i serve nuff nang

Monday, September 26, 2011

Me as Failure Lovers

Assalamualaikum w.b.t
Okay, nie entry ringkas penghilang bosan sebenarnya. WAktu ni, aku baru nampak 'dia', he just show me if i stay in this way, don't ever dream someone would come and said 'i love u'. Cet. dia ingat dengan baju batik kaya versatyle mulut2 buih manisan tu bagus sangat ke? branding punya olang pun bagus ke? anyway, tak da dia serius kadang gua rasa hidup nie kosong, tak da perhatian, serius gua rasa nothing. Then it should be the reason y he always 'entertain' me.

1. Kaya

sory, kaya nie setakat nie tak da lagi dalam kamus hidup gua. Gua dibesar dalam keluarga yang makan sambal dan nasi putih waktu kecik, sekarang nie baru rasa sket erti senang. Senang ni bukan senang banyak harta, tapi bersyukur dengan apa yang ada seadanya. Gua pun bergantung dengan keluarga lagi, so any wanita yang harap dapat lelaki kaya untuk dibuat kapel. gua bukan for sure. Sebab nak belanja tiket wayang tiket bus balik kampung pun gua tak janji leh effort untuk tolong. Sorry


2. Romantis
hahah. bila dengar words nie, aku rasa paling looser. Even ex gua selalu bersurah gua nie tak romantice. Entahla, bukan taknak tapi aku tak reti nak berlakon 'romantis2' nie, apa yang ada dalam diri nie gua dah timbulkan. Bagi aku, romantis tak penting, janji terus terang je cukup, perempuan pulak suka pertikai cara laki cakap sesuatu, nak beromantis or siap sedia dengan harta karun untuk dihulurkan,sory, 'sayang' aku ini bukan dilebong lebong, aku tak kan tunjukkan dengan cara konon aku beli kau untuk dapat 'sayang' kau, usaha? pergi mamlah kalau usaha tu dikatakan dengan beli thirt tudung shawl  teddy bear ke konon sweet. Then this part. Failed!

3. CAring?
this the most fouless part.
orang cakap ' lu kalau dah tak leh effort pape, bagi la perhatian kat si dia'
gua cakap ' lu ada keluarga yang hidup susah tak? lu ada keluarga yang ajar lu idup susah dan sekarang lu kene beri jagaan sepenuhnya'?
In mind gua, family itu first.  Dengan anak buah gua da makin bertambah, lagi gua rasa malas nak tengok hendset gua tuh. Anyway, bukan tak sayang, bagi gua senang, kalau gua tak sayang gua memang takkan kapel atau tinggal. full stop.no offence


4. Terkejar kejar
Pernah tak lu orang ngorat sorang awek tu, pastu ada orang lain pun sama duk cucuk sama, orang tu lagi dekat, berkemampuan nak jaga awek lu minat tu secara kasarnya. Bila dalam situasi macam ni, serius gua rasa gua tak leh stay lame. Gua kalau boleh nak awek tumpu kat gua je dari layan mamat len mesra2. kalau kawan2 serius gua no hal kawanla begunung pun. Tapi kalau tiap laki nak dilayankan konon macam dia nie kaunselor plak. sampai bila, sampai kawen nak jaga kain orang yang sengaja diselak? Dan perempuan pulak memang suka laki yang terkejar kejar kat dia. Believe me. As me, nak kejar kemana, nak keluar duit satu hal, perah otak kiri otak kanan medula oblongata untuk keluarkan ayat satu hal, then at last, minah tu dapat kat jantan lain. Again, dumb my own ass. 
'Lalu dikatakan gua nie laki tak berusaha dan pemalas, pastu nak awek, takkan dapat'
jawap gua 'nak lelaki je usaha? yang u olang perempuan nak jaga ramai sangat lelaki apsal?tak leh fokus kat sorang?



