2011

Ringkasan Isu : FAM : HIMPUN : AUDIT 2010 : AZIZ BARI ; U : Anti Yahudi

Assalamualaikum w.b.t


Wokeh, let go on again, berita hot kat malaysia :
1.FAM naik harga tiket untuk final Newcastle lawan Norwich City ke RM50
2.Himpunan yang tak berapa nak himpun
3.Laporan Audit 2010
4.Aziz Bari 
5.Ingat masuk u perfect?
6.Pesanan Buat anti yahudi, anti kafirun

Ini minggu yang agak boring bagi aku, masuk keluar ofis bertie melaksanakan tanggungjawab sambil chatting dan berskype gosip. Anyway kerja mesti mau jalan meh. Bayar setimpal ke tak itu semua cerita ke 68, tapi bila ada orang bagi kepercayaan, kenalah laksanakan sebaiknya, bukan pung pang punga pang aja. Aactually bulan 10 tahun 2011 ni memang banyak cipta sejarah dalam Malaysia. Dari padang bola sepak, ke medan politik ke tanah merah demokrasi yang akan jadi tanah kubur.


1.FAM? Aku seriusly tak tau kenapa guna bahasa inggerisnya. Gua rasa berderau derau banyak pejuang Melayu kat malaysia nie, bangga orang luar leh cakap melayu, tapi labon2 pung pang pung ppang guna bahasa inggeris gak. Precint, FAM, MACC, transformasi. Bahasa cedok, tapi nak tunjuk konon bahasa unggul. sudah, jangan menipu tertipu lagi, tak dapat terima ke kau hidup dalam dunia asalnya bersaudara?
FAM sungguh damn
1. Ingat bayar RM50 nie dapat tengok perlawanan setaraf Man.city lawan Man.u ke?
2. Bayar RM 50,duit tu pergi mana? gua tengok stadium shah alam tu macam tu gak, berlopak lubang, tak da pembaik pulih tambah maju. Dulu naik tiket semua,tapi pernah taraf bola sepak malaysia naik?
3.Subsidi terengganu? ya dalam jangka masa pendek ni orang boleh bersyukur la, tapi dalam masa panjang macam mana?? FAM akan tengok benda ini suatu yang bagus lalu dikekalkan tiket. Subsidi? sampai bila boleh supp0rt baki RM25 tu?  atlast, percaya aku, harga tiket akan kekal macam tu gak, bola sepak malaysia pulak? mugkin kene buat dasar ketuanan melayu bola sepak supaya lebih hebat. Ceh
4.Please get out dari pertubuhan bola malaysia la wahai si tukang karut dan sultan bola. Duk kat atas reti cerita duit je lah buat untung sana sini, alih2 bumbung stadium retak dan runtuh jugak. Cet.


2. Himpun dan perhimpunan
To all those yang maki gua pergi bersih 2.0 dulu cakap gua nie pengikut kapir ambiga ke apa, tapi hari ni tak pergi pulak himpun. Go back and tarik bulu ketiak dan bulu hidung supaya aku tak kenal korang lagi, cakap berderau2 hina bersih 2.0, ni perhimpunan islam bukan pergi pun. Ceh.

1 soalan : korang pernah baca tak ada 3000 pertubuhan NGO yang menyokong himpun ini dan sebagainya. Tapi yang datang tu tak sampai 6000 pon, let say, setiap pertubuhan ada presiden dengan naib presiden, kalau 3000 yang menyokong ni anta naib presiden dengan presiden pun da cukup untuk capai 6000 nie. Tu belum cerita yang organisasi ada sampai 10 orang? kalau 3000 ni antar 10 orang setiap wakil pertubuhan? mau 30,000. SO now? 

2.Anyway, aku tak taulah sejak bila sampai ada 2 3 ribu pertubahan islam ke melayu kat malaysia nie?
Macam ibrahim ali kata : ahli ada 300,000, tapi mana p? 


3. Laporan Audit 2010

1.Yes, come to this, this my favourite start over from presentation gua pada tahun 2009. MARA EPF dan macam2 badan lagi. Binocular beli bape puluh ribu sebijik? EPF? bagi pinjaman nak 50 juta tapi tak da dokumentasi yang lengkap? So then? Cite labon2 petronas nak rugi so kena naikkan harga minyak. FAk. Pergi tengok berapa banyak petronas untung dalam tu? Kalau tak nampak,hantuk kepala ke dinding.
 

