Ulasan gua mengenai I.S.A dan Tax
Internal Security Act (ISA) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri dirangka pada awalnya oleh R.H. Hickling dan dijadikan undang-undang pada tahun 1960. ISA telah dipinda sebanyak lebih 20 kali untuk disesuaikan dengan situasi semasa.
Kuasa mutlak bekenaan ISA telah diberikan kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang membolehkan beliau menggunakan kuasa ISA untuk menangkap sesiapa pun, tanpa perlu merujuk kepada mahkamah. ISA merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang berkuatkuasa di Malaysia.
LEts go to kes kes yang popular.
-Kes Almaunnah - bila ISA mula popular
-kes komunissm orang psm. - Baru baru ini berkaitan dengan perhimpunan bersih dikatakan mau jatuhkan institusi diraja
- Raja Petra kamarudin - Raja Petra dan 10 ahli aktivis pembangkang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dituduh bersubahat ingin menjatuhkan perdana menteri Mahathir bin Mohamad pada ketika itu.[3][2] Beliau telah dibebaskan dari pada pusat tahanan 52 hari kemudian.[4]. - - - - Dituduh cuba jatuhkan institusi diraja.
Kadir Hashim - Seorang cacat yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti militan di kemboja.
- JI, agen perisik asing dan sebagainya tanpa apa-apa bukti. Hanya tuduhan rekaan semata-mata ! Tahukah kita Suhaimi Mokhtar dan Dr. Abdullah Daud telah di tahan sejak 2001 sehingga kini dan Mat Sah Mohd. Satry ( suami Kak Laila ) , Shamsudin Sulaiman dan Zaini Zakarian di tahan sejak 2002 sehingga kini.
Gua tak tau lah kalau ada yang melabon ISA ni konon nak menjaga orang melayu? kah kah kah. Paling tak leh blah apa kaitannya dengan melindungi sejarah dan warisan melayu? so jerk.
Anyway bagi gua orang yang guna ISA ini sebenarnya nak poyo jadi tuhan, boleh tahan orang tanpa bicara dan cakap orang tu salah, dan rakyat pulak rasa bila guna ISA, ISA sentiasa betul. Puuii cakap islamik la pembela melayu wadepak, tapi guna akta yang tak adil lansung yang boelh tahan oranng tanpa bicara?good for your own sake la. Woit, kalau takut sangat negara huru hara, takot main sentimen, sila pergi baca buku, banyak membaca dengar seni2 tom yorke dan p.ramlee. Minta rakyat banyak membaca falsafah. Hoi goment, tak nak rakyat berontak, tolong strukturkan balik ekonomi, tolong agihkan harta kami dengan adil. Tak yah poyo cakap jaga itu ini. Cakap ISA ada pertimbangan sume, pernah dengar tahanan ISA dapat bicara dan beli peguam bela? please, stop, ini modal kaum pemodal konon jadi malikat pelindung rakyat.
Bebas berfikir dan mengkritik tu adalah suatu nikmat, kalau otak dan pemikiran pon ko nak aturkan, ingat kami ini robot ke ape? Anyway, jangan termakan kata orang politik sangat, gua pon tak suka dengar anuar berahim lebong berapi nak tawan putrajata. Tapi ayat PM najib nie 'akan mansuh' maknanya belum mansuh. ada paham?
Teruskanlah menentang akta ini dengan menghantar surat bantahan menuntut kerajaan memansuhakan ISA . Surat boleh terus dihantar kepada :
Menteri Keselamatan Dalam Negeri
Blok D1, Parcel D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Faks : 03-88868014
Blok D1, Parcel D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Faks : 03-88868014
Dan memberi sokongan kepada tahanan dengan menghantar surat atau kad ucapan kepada mereka di :
Tempat Tahanan Perlindungan Kamunting
34009 Taiping
Takutlah kita kepada amaran Allah s.w.t di dalam kitabnya ;
" Orang-orang yang zalim itu akan mengetahui di mana tempat mereka akan dihumbankan.." As-Syuaara 227
" Dan jangalah kamu cenderung kepada mereka yang berlaku zalim maka kalau kamu berbuat demikian , api neraka akan membakar kamu sedang kamu tidak ada seorang penolong pun selain Allah dan disebabkan kecenderungan kamu itu kamu tidak akan mendapat pertolongan " Surah Hud 113
TAx Perpaid, Astro - Goment Tax
Untuk bab nie, gua tak leh nak komen banyak lah, anyway pe gua leh pesan, tolong jangan tetipu, tolong jangan poyo cakap kerajaan malaikat rakyat dengan menggantung sementara percukaian yang nak dibuat pada kad top-up. Ini lebong lebong kosong namanya. Siapa dapat msej tu pun akan tahu, cukai yang dikenakan atas nama 'goment tax', najib pulak kata kerajaan takkan benarkan lah bagai akan jaga kebajikan rakyat konon macam tax ini syarikat tu boleh suka2 buat dan war war pada rakyat. Nak tipu agak agak bai, jangan poyo. Tipu ni tipu paling tak cool. Name pon goment tax, so wat? syarikat swasta leh cipta goment tax? setiap tax yang nak dibuat pada barangan kene bentang dan lulus kat parlimen kan? kerajaan yang akan lulus kan? Cukai perkhidmatan bill pon kene government jaga.
Sebab cukai perkhidmatan nie kira macam sewa yang dikenakan tuan tanah pada orang yang gunakan tanah dia. Takkan tuan tanah tak tau bila penyewa dia tiba tiba nak cas suatu atas nama tanah dia?
Ini namanya penipuan putar alam, buat buat jadi hero atas masalah yang dicetuskan sendiri. Ingat sekarang musim nak dekat pilihanraya, ada yang poyo hero, ada yang jadi NATO (no Action talk only), One thing to note, pernah tengok Telco nie rugi? pernah tengok syarikat telekomunikasi nie catat kerugian? banyak ayat dalam paper, keuntungan menurun, anyway depa still untung kan? dan problemnya juga sebenar adalah kepala otak orang kaya, yang tak cukup untung sebiliion, nak jugak untung berilion rilion.
Ni samalah macam kes astro dulu, tolong tanya rais yatim betul ke anakdia ada dan menjadi salah satu director/ pemegang saham dalam Astro?
Anyway, nak salahkan kerajaan 100% ketara sangatlah ko tu totok pakatan. The things Telco nie kaum pemodal besar, dia boleh tentukan suatu harga barangan, dan kerajaan mungkin akan terlempias. Ada orang pernah cakap pulak, kat amerika semua relax tax clear banyak lah bagai, depak? sila cek gaji orang amerika tu, sila cek gaji pak guard orang eropah gaji tinggi mana, gaji polis depa tinggi mana. then, u should know y kita kat malaysia cepat melenting bila kene tax.
p/s :Our society is run by insane people for insane objectives. - John Lennon
Sekian
AnakMudaDiary @ Ahmad Shazwan Abdul Aziz
No comments:
Post a Comment