5. Sweet, publisitor

Untuk published bercerita pasal couple nie serius bukan life lelaki. Nak post status i love u u love me i mangku u u mangku me,  serius tu carreer yang bukan pilihan gua. Lu orang nak buat lu orang punya sukalah, Tapi gua lagi suka, bila hal2 dalam selimut nie, gua simpan, takkan nanti sampai masa lu nak tweet
'baru lepas malam pertama, my wife/husband was awesome, Alhamdulillah'
'hari ni sambil masak myhusband peluk i, makin semangat memasak'
Bagi gua lagi banyak isu dalam dunia dan sistem ni yang perlu diberitahu dari bercerita pasal hal dalam selimut. Again, perempuan suka perkara publisitor ni, not all. but most of them.  Ada laki kat luar tu memang okay, tapi aku tak


6. Hidup untuk cinta semata mata
Ini perkara yang memang bukan jiwa aku. Aku pernah hidup dalam keadaan nie, tapi entah dari mana datang rasa aku rasa cinta manusia ni bukan pada kekasih sorang je, tapi pada semua orang yang memerlukan. Aku pernah mimpi, dan memang terimpi, satu hari nanti, ada rezeki lebih, gua nak satu rumah besar, rumah tue pengghuninya aku, biniaku,anak2 aku, pastu pakcik makcik anak2 yatim yang mintak sedekah kat luar tu. Sebab aku rasa tu je kerja mulia yang aku boleh buat untuk elak diorang dari jadi mangsa tindas ekonomi, mangsa tindas orang kaya.


7.Visi hidup
Seriusly, gua takda rasa gua perlu kerja cepat kaya cepat beli mercerr berbimer2 atau wolk the volk, gua nak bebas dengan apa setiap gua buat. Bukan kebebasan kewangan macam MLMmers selalu cakapkan,tapi bebas nikmati udara dingin dan nyaman, gua tak kan peduli teknologi yang konon bawa kemajuan untuk manusia, at last buat manusia lagi sifat individuality tinggi,. jumpa nak borak kat kedai mamak at last jadi sesi minum air bersama blackberry ditangan. Thats all. Nak kata jamin untuk bakal awek gua akan ada rumah, ada kereta mewah, ada air cond, rumah tak da nyamuk, gua takkan jamin, tapi gua jamin, gua akan lindung orang kesayangan gua sebaiknya, ada anak, gua janji anak tu akan jadi anak soleh. Gua hanya boleh jamin, gua akan bersama dia selagi dia nak bersama gua.


8.Perjuangan hidup
Gua bukan pengejar ralph lauren atau pengampu tokay coach ke gucci untuk bagi barang mahal konon tanda kasih sayang kat awek gua. Gua jalan uptown kalau ada nampak benda yang menarik gua rasa pon boleh jadi hadiah untuk awek gua. Yang terima takda sebarang persoalan pun, yang tersenyum terima apapun dari gua,


9.Perangai
Serius, gua kalau dah berdua duaan, gua tak reti nak borak manis2 ayat geli untuk cairkan hati dia. Gua lagi suka cara lawak, terus terang tak yah nak kias2, gua memang bodoh dalam berkias. Instead, gua lagi banyak diam. gua perasan tu. Sebab gua banyak pendam, gua lagi suka dengar suara dia borak2 bebel2 ke, sebab bagi gua bila da sayang, bebelan dia gua sayang gak. Cerita cerita yang dia hidang even tak menarik gua, tapi kalau dia bercerita sambil senyum, gua tetap balas dengan senyuman. senyuman sayang.

10. Ini satu je point permintaan gua 


 


p/s : Satu je saya mintak kat awak. tolong bagi perhatian kat saya, tanpa perhatian awak, 'dia' selalu ada muncul dikala saya dalam kebingungan. 

p/s2 : gua pernah ada rasa nak menyanyi macam Sheila On 7





 sekian
AnakMudaDiary @ Ahmad Shazwan Aziz

Wednesday, September 21, 2011

ISA and TAX

Assalamualaikum w.b.t

Ulasan gua mengenai I.S.A dan Tax

Internal Security Act (ISA) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri dirangka pada awalnya oleh R.H. Hickling dan dijadikan undang-undang pada tahun 1960. ISA telah dipinda sebanyak lebih 20 kali untuk disesuaikan dengan situasi semasa.