2.Budaya mark-up nie masih berleluasa. Orang malaysia ni tak da kerja lain ke selain MArk up dan bodek? Tak pun bodek ini memang suatu gaya hidup untuk terus bernyawa? Korang duk kesah orang murtad, kesah orang zina minum arak, benda nie yang boleh bawak pada keburukan ni tak da orang nak pedulik plak eh? KDEB pon apa khabar? dah rugi2 pon sebuk nak bagi bonus lagi ke?


4. Aziz Bari.
1.Mana kau pergi waktu 1998? mana kau pergi waktu 2004? mana kau pergi waktu tu, kenapa hari ni kau baru sahaja mula bercakap? baru mula melawan, aku hargai keberanianmua, tapi aku mempersoalkan sedikit sahaja, jangan lah melenting,ini soalan ikhlas dari rakyat marhein yang ingin tahu,

2.aku tidak suka juga mereka menggantungmu, tapi tahukan kau aku bersorak gembira bila kau kena gantung? itu tanda kau bukan kang kong, itu tanda kau bukan profsor bodek kerajaan untuk dapat royalti dari penerbitan tulisan, tapi aku juga takut kalau kau jadi sawi pakatan rakyat pulak nanti.
 

3. Mengenai sultan. Serius aku tak suka free loader.


5.Universiti dan skema
Ini sub topic yang gua rasa nak tulis lepas baca komen ada mamat tu kecoh member gua guna bahasa tetek dan telanjang bulat kat wall status.Budak yang agungkan u tu cakap ' masuk u tapi moral tak da tak jaga bahasa'. Aku rasa nak gelak, bogel dan telanjang ada lah perkataan dalam kamus bahasa, apa masalahnya?dia tak salah pun dari tatabahasa. 
Ingat masuk u nie tempat ko nak jadi skema ke ape? duk diam baca buku ikut arahan itu ini. Ceh. Kalau 4flat pon belum tentu kau boleh buat kerja selagi tak mampu berfikir sendiri. Asasnya, kecemerlangan kau dalam sistem pendidikan ni boleh dipertikaikan , kau power dan A+ dalam mengikut arahan kah?
Cakap pung pang2 tengok2 suruh kitorang sujud pada sistem barat kafir lahanat yang kau anti nie gak. 
Anyway, sejak bila bahasa kasar bogel telanjang bulat tetekanu ini menjadi pengaruh barat?


6. Pesanan gua ringkas buat mereka yang suka benci membenci yang tak ada rasa nak berkasih sayang dengan orang yang berlainan agama,mazhab,fahaman. Apple Inc.sekarang one of biggest inventor kat economy US, yang boleh create more money to settle U.S debt. ko beli barang barang apple samalah macam menderma kat ekonomi diorang, samalah macam kau bagi diorang bangkit dan terus kuat. Owh lupa, Mark Zuckenberg is jews okay. And those, kemasukan Yossi benayoun ke team Arsenal juga adalah fitnah dajal supaya mereka terus memuja arsenal tanpa sedar mereka memuja yahudi dan dajal2 nya. 


p/s : Jangan nak butthurt sangatlah


Sekian
AnakMudaDiary

Tuesday, October 25, 2011

Happy Deepavali, Hari Pencahayaan Semula.

               

                  RajaNikhan sebagai Sivaji yang membawa misi rakyat menentang Firaun modern!
                                                                        Cool Dan Stylo!


Hello fellows indians mate!

Hari ni saya hanya ingin menulis sedikit coretan sebagai ucapan dan penghargaan untuk hari deepavali ini. Mengikut pengetahuan saya, sambutan deepavali ini ialah sambutan cahaya. Cahaya yang menerangi alam ini. Lalu saya pun bersajak lah serangkap syair



Dikala Raja Naragasura menguasai dunia 
Rakyat tertindas, memerah harta rakyat
Dikala itu muncul hero dan wira rakyat
Diberi nama Krishnan
Membunuh Raja yang memeras ugut rakyat ini
Yang dianggap sebagai permulaan
pencahayaan dan kelapangan buat 
masyarakat india yang marhaen

Sambutan perayaan Deepavali adalah sama seperti kita menyambut hari lahir. Ia adalah sambutan untuk menyambut kelahiran ‘cahaya dalaman’ yang memupuk kesedaran dari dalam. (Yang kita sebenarnya hidup dalam alam maya).
Dengan itu, segala kejahatan di dunia ini akan terhapus dan kesedaran yang tuhan sebenarnya berada di mana-mana dan keunggulannya sahaja yang berkekalan buat selama-lamanya akan disedari.
Lampu menjadi ilmu pengetahuan yang menerangi hidup dan menghindari manusia daripada berbuat jahat.
Perayaan ini akan membawa makna kepada ramai mereka yang mendambakan kebenaran dan pencahayaan semula dunia.Waktu ini, semua bersaudara, menyapu minyak sapi, ziarah menziarahi ibarat membawa cahaya ke rumah orang yang mereka ziarahi.


Lalu merangkap syairlah lagi


Oh indahnya dihari cahaya ini
Mereka merai, mereka memberi
Ziarah menziarahi dan hormat menghormati
Oh gemilangnya di hari Cahaya ini
Kebenaran dilahirkan untuk ditik beratkan
Seluruh dunia gelap akan takut akan perayaan ini
Dunia gelap diwarnai
Dunia gelap akan dibajai dengan pelita
Itulah tarian pelita cahaya
Tarian kebenaran yang menenggelamkan
Alunan irama gema sang durjana.


p/s : May the truth comes and led us to be one.



Sekian.
AnakMudaDiary @ Ahmad Shazwan Bin Abdul Aziz

Tuesday, October 18, 2011

::::JIHAD CINTA::::


Jihad
Kesungguhan dan ketabahan 
disaluti keimanan
Digalas bersama rasa ihsan
Bukan sekadar perang membawa parang
Tetapi juga teguh kerana tegar
Berani kerana mendamba
Berubah untuk memiliki
suatu yang membawa
capaian Cinta Hakiki

Jihad
Rupanya sukar ditafsir
Membuatkan Hati kadang tertanya 
Bagaimana jihad mengubah
  Bagaimana jihad ini memendam
menzahirkan rasa yang terpendam


Jihad
ringkasan perkataan yang penuh bermakna
Bait yang mudah diungkap
Tetapi bergoncang hati mereka
Yang bingung memikirkan
Dan Pastinya kebingungan Srikanda 
Apabila Srikandi meminta jihad
untuk memiliki suci hatinya

Jihad 
terlahir kesungguhan, tersurat kemahuan
Terselindung juga keberanian
Atas rasa malu
Andai malu itu suatu jihad
Pasti sang penjihad itu bahagia

Cinta
Mudah didengar sukar diungkap
Mencintainya bukanlah berkorban deminya
Tetapi berjihad deminya
Demi Allah yang satu
Kerna hati ini sering berbisik
Kemampuan dia menjaga si Ibu

Cinta
Mengungkit kisah silam
Merindui diri yang lalu
Ada juga kembali beriman kerana cinta
Ya Allah
Andai cinta itu benar
Mekarkanlah
Andai cinta itu menipu
Kau nafikanlah rasa berdebar di dada

Cinta
Hanya Allah yang tahu
Ia boleh berbaur nafsu
Atau beraroma kemanisan iman
mencipta bingit runsing beralun henti
kencangan unggun hati
Menjadi damai sedingin salji

Jihad Cinta
Demi Dia, itu syaratnya
Demi ibu, itu janjiku
Demimu kasih, jihadku untukmu
Kesungguhan memiliki
Keberanian untuk Mendamba
Sekian lama
Mengatasi kesangsian hati
Terkadang kasih ini melestarikan sayang

Namun
Jihad bukan perkara mudah
itu akuannya
Itu ketuanannya yang pasti
mendambakan jihad seorang srikanda
Malunya malu yang didambakan
Senyumannya suatu yang diimpi
Lagaknya tanda dia mampu
Mendamaikan hati kekasih,
Itulah Ibu.

P/s : Terima Kasih karena Menyedarkanku.

Sekian
AnakMudaDiary. @ P.M.A.C

Wednesday, October 12, 2011

Seni Dan Sains : fikrah Dan Kemajuan




Assalamualaikum w.b.t

Dah sebulan lebih gua tak menulis artikel fikrah gua kat sini. Anyway, gua bukan tak da benda nak tulis, tapi gua nie cepat lupa pastu gua tak reti nak kembangkan. Anyway, cerita politik memang gua minat, tapi macam gua percaya. minat pada satu perkara je akan jadikan otak layu dan malas berpikir, so hari ni gua nak try ulas pasal art and science, oops bahasa orang yahudi, okay, seni dan sains.