Kuasa mutlak bekenaan ISA telah diberikan kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang membolehkan beliau menggunakan kuasa ISA untuk menangkap sesiapa pun, tanpa perlu merujuk kepada mahkamah. ISA merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang berkuatkuasa di Malaysia.


LEts go to kes kes yang popular. 
-Kes Almaunnah - bila ISA mula popular
-kes komunissm orang psm. - Baru baru ini berkaitan dengan perhimpunan bersih dikatakan mau    jatuhkan institusi diraja
- Raja Petra kamarudin - Raja Petra dan 10 ahli aktivis pembangkang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dituduh bersubahat ingin menjatuhkan perdana menteri Mahathir bin Mohamad pada ketika itu.[3][2] Beliau telah dibebaskan dari pada pusat tahanan 52 hari kemudian.[4]. - - - - Dituduh cuba jatuhkan institusi diraja.
Kadir Hashim - Seorang cacat yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti militan di kemboja.
- JI, agen perisik asing dan sebagainya tanpa apa-apa bukti. Hanya tuduhan rekaan semata-mata ! Tahukah kita Suhaimi Mokhtar dan Dr. Abdullah Daud telah di tahan sejak 2001 sehingga kini dan Mat Sah Mohd. Satry ( suami Kak Laila ) , Shamsudin Sulaiman dan Zaini Zakarian di tahan sejak 2002 sehingga kini. 

Gua tak tau lah kalau ada yang melabon ISA ni konon nak menjaga orang melayu? kah kah kah. Paling tak leh blah apa kaitannya dengan melindungi sejarah dan warisan melayu? so jerk.


Anyway bagi gua orang yang guna ISA ini sebenarnya nak poyo jadi tuhan, boleh tahan orang tanpa bicara dan cakap orang tu salah, dan rakyat pulak rasa bila guna ISA, ISA sentiasa betul. Puuii cakap islamik la pembela melayu wadepak, tapi guna akta yang tak adil lansung yang boelh tahan oranng tanpa bicara?good for your own sake la. Woit, kalau takut sangat negara huru hara, takot main sentimen, sila pergi baca buku, banyak membaca dengar seni2 tom yorke dan p.ramlee. Minta rakyat banyak membaca falsafah. Hoi goment, tak nak rakyat berontak, tolong strukturkan balik ekonomi, tolong agihkan harta kami dengan adil. Tak yah poyo cakap jaga itu ini. Cakap ISA ada pertimbangan sume, pernah dengar tahanan ISA dapat bicara dan beli peguam bela? please, stop, ini modal kaum pemodal konon jadi malikat pelindung rakyat.

Bebas berfikir dan mengkritik tu adalah suatu nikmat, kalau otak dan pemikiran pon ko nak aturkan, ingat kami ini robot ke ape? Anyway, jangan termakan kata orang politik sangat, gua pon tak suka dengar anuar berahim lebong berapi nak tawan putrajata. Tapi ayat PM najib nie 'akan mansuh' maknanya belum mansuh. ada paham?
Teruskanlah menentang akta ini dengan menghantar surat bantahan menuntut kerajaan memansuhakan ISA . Surat boleh terus dihantar kepada :

Menteri Keselamatan Dalam Negeri
Blok D1, Parcel D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Faks : 03-88868014

Dan memberi sokongan kepada tahanan dengan menghantar surat atau kad ucapan kepada mereka di :

Tempat Tahanan Perlindungan Kamunting
34009 Taiping

Takutlah kita kepada amaran Allah s.w.t di dalam kitabnya ;
" Orang-orang yang zalim itu akan mengetahui di mana tempat mereka akan dihumbankan.." As-Syuaara 227