Go through science first
In modern use, science is "often treated as synonymous with ‘natural and physical science’, and thus restricted to those branches of study that relate to the phenomena of the material universe and their laws, sometimes with implied exclusion of pure mathematics. This is now the dominant sense in ordinary use."[ 


Bila sebut science,  kita akan selalu terbayang bapa telefon dunia, alexander grahambell, newton(fizik)Neil armstrong(angkasa) , ibnu sina(Perubatan), ibnu khaldun, thaimiyah, steve jobs(teknologi) yang bawak pemangkin perubahan dunia hari ni. Jangan risau, aku bukan nak cerita diorang ni liberal tak percaya kuasa tuhan sampai buat kajian yang bertentangan dengan orang yang selalu cakap 'semua takdir Allah' tapi nak cerita sains ini adalah pengukur dan membawa apa kau rasa hari ni. Dari iphone, laser, implant,surgery, berus gigi, lettop, microsoft, astro, itu semua science. Yang memudahkan hidup manusia hari ni. dan efect yang paling musykil bila teknologi ni semua dieksploit untuk keuntungan diri sendiri. Seriusly, gua tak pernah tolak teknologi, tapi gua jugak bukan technology catcher, bagi gua ' hidup ni untuk bersederhana'.

Waktu sekolah dulu, gua memang tak suka seni, bagi gua sains ngan math ni adalah kehidupan sebenar sebab ia fakta dan bukti. Seni itu perkara ke-75, gua tak sedar penting nya seni dan apa gua seni. Tapi apa yang gua faham seni ini memang tak da tempat dekat kebanyakkan jiwa cikgu dan pemodal kapitalis, bagi mereka yang hebat science dengan math je mampu hidup dalam dunia dan dapat duit gaji tinggi. Anyway, the fucking thing about people learn science nowdays, they will stop to be a doctor then go for multi level marketing ambik duit orang dengan goyang kaki mulut berbuih. Peranan sains amat penting dalam mencipta negara yang maju. Tapi apa guna maju kalau rakyatnya masih nak merempit merompak merogol dengan badan kuat kuasa yang sibuk intai ngendap orang berzina? Apa guna kemajuan sains yang kedepan wa de pak akhirnya mencipta golongan miskin dan kaya yang melampau?



Seni. Itu adalah art. Seriously, gua tak reti nak melukis, cipta lagu atau syair yang puitis yang buat gua jadi looser sampai hari ni. Anyway, gua find out yang seni ini satu bidang yang manusia luahkan rasa tak puas hati pada system yang menghukum. Seni sebenarnya pendokong yang besar untuk budak yang belajar sains. kalau asek kejar kemajuan, tak hayati seni alam, seni tumbuhan hijau, tak hargai seni burung berkicau dan udara segar, apa guna beb?  Dan kene ingat, tak semua orang mampu jadi macam tokoh2 sains kat atas, so, memaksa student untuk pakar dalam sains dan math semua itu adalah kerja yang mustahil. Dunia masih perlukan penseni untuk melahirkan peringatan kepada pengejar kemajuan ni.


Korang selalu cakap ameerika buat air coke facebook yahudi arak babi bagai, anyway, melalui seni jugak amerika guna untuk kuasai dunia,. Melalui ekspresi diri. Walaupun guna senjata seni bodoh macam Lady gagak and justin biber wadepak, manusia tetap sukakan dua ikon ni. bukan sebab ape, tapi seni itu memang sifat menguasai manusia. Seni itu terdapat dalam bentuk kritikan, tulisan, ciptaan. ekspresi seni lagi besar dari kemajuan yang dibawa sains, Tapi ekspresi ni bersifat ghaib, tak nampak, itu sebab kita nampak sains ini lebih mudah dikejar. Bila steve jobs meninggal dunia, seriusly gua rasa bersyukur, gua rasa atleast ada tempat untuk manusia berehat dari terus merompak hancurkan ekosistem bumi. At least bumi ini berehat di sedikit bahagian dari biarkan dirinya terus diperkosa rakus manusia.


Mengejar negara maju dengan menggila babi seriusly perkara yang gila tanpa sedar yang level seni makin berkurang. Negara yang taraf seni hanya berkisar cinta maya manja manja dan kpop serius tunjukkan kemandulan otak yang melampau. kemandulan ini bukan takat lagu, tapi jugak pada keseragaman genre cerita yang pasal hantu dan cinta dari hidup sampai kau mati. Even, in malaysia, kalau kau amek art stream pon, kalau tak belajar grafik, u r going nowhere. Seni bukan hanya grafik, seni jugak dari tarian, korografer, hip hop, punk, grunge and special except for bieber, gaga dan kpop. No Offense. Seni malaysia masih still plane, seriously, kau nak popular nak hebat hanya perlu main gitar, bermuka kiut dan berbaju kurung serta bertudung, pastu post la video kau main kat youtube, thats basic things to gets popular for commerciallization. nak popular kau hanya perlu pakai pakaian dedah separuh dada, pakai skirt pendek, then kau akan jadi popular. 


Majunya Jepun, korea tak semestinya janjikan manusia yang bertamadun. Kat sana masih banyak pelakon porno terpaksa berlakon untuk dapatkan duit, masih banyak yang terpaksa jual maruah untuk dapatkan tempat dalam kemajuan di jepun. Kemajuan sampai dah tak kira hukum alam dengan bina logi nuclear yang baru meletup tempoh hari. 


Memang betul, sains itu hardware, seni itu software. Hardware ni akan kau bawak kemana mana, contoh gadjet yang poyo kau bawak berjalan untuk menunjukkan kau juga mengikuti perkembangan, tapi apa gunya jika isi hardware tersebut sekadar lobos dan bolos? Tanpa software, kau jugak takkan kemana dengan gadjet tu.


Seni banyak berkisar mengenai tekanan hidup, harapan pada manusia lainnya, meluahkan ketidakpuasan hati yang ikhlas, baca syair2 plato mengenai UTOPIA, mengenai keseragaman manusia, kita bekerja untuk kesejahteraan manusia. Tapi sayang dizaman ni, penyair, pemuzik, kian menjadi kaki bodek, penyair harus menyairkan pujian sembah terhadap perdana menteri, kene beri doa pujuk untuk sultan, then again, mereka ingat syair mereka itu syair yang berkualiti walhal hanya untuk dapat royalti bila dibuku dibeli atau ditayang kat surat khabar. Fak .up!


P/s : Anyway, the fucking thing about people learn science nowdays, they will stop to be a doctor then go for multi level marketing ambik duit orang dengan goyang kaki mulut berbuih.

Sekian
Anak Muda Diary @ Ahmad shazwan Aziz

Monday, October 10, 2011

Doa : Buat perkahwinan Zahartini + Naseer



Al - Fatihah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Di hari yang cerah dan penuh keberkatanmu ini
Telah pun kami bertandang mengelumit belas
Supaya di ampuni dosa2 kami
Ampunilah jua dosa sahabat, saudara
dan rakan handaik kami


Ya Robbul Jala li Wal ikram
Demi matahari yang menyinari
Dan demi bulan yang mengiringi di malam hari
Kami bersaksi akan pasangan (Zahartini Zakaria & Mohd Naseer)
yang mana telah memenuhi satu dari tuntutan agamaMu ini 
Yang telah mengamalkan sunnah kekasihMu, Rasulullah S.A.W.


Ya Allah yang maha memberi rahmat
Demi Langit yang melindungi bumi ini
Demi bumi berserta seluruh hamparannya
Kami memohon semoga Rahmat dan Redha mengiringi
pasangan yang bertemu keranaMu ini
Dikurniakan rezeki yang halal
Diberikan kemudahan dalam kehidupan
Semoga mendapat tempat sebagai
Suami yang soleh dan Isteri yang solehah


Ya Allah 
Maka bersyukur jualah kami
Bersorak gembiralah jua kami pada hari ini
Semoga dengan rahmat yang dilimpahkan keatas pasangan
Terasa jua akan percikkannya
dikurniakan juga kepada keluarga
saudara mara, rakan serta sahabat handaik mereka


Sesungguhnya kerahmatan yang engkau miliki
Tidaklah terhitung nilainya disisi kami


Aminn..Aminn.. Ya Rabbal Alamin...
P/s : Semoga anda kedua bahagia :)


Sekian
AnakMudaDiary @ Ahmad Shazwan Aziz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...