" Dan jangalah kamu cenderung kepada mereka yang berlaku zalim maka kalau kamu berbuat demikian , api neraka akan membakar kamu sedang kamu tidak ada seorang penolong pun selain Allah dan disebabkan kecenderungan kamu itu kamu tidak akan mendapat pertolongan " Surah Hud 113



TAx Perpaid, Astro - Goment Tax

Untuk bab nie, gua tak leh nak komen banyak lah,  anyway pe gua leh pesan, tolong jangan tetipu, tolong jangan poyo cakap kerajaan malaikat rakyat dengan menggantung sementara percukaian yang nak dibuat pada kad top-up. Ini lebong lebong kosong namanya. Siapa dapat msej tu pun akan tahu, cukai yang dikenakan atas nama 'goment tax', najib pulak kata kerajaan takkan benarkan lah bagai akan jaga kebajikan rakyat konon macam tax ini syarikat tu boleh suka2 buat dan war war pada rakyat. Nak tipu agak agak bai, jangan poyo. Tipu ni tipu paling tak cool.  Name pon goment tax, so wat? syarikat swasta leh cipta goment tax? setiap tax yang nak dibuat pada barangan kene bentang dan lulus kat parlimen kan? kerajaan yang akan lulus kan? Cukai perkhidmatan bill pon kene government jaga.
Sebab cukai perkhidmatan nie kira macam sewa yang dikenakan tuan tanah pada orang yang gunakan tanah dia. Takkan tuan tanah tak tau bila penyewa dia tiba tiba nak cas suatu atas nama tanah dia?

Ini namanya penipuan putar alam, buat buat jadi hero atas masalah yang dicetuskan sendiri. Ingat sekarang musim nak dekat pilihanraya, ada yang poyo hero, ada yang jadi NATO (no Action talk only), One thing to note, pernah tengok Telco nie rugi? pernah tengok syarikat telekomunikasi nie catat kerugian? banyak ayat dalam paper, keuntungan menurun, anyway depa still untung kan? dan problemnya juga sebenar adalah kepala otak orang kaya, yang tak cukup untung sebiliion, nak jugak untung berilion rilion.

Ni samalah macam kes astro dulu, tolong tanya rais yatim betul ke anakdia ada dan menjadi salah satu director/ pemegang saham dalam Astro? 
Anyway, nak salahkan kerajaan 100% ketara sangatlah ko tu totok pakatan. The things Telco nie kaum pemodal besar, dia boleh tentukan suatu harga barangan, dan kerajaan mungkin akan terlempias. Ada orang pernah cakap pulak, kat amerika semua relax tax clear banyak lah bagai, depak? sila cek gaji orang amerika tu, sila cek gaji pak guard orang eropah gaji tinggi mana, gaji polis depa tinggi mana. then, u should know y kita kat malaysia cepat melenting bila kene tax.

p/s :Our society is run by insane people for insane objectives. - John Lennon


Sekian
AnakMudaDiary @ Ahmad Shazwan Abdul Aziz



Tuesday, September 20, 2011

Percaya


Suatu yang dijunjung dan dibutuh aku
Dalam siang kau percaya matahari
Dalam kau percaya bulan
Tapi kau tertipu, bukan bulan yang  menerangi malam

Di balik sosok ini
Terlindung suatu hati
Yang mempercayai semua tanpa sangsi
Percaya itu itu membunuhi
Dikhiati ditahiti
Tapi mungkin ini dah jadi tabula yang semula jadi
Kadan itu bukan percaya, cuma mahu kesahihan
Dalam cara kemahuan, nampak macam memberi kepercayaan

Kerana aku marhein. kerana aku manusia yang mendamba
Mendambakan dunia menjadi satu
Tiada sempadan tiada negara
Tiada bangsa tiada beda agama
Tiada sangsi 
Tiada ayat perjuangan yang poyo
Tiada ahli politik yang tikus.
Tiada beda kaya dan miskin
Tiada cemerlang dan pandai
Tiada istilah dalam kamus

Dambaan kepada 'tiada' itu
mencipta aku yang hari ini
Berdiri di atas pengalaman
Berinjak diatas kepercaayan diri

Yap, meraih kepercayaan susah
tapi bila kau dah sekali dipercaya
kau akan stim stim macam dalam khayalan
Hidup jadi senang, hidup tanpa sifat parody.

akhirnya, kepercayaan itu lebih mudah dihilangi
Kau mampu bilang sebenarnya berapa orang percaya
tapi kau kene yakin sesuatu
Iaitu degupan hati
Degupan kepercayaan diri
Yang mencipta kau
Hari Ini


P/S : Saban hari, hanya degupan hati yang taat setia percayanya kepada mu

Sekian
AnakMudaDiary @ Ahmad Shazwan Aziz

Friday, September 16, 2011

Merdeka atau Mati? (Part 1)


Merdeka Merdeka Merdeka?!!.waits are we really did? dengan pemikiran yang menyokong dasar pecah dan perintah yang tinggi dalam kapala otak malaysian, are we really that merdeka? Jasad yang hidup adalah jasad yang berfikir, jasad yang bebas berkata tanpa takut dan menyebelahi mana2 pihak, bila jasad ini dipaksa berfikir mengikut sistem @ KBSM (kemahiran berfikir semakin moron) ini bermakna mereka lebih baik mati sebab tak mampu berfikir secara sendiri.!

Lalu melabonlah profesor kongkang mengenai merdeka, ada yang cakap tanah ini tak pernah dijajah, ada yang cakap komunis jahat, tengok filem melayu pon tahu, semua hanya borak mengenai kononya komunis berlaku kejam dan lahanat, cerita pasal british dah rampas harta emas dan sumber galian kat tanah malaysia tak nak cerita? hah.
The best movie to be throol? tengoklah cerita bukuit kepuing arahan jin samsudin, perang itu berlaku ketika 1950, at the end dinaikkan bendera malaysia? jalur gemilang?? kah kah kah, ini sangat mengthroll dan membodohkan penonton, anyway, gua masih tunggu janji jins samsudin nak buat cerita pasal pasir salak, dah banyak duit rembat sane sini, now, wheres that movies goes?

Sejarah? nak guna buku KBSM ke? kahkahkah
Anyway, bagi gua, walaupun gua bukan penyokong pas yang die hard dan cepat melatah, kenyataan mat sabu memang paling jujur dan ikhlas, ditengah orang tahu melayu ni cukup pantang dimainkan sejarah dia, mat sabu pulak boleh cerita lain mengenai komunis, waktu ketika melayu anggap komunis nie dajal penghapus islam dan melayu, mat sabu bercerita dari sisi lain dari buku KBSM tuh, well done abg mat, sesungguhnya tiada lebih hebat apabila melihat orang yang sensitif nie dithroll.

Lets get serius la pasal merdeka, 16 september nie tarikh penubuhan malaysia dengan masuk sabah dan sarawak. Anyway, lihatkan keaadaan sabah dan sarawak nie, gua rasa tarikh 16 september tu jugak tarikh sarawak dan sabah dihantui malapetaka. Tengok aja 2 negeri yang hasil bumi melimpah ruah, at last dapat kat semenanjung yang maju wat the fish, orang kat sana pulak masih hidup dalam keadaan himpit dan sempit, anyway, gua respect orang sabah dsarawak, diorang hidup dalam kepelbagaian agama, dan bangsa, tapi hormat dan pergaulan mereka tak pernah terbatas, diorang boleh enjoy up together tanpa rasa sangsi.


Merdeka ekonomi? politik? pemikiran? haha. gua ada pernah baca pasal artikel pasal demokrasi itu sebenarnya adalah suatu bidaaah dalam islam? wal kuntul al musfir ini berkata mengenai demokrasi yang bidaah now dia sebuk2 nak melaungkan merdeka, dia lupa kot merdeka juga adalah ssatu bentuk pendemokrasian jiwa dan akal. demokrasi ekonomi dan demokrasi berfikir.  Merdeka bukan hanya kesah penjajah tinggalkan tanah air, merdeka jugak satu proses pembersihan pemikiran penjajah dari sebuah tanah air. 


Kepada merdeka chicks dan merdeka glams yang super poyo, yang suka pembentukan negara malaysia, ingat even kita tak dijajah secara fizikal, kita masih dijajah dari segi ekonomi. Ini penjajahan zaman moden yang bermula sejak 1957, penjajahan yang membuatkan kita menjadi hamba ekonomi kepada negara lain. Macam Malaysia dan Amerika, hubungan tuan dan hamba, bila tuan amerika jatuh, hamba malaysia juga akan terkesan. Kebergantungan yang sebuk disebut FDI FDI itu hanya labongan poyo konon menaikkan ekonomi negara. FDI FDI yang wa de fak ni bentuk penjajahan yang di alu alukan oleh pemimpin sesebuah negara yang sper poyo kata lambang kekuatan ekonomi. Dengan mealukan FDI, secara terus kita juga akan bergantung terhadap negara tersebut. Now you got me? jangan merdeka jerit gembira sebab cuti je, enouh for being dumb.


16 SEPTEMBER HARI INI

hari ini ialah hari malapetaka untuk sabah dan sarawak
hari ini bumi sabah dan sarawak memjadi tanah jajahan semenanjung


15 mei ialah nakba untuk warga palestin
31 ogos ialah malapateka untuk warha tanah melayu
16 seprtember ialah malapetaka untuk sabah dan sarawak



Jangan jadi malas berfikir, orang paling lembap dalam sejarah akan cakap ' british tinggalkan tanah melayu sebab takut dengan orang melayu', wat de heck, dengan tinggalkan tengok apa kesan, dasar pecah dan perintah? pemikiran parody yang ditinggalkan? dengan mewujudkan sistem bandar dan kampung, nie sume kesan yang ditinggal. Perjuangan mahat magandi dan tunku adalah 2 perjuangan berbeza, Gandhi berjuang dengan berdemo, tahan lapar, sangat different level dia. Not worth to be compare of. Sebab tu india dapat kekalkan lagi kebudayaan dia sampai sekarang.


Sedarlah, lagu negaraku pon lagu cilok mamula moon, bendera malaysia? sekali gua tengok macam bendera U.S.A.  Dua tengah dengar radio IKIM sekarang nie, ada jugak orang melabon pasal komunis yang memcahbelahkan negara. Gua nak tergelak, orang nie mesti hanya baca buku KBSM saja niih, mesti tak tengok lagi Video '10 tahun sebelum merdeka'. Dia tak melabon pos pasal orang british belanda dan portugis yang dah cilok harta kekayaan tanah melayu nie, wadefak?Lalu melabonlah juga mengenai simbolik bendera malaysia kaler istu lambang islam lambang sultan, kah kah kah, warna merah tu bukan lambang warna lady in rose ke macam die hard fan anti free mason cakap pasal bendera u.s.a?


Penjajahan moden ni banyak, apabila kau diminta akur dengan pemikir golongan yang konon profesional ada tauliah, doktor dan ijazah bagai.. Itu sangat poyo, apabila profesor zainal kling cakap malaysia tak pernah dijajah, mana pulak suara suara yang kritik abg mat tu? kalau malaysia tak dijajah, pa tunku buat kat stadium merdeka? laung madey ka? madey ka? madey ka?  mana pejuang melayu yang hebat, mana adik anak tunku yang konon poyo tak bagi abgnya/ bapanya dicaci? termakan cakap sebab Zainal Kling tu prof? Anyway, semua poyo, mentang mentang keturunan al sultanun al sultinun, perdana menterinan menterinun, semua ada gelaran dato' dan kaya.


Sedarlah, diri aku dan kau sedang dijajah orang kaya, orang berpengaruh, diri kita sedang dijajah politikus yang bajet tuhan konon menjaga rakyat. Melabon merdeka konon tanpa faham merdeka amat pelik. Ibarat penyokong man.u yang sokong man.u sebab kuat aja, tanpa tahu man.u dulu pernah jadi team tercorot. Diri kita sedang dijajah dan dipergukan sikaya yang mencipta dan menyuruh orang miskin supaya bersyukur tapi songlap duit mereka. Sedarlah, kita masih lagi hamba ekonomi, sedarlah kita masih hidup dalam satu sempadan negara yang konon tanda  tanah air kita, yang konon dan poyo ada tentera nak jaga. Lalu sikaya melabon cakap nak guna duit untuk beli senjata itu ini konon nak pertahan negara. Sedarlah kita sedang dijajah oleh orang yang gunakan agama dan bangsa kita sendiri, kita sedang dijajah dengan idear 'pemerintah', 'idola', 'pemimpin', 'pengikut', 'profesor' yang poyo poyo meminta kita berfikir seperti mereka.



Kita hidup dalam suatu sistem kolonial yang mengkononkan kerajaan itu adalah suatu bentuk tuhan yang perlu diikuti dan dihormati. Kita sedang diajar 'rakyat perlu ikut kerajaan' sedangkan kerajaan yang lemah itu lebih baik untuk rakyat. Kerajaan yang minta permision rakyat nak bina jambatan dan bangunan, yang mintak izin pada tuhan alam untuk menebang hutan. Negara freemason kafir macam sweden canada pon nak buat benda akan bentangkan pada rakyat dia dulu, tak kira projek besar atau kecik.


P/s : Sedarlah, diri aku dan kau sedang dijajah orang kaya, orang berpengaruh, diri kita sedang dijajah politikus yang bajet tuhan konon menjaga rakyat.

Sekian
AnakMudaDiary @ p.M.A.C

Wednesday, September 14, 2011

Korang Takkan Rasa ApaYang Aku Rasalah



Bila rasa itu bertandang lagi
Gigitan nyamuk pon aku tak peduli
Aku sangka aku dah melepaskan semua
Tapi tak
Aku sedar
Hati ini sungguh lemah


Igauan, tika gurauan
Damn,! apa tu?
Aku dah penat main futsal ni pon
Tapi still rasa itu berkumandang dihati
Telinga ini terngiau suara dia
Aku tak nak jalan ini
Aku benci diri

Ya, aku pernah digelar psycho
Akupernah digelar schizo
Tapi korang yangbercakap tu kenapa tak pernah
Cuba nak memahami
Kamu membabikan kami
Tapi kami juga ada perasaan
Kami juga ada rasa untuk membinasa

Korang tak pernah rasa
Rasa yang memendam ni
Korang hidup senang,
Tak pernah nampak bayang2 sendiri
TAk pernah rasa diri sendiri kadang2
Macam dr jekyll and mr hyde
Korang tak pernah nampak 'dia'
Korang tak pernah kena gelak dengan 'dia'
Korang hanya pinggirkan aku

Aku hanya perlukan perhatian
YA!perhatian dan kasih sayang
Aku pernah sukakan bulan sebab dia selalu ada waktu malam
TApi sekarang, bila hujan pon diadah tak da
Aku kadang rasa bulan nie tengah permainkan aku

 Maut?
Pernah korang ada rasa dalam diri
'mati lebih baik'
Tapi korang hanya pandai bersurah,
Cakap bunuh diri masuk neraka
Tapi pernah korang rasa,
Sikap pentingkan diri dan buang orang macam aku
Sebenarnya tengah menghakis nyawa aku?


Sekian
AnakMudaDiary @ PMAC
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...